Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Wednesday, December 9, 2009

Anak bapak..

Adam, he just adores his papa alot!




Here's a song for u papa.. luv u much! :)
Larut



1. Bila mana sy memimpin tangan dia semasa berjalan, dia pasti akan mencari satu tgn lagi, dan takmo melepaskan kedua2nya. Haritu masa kat ikea, papa nak pegi toilet.. so i asked him to letgo of his hands and pergi dulu.. tapi sebaliknya, Adam terus lepaskan tangan saya dan berlari kejar papa dia.. (geram sgt, dia nak lari masuk toilet lelaki tu juga.. penat sy kepung!)

2. Bila mana sy berdamping(berpeluk) dgn papa dia, dia pasti akan berlari ke kami dan menjerit 'Nak nak' mintak papa dukung dia. But the sweetest part, dia akan memeluk both of us serentak.

3. Semalam, lepas keje, sy pegi rumah mak.. and later hubby pon dtg juga. So masa nak balik, we drove a seperate car, and Adam was with me. Boleh dia menangis sepanjang jalan sebab dia igt papa dia tertinggal. Menangis yg tak boleh ditenteramkan.. Dok sebut sebut.. "Papa... papa... papaa..."

4. Pernah satu ketika, dia sgt suka tido kat ketiak papa dia and selagi papa tak tido, dia akan bersengkang mata tunggu papa naik katil sama2.. Tp ni satu ketika la, sekarang dia dah tido cepat. Alhamdulillahh... turn mama pulak cari ketiak papa.. hehehhe! :P

5. And finally, he's a car and computer freak, just like his papa.


Posting ini tidak ada langsung berbau jelousy kerana,dia adalah so manja to both of us actually.. As a mother, hati sy sgt suka melihat suami sy menyayangi anak sy (anak dia juga) dan juga anak sy menyayangi suami sy.. Takda yg lebih bahagia dari disayangi, menyayangi, dan dikelilingi kasih sayang.. kan kan kan?


Thank you Allah for the Love(sss)!

Tuesday, December 8, 2009

Rasa hati..

.. tergedik2 nak keluar jalan2 kat shopping mall, cari birthday present.. heheh!


Walaupun last weekend, sepetang kami bersiar2 di ikea/ikano, tapi satisfaction rate adalah sgt rendah. Sebab, eventho kami ke shopping mall, tp aktiviti yg dilakukan tak lain dan tak bukan macam pergi gym. Kalau tak kena angkat berat, kena lari.. Dpt la beli meja n kerusi for Adam, which is our main objective, tp.. boring la kan kalau keluar tak dpt barang unt diri sendiri. :P


Makanya tadi, sy texted hubby..
"Kalau abg free, lunch kang kite pi jalan2 nak? Rasa mcm nak jalan2 la.. haritu jln dgn Adam tak best. :P"


And he replied: "Hahahah, tgk la kalau abg tak bz jap g.."




It's almost lunch hour.. and i am so hoping to receive a let's go call...








pssstt... currently in gedik mode.. :P

Thursday, December 3, 2009

Umar & Sufiya

Last weekend was their birthday party.
Theme: I'm a Transformers & I'm a Princess..

Happy Birthday Kiddos!! Enjoy the pics by Paksu's Production.. :P












Wednesday, December 2, 2009

Mission Failed!

Merujuk kepada post terdahulu yakni yang ini,





Dengan sedihnya sy mengumumkan, PROJECT FAILURE!



The worst part is, usahkan turun 500gram, naik lagi 2kilo ada lahhhhhhh!!!



Kebabusshhh!!! Ke longkang lah impian itu.. manakan bisa turun 6kg 8kg, diulang,LAPAN KG.. dlm masa errr.. less than 1month? Ngak.. ngak bisa...





Adoihla!!!! Perempuan gemuk sy ini!



Senang cerita, baik mengandung ajelah..
Sekurang-kurangnyer, org pregnant kalau gemuk, takde org komplen.... haihhH!




Amacam pa?





Hehehehhe!

Saya ini lembik orangnyer ...

Kalau kena 'robeh' sikit.. pasti demam akan datang..

Semalam masa amik Adam dr nursery, hujan adalah renyai2.. Sebagai ibu mithali.. harus la bersungguh cover kepala anak.. tp, kepala sendiri berhujan..

