Wednesday, December 2, 2009

Mission Failed!

Merujuk kepada post terdahulu yakni yang ini,





Dengan sedihnya sy mengumumkan, PROJECT FAILURE!



The worst part is, usahkan turun 500gram, naik lagi 2kilo ada lahhhhhhh!!!



Kebabusshhh!!! Ke longkang lah impian itu.. manakan bisa turun 6kg 8kg, diulang,LAPAN KG.. dlm masa errr.. less than 1month? Ngak.. ngak bisa...





Adoihla!!!! Perempuan gemuk sy ini!



Senang cerita, baik mengandung ajelah..
Sekurang-kurangnyer, org pregnant kalau gemuk, takde org komplen.... haihhH!




Amacam pa?





Hehehehhe!

Saya ini lembik orangnyer ...

Kalau kena 'robeh' sikit.. pasti demam akan datang..

Semalam masa amik Adam dr nursery, hujan adalah renyai2.. Sebagai ibu mithali.. harus la bersungguh cover kepala anak.. tp, kepala sendiri berhujan..

End up mlm td, rasa tekak bengkak.. kat opis, suhu ekon yg membuatkan semua org menggigil(ulang alik pegi toilet), bertambah teruk la rasanyer.


Lunch td pi klinik, doc kata tak demam. Tapi ubat dia bg punya la byk: clarinase/piriton, ponstant(unt bengkak tekak), bisolvon, prednisolone and difflam. Tu dia punya byk.. sakit betol tuh ek? hhahaha!

But Alhamdulillah, lepas mkn ubat2 tu, rasa lega sikit perit tekak, lega sikit bernafas.. tp.. kepala sedikit berat sebab tak dpt tido.. :P nak mintak mc tak smp hati, sebab: SAYA SUDAH FULLY UTILIZED BUDGET MC FOR THIS YEAR!!

Aiyok.. punya la kuat sakit mak budak sorang ni! :P tp tu la, salah sy juga la yang jd sgt excited bila doc selalu bagi MC for 2days. 2hari, 2hari, 2hari, 7kali sakit, dah hbs la MC tu. :P
Oh FYI, 4hari MC adalah unt 2kali treatment pi buang amenda ntah yg kat bwh kelopak mata tu. :P Yang tu, bukan sebab demam. :P

Supplement, buat masa ni, sy amik EPO, VitC, and Calcium. Tp on and off juga.. Dtg mood rajin, makan, tak rajin, skip... but i guess, my body needs more. :P Adoihla.. dah tua2 ni, mcm2 kena telan nak kasi kuat...

I bet, mesti ada org promote USANA kat sy lepas ni.. :P (sebab sana sini tgk org talking about USANA). I guess, not now kot, blm terdetik hati ni nak try. Jgn promote lagi ek, mak takde budget! hahahah!


Last,

Semoga Allah mengurniakan kita semua kesihatan yg kuat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk trus beribadah kepada-Nya, dan yg paling sy mahu sekali, semoga sy dpt melihat anak sy membesar dan menjadi org yg berjaya, dunia dan akhirat.. Amin...






psstt.. time sakit2, baru la nak kuar post2 menginsafkan.. astaghfirullahulazim....

Tuesday, December 1, 2009

Semalam..

... sy lunch date dgn en suami. Kitaorg pi mkn prosperity burger. This year punya price,is still toleratable, compare to last year's price yg 'too much'.

Mebe sebab ramai yg boikot McD itu hari kot. Sy pon dah buka puasa boikot, tapi selalunya hanya drive tru membeli bubur Adam jek. (selalunyer time2 away from home :p)

Semalam, kitaorg pon drive tru jugak. Lepas tu pi lepak mkan dlm kereta kat belakang petronas.
Lebih senang mcmtu, tak yah cari parking, sesak2 sumer, jimat masa... and lebih romantic gitu.. lalalalalal! :)

Sambil mkn tu, ada la snap2 gambar sikit..

Tetiba en suami kata: "Ayang dah takde idea nak update blog eh?"


Erkss??!! hahahhaha.. terkena satu point di situ..


Hakikatnya, lately, sy memang takde idea unt blog. Blog hopping pon takde nak berkomen2 sgt..
Just tgk2 gambar, baca2 sikit, klik klik sana sini.. then continue main game..

Huhuh.. i just love my fishes so much!! :P





psstt psstt.. perasan tak sy takde mention pasal kerja disini? huhuhuu! bad bad.. :P

Sunday, November 29, 2009

erks!`

esok sudah kena kerja!








m.a.l.a.s.n.y.a... ;p

Wednesday, November 25, 2009

Eid Adha!

