Monday, July 6, 2009

Di mana Sharlinie?

Terpanggil nak buat post ni sebab haritu terpandang poster ni dkt notice board surau. Poster yang dah buruk dan lusuh melambangkan betapa lamanya dia dah terpampang kat situ..


Sedar tak sedar.. dah setahun setengah cerita sharilinie ni kan? tak silap sy dia hilang since januari2008.. Masa tu, adam rifqie pon blom lahir..
Masyarakat pon dah semakin lupa ttg kisah ni.. malah ada yg buat lawak dgn poster ni..


Dulu, saya rasa sgt hillarious poster ni.. tapi setelah meletakkan diri sy di tmpt ibu sharlinie,sy rasa tak patut sangat.. muka tuh mmg la muka khir.. tapi susuk tubuh tu, bukan ke budak tu? tak patut ok?

Sedihnya mak pak dia kan? Hari2 sebelum tidor mesti terfikir, sihat ke anak aku, dah makan ke, dah tidor ke, kat mana dia, apa dia buat?

Warghh.. kalau aku ibunya.. hampir gila dibuatnya... Kesian...

Seorang anak yg jauh dari ibu bapanya.. ntah dijaga,disayang atau diseksa?
"Ya Allah, kau tabahkan lah hati ibu+bapa sharlinie..dan sekiranya dia masih hidup, kau lepaskan dia dari segala kesukaran dan pulangkan dia pada keluarganya.. Amin.."


Haih!!! Post sentimental di pagi isnin yang sgt sangap!! Geng2 pulak sumer takde..
Oh yer, mungkin jugak sebab hati tgh bersih sebab hari ni puasa.. hahahah!~

Bila Mak Bee tak berguna lagi!

Eceh.. tajuk tak tahan.. :P

Lanjutan daripada entri ini, sy akhirnya dpat sebiji yg tergugur masa en suami sedang membalut buah-buahan itu..

Semangat nak mencicah nih.. kecur liur masa kupas kulit dia..




Rupa2nya.. mak bee dah tak berguna lagi!!

Hijau diluar, masak didalam... oh kecewa! (padahal boleh jek petik bila2 mau kan..dasar mengada2.. :P)



psstt.. mak bee adalah jenama kuah rojak tersohor.. hahah! jenama ke istilah nyer?

Sunday, July 5, 2009

Kontrak cinta*

Siapa tgk kontrak cinta tv3 semalam?

Sy tgk.. Memula sy rasa spoil sbb heroin fasha sandha.. Hehe,ntah nape mcm xminat dia sejak cite yg nasib malang xsudah2 tu.. Apa ntah tajuk,lupa.. Tapi,bila lama2 tgk,cun juga dia ni,plus semakin putih,thanx to garnier.. :p

Anyway,sy bukan nak ckp sgt psl fasha.. Tp sebenarnya nak buat pengakuan terbuka: 'saya rasa zaidi omar sgt romantik dlm cerita tu' haha! Mcm geli kan? Dah la jwb soalan bini ikut b*ntot.. Hampeh lawak!

The main part yg sy suka is when dia ckp lebih kurang mcm ni; 'papa bukan kalah dgn mama,tapi papa beralah.. Kalau dua2 nak menang,jawabnya perang dunia ke-3.papa buat mcmtu sbb papa betul2 cintakan mama.'

Sweet kan? Dah tua2 ckp mcmtu. :p

Sy rasa msg cerita ni ialah: perempuan ni mmg susah nak paham,yg penting suami kena beralah kerana cinta! Haha! Bestnya! :p
And,part yg xbestnya.. Org pompuan jgn bossy sgt,smp org laki takut nak kawen.. Haha,terasa mak..

Friday, July 3, 2009

Mama's big boy is up n walking~



Alhamdulillah.. umur 1tahun 2bulan.. Adam dah bole berjalan.. ada yg kata lmbt.. n suggest macam2. but for me, i don't really worry about that.. perkembangan budak ni sumer tak sama... ada yg jln dulu, ada yg cakap dulu, ada yang tumbuh gigi dulu.. ikut lah kan.. when he's ready, he'll walk.. Syukur, dia dah bejalan sebelum cecah 1tahun setengah.. kalau tak mesti mama panas telinga dgr org bising adam tak jln2.. :P

Walaupum skang ni dah a few weeks adam pegang lesen 'L'.. tapi still bejalan mcm zombie.. heheh! still perlu angkat 2 2 tangan nak balance kan badan.. cute! tot tet tot tet jalannyer.. non stop pulak tu..

ni gambar ni rambut dia jadi mcm einstein sebab peluh.. gigih ok praktis.. lenjun kepala..


keep it up my dear.. lepas ni dah belari, jenuh la mama nak bwk g shopping complex.. hehehe!

teringat masa mula2 tgk dia jln.. sebak ok?! mama is so proud of u baby! itu rasanye tgk achivement anak kan? tu baru tgk dia jalan.. now i know why parents cried on ones graduation day! ohh.. saya akan jadi ibu yang sgt emotional... hahah!!



oh yer.. even tho he's 1year plus n sudah mempunyai 10batang gigi yg kelihatan seperti ini:


dia masih mahu mkn nasik blender.. Actually, when he turned 1, sy dah tak blend bubur dia.. lepas tu dia asyik refused to eat.. penah bagi nasik keras n masak lomak,byk dia mkn.. nasik kfc pon, dia suka makan..tapi sekali dua je la yg dia btol2 mkn..lepas tu payah btol nak bg dia mkn.. semua pon dia tanak.. until last monday, i tried to blend his porridge again.. haaa.. there u go! baru dia makan.. sigh! mcm baby la big boy mama nih! my hypotesis are: 1. dia malas nak kunyah or 2. gusi dia tgh sakit sebab 3batang geraham dia tgh berlumba2 nak keluar.. naluri keibuan sy kuat mengatakan dia sakit gigi sebab he always drowling n gigit jari..

