Thursday, February 25, 2010

Aksi b*gel dlm pool??!

Ngeh ngeh.. jgn marah...







Ini la aksinye...









Auwwww... seksi you!!! :P

Wednesday, February 24, 2010

I need a vacation!

Heheh! Mcm la stress sgt dgn kerja.. :P


Unlike 2009, 2010 adalah tahun tanpa any holiday plans.
Reason: Ini tahun adalah tahun unt berjimat, tahun unt mengurangkan hutang, dan tahun unt savings... oh dan juga, tahun baru en akram dgn kampeni baru, with new responsibilities, less time unt bercuti. Mcm last Dec, burn 5tickets to Kelantan sebab payah beno dia nak cuti. (plus musim banjir yg jadi pematah semangat unt trus proceed the plan :P)


Tapi rasa sangap jugak lah bila plan cuti2 takde dlm list. Boring weh!! Balik keje, pegi keje, balik rumah mak, balik semban, kenduri, birthday parties, house warming party, etc.

Alahai.. kesian tgk graf hidup, stagnant jek.. :P And its only February!




psstt.. post ditujukan unt en akram dgn maksud tersurat.. jom la cuti2 yang.. :P

Tuesday, February 23, 2010

Blog Marathon~

Ngeh ngeh.. tajuk tak boleh blah..


Baru habis 2days training kat opis ni ha...

Disconnected from the internet.. pagi2 just sempat bg ikan makan, then trus masuk class..


Now nak pi marathon my bloglists..



Heheheh!

Friday, February 19, 2010

Kecik Hati~

Even though i'm trying so hard to deny it, tapi hati tak boleh ditipu..




And i'm not the type yg hati kering boleh buat dek jek..





Kecik hati~ sob sob..

Thursday, February 18, 2010

15 vs 60?

Antara gadis sunti umur 15thn, and nenek umur 60thn, mana korang pilih?


Hahahha!! Joking.. That's not what the figure indicates. :P








15 vs 60 tu sebenarnya adalah masa yg diambil untuk sy sampai ke opis.

Percaya atau tak, sy telah pecah rekod dunia dgn berjaya smp ke opis 15min ja dr BTS ke PJ. (dgn kelajuan 100-120km/j). Thanx to all those people yg masih menyambung cuti pjg mereka.
Jln adalah sgt clear.. Berdesup peginye!!! (ckp peghok sikit :P)
Heaven!!


Minggu depan, pastinya sy akan kembali ke figure 60 itu. Alahai.......

Monday, February 15, 2010

Panas panas panas!

Malaysia is a very hot country! :P


Terasa sungguh bahang nya kat seremban ni. Adam pulak, hari ni saja, 2kali kena darah lindung.
Emm.. korang sebut apa eh, darah keluar kot hidung tu? Sy sebut darah lindung. Apa yang di-lindung pon, wallahualam. :P


Petang td, kitaorg telah membadak airkan diri dgn berendam dlm pool smp kecut.. :P

Budak2, awal2 dah pengsan.. sy pulak, berkurung dlm bilik, sebab best ada ekon. Mmg takbleh blah panas nyer nih.. Tu baru panas donia kan? :~


Esok balik kl, harap2 la tak terjebak dlm jem. Mebe gerak dlm kul 3 ke 4 ke.. Tgk la what say the bos besar. Kang kalau ajak balik awal sgt kang, isu plak. :P


Klah, night ya all.. :)

Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Choi + Happy Birthday Mak!

Lama tak dgr lagu ni: "Kong si kong,si kong si ni, ya kong si kong, si kong si ni"

Well of course ejaan totally out, tapi sebutan dia kira mcm tu lah. hehe!

Lagu tu kira lagu raya cina yg feveret lah kan..setanding dgn "Selamat hari raya, kepada saudara serta saudari, selamat kami ucapkan, untuk kita hingga sampai tahun depan.."

hiks, lagu raya lak yg lebih eh.


Disamping ucapan "Selamat Menyambut Tahun Baru Cina", sy juga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat bonda tercinta.

We made an early celebration semalam, makan2 kat Cheng Ho. 1Malaysia lah katakan, celebrate birthday dgn chinese food. Make wishes with Yee sang. Muaahahha.. over.


Hari ni, mak celebrate kat rumah pulak. My auntie, abg n family berkumpul ramai2. Pagi mak masak pulut kuning+rendang, whilst for lunch, menu adalah nasi bukhari daging kot. So sorry mak, tak dpt join.. Even tho i know, mak betul2 berharap kitaorg dtg memeriahkan suasana, tp tak dpt nak singgah. Kitaorg mkn hotdog kat tepi jalan jek.


Happy Birthday mak.. I love u so much! Semoga mak diberi kesihatan yang baik, kebahagiann dan kegembiraan.. I'allah, tahun depan kite celebrate sama2 ek.