Selamat menyambut raya qurban!!













Maaf Zahir & Batin....
Take care peepss!!

Tuesday, November 24, 2009

Resepi Puding Caramel :P

to caramelized:
5sudu gula, 2sudu air

Cairkan gula dgn api yg perlahan, then letak air and kacau sehingga warna caramel mencapai tahap piawaian anda. Not too dark, kerana rasanya akan bertukar pahit. Golden brown is just perfect! :)

Then trus tuang ke dalam bekas.
In my case, sy buat dlm bekas dadih yg gemuk pendek tu, boleh dpt dlm 6-7tub.

(pic googled)


the pudding:
4biji telur
5sudu gula perang
2sudu teh esen vanila
400ml susu penuh krim (lemak berkrim disukai ramai.. :P terima kasih kepada botol susu Adam kerana bertindak sebagai penyukat unt bacaan ml itu. heheheh!)


Mix telur, gula, esen vanilla. Xpayah kuat2, kita tamo dia berbuih. Panaskan sikit susu. X perlu sampai didih. Then tuang campuran telur tadi kedalam susu. Tuang tu kena melalui penapis yer.. baru texture dia jadi smooth and silky gitu.
Then masukkan adunan ke dalam bekas. Lantas stim selama lebih kurang 30min dgn nyalaan api sederhana. Suggested unt cover dgn aluminium foil supaya wap air tidak menitis kedalam pudding kita.

Sesudah masak n sejuk, simpan dlm peti ais. Pudding adalah best served chilled!



Anggaran masa: 10min unt preparation.
30min unt masak.
5min unt basuh utensils.
<1min href="http://mrsharis.blogspot.com/">MrsHaris, Mamatisya.. :P

Takde update pon nak update~

Hari ni takde update.


Itu ja update unt hari ni....




Muahahahhahaha!!!!





Jgn marah!!!

Monday, November 23, 2009

Weekend yg best!

Nak tau apa yg best?


Duduk terperuk kat rumah..


Doing chores yg dah lama in waiting list. Lipat kain, hand wash baju2,tudung2 yg berlonggok, kemas2, masak2, golek2, movies, tido.. ohh yeaa, i loike!! :P


2hari dapat masak 'cuup' sedap unt Adam Rifqie n dia mkn sgt byk.. seronotnya hati..


2 kali buat puding caramel. 1st round, the pudding agak berketul, kerana sy malas tapis.
2nd round, the pudding was just nice, tapi caramel lak berketul.. dek kerana memakai periuk besar(periuk kecik ada sup Adam). Adoih la,spoil sungguh..
Next time, i'allah, will be perfecto!
Sebenarnya, 1st round sy buat puding tu ialah jumaat petang. Excited balik2 keje, singgah kedai beli telur, susu. Hajat hati nak cari periuk stim tu sekali, tp kedai tu takde jual lak. Terpaksa jadi kreatip terlebih, buat la camne pon janji leh stim. :P
Lepas amik Adam je, trus start projek.. tup tap tup tap, kul 7 siap! Oh, yg semangat sgt tu nak buat sebab tekak ni rasa mcm nak makan. Teringat Santai punya caramel. Satu bekas dadih kecik tu RM2 yer..tak puas pon makan. Buat sendiri, leh mkn sampai muntah. :P


Lagi, masak ayam sambal favourite en. akram, 2pot nasik habis sekali hadap. Hati suka sebab husband mkn dengan seleranya, tp ada jugak yg tak suka nyer.. sebab dia bertambah,bertambah, dan bertambah dan membuatkan sy rasa: "Adoih,gemuk lagi la laki aku... :P"


Semalam masak Laksa Penang.. suami keluar statement: "Kagum la abg ayg pandai masak laksa" -> "Ayg memang pandai masak" -> "Tu abg akui.."
Uiii!! kembang kuncup.. bukan senang laki mak nak puji yaa.. lalalalal!
FYI, sejak kami tinggal bersama (maknenya sejak kawen la kan :p) tu lah 1st time sy masak laksa. Sebab: dah tau2 la, laksa bukanlah dlm list makanan si dia. Tp sebab sy memang dah laaamaaa teringin nak mkn laksa buatan sendiri, sy buat jugak semalam. Lenguh kaki memasak sehingga teringat pada kaki gajah masa pregnant. :P


Movie pulak, layan DVD angah bawak. Papadom and SETEM. Both movies pon, barisan pelakon yang sama. Memang geng2 afdlin je la sumer.. and sedia maklum la, afdlin nyer cerita, mesti kelakar2 kan.. so, oklah.. relax je la tgk.. takyah fikir apa2.. layaann je.. :)


Sekian sahaja laporan. I just love a weekend like this! :P

Friday, November 20, 2009

Another 4 straight games~

Merujuk kepada post ini.