Tak kisahlah nasik blender ke tak blender ke.. as long as dia makan.. tu dah cukup senangkan hati mama.. walaupon org akan komen, gigi dah byk pon, nasik blender lagi ke? :P kita abaikan jek lah ek baby..
i know my son better than u ok?!


What ever it is.. please do no compare your babies development with others.. sebagai ibu yang telah mengandungkan dan bertarung nyawa melahirkan dan bersusah payah membesarkan.. sedikit sebanyak akan terasa juga bila org seolah2 memperlekehkan anak kita.. lambat jalan ke, lmbt ckp ke, kurus kering ke, yang penting sihat.. all the milestones does not reflex what your child is going to be in the future..
Kan janet kan???

Tak sabar nak tuai hasil!

Ni pokok mempelam depan rumah.. tak sabar nak petik...

oh, papa.. tolong la balutkan.. nanti kena pow!!!

Thursday, July 2, 2009

Power Cut in Malaysia

Dapat info nih.. tatau la betol ke tak, malas nak call tnb tanya.. :P
incase la btol.. mother's. be prepared for you EBM!!! kalau tak menangis nanti.. heheheh!


There will be power cut (2 - 14 hours) for tenaga to do some maintenance work, from today till 8th Aug 09. Whole M'sia affected except Putra jaya.

pls check this website for the time & your area : http://www.tnb.com.my/tnb/power_alert.php

Wednesday, July 1, 2009

Just for Sharing: Zakat

Just nak share ngan sumer pasal zakat.. Sebelum saya ada duit sendirik, meaning that, sebelum sy kerja.. the only zakat yg saya tau wajib dibayar adalah zakat fitrah.. that is zakat yg perlu dibayar sebelum hari raya tu kan.. itupon, bukan kite yang bayar sendirik.. :P

Bila dah masuk kerja, thanx to Kak Nor yg bg pendedahan pasal zakat ni..
Pendapatan which is gaji yg kite terima bulan2 tu pon perlu dizakatkan.. (kalau cukup haul lah kan..) Dulu sebelum kawin, sy kira.. sy perlu bayar dalam +-RM15 dr pendapatan sy.. sy amik jln mudah, bayar double dr figure tu and buat potongan gaji.. sebab double: tiap2 tahun ada bonus kan? jadi budget2 unt cover bonus tu la.. Kalau terlebih pon.. saya kira sedekah jek lah duit tu.. Banyak kita yg berat nak kuarkan zakat, sebab.. bila dihimpun pendapatan tahunan.. memang la besar figure yg kena dikeluarkan tu.. tapi,kalau bulanan.. takkan terasa.. percayalah.. Rm30, sekali pegi layah kenny rogers or kedai asam pedas linda on, dah habis dah... kadang2 tak cukup pon.. Tp bila nak kuarkan unt zakat, jadi bebal.. kenapa???

Lagi satu pendedahan baru yang saya tau masa tu.. ialah zakat simpanan.. duit simpanan kita yg ada, kalau dah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut. Kalau simpan kat Tabung Haji, selamat.. sebab tiap kali bonus.. dia akan potong siap2 nilai yg perlu dizakatkan.. maknanya, kita tak perlu susah2 kira lagik.. kat bank2 conventional yg lain.. sendiri kena ingat..

Sama2 lah kita mensucikan harta yg kita ada untuk dapat keberkatan.. kita selalu complain.. asal ada duit lebih jekk.. mesti ada benda nak kena setle.. keta rosak lah, paip rumah pecah lah, tetibe jek bil tunggakan brapa bulan datang lah.. macam2 lah benda yg nak kena setle.. kadang2, apa jadi tu ada sebab.. mungkin sebab duit lebih tu sebenarnyer bukan hak kita.. itu hak yg perlu dizakatkan.. that's why allah tak redha duit tu dlm tangan kite..
and yg paling penting unt mendapat keberkatan dari harta yg kita ada is: "Jangan lupa bagi mak bapak!" Tak kisah la kalau bagi sikit pon, janji bagi.. tak kira lah mak/bapak punya gaji double or triple dari gaji kite.. yg penting kita hulur unt dapatkan keberkatan tu.. lagi kita kedekut dgn mak/bapak kite.. lagi kedekutlah Allah dgn kite.. percayalah.. rezeki tuhan bagi.. jgn risau.. :)

oklah, tetiba rasa mcm dah jadi ustazah pulak.. bukan apa, ilmu ni saya tau bila sy dah agak tua juga.. mana lah tau, ada yang tak tahu.. jadi saya share lah kat sini..
Sambil2 tu, boleh ingatkan diri sendirk juga...

oh ye, sedikit info from: http://www.e-zakat.com.my/


Ada 2 jenis zakat iaitu:

1.Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
syarat-syarat yang ditetapkan.

2.Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

-Zakat Pendapatan
-Zakat Perniagaan
-Zakat Binatang Ternakan
-Zakat Pertanian
-Zakat Wang Simpanan
-Zakat Emas dan Perak
-Zakat Saham
-Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *

***
Ma'adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)






Derma organ??

Siapa sini dah register jadik penderma organ??

Aku?? Takutt.... haha!

Padahal, apa nak takutnyer.. organ tu dia amik masa kita dah mati kan..
Tapi... aku still tak sanggup...

Kalau lah kita derma.. at least organ tu dapat membantu org lain meneruskan hidup dia..
kalau tak derma, sah sah lah benda tu berkecai jadik tanah jugak kan..

Paper hari ni kata, % melayu sign up jadi penderma dah meningkat...from 8% to >14%.. tp still yg terendah after chinese and indians.. bukan ke kat malaysia ni melayu paling ramai? tapi part menderma, paling sikit.. ni semua sebab semua berpikiran macam aku.. hehhe!