End up mlm td, rasa tekak bengkak.. kat opis, suhu ekon yg membuatkan semua org menggigil(ulang alik pegi toilet), bertambah teruk la rasanyer.


Lunch td pi klinik, doc kata tak demam. Tapi ubat dia bg punya la byk: clarinase/piriton, ponstant(unt bengkak tekak), bisolvon, prednisolone and difflam. Tu dia punya byk.. sakit betol tuh ek? hhahaha!

But Alhamdulillah, lepas mkn ubat2 tu, rasa lega sikit perit tekak, lega sikit bernafas.. tp.. kepala sedikit berat sebab tak dpt tido.. :P nak mintak mc tak smp hati, sebab: SAYA SUDAH FULLY UTILIZED BUDGET MC FOR THIS YEAR!!

Aiyok.. punya la kuat sakit mak budak sorang ni! :P tp tu la, salah sy juga la yang jd sgt excited bila doc selalu bagi MC for 2days. 2hari, 2hari, 2hari, 7kali sakit, dah hbs la MC tu. :P
Oh FYI, 4hari MC adalah unt 2kali treatment pi buang amenda ntah yg kat bwh kelopak mata tu. :P Yang tu, bukan sebab demam. :P

Supplement, buat masa ni, sy amik EPO, VitC, and Calcium. Tp on and off juga.. Dtg mood rajin, makan, tak rajin, skip... but i guess, my body needs more. :P Adoihla.. dah tua2 ni, mcm2 kena telan nak kasi kuat...

I bet, mesti ada org promote USANA kat sy lepas ni.. :P (sebab sana sini tgk org talking about USANA). I guess, not now kot, blm terdetik hati ni nak try. Jgn promote lagi ek, mak takde budget! hahahah!


Last,

Semoga Allah mengurniakan kita semua kesihatan yg kuat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk trus beribadah kepada-Nya, dan yg paling sy mahu sekali, semoga sy dpt melihat anak sy membesar dan menjadi org yg berjaya, dunia dan akhirat.. Amin...






psstt.. time sakit2, baru la nak kuar post2 menginsafkan.. astaghfirullahulazim....

Tuesday, December 1, 2009

Semalam..

... sy lunch date dgn en suami. Kitaorg pi mkn prosperity burger. This year punya price,is still toleratable, compare to last year's price yg 'too much'.

Mebe sebab ramai yg boikot McD itu hari kot. Sy pon dah buka puasa boikot, tapi selalunya hanya drive tru membeli bubur Adam jek. (selalunyer time2 away from home :p)

Semalam, kitaorg pon drive tru jugak. Lepas tu pi lepak mkan dlm kereta kat belakang petronas.
Lebih senang mcmtu, tak yah cari parking, sesak2 sumer, jimat masa... and lebih romantic gitu.. lalalalalal! :)

Sambil mkn tu, ada la snap2 gambar sikit..

Tetiba en suami kata: "Ayang dah takde idea nak update blog eh?"


Erkss??!! hahahhaha.. terkena satu point di situ..


Hakikatnya, lately, sy memang takde idea unt blog. Blog hopping pon takde nak berkomen2 sgt..
Just tgk2 gambar, baca2 sikit, klik klik sana sini.. then continue main game..

Huhuh.. i just love my fishes so much!! :P





psstt psstt.. perasan tak sy takde mention pasal kerja disini? huhuhuu! bad bad.. :P

Sunday, November 29, 2009

erks!`

esok sudah kena kerja!








m.a.l.a.s.n.y.a... ;p

Wednesday, November 25, 2009

Eid Adha!

Selamat menyambut raya qurban!!













Maaf Zahir & Batin....
Take care peepss!!

Monday, November 23, 2009

Weekend yg best!

Nak tau apa yg best?


Duduk terperuk kat rumah..


Doing chores yg dah lama in waiting list. Lipat kain, hand wash baju2,tudung2 yg berlonggok, kemas2, masak2, golek2, movies, tido.. ohh yeaa, i loike!! :P


2hari dapat masak 'cuup' sedap unt Adam Rifqie n dia mkn sgt byk.. seronotnya hati..


