Semalam petang,balik dr kerja.. kami suami isteri menjenguk ke mini garden kat belakang rumah..
mengembar gemburkan pasu yg tanahnyer dah kejung dek terlebih tanah liat. Nak transfer la pokok2 yg terbantut dek tanah kejung ke pasu lain.. korek2 punya korek.. rupanya pokok kunyit tuh dah byk hasilnya.. diam2 kunyit berisi rupanya.. so tuai la sikit.. tapi, xtahu nak buat apa.. nak masak gulai lomak pon xda santan(alasan semata,sebenarnya malas masak.. :P)
Jadinya.. saya berhasrat unt buat treatment ke atas diri sendiri dgn kunyit itu.. :P
Byk khasiat kunyit nih.. Intai2 sikit petua kunyit:
Senggugut
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit senggugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.
Melancarkan Perjalanan Darah
Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.
Menghilangkan jerawat
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus
Menaikkan seri wajah
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan
petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup,kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri.Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.
Kurangkan selsema pada bayi
Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .
Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari
Telinga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.
Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.
Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
petua nak hamil
Amalkan memakan kunyit hidup sebagai ulam. Ia juga baik untuk menghilangkan penyakit keputihan
itu serba sedikit lah.. byk sgt khasiatnyer.. kalau tgk kata2 saintis pulak, lagik lah byk:eczema,asthma,gastric,jaundice,fungal infection,cancer,cholestrol level,heart attack,stroke..bla bla.. uyaiii.. banyaklah! kali ni sy cover dr segi petua sajork..
Pada yg ingin mencuba.. di ingatkan supaya jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan.
Yang saya nak cuba dgn kunyit tanaman sendiri kali ini ialah: buat ulam and mask aka masker..
hehheh! harap2 tak bertukar menjadi digi man.. kuang kuang!
Selamat mencuba kepada aku! :)
6 hours ago








7 comments:
yang bagi tade bulu ketiak ni menarik. bole la cuba.
minum air kunyit? aiyak..teringat masa pantang...huhuhu..
meh sket kunyit nak masak
banyak khasiat eh tapi alahai x sanggup la nak minum or makan.. uhuk huk hukkkk
petua utk hamil???? harus akak cube nieh!!! mintk kunyit sket.. hiks
byk tul khasiat kunyit tu kan.. suka tang petua hilang bulu ketiak..menarik tu.. janji tak minum.. kalau minum tu aduh susah sket huhuhu
waaaa nak minum gak ...
Post a Comment