Wednesday, July 1, 2009

Derma organ??

Siapa sini dah register jadik penderma organ??

Aku?? Takutt.... haha!

Padahal, apa nak takutnyer.. organ tu dia amik masa kita dah mati kan..
Tapi... aku still tak sanggup...

Kalau lah kita derma.. at least organ tu dapat membantu org lain meneruskan hidup dia..
kalau tak derma, sah sah lah benda tu berkecai jadik tanah jugak kan..

Paper hari ni kata, % melayu sign up jadi penderma dah meningkat...from 8% to >14%.. tp still yg terendah after chinese and indians.. bukan ke kat malaysia ni melayu paling ramai? tapi part menderma, paling sikit.. ni semua sebab semua berpikiran macam aku.. hehhe!


Haih! kena brainwash nih minah nih.. :P



http://saifulislam.com/?p=518
Teringat saya kepada kata al-Quran bahawa di Mahsyar, ada ibu yang sanggup korbankan anaknya sendiri, jika boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Memikirkan ayat itu sudah cukup pedih buat saya ketika ‘melihat’ betapa terdesaknya kita di Akhirat nanti. Jika menderma organ boleh menambah keselamatan saya di Akhirat, saya tidak teragak-agak untuk melakukannya. Selepas mati, apalah sangat nilai yang ada pada buah pinggang, jantung, hati dan tulang, berbanding kesanggupan ibu mengorbankan anak sendiri, demi keselamatan nafsi-nafsi di Akhirat nanti.Saya seru dari lubuk hati’ daftarkanlah diri sebagai penderma. Saya pun tidak tahu selepas mendaftar ni, adakah nanti fizikal saya sesuai dan boleh didermakan. Saya mungkin mati kemalangan, saya mungkin mengalami kerosakan jantung, hati, buah pinggang dan lain-lain. Tetapi dengan mendaftar sebagai penderma’ Insya ALlah dengan niat yang betul, ganjaran di Sana sudah tersedia.. Ayuh! Wahai insan yang kurang bekal, tambahkan amal banyakkan kebajikan


http://www.zaharuddin.net/content/view/183/90/
Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.


http://islamhadhari.net/?p=1236
Sebenarnya, niat untuk membantu orang lain demi meneruskan hidup sesungguhnya mereka ini akan diberi pahala yang cukup tinggi. Saidina Umar pernah menegaskan kepada sahabatnya: “Sesuatu yang dapat membantu atau memberi manfaat kepada saudaramu dan langsung tidak menyakitinya, kenapa seseorang itu ingin menegahnya.”



Amcam?? Ada berani?? Besar ganjarannyer.. I'allah...
Whenever u are ready, please sign up here:
ORGAN DONOR REGISTRATION FORM


Sekian

3 comments:

~daRLee ZuRiS~ said...

aku pun ada berniat nk derma organ bila meninggal nanti

org melayu nie bukan apa...bnyk yg terikat dgn pantang larang
hmm...

Eliss said...

btol laa..seriess takot..memang takder kekuatan lagi..derma darah pun x penah :P

Mrs.R @ Emi said...

sy ada terpk jugak pasal ni..dlm 60% nak 40%takot