Haih! kena brainwash nih minah nih.. :P



http://saifulislam.com/?p=518
Teringat saya kepada kata al-Quran bahawa di Mahsyar, ada ibu yang sanggup korbankan anaknya sendiri, jika boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Memikirkan ayat itu sudah cukup pedih buat saya ketika ‘melihat’ betapa terdesaknya kita di Akhirat nanti. Jika menderma organ boleh menambah keselamatan saya di Akhirat, saya tidak teragak-agak untuk melakukannya. Selepas mati, apalah sangat nilai yang ada pada buah pinggang, jantung, hati dan tulang, berbanding kesanggupan ibu mengorbankan anak sendiri, demi keselamatan nafsi-nafsi di Akhirat nanti.Saya seru dari lubuk hati’ daftarkanlah diri sebagai penderma. Saya pun tidak tahu selepas mendaftar ni, adakah nanti fizikal saya sesuai dan boleh didermakan. Saya mungkin mati kemalangan, saya mungkin mengalami kerosakan jantung, hati, buah pinggang dan lain-lain. Tetapi dengan mendaftar sebagai penderma’ Insya ALlah dengan niat yang betul, ganjaran di Sana sudah tersedia.. Ayuh! Wahai insan yang kurang bekal, tambahkan amal banyakkan kebajikan


http://www.zaharuddin.net/content/view/183/90/
Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.


http://islamhadhari.net/?p=1236
Sebenarnya, niat untuk membantu orang lain demi meneruskan hidup sesungguhnya mereka ini akan diberi pahala yang cukup tinggi. Saidina Umar pernah menegaskan kepada sahabatnya: “Sesuatu yang dapat membantu atau memberi manfaat kepada saudaramu dan langsung tidak menyakitinya, kenapa seseorang itu ingin menegahnya.”



Amcam?? Ada berani?? Besar ganjarannyer.. I'allah...
Whenever u are ready, please sign up here:
ORGAN DONOR REGISTRATION FORM


Sekian

Tuesday, June 30, 2009

2years-2-gether!



Dear Mr. Husband...

Happy Anniversary to us..

U make my life to the fullest..

U make me a wife and u make me a mother..

I love u b!


p/s: tq pa for the genting trip..it's a great one! oh oh.. and tq for the shoes.. and movie tonite.. :p


Thursday, June 25, 2009

Double Appoinments..

Sy plan unt amik cuti this monday...

Bwk si kecik pegi jumpa...

1. Orthopedic- Dr.Vimalanathan
I have to and i mean i HAVE TO bring Adam to futher check his rabbit bitten finger.
Luka Alhamdulillah dah kering, but it seems like a bit cacat, read:mcm senget sikit jari tu.. tatau la sebab blom cantum btol or what... but i Pray hard dia akan heal and jadik mcm sedia kala.. if not.. we have to refer to plastic surgeon.. sigh!
Let's see what say the doc...

2. Paediatrician- Dr.Sofiah
Pneumococcal Booster shot.. this will complete the course. Lepas ni, if dah takde serius cases.. malas dah nak follow sini.. jauh la.. and kena spare alot of time waiting, waiting.. and waiting..


Hmm.. burn cuti satu hari just for clinics... rugi rugi... tapi takpe.. demi anakku terchenta.. mama rela nak!!!

Wednesday, June 24, 2009

Tips Menunjukkan Kasih Sayang Kepada Isteri

En suami, everthing is very very very true... Please take note! :P
Girls..jgn lupa frwd kat en suami yer... :)

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan “I Love You”.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya…… sekiranya pendapat isteri anda salah…. betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi ‘angpau’ kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah ’sejuk’. Mungkin kamu juga boleh ‘cool’kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Cun ke?

Orang kalau btul cun..

Saya akan kagumi dlm hati.. puji lebih2 pon, kang terbukak pintu neraka dia...

Tapi bila dia tak hbs2 sebut sendiri yg dia tu cun...(even dgn nada bergurau)

Menyampah pulak aku!



Hahahhaha! I'm sorryy!!!

Tuesday, June 23, 2009

Tak payah?

Pagi td masa hantar Adam ke nursery...


Mama: "Baby pegi skool dulu ek..." (sambil menghulurkan tangan nak dukung dia keluar dari car seat)


Adam: "Tak payah!" (sambil memalingkan muka dan seluruh badan dari mama..)




Huhu... how i wish Adam tak payah pi skool... duduk ngan mama jek kat rumah.. best kan??? :P




Besides of 'tak payah'... adam dah pandai cakap:

1. air - yg memang dlm cawan dia time mkn
2. minum minum minum - kalau dlm cawan orang lain
3.fish
4.dog
5.cat
6. pecah pecah pecah! - ada sekali tu, Adam tgh mkn nasik, sekali terbersin.. habis menyembur nasik sumer kat tepi kabinet.. sambil menguis2 nasik yg bersepah tu dgn jari kecik dia.. dia cakap... "Dah pecah!" heheh... cute!
7.No no no
8.Papa
9. Mama
10. kakak - yg ni dia selalu sebut... tapi tak sure la if he means it or not.. :P kot2 la tetiba teringat kakak kat nursery... kadang2, mama pon jadi kakak.. huhu! bestnyaa... :P
11.dah


Setakat yang teringat.. tuh je kot.. :P tapi kalau baby talk........ memang kategori beret gak si Adam nih.. if only u can hear him talking to the fon... sgt cute! heehhee,puji anak sendirik! :P

Monday, June 22, 2009

Late Monday~

Hari ini saya keluar rumah pukum 7.20..
Saya sampai opis pukul 9.15..

Jalan sgt cramp! untuk bergerak sejauh 200m, saya mengambil masa 30min!
mugkin lebih baik balik ipoh dari datang opis!


huuuhuh!!!

sigh!~~

Friday, June 19, 2009

Artikel yang terkena~

Kaum wanita sering mengelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Selalunya mereka (wanita) tahu apa yang mereka tidak mahu. Ditanya di mana mereka ingin makan, jawapan lazim orang perempuan ialah “Tak tahu. Ikut suka you” dan kemudian mereka tahu apa yang mereka tidak mahu apabila cadangan diberikan oleh teman lelaki mereka.

Lelaki: “KFC?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Carl’s Jr?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Then?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you” dan perbualan ini balik ke asal.

Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati wanita.

more here


Tersenyum sorang2 aku baca artikel ni.. sebab.. selalu jugak terjadi mcm ni.. korang selalu ke?? or its just me? heheh!

