Showing posts with label Mumbles. Show all posts
Showing posts with label Mumbles. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009

One sick family~

Yesterday, little one was not well. Throwing up and having diarrhea. I took an EL.




Yesterday, hubby's eyes were so RED. Went to clinic and got MC for 2 days(today and tomorrow).




Today, i'm suffering sore throat and blocked nose..





My oh my... everyone in the family is sick!

Thursday, November 5, 2009

Nampak sgt kuat makan..

Perbualan telefon antara sy dan Yam(bukan nama sebenar) telah pon di rakam:

Yam: Weh, ko nak donut ke?

Me: Kalau nak bg, boleh je. :P

Yam:
Meh sini..


Sy pon terkodek2 la berjalan ke tmpt Yam nun didepan sana.
Dgn ucapan: "Ko sengaja nak bg aku gemuk eh? :P"


Yam: Ala, ko dah kawen, takpe. Lagipon aku tau,ko bukan kisah sgt pon bdn ko gemuk ke, kurus ke... (erkss!) :P


Adeh, nampak sgt la kuat mkn kan? ada makanan jek, mesti org igt sy.. kuang kuang kuang.. :P


By the way, to cik Yam, tq for the donut.. and FYI, aku tengah kisah la ni aku dah gomukk!!
Tapi rezeki tak baik di tolak.. Va va va va!!! :P




psstt.. punya la byk :P dlm entry ni, nampak sgt tgh malu2 kucing..heheheh!

Wednesday, November 4, 2009

Year end target..

.. loosing 6kilos..



Chaiyok! :)

Monday, November 2, 2009

No futsal for me~ :(

Sabtu ni ada inter-level futsal tournament berlangsung..


Excited sgt nak join sebab:
1. saya adalah amat amat suka beraktiviti dgn kawan2.. bukan senang nak ada event camni.
2. kasut futsal yg dibeli 2 ke 3 tahun lepas, akhirnya buat belasah kat gym jek. tak guna unt futsal pon.. :P




Tapi apa kan daya....


When u need to choose.. between games and kenduri..



Pagi tadi, saya redha jek masa tarik diri... tak dpt main pon takpelah...




Tapi.. lepas dpt Memo Pelepasan unt pemain futsal, agak sentap tgk nama ter'slash' begitu.. and i mean... sgt sentap.. :P








Mr husband.. here's a sacrifies u need to pay.. Sila bawa kami overnight di Danga Bay sebaik sahaja habis kenduri. Sekian, terima kasih. :)

Saturday, October 31, 2009

Hari ini adalah...

... hari sy melepaskan gian terhadap 4 item di bawah:
  1. FarmVille
  2. Happy Aquarium
  3. Restaurant City
  4. Bejeweled Blitz

Muahahha!! Sumernya games di facebook.. maklumlah.. office sy blockFB.. :P

Oh yer, sy bersiaran dr rumah in-laws di Seremban. Tadi mak masak gulai rusa, masak sambal tempoyak, and goreng pekasam. Layanzzz.... eventho 1st time mkn rusa.. kuang kuang kuang..
nyaris la menu rusa, kot landak ke itik ke.. ya ampunnn....... tak tertolan den! :P
Oh yer, kalau akak sharna berada di tempat saya, sy yakin dia akan menjadikan diet sebagai alasan, sebab dia hanya tau makan kari+ayam+telur masin. Hahahah!!
Berubah la kak oi..masuk kandang rimau, makan kambing.. masuk kandang kambing, makan rumput... begitu la kekdah nyer.. :P


Anakanda tido, sgt cranky hari ni.. mungkin tak sedap badan.. dgr batuk dia dah byk kahak. Sekarang ni, dia tido unt round ke-2 hari ni.. selalunya, punya susah la nak bg dia tido siang.
Harap2 nothing serious.. Cuak jugak lah, sebab one of my collegue punya 7months old, positive H1N1 2 days ago. Dah la last weekend baru ja jumpa masa berjimba2 Family Day kat Melaka.
But i guess, no need to be paranoid kot. Adam pon tak demam.. In any conditions, kalau suhu badan dia naik.. maka terus lah kami melaporkan diri ke IbnuSina.


