Monday, July 6, 2009

oh Nafsu~

Saya sedang baca online tutorial ni tadi:

ASP.NET - Server Controls

ASP.NET has solved the "spaghetti-code" problem described above with server controls.

Server controls are tags that are understood by the server.

There are three kinds of server controls:

* HTML Server Controls - Traditional HTML tags
* Web Server Controls - New ASP.NET tags
* Validation Server Controls - For input validation



Tau tak apa dlm otak saya??

SPAGHETTI!!!!!

huwaaa.. padahal baru jap td ckp kat kak nor.. bukak puasa ni nak mkn "Nasik Lemak Power" + "Laksa".

Tiba2 ada menu lain menerjah...



Oh apakah???!!!

Di mana Sharlinie?

Terpanggil nak buat post ni sebab haritu terpandang poster ni dkt notice board surau. Poster yang dah buruk dan lusuh melambangkan betapa lamanya dia dah terpampang kat situ..


Sedar tak sedar.. dah setahun setengah cerita sharilinie ni kan? tak silap sy dia hilang since januari2008.. Masa tu, adam rifqie pon blom lahir..
Masyarakat pon dah semakin lupa ttg kisah ni.. malah ada yg buat lawak dgn poster ni..


Dulu, saya rasa sgt hillarious poster ni.. tapi setelah meletakkan diri sy di tmpt ibu sharlinie,sy rasa tak patut sangat.. muka tuh mmg la muka khir.. tapi susuk tubuh tu, bukan ke budak tu? tak patut ok?

Sedihnya mak pak dia kan? Hari2 sebelum tidor mesti terfikir, sihat ke anak aku, dah makan ke, dah tidor ke, kat mana dia, apa dia buat?

Warghh.. kalau aku ibunya.. hampir gila dibuatnya... Kesian...

Seorang anak yg jauh dari ibu bapanya.. ntah dijaga,disayang atau diseksa?
"Ya Allah, kau tabahkan lah hati ibu+bapa sharlinie..dan sekiranya dia masih hidup, kau lepaskan dia dari segala kesukaran dan pulangkan dia pada keluarganya.. Amin.."


Haih!!! Post sentimental di pagi isnin yang sgt sangap!! Geng2 pulak sumer takde..
Oh yer, mungkin jugak sebab hati tgh bersih sebab hari ni puasa.. hahahah!~

Bila Mak Bee tak berguna lagi!

Eceh.. tajuk tak tahan.. :P

Lanjutan daripada entri ini, sy akhirnya dpat sebiji yg tergugur masa en suami sedang membalut buah-buahan itu..

Semangat nak mencicah nih.. kecur liur masa kupas kulit dia..




Rupa2nya.. mak bee dah tak berguna lagi!!

Hijau diluar, masak didalam... oh kecewa! (padahal boleh jek petik bila2 mau kan..dasar mengada2.. :P)



psstt.. mak bee adalah jenama kuah rojak tersohor.. hahah! jenama ke istilah nyer?

Sunday, July 5, 2009

Kontrak cinta*

Siapa tgk kontrak cinta tv3 semalam?

Sy tgk.. Memula sy rasa spoil sbb heroin fasha sandha.. Hehe,ntah nape mcm xminat dia sejak cite yg nasib malang xsudah2 tu.. Apa ntah tajuk,lupa.. Tapi,bila lama2 tgk,cun juga dia ni,plus semakin putih,thanx to garnier.. :p

Anyway,sy bukan nak ckp sgt psl fasha.. Tp sebenarnya nak buat pengakuan terbuka: 'saya rasa zaidi omar sgt romantik dlm cerita tu' haha! Mcm geli kan? Dah la jwb soalan bini ikut b*ntot.. Hampeh lawak!

The main part yg sy suka is when dia ckp lebih kurang mcm ni; 'papa bukan kalah dgn mama,tapi papa beralah.. Kalau dua2 nak menang,jawabnya perang dunia ke-3.papa buat mcmtu sbb papa betul2 cintakan mama.'

