Wednesday, July 1, 2009

Just for Sharing: Zakat

Just nak share ngan sumer pasal zakat.. Sebelum saya ada duit sendirik, meaning that, sebelum sy kerja.. the only zakat yg saya tau wajib dibayar adalah zakat fitrah.. that is zakat yg perlu dibayar sebelum hari raya tu kan.. itupon, bukan kite yang bayar sendirik.. :P

Bila dah masuk kerja, thanx to Kak Nor yg bg pendedahan pasal zakat ni..
Pendapatan which is gaji yg kite terima bulan2 tu pon perlu dizakatkan.. (kalau cukup haul lah kan..) Dulu sebelum kawin, sy kira.. sy perlu bayar dalam +-RM15 dr pendapatan sy.. sy amik jln mudah, bayar double dr figure tu and buat potongan gaji.. sebab double: tiap2 tahun ada bonus kan? jadi budget2 unt cover bonus tu la.. Kalau terlebih pon.. saya kira sedekah jek lah duit tu.. Banyak kita yg berat nak kuarkan zakat, sebab.. bila dihimpun pendapatan tahunan.. memang la besar figure yg kena dikeluarkan tu.. tapi,kalau bulanan.. takkan terasa.. percayalah.. Rm30, sekali pegi layah kenny rogers or kedai asam pedas linda on, dah habis dah... kadang2 tak cukup pon.. Tp bila nak kuarkan unt zakat, jadi bebal.. kenapa???

Lagi satu pendedahan baru yang saya tau masa tu.. ialah zakat simpanan.. duit simpanan kita yg ada, kalau dah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut. Kalau simpan kat Tabung Haji, selamat.. sebab tiap kali bonus.. dia akan potong siap2 nilai yg perlu dizakatkan.. maknanya, kita tak perlu susah2 kira lagik.. kat bank2 conventional yg lain.. sendiri kena ingat..

Sama2 lah kita mensucikan harta yg kita ada untuk dapat keberkatan.. kita selalu complain.. asal ada duit lebih jekk.. mesti ada benda nak kena setle.. keta rosak lah, paip rumah pecah lah, tetibe jek bil tunggakan brapa bulan datang lah.. macam2 lah benda yg nak kena setle.. kadang2, apa jadi tu ada sebab.. mungkin sebab duit lebih tu sebenarnyer bukan hak kita.. itu hak yg perlu dizakatkan.. that's why allah tak redha duit tu dlm tangan kite..
and yg paling penting unt mendapat keberkatan dari harta yg kita ada is: "Jangan lupa bagi mak bapak!" Tak kisah la kalau bagi sikit pon, janji bagi.. tak kira lah mak/bapak punya gaji double or triple dari gaji kite.. yg penting kita hulur unt dapatkan keberkatan tu.. lagi kita kedekut dgn mak/bapak kite.. lagi kedekutlah Allah dgn kite.. percayalah.. rezeki tuhan bagi.. jgn risau.. :)

oklah, tetiba rasa mcm dah jadi ustazah pulak.. bukan apa, ilmu ni saya tau bila sy dah agak tua juga.. mana lah tau, ada yang tak tahu.. jadi saya share lah kat sini..
Sambil2 tu, boleh ingatkan diri sendirk juga...

oh ye, sedikit info from: http://www.e-zakat.com.my/


Ada 2 jenis zakat iaitu:

1.Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
syarat-syarat yang ditetapkan.

2.Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

-Zakat Pendapatan
-Zakat Perniagaan
-Zakat Binatang Ternakan
-Zakat Pertanian
-Zakat Wang Simpanan
-Zakat Emas dan Perak
-Zakat Saham
-Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *

***
Ma'adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)






5 comments:

CuTeMiUt78 said...

oh.. good info ni.. thanks ya beritahu

C-I-K-I-N-T-O said...

thanks for the info..sgt menginsafkan :)

Delimasari said...

bagus info ni.... udah mula mengeluarkan zakat pendapatan sejak dikenakan cukai

Mrs.R @ Emi said...

sy tau pasal jenis2 zakat masa bc majalah keluaran pusat zakat selangor....masa memula kerja dulu...sebelum tu mmg tatau.....
n die ada bg cara pengiraan sume...
alhamdulillah ada org mcm awak yg prihatin pasal ni :)

mama tisya said...

good info..sharing is caring