Sempena cuti nuzul Quran semalam.. saya telah berjaya menyiapkan projek coklat chips itu.. plusss.... ada ad-hoc project yg tidak didalam perangkaan yakni Biskut Nestum. Itu adalah request mak terchenta. Mak kata, tak berbaloi bwk keluar perkakas bagai kalau buat kuih satu jenis jek.. :P Well, mmg tak berbaloi pon kalau buat satu jenis jek.. bahan2 byk lebih.. sy rasa lepas ni, tak payah beli chipsmore lagi, sebab dgn bahan yg tinggal tu.. sy boleh buat coklat chips unt sepanjang tahun.. hahahah!
yg bestnya..rumah kami takde penimbang, walhal copy resepi dgn unit sukatan gram. Camno tuh? Last2.. coklat chip tu jadiklah resepi baru yg diberi nama: Murni Coklat Chip Belasah Aje. :)
Alhamdulillah lulus! Bagi tester kat en suami biskut yg hangit buntutnyer.. :P
Itu pon dia kata sedap.. kalau tak hangit, lagi lah sedap kan?? hahaha!
Keji tak sy bila en suami tanya:
"Mana yang tak hangit punya?"Sy jawab:
"Yang tak hangit simpan raya.." hahhahah!! Mithali kan? :P
Semalam juga sy adalah sgt produktif.. :P
Bgn pagi basuh baju.. sambil tu menjahit, sambung lengan kiri dan kanan ke badan.. then sidai baju.. kul10 pegi rumah mak stat projek kuih raya. Buat kuih from 11am-4pm.. Sambil2 tunggu kuih masak, jahit mata lalat kat leher.
Lepas asar, angkut mak balik rumah unt berbuka sesama. Projek memasak juadah pulak lah kan.. Sy masak nasik goreng, goreng ayam, sayur campur,cucur udang, makaroni sup adam.. mak pulak buat buih ketayap...
Prung prang prung prang.. Lepas berbuka.. suap Adam makan.. Then kemas bilik atas yang mcm tongkang pecah.. :P Itu pon gagahkan juga berkemas sebab kakak ipar ku nak dtg tido rumah.. Actually, bilik tu takde la sepah sgt..cuma katil dia sy jadikan sarang longgokan baju.. hahahah! menggunung baju nak lipat weh! :P Tapi bagus gak la kan, kalau takde org nak dtg... jawabnyer, sampai ke malam raya pon blm tentu berusik bilik tu.. hehehe!
11.30pm, supplier tempeyek yg saya jual di opis ni dtg hantar order.. Then kemas2 sikit, basuh2 apa yg patut.. kul 12am baru dapat mandi...
Punya la letih.. lenguh badan sampai susah nak lelap mata.. Alhamdulillah pagi ni dpt recover balik.. :P
Dengan itu, project yg tinggal sekarang:
1.Siapkan baju kurung jahit sendiri - 80%completed
2.Siapkan manik on main baju raya - 75%completed
3.Jahit manik on another baju raya -0%completed.
Actually, projek no.3 tu was never on the list. Tup tup bila dpt dr tailor last week.. sgt la takpuas hati dgn hujung tangan dia... boleh tak dia jahit mesin trus ja kat hujung lengan? Dah la basi sikitt sangat.. Tangan pon mcm dah nak senteng.. jadinyer,terpaksa la work-out another plan unt cover kecacatan itu. CIS!!
Macam tak sempat jek.. tapi tgklah nanti camne.. :P Silap2, kena cari sub-contractor sorang.. hahah!
Ok.. sekian dulu status report! :)
Sakan mak beraya tahun ni kann??? :p