Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Allah itu Maha Besar..



This little girl is actually carrying her twins. Somebody forwarded me this email, tapi malas sy nak verify whether it is true or not.

But i believe, Allah itu Maha Besar. Nothing is impossible. Dulu pon dah pernah masuk Ripley's,a boy in India mengandungkan twins dia. Same story, the kid perutnya membesar. But that time they didn't know why. After a few years, budak tu sakit, and undergo a surgery.Only then they discover that the thing inside him,is a baby, siap dah bergigi ok. Oh... that's really beyond our logical thinking. Itu namanya kuasa Allah.


Anyway, here's the cut&paste of the stories behind the pics..


Shocking event for Chinese medicine, which found that only a year a girl is pregnant,

Mengru Kang was taken to hospital after unexplained stomach was swollen much. After ultrasound, the doctors found amazed that the girl has a baby in the womb, the child's twin brother .Doctors say that the embryo was not caught in the womb and has found another place to grow. Little will undergo a Cesarean delivery will suffer .This unusual phenomenon, very rarely is numneste "fetus in fetus" and can be met once every 500,000 pregnancies.


STUNNED doctors have discovered a one-year-old girl is carrying a BABY in her tummy. Little Kang Mengru, from China, left medics baffled after her belly became enlarged. Doctors carried out a CT scan to discover the cause of the growth and found a foetus inside her. They believe the tot is her parasitic twin. She is now waiting operation to have the tiny baby removed.





updated: yes, this little girl is a true story.. and there's more amazing stories to discover, just go google "parasitic twin" :P

Wednesday, June 24, 2009

Tips Menunjukkan Kasih Sayang Kepada Isteri

En suami, everthing is very very very true... Please take note! :P
Girls..jgn lupa frwd kat en suami yer... :)

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan “I Love You”.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya…… sekiranya pendapat isteri anda salah…. betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi ‘angpau’ kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah ’sejuk’. Mungkin kamu juga boleh ‘cool’kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Tuesday, June 9, 2009

Kenapa kita perlu balik kerja awal

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.



Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Thursday, June 4, 2009

Parking@The Mines

Semalam kitaorg pegi The Mines.. saje jalan2 dgn tujuan nak ke Tewah( read:kedai kain); sebab nak cari lining..
Lama gak tak kesana.. kiranya, this is the 1st time after dia siap renovate/tambah. Parking dia special sikit tau!(Xtau la special ke atau aku yang jakun :P)
Untuk setiap lot tu ada indicator.. green light for available parking.. red light for unavailable.. kiranya mudah la sikit kita nak cari parking kan.. xde lah tertipu,bila konon2 spot tu mcm kosong.. bila sampai dekat, tup tup ada kancil terperosak kat tmpt tuh!



Memandangkan parking penuh semalam.. maka lampu adalah merah ok?

Age

How old am i today???

Age in years 26.46
Age in months 318
Age in days 9658
Age in hours 231788
Age in minutes 13907263
Age in seconds 834435751
Age in Milli seconds 83443575101
Age in weeks 67605
You born on Sunday

DECEMBER
* Loyal and generous
* Patriotic
* Active in games and interactions
* Impatient and hasty
* Ambitious
* Influential in organizations
* Fun to be with
* Loves to socialize
* Loves praises
* Loves attention
* Loves to be loved
* Honest and trustworthy
* Not pretending
* Short tempered
* Changing personality
* Not egoistic
* Takes high pride in oneself
* Hates restrictions
* Loves to joke
* Good sense of humor
* Logic


Somehow.. u got me! :) Ada sesiapa lagi December?? :P

Tuesday, June 2, 2009

My poor vocab~

Jakun jap aku bila dgr such word in one of the header in Utusan..

Remaja wanita jangan terjebak sexting elak dimalukan





Sexting??

Lets see what says Mr Wikipedia :

Sexting (a portmanteau of sex and texting) is the act of sending sexually explicit messages or photos electronically, primarily between cell phones.


Ooo.. gitu kekdahnyer... Yerlah, masa skolah dulu mana la ada perkataan canggih gini kan.. SMS pon blom wujud lagi kot? kalau ada perkataan Sex pon, mesti to be filled with F . :P

Budak2 sekarang ni,canggih terlebih kan? aiii... takutttt!!

Klah, new word for today..(at least for me!) : SEXTING

Thursday, May 14, 2009

OuwcchhHH!!

Guys,
Don't let you little ones runs with fork!