Sweet kan? Dah tua2 ckp mcmtu. :p

Sy rasa msg cerita ni ialah: perempuan ni mmg susah nak paham,yg penting suami kena beralah kerana cinta! Haha! Bestnya! :p
And,part yg xbestnya.. Org pompuan jgn bossy sgt,smp org laki takut nak kawen.. Haha,terasa mak..

Friday, July 3, 2009

Mama's big boy is up n walking~



Alhamdulillah.. umur 1tahun 2bulan.. Adam dah bole berjalan.. ada yg kata lmbt.. n suggest macam2. but for me, i don't really worry about that.. perkembangan budak ni sumer tak sama... ada yg jln dulu, ada yg cakap dulu, ada yang tumbuh gigi dulu.. ikut lah kan.. when he's ready, he'll walk.. Syukur, dia dah bejalan sebelum cecah 1tahun setengah.. kalau tak mesti mama panas telinga dgr org bising adam tak jln2.. :P

Walaupum skang ni dah a few weeks adam pegang lesen 'L'.. tapi still bejalan mcm zombie.. heheh! still perlu angkat 2 2 tangan nak balance kan badan.. cute! tot tet tot tet jalannyer.. non stop pulak tu..

ni gambar ni rambut dia jadi mcm einstein sebab peluh.. gigih ok praktis.. lenjun kepala..


keep it up my dear.. lepas ni dah belari, jenuh la mama nak bwk g shopping complex.. hehehe!

teringat masa mula2 tgk dia jln.. sebak ok?! mama is so proud of u baby! itu rasanye tgk achivement anak kan? tu baru tgk dia jalan.. now i know why parents cried on ones graduation day! ohh.. saya akan jadi ibu yang sgt emotional... hahah!!



oh yer.. even tho he's 1year plus n sudah mempunyai 10batang gigi yg kelihatan seperti ini:


dia masih mahu mkn nasik blender.. Actually, when he turned 1, sy dah tak blend bubur dia.. lepas tu dia asyik refused to eat.. penah bagi nasik keras n masak lomak,byk dia mkn.. nasik kfc pon, dia suka makan..tapi sekali dua je la yg dia btol2 mkn..lepas tu payah btol nak bg dia mkn.. semua pon dia tanak.. until last monday, i tried to blend his porridge again.. haaa.. there u go! baru dia makan.. sigh! mcm baby la big boy mama nih! my hypotesis are: 1. dia malas nak kunyah or 2. gusi dia tgh sakit sebab 3batang geraham dia tgh berlumba2 nak keluar.. naluri keibuan sy kuat mengatakan dia sakit gigi sebab he always drowling n gigit jari..

Tak kisahlah nasik blender ke tak blender ke.. as long as dia makan.. tu dah cukup senangkan hati mama.. walaupon org akan komen, gigi dah byk pon, nasik blender lagi ke? :P kita abaikan jek lah ek baby..
i know my son better than u ok?!


What ever it is.. please do no compare your babies development with others.. sebagai ibu yang telah mengandungkan dan bertarung nyawa melahirkan dan bersusah payah membesarkan.. sedikit sebanyak akan terasa juga bila org seolah2 memperlekehkan anak kita.. lambat jalan ke, lmbt ckp ke, kurus kering ke, yang penting sihat.. all the milestones does not reflex what your child is going to be in the future..
Kan janet kan???

Tak sabar nak tuai hasil!

Ni pokok mempelam depan rumah.. tak sabar nak petik...

oh, papa.. tolong la balutkan.. nanti kena pow!!!

Thursday, July 2, 2009

Power Cut in Malaysia

Dapat info nih.. tatau la betol ke tak, malas nak call tnb tanya.. :P
incase la btol.. mother's. be prepared for you EBM!!! kalau tak menangis nanti.. heheheh!