Oh yer, mak also shares her birthday with Valentine's day her cucu, Deena Soraya. She's 7 today. Happy birthday adik.. mummy beli cake tak harini?


Will update the makan2 pics kalau rajin. Lalalal..




Selamat bercuti kawan2, 2day to go! :)

Saturday, February 13, 2010

Last Friday..

.. adalah half day.

Bahagianya...

Mula la kepala otak ligat je fikir nak buat apa. Ajak mr hubs tgk wayang, tp dia takleh cabut awal pulak. He's a boring person lately.. asyik bz jek.. lalalalalla!

Nak jenjalan pon, xde geng.. pity me, geng nak bersuka-ria pon susah nak cari, inikan pulak geng nak bersusah-susah. :P

Just drove along the usual way to home. Dekat2 nak sampai midvalley, dok fikir, nak singgah ke tak, nak singgah ke tak? Me end up drivng myself to Tesco Extra,Cheras. Motip, nak try Lo Shi Fun seperti yang dipromote dek Ceera. :P

Jalan2 tanpa tujuan, adalh sgt merbahaya for me. Masuk bookstore, melayang 100+. Nasib la singgah Tesco jek. Klau Midvalley, mmg bleh main layang-layang la purse ku itu.

After having lunch, alone, (i really hate makan sorang2, rasa mcm org keliling pandang,smbl ckp,kesian org tu.. takde org nak mkn ngan dia. :P) trus masuk tesco.
As usual,mesti tgk toys dulu. And thats the only section yg sy sempat lawat haritu. Sebabnya, sy angkut ni...

Nampak mcm dah big boy betul kan? Ni sumer salah kakak salun tu,
adake potong pendek mcm budak nak masuk skolah... :(



Lenguh jinjing.. igtkan xde la nak shopping, xde la amik troli. :P Lepas je bayar, trus cabut.. Yelah, mana kan nak jalan2 lagi dah ngan menatang ni. Kalau dpt kayuh, ok la sikit kan.

On the way back, it's only 3pm. Tp, hati dah berbunga2 nak trus pi amik si kecik tu. Mama yg excited lebih dapat belikan basikal. Dia nampak je menatang tu dlm keta, trus dia cakap: "Wow!! Car!!" Dah sampai rumah, tamo turun selagi tak bawak turun 'car' dia. Nampaknya, bukan mama je yg xcited.

U lucky boy, mama would do just anything to make u happy!

my happiness

Thursday, February 11, 2010

Sinusitis~

Semalam sy adalah mc sekerat hari(takde makananyer sekerat, kul 11.30 dah cabut :P).

Sebab, pening kat bahagian depan kepala yg terlampau. Smp terkenyit2 mata menahan pening.

Sebelum tu nak cerita, last week and last 2weeks, mmg dah pegi klinik, for selsema n batuk.
Dlm masa beberapa minggu tu, mmg sy tak berapa amik berat on medication intake, sebab selsema tu for me tak teruk. Just rasa mcm batang hidung tersumbat, and suara sengau.
Lepas tu malam2 bila bangun nak buat susu adam, mata mmg tak berapa nampak. Mcm berselaput. Terkebil2 nak tgk brapa oz dah tuang air dlm botol. And i tot something is very wrong with my eyes. Simptom mata nak merabun ke tahap dewa kah?

Rupanya, semalam baru tau, tu adalah simptom-simptom sinusitis. So pagi ni google sikit:


Menurut Dr. Loganathan, penyakit sinusitis sebenarnya melibatkan bahagian rongga angin dalam tengkorak. Ia terbahagi kepada empat kumpulan rongga sinus iaitu maxillary sinus, ethmoid sinus, frontal sinus dan sphenoid sinus.

“Yang dikatakan sinusitis ialah apabila rongga sinus tersebut dijangkiti kuman (yang terdiri daripada virus atau bakteria). Perkataan ‘itis’ bermakna bengkak di bahagian dalam rongga sinus. Jadi kesimpulannya, sinusitis ialah jangkitan kuman dalam rongga sinus,” katanya

source n more..


I suffered frontal sinus: hidung tersumbat, pening kepala, sengau, rasa sakit bila tekan bhgn dahi( center of both eyes)

Now dah start taking antibiotics. Semalam lepas kena doses of ubat selsema+ponstan+antiboitik+cair kahak, tangan adalah a bit shaky. Mungkin terlalu power combination ubat2 itu?

Bila dah baca artikel n, baru la tegar nak makan ubat. :P
Sebab, kalau tak dirawat, kuman tu boleh merebak ke telinga(pekak), peti suara(serak), dan juga paru2(pneumonia). Oppss..



Note: Never ever take it easy on your health. Ingatkan hidung tersumbat, biasa jek.. rupa-rupanya, mcm2 boleh jadi..