Bg aku lah.. when i say : "Ikut abglah.." that means..give me suggestions kot? :P or maybe sometimes aku mmg tak terpk pon nak mkn apa.. or sometimes, i just want him to make his own decission. Kadang2 letih nak pk semua menda sampai nak mkn apa pon tak leh pk dah.. tolonglah pk kan.. heheheh!

Tp tu lah... org perempuan ni otak dia banyak pk kan?? sebab tu kajian menunjukkan orang perempuan akan jadi lebih cepat nyanyuk tua dari lelaki.

mana taknya.. bukak mata jekk.. otak terus jalan, sampai la mata tutup balik. satu2 benda tu, bukan pk satu solutions jek.. siap dgn alternatives lagik...

Betul kan??

Tag by Qistory

1. Bekas kekasih saya – Which one? hahah!

2. Saya sedang mendengar – Bunyi yun taip laju2 mcm bz sgt... hahhaha! oh.. ngan hadi baru keluarkna syiling atas meja.. haih, dah start korek tabung ke hadi??? :p

3. Mungkin saya patut – balik and jaga anak

4. Saya suka – suami sy? :P

5. Sahabat-sahabat saya – manusia

6. Saya tak faham – people yg moody yg tak pasal2 nak lepas temper kat org lain.. cet!

7. Saya kehilangan – moments with my son now.

8. Ramai yang berkata – macam2.. lantakkan apa org nak kata

9. Cinta itu adalah – perjuangan

10. Di suatu tempat, seseorang sedang – korek hidung?

11. Saya akan cuba – buat2 bz kat depan pc

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud – Oh my god darling, i'm stuck with you FOREVER!!

13. Telefon bimbit saya – adalah mainan anak saya

14. Bila saya terjaga – sy malas nak jaga

15. Saya paling meluat – Ch* y* nun *lip drivers.. contibutors kepada dosa memaki terbanyak.. :P

16. Pesta/parti adalah – not good for me

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – kucing ngan monyet kecikkkkkk tu..

18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – the 1st day sy jadi ibu.. gembiranya tgk anak.. and suami yg bersungguh2 menjaga kite.. :P tq darling, i wish forever abg mcmtu.. :*

19. Hari ini – hari jumaat

20. Malam ini saya akan – tido

21. Esok pula saya akan – kemas rumah

22. Saya betul-betul inginkan – kami sekeluarga cepat sembuh dan jari anak saya pulih tanpa kesan langsung..

23. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini – suami sy tak suke sy pakai tudung hitam.. tp belasah je la,dah lambat..tak sempat iron

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan – kalau takde nak beli apa2.. better arked

25. Makanan Barat atau Jepun? – Barat

26. Bilik yang terang atau gelap? – gelap

27. Makanan segera adalah – mee maggi cepat dimasak sedap dimakan..

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – 'haaaaaa..'

29. Lepas ini saya akan – publish post

30. Siapa yang anda ingin tag – YUN: sebab blog dia lately asik luahan perasan jekk.. baik ko buat tag yun..

Sunday, June 14, 2009

Bad rabbit,bad rabbit!!

We went back to seremban on friday nite..the nxt morning,adam wakes up so early which is so not him. Nak dijadikan cerita,mama xcited nak bwk adam morning walk kt luar rumah. Br je beberapa tapak,kami singgah kt reban arnab(reban ke? :P). Arnab tu ala2 xcited nampak kami,n trus berdiri2 kt pagar reban. Adam pn lg la xcited kan.. Ntah mcm mana,jari kecik dia terlepas kot celah2 pagar tu, and.. Arnab gigit dia! Uwa! Meleleh2 darah,kejap jek satu tgn dia penuh darah. Mama lari masuk rumah smbl nangis2! Papa xsihat, tgh baring kt depan,atuk keluar beli brekpes,yg lain sume dlm bilik. Dgn paniknya kitaorg keluar pg klinik. Masuk kereta,adam dah xnangis,nak bejalan la katakan,tp.. mama dia yg xhenti2 nangis! Teruk ok luka dia. Rabbit tu smpt gigit twice. Naik lunyai hujung jari kecik dia. Sedih sgt! Dr ckp,luka xsmp tulang lg,boleh cantum blk. Kalau nak jahit pn,fragile sgt..

Lepas balut n cucuk vontot,kitaorg pn blk. Dr kata, in 3days boleh bukak.. Balik2 rumah,dia pon tido.. mama n papa pon layan la tido sekali.. papa pon tak sihat since jumaat..


tengah syok2 lena.. adam sumbat jari dia dlm mulut mama.. siap basah2 lagi.. rupanya jari tu dah berdarah balik dia gigit sendirik! Haihhhh!!! Petang tu atuk bukak bandage tu n celup dalam air gamat.. mama tak sanggup tgk sebab the wound is very bad... to me la kan.. :P bungkus simple2.. sebelum gerak balik kl, singgah balik klinik tu for re-bandage..

hah, amik.. satu tangan trus balut!


gigih kami balik kl petang sabtu sebab nak join MSK-get-2gether potluck itu~! Pagi ahad.. demam papa tak kebah lagi, plus batuk yg sgt teruk.. dgn baby yang tangan berbungkus itu.. so, i decided not to go. Mr husband kata ikut suka la, nak pegi abg pegi jek.. tapi rasa mcm kejam sangat la kot nak heret jugak org sakit ke sana kan.. Mommy Lyna, so very sorry sebab tak dpt dtg.. :(

Then petang ahad.. badan adam dah start panas.. n batuk2.. malam ahad mama stat selsema.. haihh!!! the whole family is now sick! Isnin we brought Adam to SDMC ER to check on the wound.. Doc ER tu trus suh refer specialist. Memandangkan Adam's regular paed, Dr.Sofiah clinic's is full, kite just refer to Dr Siti ja.. Dr Siti pulak refer to pakar luka, Dr Valamanganathan(xingat sebenarnya) and the end result is.. bungkus aje! Mmg penat seret budak tu kesana kemari.. dah la kami berdua pon demam.. tapi hati senang bila the expert dah ckp OK! yg kelakarnya.. sumer org mcm susah nak percaya yg dia kena gigit rabbit! :P