En suami pulak, dari pagi dok cakap nak keluar jalan2.. tp kejap td ni baru ja dia keluar..
Bila sy tanya: "Abg nak pegi mana?" Dia jawab: "Jalan-jalan..(sambil name a few store kat Senawang ni)" Bila sy buat muka, baru dia tanya, "Nape,nak ikut ke??"
Nampak beno tak ikhlas nak ajak..
Tapi sebenarnyer sy tau, jalan-jalan dia tu ada makna.. silap2 balik nanti, tak cam dah rupa kereta dia.. Nak pegi mode kereta lagi laaa tuuu!!!!!!

Adoih la..

Friday, October 30, 2009

Angin itu datang balik~

Ooppss.. bukan angin prot preettt eh..



Angin itu ialah angin online shopping.. heheheh!



Tadi saya baru ja received this:


I loikee... 100 markah sy berikan atas service. Semalam bayar, hari ni sampai.



Next week.. sy tunggu ni pulak sampai..




Lalalalla... Nasib duit dlm M*yb*nk dah hbs.. if not,selamat lah.... harus cotton pulak next.. :P


Tu la namanyer perempuan.. tak payah pegi shopping complex pon, duit boleh hbs gak..
I just cannot understand girls yang tak suka shopping.. tak cukup hormon estrogen kot?? hahahahhaha! Jgn marah... :P



psst psstt.. thanx to mr husband kerana sudi mengtransferkan sedikit duit dia unt tujuan ini. Kalau ada lagi, transfer la lagi... OOopppssss! :P

Tuesday, October 27, 2009

Selingan~

Blm hbs lagi cerita Family Day, tapi ada selingan..







"Sana sini baca pasal org mengandung.......

Sana sini tengok orang bwk perut.....












Oh yes, there's envy in me...."






Sigh!

Tuesday, October 20, 2009

"It's not my fault..

... if i'm better than you! Get a life!"

These sentence really caught my eyes. Written by a friend of mine in her YM! status.




Now, sekarang nak bebel..



Mmg ada je org yg tak boleh tgk orang lain lebih. Jealousy, hasad dengki, busuk hati, memang dah lama bergelumang ngan kite.. especially dlm kaum yang di panggil Melayu. Asal ada org lebih je, dia mesti nak lebih lagi.. sampai ke tahap berbomoh2 tu, mmg ramai yg still praktis. As for me, kalau yg lebih tu kawan kita.. apa lah salah kite tumpang gembira.. and kalau yang lebih tu, ntah sapa2.. jadikan je lah dia role model. Boleh kan, set a bench mark unt kita capai.


I have a few experience in facing this type of people. Asal kita lebih je, mula la bagi ayat2 sinis.. macam: "Yelah.. ko kan ada degree, aku ni apa la ada, takat diploma ja.." (eleh, aku pon takat degree je pon!) "Ko lain lah.. ko kaya.. "(for which i am truly not! penah tgk ke account statement aku? byk mana masuk, byk tu la kuar) "ko takpelah.. bos sayang ko.." (sape suh sengal, mmg la bos benci! :p)
Kenapa eh mcm tu? Which relates to the point: "It's not my fault i'm better than you!"


Yang jenis cakap2 sinis ni satu hal... yang jenis boikot trus pon ada gak.. :p Tetiba jek mcm dingin je ngan kita. Tak mesra, and kalau boleh mcm nak ngelak jek bila jumpa kita. Saya pernah alami benda ni becoz of boys. Mana la sy tau yg minah ni dok berkenan mamat ni. Sy kawan jek mcm biasa.. tup tup, minah ni jeles lebih2, smp trus boikot sy. Haiyo.. relax lah... kalau dah jodoh ko, tak kemana.. and.. "It's not my fault if he chose me, instead of you!"


Bercakap pasal boys, honestly.. back @skool, sy mmg prefer berkawan ngan boys,bukan sebab sy ni bohsia, bukan sebab sy nak pow, tapi sebab mulut mak laser noks! :P
Ngan girls, adalah perlu berhati2, kuat sentap, and kuat merajuk. Oh yer, kuat bergosip pon juge.. :P Tp takde la sampai kuar makan n hang out sama.. just geng borak2 ngan ngarut dlm kelas jek. More over, dlm klas sy masa tu.. ada 9jek girls. Tak byk choice kan. :P Oleh sebab itu, sy dan Betty(my best fren in klas) telah di beri satu nama samaran for which we only know masa nak SPM. "Socialisme", that's our nickname. Nampak sgt la derang2 tu sumer selalu mengumpat kitaorg, smp ada nickname. Kecik hati jugak la, sebab we both ok jek berkawan ngan sumer.. tup tup, depa ada pakatan unt memboikot kitaorg. Huhuu! Bad girls! :P
(part ni is long forgiven, don't worry.. :P)



