Sunday, May 30, 2010

Cuteness!

Si kenit ni dah mula pot pet pot pet..

Dah stat nak bercerita eventhough sentence dia paling kuat pon dlm 3 perkataan.


Yang paling cute bila dia pronounce Adam Rifqie as Adam Fiqie.. :P

Baru jap ni, dia boring tgk mama ngadap laptop and plays with papa's camera fon.

Tetiba dia dtg n ckp: "Adam fiqie smile, mama pulak.. "


hahahha, geram ngan mulut kecik itu! Oklah, member dah ngamuk nak perhatian.. :P

Wednesday, May 26, 2010

Termimpi2..

Haip, mmg payah btol nak dpt feel nak hupdate blog sekarang ni.

Sampai last few days sy termimpi2 akan 2 blogger ini: GreenApple and AfidahArif. :P

Ya, sila berbangga kamu berdua, anda terpilih masuk dlm mimpi saya. Hehehe!


Ceritanya begini, i bumped with these 2 girls dekat shopping mall. Watak akak GreenApple adalah memang sebagai kenalan blogger, manakala Afidah was my opismate, mcm Mamatisya. :P



GreenApple: Eh, you pregnant yer?

Me: Eh, mcm mana akak tahu, my opismate pon sumer taktau lagi.. (sambil berbisik2 takut Afidah dengar.. heheh!)




Tu jelah siri mimpi pendek saya haritu. Bgn2 tido je, mcm "Apakah???" Hhahahah!


Samaada sy terlalu teringat pasal blogworld, atau pon rindu nak baca kisah akak GreenApple yg bercuti ke GC, atau asyik terpk pasal org tatau yg sy pregnant. (u got it right noi! heheh)


And what a coincidence, akak GreenApple adalah pregnant juga.. Baru dia announce pagi ni. heheheh! Congrats to u kak.. :P


Rupanya, ada makna juga mimpi itu... dan.. adakah ini bermakna yang Afidah juga akan preggy tak lama lagi???



Ngeh ngeh ngeh!! :P

Monday, May 17, 2010

Macam2..

Sebenarnya macam2 yang berlaku dlm life sepanjang blog ni bertapa...

Tapi tak kuasa nak cerita kat sini, sebab malas nak mengarang..

Yang pasti, my current dept akan dioutsource dlm masa terdekat ni. Reason being is that nak bg bisnes kat kampeni adik beradik. That's for sure, selain dari alasan: "IT is not our core business".

Dalam beberapa bulan menangani kemelut whether nak apply dept lain, sy masih bersyukur sebab the company yg akan dijadikan main vendor itu sudi meng'absorb' kami semua ke kampeni mereka. Eventhough helah utama mereka ialah untuk menjadikan kami key worker unt projek2 dgn my current company.

I have to admit, this few months, memang serabut jugak lah nak memikirkan, which steps to take. Tapi i'allah, keputusan telah dibuat. Dan sy harap ianya satu langkah yang terbaik for my career enhancement. Sy perlu keluar dr comfort zone sekarang, dan menyahut cabaran yang baru. Walaupun ada sedikit downgrade dr segi benefits, almaklum, dr kampeni Berhad ke Sdn Bhd, tp rezeki tu ada dimana2. Semoga Allah permudahkan perjalanan sy mencari rezeki unt kami sekeluarga. Dan semoga Allah mencurah-curahkan rezeki unt sikecil nanti. :)


Buat masa sekarang, motivasi untk bekerja adalah TIADA. Nak bgn tido pagi2 pon malas. Kena termenung 10-15min(kadang2 smp 30min :P) tgk muka anak yg sedang tidur baru dpt semangat nak bgn. (ckp je la malas kan :P) Di sebalik keredhaan sy menghadapi situasi ni dgn berpegang pada konsep "Pasti ada hikmah di sebalik kejadian" , jauh di sudut hati saya, ada juga terselit perasaan amarah unt mereka2 yg membuatkan kami berasa teraniaya. Apa yg pasti, dunia ni bulat, kamu tak selalu di atas, satu hari, pasti ada balasan utk kamu. Allah itu Maha Adil bukan?