There will be power cut (2 - 14 hours) for tenaga to do some maintenance work, from today till 8th Aug 09. Whole M'sia affected except Putra jaya.

pls check this website for the time & your area : http://www.tnb.com.my/tnb/power_alert.php

Wednesday, July 1, 2009

Just for Sharing: Zakat

Just nak share ngan sumer pasal zakat.. Sebelum saya ada duit sendirik, meaning that, sebelum sy kerja.. the only zakat yg saya tau wajib dibayar adalah zakat fitrah.. that is zakat yg perlu dibayar sebelum hari raya tu kan.. itupon, bukan kite yang bayar sendirik.. :P

Bila dah masuk kerja, thanx to Kak Nor yg bg pendedahan pasal zakat ni..
Pendapatan which is gaji yg kite terima bulan2 tu pon perlu dizakatkan.. (kalau cukup haul lah kan..) Dulu sebelum kawin, sy kira.. sy perlu bayar dalam +-RM15 dr pendapatan sy.. sy amik jln mudah, bayar double dr figure tu and buat potongan gaji.. sebab double: tiap2 tahun ada bonus kan? jadi budget2 unt cover bonus tu la.. Kalau terlebih pon.. saya kira sedekah jek lah duit tu.. Banyak kita yg berat nak kuarkan zakat, sebab.. bila dihimpun pendapatan tahunan.. memang la besar figure yg kena dikeluarkan tu.. tapi,kalau bulanan.. takkan terasa.. percayalah.. Rm30, sekali pegi layah kenny rogers or kedai asam pedas linda on, dah habis dah... kadang2 tak cukup pon.. Tp bila nak kuarkan unt zakat, jadi bebal.. kenapa???

Lagi satu pendedahan baru yang saya tau masa tu.. ialah zakat simpanan.. duit simpanan kita yg ada, kalau dah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut. Kalau simpan kat Tabung Haji, selamat.. sebab tiap kali bonus.. dia akan potong siap2 nilai yg perlu dizakatkan.. maknanya, kita tak perlu susah2 kira lagik.. kat bank2 conventional yg lain.. sendiri kena ingat..

Sama2 lah kita mensucikan harta yg kita ada untuk dapat keberkatan.. kita selalu complain.. asal ada duit lebih jekk.. mesti ada benda nak kena setle.. keta rosak lah, paip rumah pecah lah, tetibe jek bil tunggakan brapa bulan datang lah.. macam2 lah benda yg nak kena setle.. kadang2, apa jadi tu ada sebab.. mungkin sebab duit lebih tu sebenarnyer bukan hak kita.. itu hak yg perlu dizakatkan.. that's why allah tak redha duit tu dlm tangan kite..
and yg paling penting unt mendapat keberkatan dari harta yg kita ada is: "Jangan lupa bagi mak bapak!" Tak kisah la kalau bagi sikit pon, janji bagi.. tak kira lah mak/bapak punya gaji double or triple dari gaji kite.. yg penting kita hulur unt dapatkan keberkatan tu.. lagi kita kedekut dgn mak/bapak kite.. lagi kedekutlah Allah dgn kite.. percayalah.. rezeki tuhan bagi.. jgn risau.. :)

oklah, tetiba rasa mcm dah jadi ustazah pulak.. bukan apa, ilmu ni saya tau bila sy dah agak tua juga.. mana lah tau, ada yang tak tahu.. jadi saya share lah kat sini..
Sambil2 tu, boleh ingatkan diri sendirk juga...

oh ye, sedikit info from: http://www.e-zakat.com.my/


Ada 2 jenis zakat iaitu:

1.Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
syarat-syarat yang ditetapkan.

2.Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

-Zakat Pendapatan
-Zakat Perniagaan
-Zakat Binatang Ternakan
-Zakat Pertanian
-Zakat Wang Simpanan
-Zakat Emas dan Perak
-Zakat Saham
-Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *

***
Ma'adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)






Derma organ??

Siapa sini dah register jadik penderma organ??

Aku?? Takutt.... haha!