Back to the main point.. ape yang sy rasa sy nak ckp ialah:
Tak kisah la la kalau org lain lebih pon.. perlu di ingat yg ada org yang laaagi lebih..
Contohnya kekayaan lah.. kalau ko rasa sy kaya, businessman Hi-O tu lagi kaya, janda lim goh tong laagi kaya, bill gates laaaaggiii kaya, sultan brunei pon laagi laaagi kayaa and above all that, Allah tu MAHA super duper kaya..
and nobody can competes that! Kalau berani, jeles la ngan Allah..

Wednesday, May 20, 2009

Kenapa ek?

Kenapa saya takleh post comment kalau blog org tu punya comment box mcm ni..



Byk blog kawan2 lama dan baru yg saya tak dpt nak tinggalkan jejak sebab ini..
It's not because i don't listen to what you write my frens.. tapi sebab i cannot speak back to you!

Upset~!

Tuesday, May 19, 2009

Upah yang memeningkan

Inilah adalah upah unt saya setelah penat bergym tadi..



Blended extreme latte..sgt sedap pada tekak saya..
yg hitam2 itu adalah biji kopi.. tak hancur..

Mug belakang itu adalah bekas sy minum nescafe pagi tadi..blom basuh pon lagi.. :P

Sekarang saya sudah pening kepala kerana dah ter'over' dose coffee...

Padan muke saya!!

kadang-kadang bila meeting ada kopi o, sy selalu ter'over' dose juga.. kalau minum lebih 2 cawan kopi mak munah(tea lady,errr coffee lady in this case),
jantung saya akan berdebar2...

nasib baik hari ni pening kepala.. tak sakit jantung.. :P

Padan muke saya lagik.. :P


pssstt... lepas ni kena togok berbotol2 air nak wash down the caffein....... :p

Apa saya pakai hari ni??

Saya pakai baju cotton yg renyuk2.. :P





nothing special kan???

but for me... sgt la special nokss....






ini adalah baju pertama yg saya jahit dgn hasil titik peluh sendirik! (walaupon tak berpeluh pon kan..) From scratch! Dari proses membeli kain, memotong, menghantar jahit tepi, menjahit, membasuh, mengiron.. sumenya saya yang buat sendirik! :P

Cey!! Bangga bangga.. walaupun kainnyer agak senget dan longgar..tapi..org tak perasan kot.. and thanks to safety pin adam rifqie.. hahahha!

I'allah.. coming up will be prefect! Will try my best!

Chaiyok!!!

Gambar AF Finale~

Ya.. mengambil gambar adalah dilarang.. dan kena marah dgn abg RELA juga! LOL~

There's my HERO..
Hafiz the champion!
The Host(take note of jarak sebenar dgn pengkritik,kat tv tak perasan jaraknyer kan...:P)
Sayup jek mak duduk.. Nampak tak stadium tu penuh ok?


Ramai kan? U'll never see this many in Forum Perdana..
(psst pssssttt...paku dulang paku serpih,mengata orang..diri sendiri pon tak pegi forum perdana.. tetttt!!!!! insaf kejap insaf..astaghfirullahulazim.....apa nak jadi mak org nih!!!! )

Monday, May 18, 2009

AF7 Final

We went for AF7 Final concert last Saturday.. Haih!! Not a big fan of AF, but my sister-in-law was so eager to go.. with a 'MISSION' according to her.
Moreover.. the tickets are sponsored by our cousin who work with Astr*.

We were seated on the upper-tier level.. the seat was not comfy at all.. Sempit n curam! But hey, free ticket maa.. what do you expect? :P

I am not going to review the whole concert.Note:this is not an Entertainment Blog! :P
There are 3 main points i wanted to higlight:

1. Aril's new song-TOKSIK were like toxic waste.. haih! Hotz.fm played the song this morning, and it was like 'hancur'. Adlin was right:"Aku tak paham langsung lagu ko!"
No offense ok Aril?!