Today, we are supposed to have another appointment with that Dr Valamanganathan, tapi malas lah nak pegi.. kena cuti lagi pulak.. i was on MC on Monday and Tuesday, and EL on Wednesday... So, kalau bawak dia hari ni.. another EL?? oh no no no! So we decided to do the dressing dkt Klinik Famili BTS sajork. Same result, tukar setiap 2 hari.. tp tu lah.. semalam punya dressing, dia balut 2jari jek.. sampai rumah, letak adam depan tv.. pegi dapur buat susu.. pegi depan balik.. tgk2 dah tercabut!! haih!!! last2, mama bandagekan sendiri jek kat rumah.. jimat rm25 kata papa.. :P


Harap2 hari ni Adam ok lah kat skolah.. tak noti2.. jgn la tercabut lagi bandage tu.. ngeri nanti cikgu2 die.. :P


oh yer.. ni sempat snap masa 2nd time pi klinik.. ni dr pandangan bawah.. dr pandangan atas, lagi ngeri.. ada 2 line, kuku terkoyak separuh.. dgn isi mcm nak tercabut! uwaaa!! sian anak aku.. doc cakap.. sib baik rabbit tu tak sempat kokak keluar isi dia.. yang aku pulak, was thinking for the worst, kot la dia gigit terputus ke kan.. aishh! mintak simpang... syukur alhamdulillah!!!!!! syukur sangat2.......

Thursday, June 11, 2009

Semut2!

Petang semalam.. si kecik ni makan Biskut Tiger cokolet sambil melayan kartun.. dia duduk kaki melunjur sebelah, n terlipat sebelah..

Lagi sikit jek kepingan ke-3 nak hbs.. dia dah nangis2.. igtkan nak biskut lagi.. tp nampak la dia struggle nak keluarkan kaki yg terlipat tu.. so mama pon tolong la luruskan kaki tu..
tapi still merengek2 lagi.. bila mama gosok2 and tiup kaki tu, dia ketawa.. bila tiup, dia ketawa.. hehehehhe! rupanya semut2 aka kebas kaki die..

Cute! Rupanya budak kecik pon boleh kebas kan? hahahha!
Tu la.. melanguk tgk tv tak hingat2.. :P


Budak comot!



with dirty hands.. :P

Tuesday, June 9, 2009

Kenapa kita perlu balik kerja awal

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.



Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Monday, June 8, 2009

Update!

Itu hari punya post ada hutang gambo kan?

Lalalala... here they are!

Al-sheikh Akram n little sheikh Adam!


MSK Get-2-Gather & Potluck

Kawan2... Jom JOIN?????!!!!!



Sapa2 pegi bagitau eh??? :)

Nasya Aziz

I almost didn't recognize this lady in the Avon's Catalogue..





Do you??

Friday, June 5, 2009

Alhamdulillah~

Syukur.. mak n kakak dah selamat sampai semalam.. Sumer sihat dan ceria2 saje..
Kakak kata, mak sgt rindu kat Adam Rifqie sampai hbs anak Arab diciumnyer.. hehehhe!

Adam pulak, mula2 nampak tok,buat muke pelik.. siap tamo kat tok.. :P

Kitaorg dpt la sorang selai jubah.. boleh la rasmi mlm ni..for my kazen's nikah. heheheh! Ada snap gambo..tpi handphone tertinggal pulak dlm keta.. so later2 lah update yer..

Oh yer.. hari ni keadaan jalanraya di KL telah mencapai tahap piawaian yg menggembirakan unt dtg kerja... Kalau hari2 ni mcm ni, mesti sy excited ke opis everyday!
Jln punya la best sehingga saya tak perlu bukak radio unt menggembirakan hati. Driving itself dah cukup! hahahah! Kesian.. jakun ok kl tak jem.. :P

eh, perasan tak.. lately, post saya mesti ada perkataan JAKUN. Best plak tetiba jadi jakun guna perkataan Jakun for everything.. :P

Menurut Mr.Wikipedia, in Indon:
Jakun adalah kelenjar tiroid yang menonjol di leher pria. Pada wanita penonjolan ini juga ada, namun tidak begitu sering. Bila penampilan jakun dirasa terlalu besar, hal ini dapat diperbaiki dengan operasi plastik. Jakun dalam bahasa Banjar (bjn) disebut halukum.

Kalau ada indonesian yg baca blog sy(read:kalau ada), mesti derang pelik kan.. ok, lets rephrase ayat sy tadi dgn fahaman derang.
->jakun ok kl tak jem = halukum(Adam's apple) ok kl tak jem

Hahah! Apakah kaitan antara jln jem ngan halukum ntah?? :P

Jakun is actually:
Jakuns are an aboriginal race of the Malay Peninsula. They have become much mixed with other tribes, and are found throughout the south of the peninsula and along the coasts. The purest types are straight-and coarse-haired, and exhibit typically Southeast Asian characteristics. They are closely related to the Malay people and are probably a branch of the pre-Malay people, the "savage Malays" of A. R. Wallace.

pssstt psstt... this is not me masa kecik yer??? :P

Thursday, June 4, 2009

Parking@The Mines

Semalam kitaorg pegi The Mines.. saje jalan2 dgn tujuan nak ke Tewah( read:kedai kain); sebab nak cari lining..
Lama gak tak kesana.. kiranya, this is the 1st time after dia siap renovate/tambah. Parking dia special sikit tau!(Xtau la special ke atau aku yang jakun :P)
Untuk setiap lot tu ada indicator.. green light for available parking.. red light for unavailable.. kiranya mudah la sikit kita nak cari parking kan.. xde lah tertipu,bila konon2 spot tu mcm kosong.. bila sampai dekat, tup tup ada kancil terperosak kat tmpt tuh!



Memandangkan parking penuh semalam.. maka lampu adalah merah ok?

Album Adam

Mama is soooooo excited today!
Dapat something special from Mama Yun!!