Padahal, apa nak takutnyer.. organ tu dia amik masa kita dah mati kan..
Tapi... aku still tak sanggup...

Kalau lah kita derma.. at least organ tu dapat membantu org lain meneruskan hidup dia..
kalau tak derma, sah sah lah benda tu berkecai jadik tanah jugak kan..

Paper hari ni kata, % melayu sign up jadi penderma dah meningkat...from 8% to >14%.. tp still yg terendah after chinese and indians.. bukan ke kat malaysia ni melayu paling ramai? tapi part menderma, paling sikit.. ni semua sebab semua berpikiran macam aku.. hehhe!


Haih! kena brainwash nih minah nih.. :P



http://saifulislam.com/?p=518
Teringat saya kepada kata al-Quran bahawa di Mahsyar, ada ibu yang sanggup korbankan anaknya sendiri, jika boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Memikirkan ayat itu sudah cukup pedih buat saya ketika ‘melihat’ betapa terdesaknya kita di Akhirat nanti. Jika menderma organ boleh menambah keselamatan saya di Akhirat, saya tidak teragak-agak untuk melakukannya. Selepas mati, apalah sangat nilai yang ada pada buah pinggang, jantung, hati dan tulang, berbanding kesanggupan ibu mengorbankan anak sendiri, demi keselamatan nafsi-nafsi di Akhirat nanti.Saya seru dari lubuk hati’ daftarkanlah diri sebagai penderma. Saya pun tidak tahu selepas mendaftar ni, adakah nanti fizikal saya sesuai dan boleh didermakan. Saya mungkin mati kemalangan, saya mungkin mengalami kerosakan jantung, hati, buah pinggang dan lain-lain. Tetapi dengan mendaftar sebagai penderma’ Insya ALlah dengan niat yang betul, ganjaran di Sana sudah tersedia.. Ayuh! Wahai insan yang kurang bekal, tambahkan amal banyakkan kebajikan


http://www.zaharuddin.net/content/view/183/90/
Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.


http://islamhadhari.net/?p=1236
Sebenarnya, niat untuk membantu orang lain demi meneruskan hidup sesungguhnya mereka ini akan diberi pahala yang cukup tinggi. Saidina Umar pernah menegaskan kepada sahabatnya: “Sesuatu yang dapat membantu atau memberi manfaat kepada saudaramu dan langsung tidak menyakitinya, kenapa seseorang itu ingin menegahnya.”



Amcam?? Ada berani?? Besar ganjarannyer.. I'allah...
Whenever u are ready, please sign up here:
ORGAN DONOR REGISTRATION FORM


Sekian

Tuesday, June 30, 2009

2years-2-gether!



Dear Mr. Husband...

Happy Anniversary to us..

U make my life to the fullest..

U make me a wife and u make me a mother..

I love u b!


p/s: tq pa for the genting trip..it's a great one! oh oh.. and tq for the shoes.. and movie tonite.. :p


Thursday, June 25, 2009

Double Appoinments..

Sy plan unt amik cuti this monday...

Bwk si kecik pegi jumpa...

1. Orthopedic- Dr.Vimalanathan
I have to and i mean i HAVE TO bring Adam to futher check his rabbit bitten finger.
Luka Alhamdulillah dah kering, but it seems like a bit cacat, read:mcm senget sikit jari tu.. tatau la sebab blom cantum btol or what... but i Pray hard dia akan heal and jadik mcm sedia kala.. if not.. we have to refer to plastic surgeon.. sigh!
Let's see what say the doc...

2. Paediatrician- Dr.Sofiah
Pneumococcal Booster shot.. this will complete the course. Lepas ni, if dah takde serius cases.. malas dah nak follow sini.. jauh la.. and kena spare alot of time waiting, waiting.. and waiting..


Hmm.. burn cuti satu hari just for clinics... rugi rugi... tapi takpe.. demi anakku terchenta.. mama rela nak!!!