Okeh, nak mkn ubat ni... Daaa........ :)

Monday, February 8, 2010

Saya budak baru belajar..

.. puasa..



Pergh!!! It is sssssoooo hard unt mendapatkan kekuatan dan membina semangat untuk berpuasa selain puasa ramadhan.. :P

Walau bagaimanapun.. sy berjaya juga membangunkan diri unt sahur pagi tadi. Goreng telur+roti je pon.. hehe


Tapi, blom apa2.. kul11am dah pening pale, perut berkriok-kriokk..
Mak aih! Betul2 mcm budak baru belajar puasa.. If i were still in standard 1, mesti dah nangis2 rengek2 mintak nasik kat mak..

Padan kan muke lah, mlm smlm skip dinner, sahur 3keping roti.
Now dah gigil2.. Dok fikir, larat ke tak larat nak masak unt berbuka mlm ni..
(Mcm teringin nak buat bihun sup, tapi kena singgah pasar dulu beli ayam sumer.. arghh, xlarat kot.. )


Takpon, call mak je tanya.. mak puasa tak hari ni? Nak buke sama boleh??
hahahahaha!!

Friday, February 5, 2010

Bahasa Malaysia ke Melayu?

Sebelum mengulas tentang bahasa, nak cerita dulu pasal pagi Jumaat sy..


Pagi ni lewat 1jam.. Pukul 9 baru smp opis..

Bukan sebab bgn lambat..

Bukan sebab semalam 'overtime'..

Bukan sebab malas pegi kerja...

Tapi sebab jalan adalah super jam packed! I cursed u metr*mac! Kalau ada xcident sikit ja, or even tayar pancit.. mmg seksa la sy mengharungi journey ke opis.. Nak lepas marah pon tatau kat sapa.. Last2 melalak cam org gila. Luckily JJ n Ian pasang lagu2 best sajerk pagi ni. :P

Bygkan, depan tu adalah apa yg sy perlu harungi selepas 1jam merangkak-rangkak dari tol 50sen. Benci! So near, but yet so far... Huhu!




Ok, back to the topic.. Bahasa Malaysia ke Melayu? Dari dulu dok konpius. Maklumla, bahasa kita byk sgt perubahan.. Dan banyak sgt adaptasi dr English. Kadang2 bila dengar berita or iklan, rasa mcm terjakun pulak dgn perkataan-perkataan baru yg muncul entah dari mana. Tu blom kira translation dlm movies. Ikut suka ja me-melayukan english words. Baru ni, dlm berita.. 'Circuit' kalau di melayukan, jadinya 'Sirkit'.
Kelakarkan? Lepas ni boleh la rename Litar Sepang jadi Sirkit Sepang. hehe!


Pagi tadi pulak, me sempat mengspot(baru gak ni:P) satu lagi perkataan baru. Selama ni mmg dok perasan dah billboard tu. Sgt lah kagum tgk transformation(eh, transformasi.. eh, perubahan) makcik tu. Tup tup terperasan la pulak caption kat amoi tu.

Ini adalah iklan tidak berbayar.. :P


Nampak tak? Dekat makcik tu 'Penuaan Kulit'. Ok, lulus.. Tapi dekat amoi tu, 'Akne'. Apakah?? Jerawat lah! Ke mmg Dewan Bahasa dah list kan perkataan ni semua? Lepas ni kamus dewan, mesti tebal gila! Sebab dah byk sgt words baru.

Pada pendapat sy, it's ok unt merojak dalam perkara2 informal, tapi media perlulah lebih peka dlm penggunaan bahasa. Sebab dari media2 ni lah kita akan lebih cepat pickup compared to books. Dan nampak gayanya, it's going to be so much harder for the kids to score A in BM.



Tu je lah bebel pepetang ni..




What are u talking roundabout mama??





Mama mengarut pasal bahasa sayang..





Oh, that's tough!

Thursday, February 4, 2010

Lama tak mimpi..

Agak lama jugak tidur sy tak diganggu mimpi..

Mungkin sebab, tido mati tak sedar ape dah. (ok tipu, sedar je bila Adam mintak susu..)


Tup tup mlm tadi, Adam crancky. Jap jap merengek, jap merengek. About 3am, terjaga for nature call.

Then tido balik, sy mimpi ada org meninggal. Tak igt whether its arwah bapak or arwah one of my uncle. Dlm mimpi tu.. sy tgk arwah kena kapan.. but me n frens, Yun n Cyana tidak dlm mood sedih. Kitaorg chit chat sambil gelak2. Then tetiba mayat yg dah siap di kapan tu duduk n pandang kitaorg. Boleh nampak air muka n mata dia tru dia punya kain kapan.
Dia halau kitaorg, dia suh pergi, jgn dtg sini.

Serius takut.. serius!