Yey! Akhirnya impian mama untuk buat Album Adam tercapai!


psstt baby... one day,u'll thank mama for this! mama dulu.. nak dpt sekeping gambo pon susah tau! hhehhehe!

Age

How old am i today???

Age in years 26.46
Age in months 318
Age in days 9658
Age in hours 231788
Age in minutes 13907263
Age in seconds 834435751
Age in Milli seconds 83443575101
Age in weeks 67605
You born on Sunday

DECEMBER
* Loyal and generous
* Patriotic
* Active in games and interactions
* Impatient and hasty
* Ambitious
* Influential in organizations
* Fun to be with
* Loves to socialize
* Loves praises
* Loves attention
* Loves to be loved
* Honest and trustworthy
* Not pretending
* Short tempered
* Changing personality
* Not egoistic
* Takes high pride in oneself
* Hates restrictions
* Loves to joke
* Good sense of humor
* Logic


Somehow.. u got me! :) Ada sesiapa lagi December?? :P

Wednesday, June 3, 2009

Award



Haih! Vote pon dapat award ek?? Rajin btol la mommies2 skang nih...
1. Rajin masuk competition disana sini
2. Rajin mengiklankan pulak
3. Pastu create award pulak tuh...
4. Pastu trace balik si penerima award
5. Pastu inform pulak kat si penerima award yg dia dpt award unt di collect

Haih.. rajinnyer........ :P

Yang aku, rajin tumpang lalu jek lah... hehheheheh!
Tp bila org dah bagi..saya amik... :P
TQ anyway!

I lost the benefits of BF.. :(

My milk supply starts to drastically drop when Adam is about 1 year old.
It's not easy for me to decide whether to extremely stimulate back the milk production or just let it be.But due to my lazyness, i took no effort to add in extra session of pumping. I started to feel frustrated when i only manage to get 1.5 to 2oz per session. That means during my working days, i only manage to collect about 3oz per day which obviously means not enough supply. My frustration are deepen when the nursery are not giving my expressed BM to Adam. 1botol pegi, 1botol balik.. Rasa marah pon ada.. then only i discover that my baby refused to drink my milk from the bottle. Mungkin dia dah selesa minum FM.. So sad.. penat2 mama pam, last2 buang jek.. :( From that point onwards.. I gave up on pumping! But i still have about 30oz in my freezer. Sayangnyer..

It is almost 2months since i stopped expressing n actively BF my baby..i noticed major changes to my body.

1: my b*st are no longer sexy!
haih!! u know.. breastfeeding does makes u look sexy! hahahah.. feeling2 pamela anderson gitu! :P

2: i gain weight drastically!
the day i return to the office after giving birth,i kept on taking compliments about my weight. Something like this: "Wah..dah kurus balik..." "Murni maintain la lepas beranak ni".. eceh eceh.. kembang la tu kan.. thanks to breastfeeding! i kept on loosing weight..sampai kurus kering! mana taknya.. from 66kg(masa pregnant) to 48kg! that time, i worry much because i think i am so skinny sampai i lost my butt! pakai seluar sumer dah tak cun.. kebaya? simpan sebab too loose!(loose at the butt but ketat at the bust! :P) dah mcm baju pinjam.
Today.. SAYA SUDAH GEMUK! Hubby dah keluar statement mcm ni "Elok la mama pegi gym,mama dah boroi.." haih!! hello??? boroi kite nampak jek die.. boroi dia?? Cet! :P
In a few weeks.. i gain and gain and gain more weight! sampai 55kg dah! Magic kan? Oh lupa nak state: Saya memang mkn banyak!!! Dulu makan byk, tapi semua jadi susu.. tapi sekarang mkn byk, sumer jadi kat perut! See??? How i lost the benefits of BF???

Oh yes.. ada satu lagik changes that i noticed which somehow makes me sad.. dulu, baby n i bersempit tido sama2.. kalau mama tak tido sama dia, mesti dia tersedar n nangis "mamamamammamamama!!!" sekarang... dia mesti nak tido ngan papa dia! selagi papa tak baring.. selagi tu dia tak tido.. uwaaaaa!!!! My baby doesn't seems to be needing mommy lagik! Sedeyyyy...... :(

Tuesday, June 2, 2009

My poor vocab~

Jakun jap aku bila dgr such word in one of the header in Utusan..

Remaja wanita jangan terjebak sexting elak dimalukan





Sexting??

Lets see what says Mr Wikipedia :

Sexting (a portmanteau of sex and texting) is the act of sending sexually explicit messages or photos electronically, primarily between cell phones.


Ooo.. gitu kekdahnyer... Yerlah, masa skolah dulu mana la ada perkataan canggih gini kan.. SMS pon blom wujud lagi kot? kalau ada perkataan Sex pon, mesti to be filled with F . :P

Budak2 sekarang ni,canggih terlebih kan? aiii... takutttt!!

Klah, new word for today..(at least for me!) : SEXTING

Monday, June 1, 2009

Bosan!!

Today adalah hari bosan tahap gaban.. dah la opis lengang... school holiday la katakan..

Sgt bosan sampai boleh kuar statement ni-->


"I think I am bored with work!"






Huwa.. dah la ujan.. perut lapo pulak tu!!!!!!!!!!!!

Saturday, May 30, 2009

i'm down!

down for 2days..kena high fever. Igtkn dmm sbb sakit urat,obses ke gym la katakan.. ;p tp doc kata kalau sakit urat,the fever won't be that high. It's viral infection. Kepala otak dah pk bukan2 dah. Kot kot la H1N1 ke? Ui,takut! Alhamdulillah,the fever gone. Tapi kepala weng! Ntah kenapa dok sakit sgt kepala.. Hubby kt angin,tp rasanya dah puas dah buang angin.. Hehe!
Jap td br bwk si kecik jln2 kat taman.. Nak dkt setahun dok sini,br berkesempatan nak jln2 kt taman tu.. Weekend ni pon xda plan best selain weddings..