Wednesday, June 24, 2009

Tips Menunjukkan Kasih Sayang Kepada Isteri

En suami, everthing is very very very true... Please take note! :P
Girls..jgn lupa frwd kat en suami yer... :)

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan “I Love You”.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya…… sekiranya pendapat isteri anda salah…. betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi ‘angpau’ kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah ’sejuk’. Mungkin kamu juga boleh ‘cool’kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Cun ke?

Orang kalau btul cun..

Saya akan kagumi dlm hati.. puji lebih2 pon, kang terbukak pintu neraka dia...

Tapi bila dia tak hbs2 sebut sendiri yg dia tu cun...(even dgn nada bergurau)

Menyampah pulak aku!



Hahahhaha! I'm sorryy!!!

Tuesday, June 23, 2009

Tak payah?

Pagi td masa hantar Adam ke nursery...


Mama: "Baby pegi skool dulu ek..." (sambil menghulurkan tangan nak dukung dia keluar dari car seat)


Adam: "Tak payah!" (sambil memalingkan muka dan seluruh badan dari mama..)




Huhu... how i wish Adam tak payah pi skool... duduk ngan mama jek kat rumah.. best kan??? :P




Besides of 'tak payah'... adam dah pandai cakap:

1. air - yg memang dlm cawan dia time mkn
2. minum minum minum - kalau dlm cawan orang lain
3.fish
4.dog
5.cat
6. pecah pecah pecah! - ada sekali tu, Adam tgh mkn nasik, sekali terbersin.. habis menyembur nasik sumer kat tepi kabinet.. sambil menguis2 nasik yg bersepah tu dgn jari kecik dia.. dia cakap... "Dah pecah!" heheh... cute!
7.No no no
8.Papa
9. Mama
10. kakak - yg ni dia selalu sebut... tapi tak sure la if he means it or not.. :P kot2 la tetiba teringat kakak kat nursery... kadang2, mama pon jadi kakak.. huhu! bestnyaa... :P
11.dah


Setakat yang teringat.. tuh je kot.. :P tapi kalau baby talk........ memang kategori beret gak si Adam nih.. if only u can hear him talking to the fon... sgt cute! heehhee,puji anak sendirik! :P

Monday, June 22, 2009

Late Monday~

Hari ini saya keluar rumah pukum 7.20..
Saya sampai opis pukul 9.15..

Jalan sgt cramp! untuk bergerak sejauh 200m, saya mengambil masa 30min!
mugkin lebih baik balik ipoh dari datang opis!


huuuhuh!!!

sigh!~~

Friday, June 19, 2009

Artikel yang terkena~

Kaum wanita sering mengelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Selalunya mereka (wanita) tahu apa yang mereka tidak mahu. Ditanya di mana mereka ingin makan, jawapan lazim orang perempuan ialah “Tak tahu. Ikut suka you” dan kemudian mereka tahu apa yang mereka tidak mahu apabila cadangan diberikan oleh teman lelaki mereka.

Lelaki: “KFC?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Carl’s Jr?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Then?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you” dan perbualan ini balik ke asal.

Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati wanita.

more here


Tersenyum sorang2 aku baca artikel ni.. sebab.. selalu jugak terjadi mcm ni.. korang selalu ke?? or its just me? heheh!

Bg aku lah.. when i say : "Ikut abglah.." that means..give me suggestions kot? :P or maybe sometimes aku mmg tak terpk pon nak mkn apa.. or sometimes, i just want him to make his own decission. Kadang2 letih nak pk semua menda sampai nak mkn apa pon tak leh pk dah.. tolonglah pk kan.. heheheh!

Tp tu lah... org perempuan ni otak dia banyak pk kan?? sebab tu kajian menunjukkan orang perempuan akan jadi lebih cepat nyanyuk tua dari lelaki.

mana taknya.. bukak mata jekk.. otak terus jalan, sampai la mata tutup balik. satu2 benda tu, bukan pk satu solutions jek.. siap dgn alternatives lagik...