Enough said!

Wednesday, May 13, 2009

Overheard~

Td pg rasanya i overheard this on the radio:

"Seorang lelaki(di India kalau tak salah) yang telah mempunyai 5org anak perempuan bernazar unt tidak mandi selama 35hari(ke 60hari, mak terlupa) unt mendapatkan anak lelaki.."


I was like.. haaa??? Nazar tak mandi??? Kalau laki mak lah.... jgn harap ko ada peluang nak buat anak lagi kalau dah berbulan tak mandi!~ hikss... sian bininyer... :P

Thursday, April 16, 2009

Difference between "Wife" &"Girlfriend"

Some people say:





Wife is a HARIMAU ...............





Girlfriend is HARI HARI MAU...





And some say:





Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP)





At home watch TV, Go out bring HP.





No money, sell TV. Got money change HP.





Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.





TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.





TV is big, bulky and most of the time old but HP, is cute, slim, curvy and very portable at any time.





Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding.





Most Important, TV got remote but HP doesn't have.





Last but not least.......





TV do not have virus but HP have VIRUS......





Once get it, HABIS LAH.





So better choose TV lah!!





Get it en suami?? Better choose TV ok?? :P

Thursday, March 19, 2009

Natural Remedy: Kunyit

Semalam petang,balik dr kerja.. kami suami isteri menjenguk ke mini garden kat belakang rumah..
mengembar gemburkan pasu yg tanahnyer dah kejung dek terlebih tanah liat. Nak transfer la pokok2 yg terbantut dek tanah kejung ke pasu lain.. korek2 punya korek.. rupanya pokok kunyit tuh dah byk hasilnya.. diam2 kunyit berisi rupanya.. so tuai la sikit.. tapi, xtahu nak buat apa.. nak masak gulai lomak pon xda santan(alasan semata,sebenarnya malas masak.. :P)

Jadinya.. saya berhasrat unt buat treatment ke atas diri sendiri dgn kunyit itu.. :P

Byk khasiat kunyit nih.. Intai2 sikit petua kunyit:

Senggugut
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit senggugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.

Melancarkan Perjalanan Darah
Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.

Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Menghilangkan jerawat
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus

Menaikkan seri wajah
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan
petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup,kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri.Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.

Kurangkan selsema pada bayi
Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .


Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari

Telinga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

petua nak hamil
Amalkan memakan kunyit hidup sebagai ulam. Ia juga baik untuk menghilangkan penyakit keputihan

itu serba sedikit lah.. byk sgt khasiatnyer.. kalau tgk kata2 saintis pulak, lagik lah byk:eczema,asthma,gastric,jaundice,fungal infection,cancer,cholestrol level,heart attack,stroke..bla bla.. uyaiii.. banyaklah! kali ni sy cover dr segi petua sajork..


Pada yg ingin mencuba.. di ingatkan supaya jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan.

Yang saya nak cuba dgn kunyit tanaman sendiri kali ini ialah: buat ulam and mask aka masker..
hehheh! harap2 tak bertukar menjadi digi man.. kuang kuang!

Selamat mencuba kepada aku! :)

Wednesday, March 18, 2009

Earth Hour

VOTE EARTH
YOUR LIGHT SWITCH IS YOUR VOTE


This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming.

For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.

This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.

Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.

In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.

We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.

VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.

Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.



Ehem!!! Xsalah kan bergelap selama sejam?? tutup lampu je pon.. nak bukak tv,bukak lah,nak bukak kipas,bukak lah.. yg penting.. TUTUP LAMPU!

Semalam dapat response dr BOS skool Adam; "eeiii.. xmolah duduk dlm gelap.. x sanggup.."

Aduyai.. sekejap jekk kak.. kang aku suh TNB off supply the whole night baru tau! tu baru btul2 nyer support earth hour! heheh! mampus pemilik2 kilang sumer merusuh.. :P

Come on guys, lets join NOW by clicking here!

Xmo register pon xpe.. yg penting.. 28hb ni.. yakni 28/3/2009 jam 8.30-9.30pm.. silalah tutup lampu yer!!

Romantik tau bergelap sekali sekala.. aauwww!!!!!!! :P

VOTE FOR EARTH!!!