2 kali buat puding caramel. 1st round, the pudding agak berketul, kerana sy malas tapis.
2nd round, the pudding was just nice, tapi caramel lak berketul.. dek kerana memakai periuk besar(periuk kecik ada sup Adam). Adoih la,spoil sungguh..
Next time, i'allah, will be perfecto!
Sebenarnya, 1st round sy buat puding tu ialah jumaat petang. Excited balik2 keje, singgah kedai beli telur, susu. Hajat hati nak cari periuk stim tu sekali, tp kedai tu takde jual lak. Terpaksa jadi kreatip terlebih, buat la camne pon janji leh stim. :P
Lepas amik Adam je, trus start projek.. tup tap tup tap, kul 7 siap! Oh, yg semangat sgt tu nak buat sebab tekak ni rasa mcm nak makan. Teringat Santai punya caramel. Satu bekas dadih kecik tu RM2 yer..tak puas pon makan. Buat sendiri, leh mkn sampai muntah. :P


Lagi, masak ayam sambal favourite en. akram, 2pot nasik habis sekali hadap. Hati suka sebab husband mkn dengan seleranya, tp ada jugak yg tak suka nyer.. sebab dia bertambah,bertambah, dan bertambah dan membuatkan sy rasa: "Adoih,gemuk lagi la laki aku... :P"


Semalam masak Laksa Penang.. suami keluar statement: "Kagum la abg ayg pandai masak laksa" -> "Ayg memang pandai masak" -> "Tu abg akui.."
Uiii!! kembang kuncup.. bukan senang laki mak nak puji yaa.. lalalalal!
FYI, sejak kami tinggal bersama (maknenya sejak kawen la kan :p) tu lah 1st time sy masak laksa. Sebab: dah tau2 la, laksa bukanlah dlm list makanan si dia. Tp sebab sy memang dah laaamaaa teringin nak mkn laksa buatan sendiri, sy buat jugak semalam. Lenguh kaki memasak sehingga teringat pada kaki gajah masa pregnant. :P


Movie pulak, layan DVD angah bawak. Papadom and SETEM. Both movies pon, barisan pelakon yang sama. Memang geng2 afdlin je la sumer.. and sedia maklum la, afdlin nyer cerita, mesti kelakar2 kan.. so, oklah.. relax je la tgk.. takyah fikir apa2.. layaann je.. :)


Sekian sahaja laporan. I just love a weekend like this! :P

Friday, November 20, 2009

Another 4 straight games~

Merujuk kepada post ini.


Hari ni sejarah berulang, tp prestasi sedikit menurun...
pon begitu, masih menjadi the top one! hahahha!! unsur riak disitu.. :P


oh, kaki sedikit sakit...


and.. malam ni konpem ke'capek'kan lagi..


kuang kuang kuang.... :P

Tuesday, November 17, 2009

And u think u blocked everything?

Topik adalah merujuk kepada penjaga network di opis saya ni..

If u read this, sorry.. i mean no harm.. just to highlight one main point..

"Manusia ni satu peel yg susah nak buang, yg mana yg tak boleh, yang tu la yang dia nak, and.. curiosity, killed the cat! :P"


Lagi mcm2 site yang di block, lagi la org mula berfikir2 mcm mana nak access jugak site tersebut.
Dan sekarang, ramai sudah membawa personal notebook with personal berukband.. and u tell me, how are going to block that?? Rampas?? Too much isn'it?!


Moral of the story, jgn la strict sgt.. budak makin kita ckp NO, lagi dia nak buat gak kan.. begitu la juga kekdahnyer kami ni... stress tau tak dok ngadap keje je... and and.. lagi stress bila takde keje,tapi takde apa nak bleh tgk on the net. kuang kuang kuang!!




pssttt.. cuba bayangkan http://www.websudoku.com/ pon kena block??
main soduku bagus apa unt menjadikan otak staff lebih kreatif dan lebih pantas berfikir.. tu pon takleh? bosan kan?

Friday, November 13, 2009

Pheww~

Terasa sgt letih setelah membedal boling sebanyak 4games tadi.. sehingga terbabas lewat masuk opis after lunch..


Sengal seluruh kakitangan.. harus mlm ni dinner beli...


Kuang kuang..