Betul kan??

Tag by Qistory

1. Bekas kekasih saya – Which one? hahah!

2. Saya sedang mendengar – Bunyi yun taip laju2 mcm bz sgt... hahhaha! oh.. ngan hadi baru keluarkna syiling atas meja.. haih, dah start korek tabung ke hadi??? :p

3. Mungkin saya patut – balik and jaga anak

4. Saya suka – suami sy? :P

5. Sahabat-sahabat saya – manusia

6. Saya tak faham – people yg moody yg tak pasal2 nak lepas temper kat org lain.. cet!

7. Saya kehilangan – moments with my son now.

8. Ramai yang berkata – macam2.. lantakkan apa org nak kata

9. Cinta itu adalah – perjuangan

10. Di suatu tempat, seseorang sedang – korek hidung?

11. Saya akan cuba – buat2 bz kat depan pc

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud – Oh my god darling, i'm stuck with you FOREVER!!

13. Telefon bimbit saya – adalah mainan anak saya

14. Bila saya terjaga – sy malas nak jaga

15. Saya paling meluat – Ch* y* nun *lip drivers.. contibutors kepada dosa memaki terbanyak.. :P

16. Pesta/parti adalah – not good for me

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – kucing ngan monyet kecikkkkkk tu..

18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – the 1st day sy jadi ibu.. gembiranya tgk anak.. and suami yg bersungguh2 menjaga kite.. :P tq darling, i wish forever abg mcmtu.. :*

19. Hari ini – hari jumaat

20. Malam ini saya akan – tido

21. Esok pula saya akan – kemas rumah

22. Saya betul-betul inginkan – kami sekeluarga cepat sembuh dan jari anak saya pulih tanpa kesan langsung..

23. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini – suami sy tak suke sy pakai tudung hitam.. tp belasah je la,dah lambat..tak sempat iron

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan – kalau takde nak beli apa2.. better arked

25. Makanan Barat atau Jepun? – Barat

26. Bilik yang terang atau gelap? – gelap

27. Makanan segera adalah – mee maggi cepat dimasak sedap dimakan..

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – 'haaaaaa..'

29. Lepas ini saya akan – publish post

30. Siapa yang anda ingin tag – YUN: sebab blog dia lately asik luahan perasan jekk.. baik ko buat tag yun..

Sunday, June 14, 2009

Bad rabbit,bad rabbit!!

We went back to seremban on friday nite..the nxt morning,adam wakes up so early which is so not him. Nak dijadikan cerita,mama xcited nak bwk adam morning walk kt luar rumah. Br je beberapa tapak,kami singgah kt reban arnab(reban ke? :P). Arnab tu ala2 xcited nampak kami,n trus berdiri2 kt pagar reban. Adam pn lg la xcited kan.. Ntah mcm mana,jari kecik dia terlepas kot celah2 pagar tu, and.. Arnab gigit dia! Uwa! Meleleh2 darah,kejap jek satu tgn dia penuh darah. Mama lari masuk rumah smbl nangis2! Papa xsihat, tgh baring kt depan,atuk keluar beli brekpes,yg lain sume dlm bilik. Dgn paniknya kitaorg keluar pg klinik. Masuk kereta,adam dah xnangis,nak bejalan la katakan,tp.. mama dia yg xhenti2 nangis! Teruk ok luka dia. Rabbit tu smpt gigit twice. Naik lunyai hujung jari kecik dia. Sedih sgt! Dr ckp,luka xsmp tulang lg,boleh cantum blk. Kalau nak jahit pn,fragile sgt..