Hari ni sejarah berulang, tp prestasi sedikit menurun...
pon begitu, masih menjadi the top one! hahahha!! unsur riak disitu.. :P


oh, kaki sedikit sakit...


and.. malam ni konpem ke'capek'kan lagi..


kuang kuang kuang.... :P

Thursday, November 19, 2009

He needs a hair cut! :P

The last time Adam potong rambut is a week before raya dulu kot. That was about 3-4months back. :P And that was his first time having his hair cut by a pro. Sebelum tu, mama dia jek blasah rambut nyer.


Kalau ikutkan geram, mmg dah lama dah sy 'tarah' lagi rambut dia, tp mengenangkan ayat amoi, "Rambut dia sgt cantik, tapi aaa.. dpat kat u aaa, habis!" Hahaha. Lantas sy berperasaan, elok lah bw dia ke salun lagi. :P Tp tu la, entahkan bila..


Kalau ikut papa dia, dia lagi suka anaknye itu berambut sebegitu. Yes, kalau disisir rapi, mmg nampak comel lah.. tapi kalau baru bgn tido... jeng jeng jeng!!



tu dia, dah mcm apa dah.. hahah! (kesian Adam, dia rasa cam comel hbs dah posing gitu, tapi hakikatnya.. keh keh keh!)

Wednesday, November 18, 2009

Smoking is BAD.. tak insaf2 lagi ke?

Topik tercipta adalah kerana sy tgh mode: "Tercungap-cungap sesak nafas bau asap rokok!"



No, they did't smoke in the office. But my cube is near the emergency staircase, and that's the 'port'. Tp kadang2.. ada jugak org yg dibelakang sinuuunn.. selamba badak je smoking kat tempat. Depa igt tmpt depa tercorok, jauh dr org, tp tatau ke, yg opis kite ni centralized aircond? Tak lari ke mana nyer asap tu, kalau tak ke kami2 ni.. I guess, they need to install a hood kat cube depa, baru la asap tu leh kuar. Sigh!
So unconsiderate. Ada yg sakit, ada yg semput, ada yg pregnant, tapi tulah, ADA DEPA KISAH?

Teringat zaman masa praktikal dulu. A small IT company in Ipoh. About 9 guys and 2girls kalau tak salah. The guys, sumernya heavy smoker.. and main smoke ikut dan je.. sebab: Bos pon buat.
Setiap hari balik, bila kiss my mom, dia akan tegur: "Hisap rokok ke?" kuang kuang kuang!
And indeed, mmg bau rokok tu melekat kat every piece of me. And i mean, every single piece.. termasuk la yg dalam2 sekali. At that time, i was like addicted to the smell. Bila jln2 selisih ngan org smoking, dpt bau asap tu.. rasa mcm.. "hmmm.. leganya.." tau tak camne rasa tu? ala.. mcm rasa dpt bau coffee masa ptg sejuk yg mandom. :P rasa lega kan.? :P


Dpt bau pon addicted, inikan org yg smoke kan? Adoih la... tak sedar lagi ke oi?
Smoking is BAD!!!



Tuesday, November 17, 2009

And u think u blocked everything?

Topik adalah merujuk kepada penjaga network di opis saya ni..

If u read this, sorry.. i mean no harm.. just to highlight one main point..

"Manusia ni satu peel yg susah nak buang, yg mana yg tak boleh, yang tu la yang dia nak, and.. curiosity, killed the cat! :P"


Lagi mcm2 site yang di block, lagi la org mula berfikir2 mcm mana nak access jugak site tersebut.
Dan sekarang, ramai sudah membawa personal notebook with personal berukband.. and u tell me, how are going to block that?? Rampas?? Too much isn'it?!


Moral of the story, jgn la strict sgt.. budak makin kita ckp NO, lagi dia nak buat gak kan.. begitu la juga kekdahnyer kami ni... stress tau tak dok ngadap keje je... and and.. lagi stress bila takde keje,tapi takde apa nak bleh tgk on the net. kuang kuang kuang!!




pssttt.. cuba bayangkan http://www.websudoku.com/ pon kena block??
main soduku bagus apa unt menjadikan otak staff lebih kreatif dan lebih pantas berfikir.. tu pon takleh? bosan kan?