En husband, jap lagi kol tanya menu ok? :P Love u,muah!!

Thursday, November 12, 2009

Gatal paru-paru!!

Sapa tau camne rasanyer gatal paru2??



Heheh! ok, mebe too much la sampai ke paru2 kan..


But i guess, my cough is getting worse.. rasa macam 'merenyam' sgt kat dalam dada ni...


and i called it, GATAL PARU-PARU. :P

Monday, October 19, 2009

Botak Updated~

Dah tak botak lagi!! :P


Tadi konon nak pi Kedai Tayar Lim.. tapi.. dah namanyer kedai kat TTDI, masuk2 jek perkarangan kedai, yg keta dok ada situ Ferrari, Merc, ape ntah lagi.. tapi sumer keta besaar2 lah.. masuk rim showroom dia, 15', 16' ada la 4-5 kerat.. yang lain sumer rim bapak besar.. siap ada lambang Merc n BMW.. tak dapek la masuk keta sy kan.. :P


Then kitaorg trus ke ENEOS One Utama. Ok la, service bagus.. tukar tayar pon 30min jak, siap balancing ngan alignment. Yang lama nyer, proses mak nenek ni memilih.. haha! pendirian tak tetap.. yelah, mana la mata perempuan sy ni reti nak evaluate kecantikan rim tu. En Akram lak serahkan keputusan ke tgn sy, sebab: dia malas nak decide, kang sy tak suke, confirm setahun sy blame dia rim tu tak cantik. hahaha!
Last2 bila dah decide pon masih bleh cancel lagi.. "Tak jadi, tak jadi.. nak yang tadi" :P Nasib la customer is always right> :)

Gambar sebelum, ketika, dan selepas:







Oh yer, post tadi.. ada org komen:"Tayar botak, apsal cari rim?"

Jawapan dia: Time nak tukar tayar la peluang baik unt tukar rim. :P
Tayar original 14', kunon nak upgrade ke 16', tp sales person tu tadi cakap: "16' boleh masuk,tapi kalau 1-2 org naik ok la.. kalau lebih nanti sangkut."
Jadinyer, upgrade ke 15' jek.. tak sanggup mak nak menyakiti si kecil itu. Chey!

Kesimpulannya, rim baru itu adalah rasuah yang telah diberikan oleh En Akram.
Ayat dia mcm ni: "Ok yang, abg dah tukar tayar ngan rim ayg.. lepas ni abg nak tukar ekzos ngan (hmm.. tak igt plak. nak tukar apa lagi bang?) boleh ek?" Tgk la tu.. kuat mancing laki sy ni.. huhuh!
Tapi.. ade gak la ayat mancing dia buat sy cair: "Fuhh, lega dah tukar tayar.. takde risau dah lepas ni ayg pi keje.. " --> sayang gak rupanya... vavava!
Abang jgn risau yer, tayar dah baru.. lepas balancing tadi.. rasa sedap sgt bawak, tekan2 sampai 120 pon cam smooth jek dia pegi.. muahahahah!



Then trus lunch sekali. Sebenarnyer teringin Yong Tau Fu.. maklumlah..mulut tgh ulser teruk, cari mknn yg sup sup je la kunon.. sekali kedai tu sudah takdak. Ganti ngan kedai Grill ape ntah.. sebab malas nak fikir.. sy mkn ini:



Portugese something something nama menu dia.. layan.. sedap! Kunyah 2kali, telan.. kunyah 2kali telan.. nasib la perut.. kena kerja keras hari ni..
Sebab kan menu tu agak pedas, dessert plak kekdahnya...




Nyam nyam.. I love u 'BYMS'!!!! miahahahha! (sila jgn tanya 'BYMS' itu apa ek, rahsia kerajaan :P)







Oh yer, tips penjagaan tayar unt orang2 yang tak penah tau pasal tayar mcm saya. :P

-> Every 10k KM, perlu la pegi tuko tayar depan pi belakang, tayar belakang pi depan and.. buat balancing and alignment sekali.

Set reminder for myself too... 10k to go! :)

Botak!

Tayar kereta saya sudah botak..



Sebelum ni sy tak perasan, bwk keta main belasah jek.. :P



Bila org dah tegur, mula la cuak.. nak2 pulak my daily route lalu Kerinchi Link. Itu jln merbahaya tau, especially on wet day.