Janji2 manis saya untuk update/upload mcm2 cerita, nampaknya dah terkubur bersama kenangan. Hahahh! Ayat adalah super skema rasanya.. blogging groove tu dah hilang.. :P
Harap maaf la pada yg ternanti2 for my updates. (kot ada lagi yg sudi jengah2 sini.. :))

Monday, May 10, 2010

:)

Kemalasan untuk mengupdate blog adalah tahap gaban..

Kunon nak upload gambar singapore.. tak muncul2 pon lagi nampak nyer eh??
hhahaha! memang pemalas tahap tak ingat.. apa yg sy rajin sekarang ialah: "pusing kerusi ke blakang and tumpang main Bejeweled Blitz kat laptop yun"

Ngeh ngeh ngeh!

Oh yer, sebelum wishes menjadi lebih basi: "Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di muka bumi ini.."


Last weekend, kitaorg adalah mode bercuti2 lagi.. kali ni pergi jauh............

Jauh sgt sampaikan pukul 3 patut check in, pukul 3 la kitaorg bertolak dari rumah. hahhaha!
Actually just bercuti dlm KL je.. dan sy rasakan, percutian yg dekat2 ni adalah lebih bermakna dari bercuti jauh2.. :P

1- packing barang adalah fun, 10min siap. hanya beg kecik diperlukan.
2- xperlu risau kalau ada barang tertinggal, boleh pi balik ambik. :P
3- xdalah kisah sgt nak keluar berjalan, sebab tmpt biasa pegi, jadi masa melepak adalah banyak..
4- xpayah buat kerja rumahh.. tulah yg paling heaven! tu baru btol bercuti.. heheh

Kesimpulannya: Istilah bercutian bg saya adalah masa untuk berehat2 dan merelaxkan diri. Kalau bercuti kat tmpt orang, especially oversea, time adalah pack, sebab kita akn cuba nak slotkan setiap masa yg ada unt melawat sana sini, hasilnya, badan adalah sgt letih, dan duit adalah habis. oopss! :P


Makanya haritu, agenda kitaorg ialah:

Sabtu, 3.30pm- checkin.
Lepak sampai lapar.. keluar cari mkn kt Berjaya Time Square. Byk btol Arabs sana ek? masing2 sibuk dok shopping handbag n kasut.
Penat jalan2 kejar Adam, kitaorg pon balik. Layan movie sampai tertido.

Ahad, terbungkang ja sampai time checkout.
Lepas tu pi makan kat Wong Solo. Pastu pi Aquaria. Takdelah best sangat kot Aquaria tu, cam kecik ja.. rasa mcm Underwater World kat Langkawi lagi besar.. rasanya la, kalau tak silap. Lepas tu pi Tesco jap, beli Big Apple and TV buat present mother's day kat mak. Oh, tv kecik je yer, bukan LCD or flat screen. heheh!
Then pi lepak rumah mak sampai lebih 7ish, kitaorg pon cabut balik.

Tu je la weekend kitaorg. :P

Tuesday, May 4, 2010

Capek~

Kecapekkan amat nih!

Dari pagi dok melipat kotak and tolong2 apa yg boleh unt simpan barang2 opis yg nak di'archieve'kan.. Yun and Kak Nor masih gigih mem'packing'.. tp sy dah surrender awal2 lepas lunch tadi.... xlarat paksa badan, sebab yg sakit nanti, diri sendiri jugakk.. :P

Yg sebenarnya, last week sehingga ke smlm, sy adalah bercuti. Membawa diri dan keluarga ke Singapore.
Depart on Thursday, dan balik hari Ahad mlm. Kerana capek bangat, semalam adalah EL.
The trip was ok.. nak bagi rate bagus2 pon tak dapek, sebab penat sgt menapak.. Keletihan adalah mengatasi keseronokan. Boleh gitu? hahahha!

Bukannya apa, kitaorg ke sana naik flight, we travel within the city dgn mrt ja, tau tau lah.. bila naik walk-wagon dgn sikecik yang tak reti berjalantaunakberlarija tu, adalah super duper penat. Hairan sungguh dengan supply of energy yg dia ada.. nak kata pakai energizer pon tak jugak, mkn pon takde la byk sgt, tp kederat dia, perghh.. 5kali ganda org dewasa! :p

But overall, Singapore is a nice city. Bersih.. tp warganya tak berapa friendly sgt.. unlike org kita, yg potpetpotpet tak berenti. hahha! Bila2 rajin, sy upload la gambar yg ada. I'allah... :P