Oh ya, SELAMAT PENGANTIN BARU TO PN ZURIS & EN SHAHRIL. So sory xdpt attend ur wedding.. Semoga kalian kekal bahagia ke anak cucu.. Amin!

Wednesday, May 27, 2009

So cute..

Sgt comel kan anak Eizlan Yusof?? Geram sgt.. Kalaulah dimurahkan rezeki for me to have a baby girl... i wish gegirl would be this cute!





BUT.....

in order to produce a baby that cute..



a mom this pretty is in need... hahahahha!





Jauh panggang dari api nokss! Verangannnnnnss!



psst... Eizlan, jgn marah ek post gambor ni.. its all over the internet. :P

Tuesday, May 26, 2009

My Hero (Heroes)~




Monday, May 25, 2009

Mom&Sis ke Tanah Suci

Semalam kitaorg ke KLIA hantar my mom n sis. They were boarded on Saudi Airlines to Jeddah at 3pm. Alhamdulillah 12.14am td kakak SMS ckp dah sampai.

Derang amik package umrah+ziarah by Andalusia. Sayu jugak tgk depa pegi. One, sebab tak dpt follow.. ntah bila la jemputan ke sana nak sampai and two, kesian sebab tak dpt temankan mak pegi. Kakak needs to take care of mom by herself. Masa kat airport they were introduced to this pakcik unt tumpang mahram. Kalau nak tunggu mahram sendiri.. ntah bila la mak boleh pegi lagi kan... Last time mak pegi haji thn 1988 kalau tak salah.. kalau tak salah la kan.. :P
Tu dia.. dah 20 tahun lebih... patut la mak rindu sgt nak pegi lagi.. mesti terkezut mak tgk the changes kan?

Hope that everything went smoothly.. semoga sihat2 selalu dan dipermudahkan segala amal ibadat dan urusan. And lupa nak ckp kat mak, doakan anak dia cepat2 kaya... ehhehehehhe!!

Friday, May 22, 2009

Ikan geli!!

En suami suka mkn ikan air tawar.. walaupon dia bukannyer tau ikan tu air tawar ke masin ke masam ke.. tp mostly ikan yg dia tau ikan air tawar jek lah.. kalau ikan laut, ikan jaket jek kot.. hehehe!

al-kisahnyer.. a fren of my brother ada bagi ikan keli kat my brotherlah.. memandang kan dia tak mkn ikan tu,dia pass la kat kitaorg.. ada la terperam dlm freezer tu about 2 weeks sebab mood memasak tak mari... :P

So, satu petang yg hening lepas balik keje..(which was last week xsalah aku).. aku pon keluarkan kan la ikan tu.. rendam(dgn plastik2 sekali) dlm periuk besar bagi cepat defroze.. dlm sejam selepas itu.. aku celup la nak kuarkan ikan tu.. sekali tiba2!!!!!!



Jeng jeng jengg!!!!





terkejut mak noks!! okeh.. if ada yg teka ikan tu hidup lagi.. salah yer.. ofkos mati!

tp sekali seluk, keluar kepala dia yg bapak besar dgn mata tersembul dan teksturenya yg licin amat.. menjerit2 kat dapur!! haihhH!! lemah semangat ok??


tak caya tgk!






okeh okeh.. takde lah besar mcm dinasor pon.. tapi seriously.. mmg sgt fobia! :p
FYI, me mmg tak biasa or tak penah berurusan dgn ikan keli blom masak yer.. belajar mkn ikan keli pon masa umur dah 23thn kot. :P

oleh kerana ketakutan yg amat.. en suami lah yg kena amik tugas tukang masak haritu.. siap pesan.. potong kecik2.. takut geli nak mkn.. :P

Bila dah siap... walllaaa!! ikan keli sambal.. Layan..... Sodap pa.. sodap! :p




selingan-->menu adam rifqie hrtu.. ikan keli goreng! heheheh!


psst... lenkali beli ikan beso2 ek?? boleh ngelat masak! best best!! :)

Wednesday, May 20, 2009

'Samseng jalanan' ganti 'mat rempit'

"Polis tidak mahu mempopularkan istilah mat rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut.


Well.. samseng jalanan tu pon istilah jugak kan? lagi otai gitu!

Aku tak paham motif sebenar.. adakah dgn menamakan mereka2 ini samseng maka mereka dah tak merempit lagi??

Drpd pening2 nak pk panggil depa apa..baik kita pk camne nak ubah mentaliti or sikap depa2 ni..

Takpon.. panggil jek "Budak baik bawak motor dengan berhemah sekali" instead of samseng jalanan.. kalau lebih 44kali, jadi lah dia budak baik.. kan kan kan??

Cinta Untuk Ain~


Slot Lestary TV3-Cinta Untuk Ain last episod smlm..
Ending dia agak simple and easy.. tak mcm cite indon yg mcm dah nak ending... tapi drag sampai setahun.. :P
Just nak conclude that: Saya sgt suker cite ni... Sebab:NTAH?.. tapi suke.. maybe sebab pelakon dia.. Que punya feeling tu boleh rasa la yg dia btul2 Cinta Untuk Ain..
and somemore..soundtrack dia lagu best2..

So sad dah last episod..

Yg ganti cerita ni next week tak igt tajuk dia.. tapi iklan dia dah kuar...
sambil2 layan iklan tu.. terlompat aku tgk scene mamat botak atas motor..

Hey! It's Ed! Finally dpt gak tgk ko on TV. Since i missed the GAIA GAIA GAIA series.
According to Ed, episod-4 baru dia muncul.. that means 1 month from now lah kan..
Harus aku anjurkan BBQ unt ko Ed!(ok, this part reza kata funny :P)

Anyway.. sblm ko glam kuar tv Ed, aku republish gambo ko aniaya anak aku. ahahhaha!

Kenapa ek?

Kenapa saya takleh post comment kalau blog org tu punya comment box mcm ni..



Byk blog kawan2 lama dan baru yg saya tak dpt nak tinggalkan jejak sebab ini..
It's not because i don't listen to what you write my frens.. tapi sebab i cannot speak back to you!

Upset~!

