Thursday, September 30, 2010

Contest: Gaya Si Comel Berhari Raya



Contest by BabyIbu and Azzamoro.

Sponsored by:




Adam Rifqie b Akram
2thn 5bulan

Monday, September 27, 2010

Tahun ni tak buat open house..

Tahun ni adalah tahun ke-4 kami beraya sebagai suami isteri.

The 1st year, takde open house apa pon. Masa tu kitaorg dok kat Bukit Jalil. Yg dtg masa tu adalah beberapa couples ja. Duduk pon bersila atas tikar.. Rumah pon blom ada sofa lagi. :P

The 2nd year, kitaorg baru ja pindah ke BTS. Open house adalah catered. Itu pon ad-hoc planning.

3rd year, i masak sendiri, no help except for Haji Samuri bakarkan sate. Penat nya time ni mmg tak terperi lah. :P Tak sempat duduk kau! :P

This year, mmg tak bercadang nak buat open house, kerana sy tak fikir sy mampu nak entertain crowds with this stage of pregnancy. :P
Tapi nampaknya, tahun la rumah kami menerima tetamu paling ramai.. :)
Alhamdulillah... tetamu dtg bawak rezeki..

Dan rasanya lebih seronok dari buat open house. :P Sy lebih suka konsep org dtg beraya dgn ikhlas instead of kita yg sibuk calling sana sini jemput org dtg.. Husband pon kata, lenkali takyah buat open house lah. Seronok gak people keep on coming tak kira masa. Cumanya satu je la, bersilat mak kat dapur! :P

Tp bg sy, syarat paling utama yg penting sebelum kunjung mengunjung adalah early notice. 2-3jam before pon takpe, at least, i can prepare something. Tak syok rasanya kalau tetamu dtg just hidang air n kuih raya. Lagi satu, buatnya time orang 'Semekom' depan pagar, sy blom mandi ke, tak ke haru... Hahahha! (yer, hari2 cuti sy mmg malas mandi awal2.. :P)

Setakat ni, my home made menu raya adalah spagethi, nasi tomato, ketiauw goreng, makaroni goreng, laksa, makaroni with tomato soup dan pisang goreng. hahahaha! Busuk! Pisang goreng pon masuk list. Lepas ni kalau ada yg nak dtg beraya lagi, boleh la request menu, sebab agak buntu nak pikir nak masak apa. Mebe next, bihun sup je la kot. :P


And this year jugak sy rasa, mcm paling byk pi beraya rumah orang. Days of keluar beraya from tghr sampai malam. Jalan sakan sampai lunyai badan dan smp Adam Rifqie mengigau2 malam. Kesian budak tu, kena heret smp lembik. :P Tu pon nasib la tahun ni tak balik Ipoh..


Sinopsis yang nak diceritakan ialah, sy rasa raya tahun ni adalah lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya. Bosan weh kalau hari raya dok rumah je layan moviesssss kat tv.


Anyway, hari ni dah 18syawal. Ada lagi 2weekends unt celebrate raya. So sapa2 nak buat open house tu, invite la kitaorg. hahahahhahahah!


K lah, habis.. :P

Friday, September 24, 2010

Basi~

Dari sehari ke sehari nak upload gambo raya..

Tapi asyik terlupa jek, sebab tak copy2 lagi from hubby's memory card.

Ni la few pieces grabbed from FB angah. :P

The whole family..


SELAMAT HARI RAYA!!! (yg depan sekali tu over,
nasib tak cover orang belakang) heheheh!


Suami ku yang ayu.. :P


VERY BADDDD angle. Me kelihatan seperti raksaksa gorgon,
tuh la bahana main sambar je baju raya size XL. Hehehhe!


Abang Adam




Kalau pic ngan mama, Adam mesti tak bg kerjasama..
Upset! :p

Wednesday, September 22, 2010

Padat!

Sejak hbs bulan puasa ni, perut sy adalah PADAT dan SENDAT!

Terasa urat2 perut, pinggang dan tulang belakang dah mula stress menampung kepadatan.. ni semua sebab sy dah start makan anytime yg rasa nak makan.. lapo sokmo!