2. Akim's performance was superb! If it was a one time show concert, i surely believe Akim deserves to win.

3. and.. i think the prizing was not fair at all. Pitty isma, after all the sacrifice and 'transformation', what she got was an AF trophy?? Not fair!


Ok,enough said!

Tuesday, April 14, 2009

Muat Turun Fail

Merujuk kepada post ini.

Ok, sekarang Yahoo! dah fixed the error.. :P




Mungkinkah Yahoo! support baca blog saya? hahahhah!! Perasan!~~~~ :P

Sunday, April 12, 2009

emBeck!!

i'm back! Semalam lagi dah.. Skang ni tgh layan blues..
Blues nak pegi keje blk after long holidays.. Tetibe teringat lak blues masa nak blk hostel blk lepas cuti skolah yg pjg..even dah form5 pn,still nangis lagik. Hehe! Pekup muka ngan bantal or p mandi,nangis dlm shower. Kui kui,memalukan!

Aku hidup dlm blues.. Wawawa!! Esok kembali ke hectic life di kotaraya. Cey!

K lah,nak maghrib. Sok kalo rajin,den hupdate gambo..

Wednesday, April 8, 2009

delayed


post from lcct.. Ala2 blogger tegar jek. Hehe! Sebenarnya sgt bosan,flight delayed. Sib baik ada wifi free..Sepatutnya depart at 12. 50.. Delay til 2pm.. Biasalah, everyone can fly lah katakan.. Si kecik tido n well behave setakat ni. Cuak gak menantikan perangai dia atas plane. Ngee..

Tuesday, April 7, 2009

Away~

Note: going to be away..

tapi tetiba teringat pasal bahasa2 singkat IRC.. ohoo..zaman ketika sanggup bersengkang mata sampai 3-4 pagi sebab nak chatting... heheh!! igt2 balik, kelako plak.. sanggup tu...
pastu bgn pagi lambat, kena bebel ngan mak.. huikss! Padan muke aku!

ok..i'll leave u guys with these 2:

BRB = be right back~(on monday)
GTG = got to go~


Monday, April 6, 2009

Update!

Wah.. kalau topik menambah anak.. laju jek memasing... eksaited mengalahkan nunggu anak sendirik.. :P

ok.. ni nak update.. 'kawan' aku dah datang semalam... PPPhhhheeeeeeeeeeeWWWWWWWWWW!!!!!!

Biar lambat asal selamat... hehehe!

Friday, April 3, 2009

Hantu!!


Siapa perasan.. most of cerita hantu sekarang,mesti amek mak mah.
hantu jek mesti mak mah..
mak mah jek mesti hantu.. lebih2 lagi siri keliwon itu..
kesian mak mah,dapat watak hantu sajork..

Memula tgk mak mah jadi hantu.. mmg seram.. tp sekarang, dah biasa dah.. xtakut sikit pon..

agaknya la, budak2 kalau bygkn hantu.. mesti dia bayangkan muka mak mah.. :P

Monday, March 30, 2009

My Earth Hour

How's your earth hour?? Aku punya earth hour mengelat2... harap2 the vote counts masa lampu tertutup.. reason being is: sedang masak chicken chop for dinner.. bahan2 lain dah prepare awal lagi.. cuma tak sempat siap goreng at 8.30.. tp tutup lampu gak la..bila nak balikkan ayam tu, bukak balik..pastu tutup balik.. pastu bukak balik.. eheh! kira kalau dr pandangan satelite, nampak macam emergency code gitu.. lip lap lip lap.. ni sume keje en suami la...bersungguh2 nak tutup lampu dan dan tu jugak..kang terbalik minyak camno?

ok, malas cite panjang.. meh tunjuk bukti..

WE VOTED FOR EARTH!


Ni gambo with flash.. sakit mata anakku.. :P




And ni gambo takde flash.. heheh! nampak tak?? tak nampak kan?? Klau nampak.. tak earth hour la kan.. heheh!



punya la supportive, sampai juling mata aku suapkan si kecik tu makan.. mana nak melenyek, nak nampak nasik tu pon samar2.. yg best tu.. mulut dia pon payah nak jumpa! heheh! (ohh.. kami bukak kipas and tv ok.. so si kecik mkn nasik dgn cahaya tv.. :p)