Tuesday, May 19, 2009

Upah yang memeningkan

Inilah adalah upah unt saya setelah penat bergym tadi..



Blended extreme latte..sgt sedap pada tekak saya..
yg hitam2 itu adalah biji kopi.. tak hancur..

Mug belakang itu adalah bekas sy minum nescafe pagi tadi..blom basuh pon lagi.. :P

Sekarang saya sudah pening kepala kerana dah ter'over' dose coffee...

Padan muke saya!!

kadang-kadang bila meeting ada kopi o, sy selalu ter'over' dose juga.. kalau minum lebih 2 cawan kopi mak munah(tea lady,errr coffee lady in this case),
jantung saya akan berdebar2...

nasib baik hari ni pening kepala.. tak sakit jantung.. :P

Padan muke saya lagik.. :P


pssstt... lepas ni kena togok berbotol2 air nak wash down the caffein....... :p

Apa saya pakai hari ni??

Saya pakai baju cotton yg renyuk2.. :P





nothing special kan???

but for me... sgt la special nokss....






ini adalah baju pertama yg saya jahit dgn hasil titik peluh sendirik! (walaupon tak berpeluh pon kan..) From scratch! Dari proses membeli kain, memotong, menghantar jahit tepi, menjahit, membasuh, mengiron.. sumenya saya yang buat sendirik! :P

Cey!! Bangga bangga.. walaupun kainnyer agak senget dan longgar..tapi..org tak perasan kot.. and thanks to safety pin adam rifqie.. hahahha!

I'allah.. coming up will be prefect! Will try my best!

Chaiyok!!!

Gambar AF Finale~

Ya.. mengambil gambar adalah dilarang.. dan kena marah dgn abg RELA juga! LOL~

There's my HERO..
Hafiz the champion!
The Host(take note of jarak sebenar dgn pengkritik,kat tv tak perasan jaraknyer kan...:P)
Sayup jek mak duduk.. Nampak tak stadium tu penuh ok?


Ramai kan? U'll never see this many in Forum Perdana..
(psst pssssttt...paku dulang paku serpih,mengata orang..diri sendiri pon tak pegi forum perdana.. tetttt!!!!! insaf kejap insaf..astaghfirullahulazim.....apa nak jadi mak org nih!!!! )

Monday, May 18, 2009

AF7 Final

We went for AF7 Final concert last Saturday.. Haih!! Not a big fan of AF, but my sister-in-law was so eager to go.. with a 'MISSION' according to her.
Moreover.. the tickets are sponsored by our cousin who work with Astr*.

We were seated on the upper-tier level.. the seat was not comfy at all.. Sempit n curam! But hey, free ticket maa.. what do you expect? :P

I am not going to review the whole concert.Note:this is not an Entertainment Blog! :P
There are 3 main points i wanted to higlight:

1. Aril's new song-TOKSIK were like toxic waste.. haih! Hotz.fm played the song this morning, and it was like 'hancur'. Adlin was right:"Aku tak paham langsung lagu ko!"
No offense ok Aril?!

2. Akim's performance was superb! If it was a one time show concert, i surely believe Akim deserves to win.

3. and.. i think the prizing was not fair at all. Pitty isma, after all the sacrifice and 'transformation', what she got was an AF trophy?? Not fair!


Ok,enough said!

TQ CuteMiut!

Friday, May 15, 2009

Mama's #1~

Today is Adam Rifqie's lucky 1 day!!

Hikmah ~

* subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah wallahu akbar
subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah hasbi Allah

di tepi kerinduanku
memandang hampa pada dunia
ku hanya orang biasa
tak lepas dari rasa kecewa

reff: hanya padamu tempatku mengadu
pahit yg kini menyiksaku
aku percaya tiada yg sia-sia
semua kan ada hikmahnya

repeat *

angan yg membalut mimpi
dulu melukis nyanyian hati
ku hanya orang yg kalah
satukan hatiku yg terbelah

repeat reff
repeat *

Tag from Yun

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
- MR. Love
- Kakak
- Maxis

2. YOUR MAIN RINGTONE?
I'll be missing you

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
tidokan si kecik

4 . WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
Mr. Akram + Adam Rifqie.. Pi rumah mak.

5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING? NOW?
Blouse boleh? turqoise

6. THE LAST THING U DID?
menjejaki hutang tag

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
Eat, Chat chat, sleep.

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
Red+White

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
RM310

10 . HOW'S LIFE?
Good

11. YOUR FAVORITE SONG?
Currently Larut+Jangan Kau Lepas+Tanpa

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
Saturday maybe Jln Tar, Sunday POCO POCO. haha!

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
Semalam at 10.30pm

14. WHERE IS SHE NOW?
Bndr Tasik Selatan

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
Semalam

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
+12345= suh apply job kat cyberjaya

17.WHERE DID U HAVE UR DINNER LASTNIGHT?
rumah mak

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
none

19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
pensil yun

21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
Mr Akram

22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
Lost.. Sangap.. Kalau tak ko igt aku rajin sgt nak jawab tag? :P

23. WANNA SHARE WITH WHO?
Who would want to share that feeling? tak best langsung! haha

24. WHO KNOWS UR SECRET?
Hmm.. what kind of secret? Some Mr. Husband,Kakak, or i'll just keep it to myself

25 . THEY KEEP UR SECRET?
Think so

27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
Nope

28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
hmm.. sejak boikot dilancarkan.. blom order lagi... lama tuh bertahan! :P

masa mula2 kenal mcD= bigmac
later=McChicken
Masa kerja mcD=Nasi ayam nyonya/percik/ayam goreng(sgt jemu mkn burger)
Chinese new year=prosperity
travelling=nuggets
masa mengandungkan adam rifqie=mcflurry oreo
mostly at any other time=bubur ayam/foldover

see.. brapa byk duit dah dilaburkan kat mcD? :p


29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
teringin sgt2 nak mkn bihun tomyam mak masak.. tapi Mr. akram bersungguh2 tamo pegi rumah mak..bukannyer jauh pon.. sangat sedihh!

30. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?
I wish for a better tomorrow!