Tuesday, March 17, 2009

Vaporub

Dulu masa kecik2.. kalau selsema.. bapak akan sumbat benda ni dlm lobang hidung n sapu pada leher,dada n belakang... and rasa nyer mmg turun temurun the usage of vicks in my family. my brother pon akan sapukan pada anak dia sblm tido. And... aku pon penah sapukan kat adam rifqie masa die kena batuk yg kahak nyer berbunyi2 kat dada tu.. Now, the truth reveal.. hiks.. i'm sorry baby..mama jahil masa tu, taktau.. :P





Tuesday, March 10, 2009

ICT Bersama QueeNin: Compressed File.

Hahha,tajuk tak tahan.. ala ala nak fight Mak Merah dengan segmen nya "ICT Bersama Sirman". :P Hari ni gatal lebih nak dig pasal .rar file. Adalah kerana aku begitu yakin ckp dgn Yun yg .rar ni linux punya compressed file kan? tapi ternyata aku tidak jumpa satu pon fakta yg boleh mengiyakan hipotesis aku tadi. kemudian baru aku teringat.. yg linux itu adalah .tar.. heheh! en suami.. sila komen.. :P

By the way, alang2 aku googling around.. adalah lebih baik kalau aku share info yg tak seberapa ini..

Compressed file ada bermacam2 jenis..and yet to discover more n more each day..
antara compression format yg ada sekarang:
ACE,ARC,ARJ,BH,BZIP2,BZ2,CAB,ENC,GZ,GZIP,JAR,LZH,RAR,
TAR,TBZ,TGZ,UU,UUE,WAR,WinRAR,XXE,Z,ZIP,ZOO.

The most famous are .ZIP and .RAR.. sumer mesti penah dapat compressed file yg ada extension nih kan?? paling kuno .ZIP lah.. sapa tak penah pakai kan.. igt lagi kalau nak kena hntr assignment kat lecturer.. zaman dulu hantar pakai disket. kadang2 program tu power sgt,sampai tak muat satu disket.. kenalah Zip kan dulu..kadang2 dah zip pon tak muat gak satu disket,kena hantar 2-3 disket sekali.. huuh! power tak power lah kan.. :P

skang ni, .RAR dah semakinn menambat hati user.. adalah kerana dia mampu support file yg amat besar dan menjadikannya lebih kecik dari .zip punya file(fact:8-30% smaller). Andai kata lah file yg nak dicompress itu sgtlah besar..file itu akan displitkan.
Cth: part1.rar,part2.rar dan seterusnya.. Quality file lebih bagus. Oleh kerana itu, multimedia thingy paling best kalau pakai .RAR nih..Security lebih bagus.. maka lebih bagus kalau hantar document tru the web in .rar format. File .rar yg rosak juga boleh di'repair'. It also support international character set, sebab itu,org Russia dan negara yang alphabet nya pelik2 sikit..akan lebih menggemari format .rar.

tp kelemahannya.. compression process takes a lot longer.. pada lah dgn kelebihannya kan..:P dan lagi kelemahan.. file kena decompressed dulu, baru boleh bukak.. unlike zip, kita double klik on the zipped file pon, masih boleh bukak document tu kan.

and pada yang ada dapat .rar nih tapi tak boleh bukak..
No computer operating system has built-in support to open Rar files. So if you have received a Rar file you will need to use third party software to open it.

Jadi silalah gunakan incik google dan donlod software tersebut yer.. :)

Sekian tutorial pada pagi Isnin. :p

Monday, March 2, 2009

OMG!

Does my bump look big in this?
By HARRY HAYDON

Published: 12 Feb 2009


Huge ... Nadya shows off bump



THESE incredible photos show Nadya Suleman just eight days before she gave birth to octuplets.
The 33-year-old single mum who already had six children by IVF, used fertility treatment to give conceive a further EIGHT babies.








Big family ... the octuplets


Yesterday, Nadya launched a website leaving messages for all her well-wishers.

"We thank you for the love and good wishes sent to us from around the world," she said.

She added that her children are "all healthy and growing stronger by the day".

The kids have been named Noah, Maliah, Isaiah, Nariah, McCai, Josiah, Jeremiah and Jonah.

We reckon that's the mother of all bumps!





Walla!! Bagaimanakah perasaannya membawa perut sebesar itu?? Beranak normal kah? mesti mcm plup, plup, plup, plup, plup, plup, plup, plup.. satu2 berlumba keluar.. heheh! Bayangkan dalam pantang jaga 8baby sekali?? plus 6kids?? oh.. tak dpt bayangkan... u must be one strong woman lady.. Congrats anyway.. :)