Pagi tadi adalah hari ketiga berturut2 sy breakfast makan nasik lemak. Ni semua sebab makcik nasik lemak tu berniaga bulan puasa haritu.. Everytime lalu, mesti terliur.. La ni bila dah tak puasa, everytime lalu, trus singgah beli.

Bila dah masuk 7 bulan, ramai gak komen kata perut kecik... Tp i kept on denying kata sebab faktor baju membuatkan nampak kecik. Last checkup, doc cakap semua adalah ok, cuma kalau nak baby pipi tembam, makan la byk sikit. So perhaps, mmg kecik sikit kot baby ni. :P Lets see apa komen dia esok, sebab sekarang perut sy dah sendat.

Oh yer, takpe ke kalau kite bongkok2 mcm nak mececah kaki sendiri? Adakah baby dlm tu akan terliuk2 jugak badannya? Soalan bodoh eh? Bukan apa, kadang2 bila pi buat client installation, sy kena masuk bwh meja sebab nak cucuk usb dekat cpu client yg berada di bwh meja.. Tu blom part kutip mainan bersepah, pakai stoking, kena hempap ngan adam lagi.. hehehhe.. cabaran btul unt org dalam tu eh? :P

Monday, September 20, 2010

7months~

Sudah masuk phasa terakhir..

Tidak sabar rasanya unt bersalin.. (tapi tidaklah mengharapkan a premature birth, nauzubillah.. )

To be exact, tak sabar rasanya to be out of the office....

Walaupun bersalin itu sakit, tp sakit itu adalah something that is worth dying for..

10ribu kali lebih baik dr menanggung sakit hati duduk kat opis nih!



Oh Tuhan, cekalkan hatiku.... amin!

Tuesday, September 7, 2010

Super Duper..

... SLEEEEEPY!!!!!



arghhh, pening pale tahan mengantuk! :p



One day to go peeps~

Kepada yg sudah start bercuti, i envy u! :) Selamat bercuti, have fun, and take care!



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Thursday, September 2, 2010

Time Flies~

Ramadhan kali ni berlalu sekelip mata... terkejut tgk kalendar, bahawasanya, saat ini detik ini minggu depan most probably sy tgh sibuk aka menyibuk preparing for raya.

Ish ish... mak xda baju raya lagi! Kelmarin ke pkns.. Adoihla, manusia sepadat-padat..
and as expected, mmg tak jumpa baju yg bersesuaian dgn mak buyong. The industry is not fair ok? kesian la kat perempuan2 buncit mcm i, kitaorg pon nak raya jugak. :P

Hasilnya, kepenatan tahap maksimum. @about 3.30pm hari adalah hujan lebat. Baru kelam kabut pi masjid Shah Alam unt 'Jamak Takdan' Zohor n Asar. Xtahu la pulak dari tmpt wuduk ke ruang solat adalah sgt jauh. Plus jalan adalah licin dek tempias. Imagine, i dah amik wuduk, meanwhile, mom n kakak pi toilet dulu. So igt nak gerak ke ruang solat dulu. So i tolong bwk my sister's handbag, my handbag, beg susu adam dan juga adam sekali. Naik the slippery tangga pon satu cobaan. Along the way, mmg beberapa kali la si tenit tu nak tergelincir. Sampai sekali tu dia terjatuh.. langsung nangis nak dukung. Mmg tawakal je la dukung dia and the bags, with the slippery conditions. Dah tu tak jumpa pintu masuk pulak, ada sign push, but berkunci. Ke hulu kehilir mencari pintu. Agak cabaran jugak lak time tu. Mungkin itu hukuman Allah sebab lewatkan semayang unt shopping.

Then nak pi terjah buffet ramadhan sekitar Shah Alam. Sumer fully booked. Last2 pi bazaar kat stadium and tapau makanan dgn tamak. :P Sempat jugak la sampai rumah sebelum maghrib.

Catch of the day, hanyalah 2jenis kuih raya dan juadah berbuka. Baju raya nan ado. Ntah mana pulak nak terjah ni. Nak ke jalan tar tu, mcm horror ja kot. Last year, sebab ke jalan tar, adalah terponteng puasa pada hari itu. Tak igt sebab apa, tp rasanya sebab i was demam kot, tapi gagahkan diri jugak nak shopping2.


Hmmm... itu je lah kot.. -end-