Kalau kena 'robeh' sikit.. pasti demam akan datang..
Semalam masa amik Adam dr nursery, hujan adalah renyai2.. Sebagai ibu mithali.. harus la bersungguh cover kepala anak.. tp, kepala sendiri berhujan..
End up mlm td, rasa tekak bengkak.. kat opis, suhu ekon yg membuatkan semua org menggigil(ulang alik pegi toilet), bertambah teruk la rasanyer.
Lunch td pi klinik, doc kata tak demam. Tapi ubat dia bg punya la byk: clarinase/piriton, ponstant(unt bengkak tekak), bisolvon, prednisolone and difflam. Tu dia punya byk.. sakit betol tuh ek? hhahaha!
But Alhamdulillah, lepas mkn ubat2 tu, rasa lega sikit perit tekak, lega sikit bernafas.. tp.. kepala sedikit berat sebab tak dpt tido.. :P nak mintak mc tak smp hati, sebab: SAYA SUDAH FULLY UTILIZED BUDGET MC FOR THIS YEAR!!
Aiyok.. punya la kuat sakit mak budak sorang ni! :P tp tu la, salah sy juga la yang jd sgt excited bila doc selalu bagi MC for 2days. 2hari, 2hari, 2hari, 7kali sakit, dah hbs la MC tu. :P
Oh FYI, 4hari MC adalah unt 2kali treatment pi buang amenda ntah yg kat bwh kelopak mata tu. :P Yang tu, bukan sebab demam. :P
Supplement, buat masa ni, sy amik EPO, VitC, and Calcium. Tp on and off juga.. Dtg mood rajin, makan, tak rajin, skip... but i guess, my body needs more. :P Adoihla.. dah tua2 ni, mcm2 kena telan nak kasi kuat...
I bet, mesti ada org promote USANA kat sy lepas ni.. :P (sebab sana sini tgk org talking about USANA). I guess, not now kot, blm terdetik hati ni nak try. Jgn promote lagi ek, mak takde budget! hahahah!
Last,
Semoga Allah mengurniakan kita semua kesihatan yg kuat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk trus beribadah kepada-Nya, dan yg paling sy mahu sekali, semoga sy dpt melihat anak sy membesar dan menjadi org yg berjaya, dunia dan akhirat.. Amin...
psstt.. time sakit2, baru la nak kuar post2 menginsafkan.. astaghfirullahulazim....
6 hours ago
No comments:
Post a Comment