Nak tau apa yg best?
Duduk terperuk kat rumah..
Doing chores yg dah lama in waiting list. Lipat kain, hand wash baju2,tudung2 yg berlonggok, kemas2, masak2, golek2, movies, tido.. ohh yeaa, i loike!! :P
2hari dapat masak 'cuup' sedap unt Adam Rifqie n dia mkn sgt byk.. seronotnya hati..
2 kali buat puding caramel. 1st round, the pudding agak berketul, kerana sy malas tapis.
2nd round, the pudding was just nice, tapi caramel lak berketul.. dek kerana memakai periuk besar(periuk kecik ada sup Adam). Adoih la,spoil sungguh..
Next time, i'allah, will be perfecto!
Sebenarnya, 1st round sy buat puding tu ialah jumaat petang. Excited balik2 keje, singgah kedai beli telur, susu. Hajat hati nak cari periuk stim tu sekali, tp kedai tu takde jual lak. Terpaksa jadi kreatip terlebih, buat la camne pon janji leh stim. :P
Lepas amik Adam je, trus start projek.. tup tap tup tap, kul 7 siap! Oh, yg semangat sgt tu nak buat sebab tekak ni rasa mcm nak makan. Teringat Santai punya caramel. Satu bekas dadih kecik tu RM2 yer..tak puas pon makan. Buat sendiri, leh mkn sampai muntah. :P
Lagi, masak ayam sambal favourite en. akram, 2pot nasik habis sekali hadap. Hati suka sebab husband mkn dengan seleranya, tp ada jugak yg tak suka nyer.. sebab dia bertambah,bertambah, dan bertambah dan membuatkan sy rasa:
"Adoih,gemuk lagi la laki aku... :P"Semalam masak Laksa Penang.. suami keluar statement:
"Kagum la abg ayg pandai masak laksa" ->
"Ayg memang pandai masak" ->
"Tu abg akui.." Uiii!! kembang kuncup.. bukan senang laki mak nak puji yaa.. lalalalal!
FYI, sejak kami tinggal bersama (maknenya sejak kawen la kan :p) tu lah 1st time sy masak laksa. Sebab: dah tau2 la, laksa bukanlah dlm list makanan si dia. Tp sebab sy memang dah laaamaaa teringin nak mkn laksa buatan sendiri, sy buat jugak semalam. Lenguh kaki memasak sehingga teringat pada kaki gajah masa pregnant. :P
Movie pulak, layan DVD angah bawak. Papadom and SETEM. Both movies pon, barisan pelakon yang sama. Memang geng2 afdlin je la sumer.. and sedia maklum la, afdlin nyer cerita, mesti kelakar2 kan.. so, oklah.. relax je la tgk.. takyah fikir apa2.. layaann je.. :)
Sekian sahaja laporan. I just love a weekend like this! :P