Then tersedar,terasa kaki sgt berat and mcm bunyi apa ntah kat hujung kaki. Dah la mimpi takut, tersedar pon ada benda menakutkan. Bukak mata gak la nak tgk ape benda.
Tgk2... si kecik tu tido atas kaki. The whole body dia atas kaki. Patut la berat. And the sound was actually his snoring . Sigh!!!


Org cakap, kalau mimpi org mati, tandanya org tu umur panjang..
Tapi kalau mimpu orang yg dah mati tu mati, apa pulak tandanya?

Buntu nak letak tajuk~

Lately, life adalah boring..


Orang sekeliling semuanya busy.. My bestest friend pon sgt busy. Skrg dia dah takde masa nak tegur sy kat Gtalk, dia dah takde masa nak ajak sy lunch, and dia balik keje pon dah semakin lewat. Oh, sy sgt bosan bila kekasih gelap ku itu busy..


Hanya Tuhan ja yg tahu what kind of a mixed feelings inside.
Rasa mcm nak stress tak bersebab pon ado.. hahah! Gila!


Nothing to story except for stories of the little one. Si kecik yg sentiasa menjadi penguat semangat and one strong reason for me to keep on surviving.


Semalam on the way balik rumah from nursery, i asked him:
"Adam buat apa tadi? Main?"

Dengan bersungguh geleng kepala dan marah2.Nak expressed that dia tak main.
(yelah sgt tak main.. mama tak percaya.. :P)

"Habis tu? Baca buku"

Dgn senyum lebarnya, sambil gelak2.. dia ckp "ku.."




Dan kerana itu,jap lagi mama akan belikan buku banyak banyaaakkk kat Adam. Thinking of nak beli poster ABC tu, sebab sekarang dia sedang gigih menghafal ABC and 123, tapi rasa mcm menyemak lak dinding rumah tu. :P Flash card pon sudah melambak. Hmm.. tgklah ape yg cantik menarik, tertarik, kau memang da bomb!


Oh ya, nak share one story. My sis ckp, a fren of her punya anak sudah pandai membaca at the age of 2 and a half years. Hebat kan? Tapi dia dia hantar anak dia to skool la.
Kids nowadays, blom 2thn pon dah masuk skolah. Betapa berlumba2 nya ibu bapa nak bagi pendidikan yg paling awal pada anak.


For me, cukup la home skool dulu..(mak pon bukannya kayo rayo :p) Alhamdulillah, nampak la keinginan dia nak belajar. He just love the 'guessing the alphabets' game. Ada sekali tu, me letih sgt nak layan dia, tp dia paksa jugak me pegang pen doodles tu. Me cakap 'Adam tulis la.. adam kan pandai..'
Then dia jawab, 'tak reti..'

Cuteness!



Cukup lah kot.


Habis cerita..

Tuesday, February 2, 2010

Semalam EL..

..kerana cuti Hari Wilayah.

Bila KL cuti, jadinya, nursery pon cuti. Sy adalah terlupa ttg fakta tersebut. Hari Ahad baru teringat,lantas call Kakak nursery. Aiseh, tutup daaa...


My mom n sis adalah menjadi pak sanggup dlm kes ni. Mak siap dtg tido rumah. Tp, kerana badan merasa agak tidak sihat, (hidung tersumbat je pon..) terus membuat keputusan malas nak pi keje. :P


So semalam, kami 3girls(mak,kakak n me) mengasuh budak kecik tu...


Petang papa balik keje, papa kata Adam berat harini. Harus! Sebab mama mempunyai sepenuh masa unt melayan dia makan. Rasanya kat nursery, depa biar dia mkan sendiri kot. Taulah, budak kecik tu kalau mkn sendiri, byk mana sgt lah yg masuk mulut kan?
Petang ni, mesti dia dah ringan.. Sigh~


Adam pulak is a picky eater. Dia bukan mcm budak2 biasa, yg bila nampak org makan jek, terus 'Nak! Nak! Nak!'. Selalu dia tak pernah heran bila kitaorg duk meja mkn beramai2. Dia ngan hal dia jek.. Favourite dish dia adalah sup.
Kadang2 bila tak masak sup, bila dia duduk ja n tgk pinggan, trus dia jerit: "Cuuppp... cuppp cuuuppp!!" and setiap menu dia mesti ada carrot. Carrot tu ajelah yg boleh pujuk dia unt makan.


Selain sup n masak kicap, dia suka nasik ayam/lemak/seangkatan dgnnya. Yg lain, mmg dia tak minat. Korang selalu masak ape ek unt anak2? Bosan plak hari2 benda yg sama. Ada sekali tu, nak suapkan dia masak lemak.. Dia nampak ja kuning kat nasik tu, trus dia 'Eiiii...!!'


Adoihla.. anak.. anak......