Monday, November 16, 2009

Terima Kasih Smiley Kidz!

Adam dpt top 3 dlm contest ini:



http://smileykidz.blogspot.com/2009/11/online-contest-official-winner.html


Thanx SmileyKidz!!!

Eventhough i was really hoping for the grand prize, top3 from 325 contestants, is not bad at all! :)



Here's a start! {wink wink!!}

Friday, November 13, 2009

Pheww~

Terasa sgt letih setelah membedal boling sebanyak 4games tadi.. sehingga terbabas lewat masuk opis after lunch..


Sengal seluruh kakitangan.. harus mlm ni dinner beli...


Kuang kuang..




En husband, jap lagi kol tanya menu ok? :P Love u,muah!!

Chef Adam?

Semalam whilst i was cooking dinner, si adam seperti biasa akan menyibuk kat dapur juga.

While i was facing the sink, dia berdiri kat belakang sambil pot pet.. bila sy tak layan, dia start jerit2.. rupanya he was pointing to tempat letak sudip/sudu sumer. Dia nak sudip ikea yg plastik tu. ala.. yg 3piece rm2 ke harganyer, xigt. Mmg biasa bg dia main tu kalau dia nak nyibuk.

To my surprise, lepas dia dpt je sudip tu.. dia trus mengjengket kat dapur, nak kacau kuali! my god.. nasib nampak, kalau terbalik kuali tu camne? nauzubillah..

Then my mom dukung dia, nak bwk ke depan la kunon.. meronta2 takmo pegi.. sedaya upaya nak kacau jugak apa yg tgh dimasak tu.. Haih..
Yang best, what my mom said to him: "Adam jgn la jadi chef, jadi la professor ke, doktor ke, ustaz ke..." --> erks?? :P

Thursday, November 12, 2009

Gatal paru-paru!!

Sapa tau camne rasanyer gatal paru2??



Heheh! ok, mebe too much la sampai ke paru2 kan..


But i guess, my cough is getting worse.. rasa macam 'merenyam' sgt kat dalam dada ni...


and i called it, GATAL PARU-PARU. :P

Wednesday, November 11, 2009

Contest: Reka Tagline Produk dan Menang

Contest by Elissmie.

Prizes are courtesy of Elissmie and also:

My Healthy Store






PRODUCT: Motor Favourite Adam.
TAGLINE: "Tak payah minyak, tolak pon boleh... "



Sekian, terima kasih

One sick family~

Yesterday, little one was not well. Throwing up and having diarrhea. I took an EL.




Yesterday, hubby's eyes were so RED. Went to clinic and got MC for 2 days(today and tomorrow).




Today, i'm suffering sore throat and blocked nose..





My oh my... everyone in the family is sick!

Monday, November 9, 2009

Danga Bay~






(pic paling mahal ni- Adam baru bgn tido..siap ada liur basi.. hahaha!
he really needs a haircut. :P)


(yg penting, ada wifi.. sempat la nak bagi ikan makan.. :P)









(noticed, top pic pon dah naik benda ni.. haih... sudah pandai demand.. :P)



(seberang sana adalah Singapore anakku.. one day, bila anak sudah
ada passport, kita ke sana ok? )



(1 and a half man.. MY MAN(s)!! )

Thursday, November 5, 2009

Nampak sgt kuat makan..

Perbualan telefon antara sy dan Yam(bukan nama sebenar) telah pon di rakam:

Yam: Weh, ko nak donut ke?

Me: Kalau nak bg, boleh je. :P

Yam:
Meh sini..


Sy pon terkodek2 la berjalan ke tmpt Yam nun didepan sana.
Dgn ucapan: "Ko sengaja nak bg aku gemuk eh? :P"


Yam: Ala, ko dah kawen, takpe. Lagipon aku tau,ko bukan kisah sgt pon bdn ko gemuk ke, kurus ke... (erkss!) :P


Adeh, nampak sgt la kuat mkn kan? ada makanan jek, mesti org igt sy.. kuang kuang kuang.. :P


By the way, to cik Yam, tq for the donut.. and FYI, aku tengah kisah la ni aku dah gomukk!!
Tapi rezeki tak baik di tolak.. Va va va va!!! :P




psstt.. punya la byk :P dlm entry ni, nampak sgt tgh malu2 kucing..heheheh!