Jap lagi nak mengular.. en suami ajak pi kedai tayar lim, cari rim..



Mebe tinggalkan kereta jap, lunch hour nanti amik balik.

Tuesday, October 13, 2009

Shoot!

System ni..

bila dia ok.. takde org nak pakai..


bila ada org nak pakai... dia tak ok...


jadi... bila nyer orang boleh guna ko hah??



I just hate u BO! Darn!!~

Monday, October 12, 2009

Huargh!

Pagi2 yg sejuk dan mendung ni membuatkan sy rasa letih....

Tu alasan yg kukuh unt mencari bantal lunch break nanti.. hahahah!



Last friday kitaorg balik ipoh. Bertolak 10.30pm, sampai 12.30am.

Saturday, wedding one of my loyal friend. Among the best i could say. :P That's the main reason why we were in Ipoh. Then ke 4 destinasi yg berbeza,tp 1 tujuan:Menziarah+Beraya.. Balik rumah at 10pm.


Sunday, 12pm, ke Kuala Kangsar,juga dgn tujuan seperti di atas :P
3.30pm trus gerak dr Kuala ke KL. Smp KL around 6pm..tp tak jejak rumah lagi..trus ke Midvalley. Mission:Clarks-Crocs-Toy'r'us. Accomplished! Papa+baby pulang dgn senyuman, mama pulang dgn penat. hahah! 8pm baru smp rumah..

Patutnya takde la letih sgt kot..tp mebe sebab puasa kot.. Sejak masuk opis 7.30am tadi, takde langsung bercakap ngan sape2.. sangap.. ahhahaha!! kalau dah kaki kepochi kat opis tak bercakap, harus la tak senang duduk kan..


1 and a half hours to lunch break... can't wait! :p

Thursday, October 8, 2009

Cuak~~

Asben sy tgh dok GTalk ngan sy..expressing rasa cuak dia, sebab in a few minutes will be his 1st time to ber-conference call dgn bos SOC di aussie...



what i said to calm him down is:




"Best apa conference call.. boleh kentot time miting, org tu tak bau pon.. "






Hehehhe.. best kan?

Open house?

Ramai dok tanya:

"Tak buat open house ke tahun ni munek??"



Korang ni memang.. bila buat, tamo datang.. bila tak buat tanya pulak.. apekejadahnyer sedara? :P


Jawapannyer, tak buat! Tapi, kalau nak dtg beraya, Deepavali i'allah kami ada kat rumah.. sape2 nak dtg.. jemput la dtg on Deepavali.. kita sambut double raya gitu.. i'allah i'll be wearing sari!(mmg sesuwai sgt lah tu :P)



Ok, sesapa nak dtg rumah, sila book attendance dulu yer..
kalau ramai sgt, sy cabut balik kampung! ahhahaha!! keji tak??

tak la, kidding, just inform la kalau nak mai.. boleh la sy budget2 nak masak ape kan? :P


Jadinyer, to lisa, noi, reza, hainey, nad, yun, cyana, kak nor, and.. anyone interested seing me in sari(kejadahnyer,hahah!) u're so welcome! lalalalal!!

Wednesday, October 7, 2009

Kenyang tahap gaban..

..sebab td lunch date ngan encik asben, sejurus selepas sy membaham cebisan2 jamuan raya department org(bersama2 cik yun :P)

Even perut kenyang, tp dah namanyer kuar lunch, mesti la makan gak kan.. :P
Menu hari ni, Ikea meatballs+ Daim cake. Hahah! siap desert lagi..

Semalam masa training pon, encik asben dtg time lunch, sebab sy nak pinjam external hard disk dia, nak copy virtual machine, xmuat masuk pendrive.
Hasilnya, semalam, sy makan besar jugak.. Steak gituu... Kalau dah namanyer dating, mesti makan best2 kan? hahaha!

Kalau esok,lusa, tulat,tonggeng, en asben ajak lunch lagi, harus berat naik 5kilo by the end of this month! oh yer... sekarang kami boleh dating selalu2, sebab en asben baru masuk opis baru 2seksyens away.. yebedabeduuuuu!!! jangan jeles... :P