Lepas balut n cucuk vontot,kitaorg pn blk. Dr kata, in 3days boleh bukak.. Balik2 rumah,dia pon tido.. mama n papa pon layan la tido sekali.. papa pon tak sihat since jumaat..


tengah syok2 lena.. adam sumbat jari dia dlm mulut mama.. siap basah2 lagi.. rupanya jari tu dah berdarah balik dia gigit sendirik! Haihhhh!!! Petang tu atuk bukak bandage tu n celup dalam air gamat.. mama tak sanggup tgk sebab the wound is very bad... to me la kan.. :P bungkus simple2.. sebelum gerak balik kl, singgah balik klinik tu for re-bandage..

hah, amik.. satu tangan trus balut!


gigih kami balik kl petang sabtu sebab nak join MSK-get-2gether potluck itu~! Pagi ahad.. demam papa tak kebah lagi, plus batuk yg sgt teruk.. dgn baby yang tangan berbungkus itu.. so, i decided not to go. Mr husband kata ikut suka la, nak pegi abg pegi jek.. tapi rasa mcm kejam sangat la kot nak heret jugak org sakit ke sana kan.. Mommy Lyna, so very sorry sebab tak dpt dtg.. :(

Then petang ahad.. badan adam dah start panas.. n batuk2.. malam ahad mama stat selsema.. haihh!!! the whole family is now sick! Isnin we brought Adam to SDMC ER to check on the wound.. Doc ER tu trus suh refer specialist. Memandangkan Adam's regular paed, Dr.Sofiah clinic's is full, kite just refer to Dr Siti ja.. Dr Siti pulak refer to pakar luka, Dr Valamanganathan(xingat sebenarnya) and the end result is.. bungkus aje! Mmg penat seret budak tu kesana kemari.. dah la kami berdua pon demam.. tapi hati senang bila the expert dah ckp OK! yg kelakarnya.. sumer org mcm susah nak percaya yg dia kena gigit rabbit! :P

Today, we are supposed to have another appointment with that Dr Valamanganathan, tapi malas lah nak pegi.. kena cuti lagi pulak.. i was on MC on Monday and Tuesday, and EL on Wednesday... So, kalau bawak dia hari ni.. another EL?? oh no no no! So we decided to do the dressing dkt Klinik Famili BTS sajork. Same result, tukar setiap 2 hari.. tp tu lah.. semalam punya dressing, dia balut 2jari jek.. sampai rumah, letak adam depan tv.. pegi dapur buat susu.. pegi depan balik.. tgk2 dah tercabut!! haih!!! last2, mama bandagekan sendiri jek kat rumah.. jimat rm25 kata papa.. :P


Harap2 hari ni Adam ok lah kat skolah.. tak noti2.. jgn la tercabut lagi bandage tu.. ngeri nanti cikgu2 die.. :P


oh yer.. ni sempat snap masa 2nd time pi klinik.. ni dr pandangan bawah.. dr pandangan atas, lagi ngeri.. ada 2 line, kuku terkoyak separuh.. dgn isi mcm nak tercabut! uwaaa!! sian anak aku.. doc cakap.. sib baik rabbit tu tak sempat kokak keluar isi dia.. yang aku pulak, was thinking for the worst, kot la dia gigit terputus ke kan.. aishh! mintak simpang... syukur alhamdulillah!!!!!! syukur sangat2.......

Thursday, June 11, 2009

Semut2!

Petang semalam.. si kecik ni makan Biskut Tiger cokolet sambil melayan kartun.. dia duduk kaki melunjur sebelah, n terlipat sebelah..

Lagi sikit jek kepingan ke-3 nak hbs.. dia dah nangis2.. igtkan nak biskut lagi.. tp nampak la dia struggle nak keluarkan kaki yg terlipat tu.. so mama pon tolong la luruskan kaki tu..
tapi still merengek2 lagi.. bila mama gosok2 and tiup kaki tu, dia ketawa.. bila tiup, dia ketawa.. hehehehhe! rupanya semut2 aka kebas kaki die..

Cute! Rupanya budak kecik pon boleh kebas kan? hahahha!
Tu la.. melanguk tgk tv tak hingat2.. :P


Budak comot!



with dirty hands.. :P

Tuesday, June 9, 2009

Kenapa kita perlu balik kerja awal

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.



Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "