Showing posts with label Frens. Show all posts
Showing posts with label Frens. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Laporan Tournament semalam..

Apa yg nak dilaporkan adalah.. performance sucks! hahahah!

Energy level sgt low..

Main mengarut...

3game rasa mcm 10game...

Result hancur..

Sib baik rakan se lane pon hancur.. kalau tidak, mak sentap tgk frame org sumer berpangkah..

Cabutan bertuah tak TUAH langsung.. dpt hamper bihun+beras pulut.. :(

Tapi enjoy.... bak kata kak mc.. "Enjoy sumerrr!!!!"



oh yer.. kami ada menang sesuatu.. menang posing!! kui!!





11.30 pm baru amik balik baby dari rumah mak, kesian.. tak tido tunggu mama.. eksaited sungguh bila mama balik.. mcm setahun tak jumpa, kalau kena tinggal seminggu.. camnolah kekdahnyer.. :P

Balik rumah nak sambung main lagik..



lepas tu tido tak lena, sebab rashes kat montot dia gatal.. mintak mama gosokkan jek.. kesian.. tak tau nape tibe2 jadik teruk.. mungkin sebab mama termakan sotong dlm bihun kungfu time lunch.

Mama yg rasa cam nak tercabut kaki dan tangan pon layankan je lah sikecik tu..walhal dlm hati "mama nak tido baby!!! "

Pagi ni sib baik boleh bgn.. kalau tak, minggu ni sehari jek keje.. hihihiih!


OK .. Sekian laporan semalam. :)

Wednesday, April 22, 2009

Busy + malas!

Been busy updating something...

and ssssssooooooooooooooooooooooooo malas nak update!


la la la la la la! hari hari kerja!!

Wednesday, January 14, 2009

Azmah+Adik Upe Wed

Date: 27 Disember..
Venue: Ayer Tawar+Kg Gajah,Perak

Belated post, dah lupa dah pon story line, so tepek gambo je lah ek.. hehehe!
Summarized, we went for wedding of Azmah+Adik Upe in Perak. Both Azmah n Upe were my skoolmate. Long time no see... last time jumpa Azmah adalah masa last day sekolah.. that was 10years ago! oklah,to be realistic, 9 years plus lah kan.. Time flies.. rasa mcm takde lah lama sgt meninggalkan sekolah kan.. tp 10thn tu kalau beranak, anak dah masuk sekolah la... :P
Plan nak pegi kenduri tu ngan Betti,die tunggu kitaorg kat Bota.. Oh..ada sedikit kelawakan disitu.. Kitaorg dr Ipoh, masa gerak tu inform la Betti,so that die boleh tunggu kitaorg tepi jln kat Bota tu.. Sampai2 Bota, dia ada dah,tunggu dlm keta.. kitaorg pon call la dia..
Me: Park la keta situ, jom la naik ngan kitaorg ja..
Betti: Takpelah,jomlah
Me: Lor.... nak pegi 2 keta ke? Jom la naik sekali.
Betti: Takpelah, kang aku nak balik Ipoh terus..
Me: Lor.. balik Ipoh kang pon lalu sini jugak...
Betti: Takpe takpe, aku drive...

Oklah,fine.. Off we go ke Ayer Tawar dgn 2bijik keta... Dlm hati aku: Isk,sombongnya si Betti ni.. bersungguh2 tamo naik keta kitaorg.. Rupa2nya alkisah disebalik kejadian..masa die dok tunggu kitaorg kat tepi jln tu,ada org gila dok usha keta die..siap dtg dekat lagi..belek cermin ngan no plat.. hubby pon nampak org gile tu kat keta die.. takut la minah tu nak turun.. hahaha! sian Betti... apsal la ko tak ckp ada org gile kat tepi ko.. bolehlah kitaorg tolong halau.. :P

Hmm..oklah, some shots for archive..thanx to Betti, my camera bateri out plak.. cet!
Gambo ngan pengantin nya itu jerk..blur pulak tuh.. syg btol........



Sampai2 pengantin tgh mkn..




Double wedding, Azmah dan abgnya..



Syang sekali..ini aja yg ada pulak tu...




Yg belakang baju hijau itu adalah pengantin,takde kitaorg kisah pon... hahahahah!! truk kan?! :p




Sudah menjadi tradisi, yg paling kecik mesti kena buli.. :P




Adam wif Uncle Ed: GAIA.. GAIA... GAIA..!!! Hahha.. jgn marah Ed!




Membuat kecoh di kenduri org..




OOpss... we are not ready!



Here we go.. : Ed, Little Qiqie, Reza, Hubby, Me, Betti, Upe (the 3 of us in the middle r in IT field;the left botak guy is a freelancer(web-designing,modelling,acting), the right comot guy has his own nasik ayam bisnes in Manjung-he catered his brother wedding that day)

Last, from all of us: Selamat Pengantin Baru Azmah n adik upe!!! Semoga berbahagia ke anak cucu!

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Pengantin Baru!

Towards the end of the year.. plus cuti sekolah ni, berpusu2 org buat kendurik kawin kan? This post is dedicated for my frens yg baru saja melabuhkan bahtera alam rumahtangga.. cheyy!!! Selamat Pengantin Baru n semoga perkahwinan anda semua diberkati dan dilimpahi kasih sayang dan dikurnikan rezeki yg mencurah-curah.. amin!!

Dedication for;

1.Azmah Abdul Hadi + Mr. Azmah
2.Adik Upe + Mrs. Adik Upe
3.Siti Zubaidah + Mr. Siti
4.Remy Rizal + Stephanie
5.Epain + Wani
6.Raja + Anne
7.Nor Hasnida + Azhar
8.Faslinda + Zabidi
9.Aina + Siput
10.Adik abg Arip + Mrs. Adik abg Arip
.....ni setakat yg invited(ada yg xdpt pegi,ampun maaf dipinta ya?) dan yg ketahuan,any left out, sorry ek..

Here are some picks untuk ingatan kita bersama:

Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.”

Dalam sebuah hadith, Baginda Rasulallah pernah bersabda yang bermaksud:
“Bahawa dua rekaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada tujuh puluh rekaat solat orang bujang”.

Dalam sebuah hadith lain Baginda Rasulallah bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta menutup aurat dan taat kepada suami, maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu syurga yang disukainya.”

Dalam surah An-Nur ayat 26, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan baik; perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Sebaliknya, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat: perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat pula.”

Firman Allah SWT,An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:
" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..."

Monday, December 15, 2008

Bainun Alumni Bowling Tournament 08



This is the first time i join any event that relates with skool n alumni. It have been 9 years since i left skool.. Gosh!! Tua sudahhh... It feels like yesterday baru amek SPM. hahah! They managed to gather about +-70people. Super2 senior from batch 198* r also there if i'm not mistaken. N as usual, my batch takde sambutan.. spm99--> payah btolll nak gather.. shame on us!!

Mmg back at skool pon,batch kite lack of team spirit, byk sgt click.. The clicks r like chemical fluid that cannot be mixed up.. formed with different elements.. takbleh ngam langsung.. takut meletop kot.. sumer bwk kapla sendrik..sama la seperti sy yg membawa kepala saya kemana2 jua.. dan hasil dr itu.. kepala sy seorg saja batch 99 yg menghadirkan diri di event itu sebagai parti bebas yg keseorangan dan tidak berteam. Luckily, i have my sister cum my super senior around n... lucky me when 1 of her team member has forgotten the event date n could not make it. Yay! Makanya,sy pon terlantik la unt join my sister's team and we called ourselves the GOLDRAIN.

Canggih kan nama GOLDRAIN. Actually, i suggested to kakak BOWLDRAIN sebab masa team tu formed,masing2 mewar-warkan diri sendiri sebagai pelongkang terbaik..Merendah diri la kunon masing2 kan.. nak kasik sedap punya pasal,kakak upgrade from bowl to gold.. Itu la sejarahnya nama team kami.


GOLDRAIN pose before the game


Kami pon bermain dengan girang gembiranya..seperti kanak2 ribena. Our team crosslane dgn boys batch 98(our rival)-->bozot,majid,najib n fakhri(kalau tak salah Superb81 kot team depa ni). bila jeling2 score board derang, we realized that our score is actually not bad..not bad at all.. we lead on the first game. Tp biasa la.. langit tak sentiasa cerah, 2nd game tu bateri low la kan.. dah ler tak lunch.. left out dlm 20-30points mcm tu la..

Fingers crossed, kitaorg budget leh dpt dalam 1st or 2nd place laa.. cey~! kondifen..pasalnya bila intai2 point lane sebelah kiri,sebelah kiri punya sebelah kiri,sebelah kanan, sebelah kanan punya sebelah kanan,sebelah kanan punya sebelah kanan punya sebelah kanan,points kite 2 group la yg paling highest,padahal tak cek pon yg lagi kanan punya kanan punya kanan punya kanan punya kanan n lagi berapa banyak kanan lagi pon tak sure lah kan.. so excited la nak tunggu result kan.. tunggu jugak laa(team organizer-KAMI baru nak stat main) tho event sudah di drag berjam2 lamanya.. sian mak mengasuh anakku dirumah..

Masa yg ditunggu pon tiba la jugak akhirnya..
tempat ke-4, jatuh kepada team SUPERB81!! tempat ke-3,jatuh kepada team KAMI!! tempat ke-2,jatuh kepada team GOLDDRAIN!!!!!!!!!


Yey!!!!!!!!!! Alhamdulillah... no-2 tau.. pastu tak kisah dah no-1 sapa kan..sebab dha sah2 la bukan kitaorg no-1.. hehe.. tp kalau tak salah group shamma wafa,my junior spm00.. jap jap.. award giving blom hbs lagi..

Anugerah khas, team paling sempoi,jatuh kepada team GOLDDRAIN!!!


Haa?? What? Team paling sempoi?? hak hak hak.. rezeki jgn ditolak ok.hamper dah disua,sambar ajolah.. hiks.. Oh, not forgotten kak uni dpat best women player ok.. Congrats kak.. tak sia2 akak dtg dr sitiawan semata2 nak main boling.




kak uni(women's best bowler)-kak uya-kakak-me(cutest bowler! :P)


i just noticed that,me n kakak, we do look alike.. :P selama ni tak pernah mengaku pon.. sebab sy dok perasan yg saya waayyyyyyyyyyyyy tooo cantik from kakak! hahahahhahah! kidding sis! luv u!


kak uni(women's best bowler)+tempelan of me tersipu2 :P



this senior i know,kak diana hashim,form5 when i was form1..u haven't change kak!



me clicking with super seniors



WE WERE BAINUNIANS!!!


Thanx to batch 01 for organizing such event.. me had fun!(sebab menang kot :P) Seronok dpt jumpa balik the familiar faces that i used to see 9-13 years ago..hiks.. Supprisingly, we almost haven't change!!

SALAM UKHWAH..MAY WE STILL BE CONNECTED TILL THE END.. ~~~wah!!! :p

note: credits n thanx to abg sham for being our official phptographer..

.....

.....

.....


Ohhh.. forget to mention about my darling suami and my sweetie baby..Papa teman mama the whole day..


Lepas boling,we had steamboat..whereby baby suffer allergy reaction to seafood that night.. :P sorry baby.. mama guarantee u that i dont take udang or sotong or ketam.. i guess its the tomyam soup or the fried tofu(with something in it).. n date to remember..this is the first time we enjoy eating steamboat..maybe sebab tak lunch kot.. or maybe sebab selama ni 'perak' tak biasa mkn.. heheh


baby tinggal ngan tok.. we had fun sampai mlm..tp dlm pale otak sian kat baby kena tinggal..to diminish my guilt, mama bought pressie for you..

canggih gak la menda ni.. dashboard tu (which is very interactive) bleh cabut n main kat lantai ja..roda dia kalau terbalikkan bleh jd rocker..pastu bila besar sket,bleh jadi cam beskal n pasang balik dashboard tu.. kira mcm bwk keta+basikal tp kena kayuh ngan kaki.. heheh.. adam main sampai 4thn yer.. :P oh ye.. adam dah pandai expressed kegembiraan die dpt new toy..excited btol die..siap jerit2..padahal masa mama sampai mata tgh berair nangis sebab tamo mkn nasik. glad u like it baby.. :p

Thursday, October 16, 2008

Hati tersentuh.. air mata mengalir....

Pgni terbaca luahan hati a fren of mine dkt forum pcm..

... Lepas bersalin tu....rasa lega sgt2!..bila nampak baby miss comel sgt..tembam....rasa hilang rasa sakit semuanya....
so miss pon bermalam di HUKM....sepanjang malam tu miss tgk baby miss takde la kuat nangis...miss pon ada cuba menyusu dia...tp dia cam penat jek..so miss ingat dia letih lagi....
keesokan harinya.....
doc tgk baby miss dah biru...ya Allah...dia hampir kehilangan nyawa di sebelah miss jek....nurse2 mula nak salahkan miss kononnya miss salah bagi susu la...tukar lampin terlalu kerap la..baby kesejukan amat sgt la etc etc....
lepas tuh baby miss masuk NICU....bila doc scan suma....ya Allah...besar sungguh dugaanMu kepada hamba mu ini....
baby miss menghadapi masalah saluran jantung ke paru2 di mana saluran yg sebenar tak berfungsi....saluran yg menyokong oksigen selama dia dlm perut tu plak dah mengecut...oksigen level dia dah down tinggal 30%.........
bukan setakat tu jek....
semua organ dalaman dia pon berada dalam keadaan songsang...
jantung, hati, perut, usus...semua on the opposite side.....kalu org lain suma sebelah kiri...dia sumanya ada sebelah kanan...
jantung dia la paling kritikal....ada sebelah kanan....pastu mengadap ke belakang plak (180 darjah)....
jantung dia.....berlubang.....n masalah dgn saluran darah dr jantung ke paru-paru. saluran yg dia guna skang nih ialah saluran tambahan yg develop sepanjang dia dlm perut.
sepatutnya dia dimasukkan ke IJN 29hb lagi...tp sbb ICU di IJN penuh...so terpaksa hold dulu....doc bagi dia ubat untuk kembangkan saluran jantung tuh.....and so far pekembangan dia amat positif....dia dah tak pakai oksigen support...dia tak pakai milk tube (mula2 dia kena minum susu pakai tiub)....
baby miss akan masuk IJN isnin depan...6/10...
di sana..dia akan dimasukkan tiub untuk menyokong saluran jantung agar tak tertutup....dan doc akan tgk perkembangan dia....kalau few month dia ok...dia akan continue dgn tiub tu....kalu tak dia akan kena buat pembedahan...skaligus untuk tutup lubang pada jantung dia...dan kosnya akan memakan belanja yg amat2 besar....maknanya dlm beberapa bulan ni dia akan trus menerus berada di IJN.....ntah bila dia akan balik ke rumah dgn miss....


To my dear fren miss...though aku tak sentiasa dpt bersama n support hg,but i do care n sgt2 sedih dgn apa yg hg lalui.. Ujian demi ujian yg dihadapi pasti akan menjadikan hg insan yg lebih tabah dan cekal..apa yg pasti, Allah takkan uji hamba-Nya dgn ujian yg tak mampu ditanggung hamba-Nya.. Byk bersabar dan berdoa.. I pray n hope that everything will turn-out just fine, n u n your family will have a happy n healthy life together.
Bila kenang balik, few years back masa zaman kita study, i envy u n your love story, so strong n happy..May the glory come back in your life.. Be strong my fren.. be strong.. Aminn...

Wednesday, September 24, 2008

Buka Puasa Gathering

19 S.E.P.T.E.M.B.E.R 2008

With my office mate, here:


We had an ala-carte menu,since there is no ramadhan buffet provided. The food is considered sedap n i like.. tp mkn sikit ja,sebab kurang selesa dgn keadaan kedai dan seat yg sempit itu..nak kepak tangan pon susah.. sungguh padat..





Si comel yg ditinggalkan.. :P

I'm a boy la mama..



20 S.E.P.T.E.M.B.E.R 2008

With my in-laws at our house. The initial plan of the main dishes were:
1.Kari bawal
2.Ikan bakar+air asam
3.Ayam goreng kunyit for abg
4.Mix vege


Dah kow-tim ngan mak, pagi kite pegi pasar..pastu mak tolong buat ikan bakar ek? mak set aje.. tup tup, ada relative meninggal kat penang. Mak had to go with maklang. So menu changed to Nasik Ayam Special Murni+Murtabak(beli)+Kuih Limas(pon beli). Hiks! Bgn pagi dgn semangatnyer..kemas2 apa yg patut,bg si kecik makan,mandi,siap2 n off we go to Carrefour. Takleh shopping lelama ni,kena usaha keras masak sensorang.. heheh! Menjelang ptg energy level dah berkelip-kelip dah..sib baik kakak dtg tolong potong temikai ngan buat air.. hehhehe!




Captured moments:


Thanx abah+mak+along wif family+angah coz sudi dtg dr somban tuk bebuke sesama :)

21 S.E.P.T.E.M.B.E.R 2008



With frens of DSC110 at Kelantan Delight,SOoka Central. Mmg lama tak jumpa budak2 nih.. Tho dulu masa study,sumer mcm wat hal sendrik je.. but frens are still frens rite. Seronok dpt tgk masing2 yg masih tak berubah(exept for 1 or 2 yg blooming hehehe!).. rasa mcm masih lagi di zaman skool. :P





Tuesday, September 16, 2008

I.K.E.A. Buffet Ramadhan

Went for berbuka puasa at I.K.E.A. on 13thSept wif hubby of course + nole + reza + bean. Aduyaii..punya la ramai org, but we r lucky,coz reza yg baik hati sampai awal dan tolong beraturkan unt kitaorg. hehe. me n hubby sampai,elok2 ja reza n bean tgh byr.. fuhh..just in time, kalau terawal sikit, lenguh kaki i kena diri.. hahaha! Tho umat sgt ramai, but everything is under control and went smoothly.

1.que for payment-collect sticker


2.usherer will lead u to seat



3.at about 6.15(think so),food counter are made available for the hungry crocs.. haha!


4.que again for food(whereby we have to berbuka in the que) :p


The food,hmm.. not so the very special but, hey! buffet for rm15.90 in KL??!! apa lagi..Belasah!!


Piccas time...







Pastu kitaorg jenlan ikea,ajak bebudak ni teman nak beli balang kuih raya. maklumla,org dah jadi mak budak, barang rumah harus complete... :P



Oh ye, masa jln2 tuh fairuz aka boprak pon sampai,addition to the group. Lama betol tak jumpa,sejak habis spm la.. Tp boprak ni a little bit shy guy, tak byk molut plus me yg terlalu bz shopping,so tak byk la yg diborakkan dgn die. Takpe, next time jumpa kita borak ye boprakk.. Malam pon semakin pekat..mama n papa yg naik sheikh lupa ada anak pon decided nak balik dah la.. :)




Its been a pleasure meeting up with u guys.. thanx alot for coming. hari raya kita meet up again.. kali ni aku organize open haus ok.. :P

Thursday, July 31, 2008

Auntie Sharna's Reception 26/07/2008

Selamat Pengantin Baru Auntie Sharna.. Kawan baru Adam still work-in-progress kan? kui kui! Semoga bahgia ke anak cucu!~(hm..cliche :p)

(I'm almost 4months)



(kami baru sampai)



(goodboy mama)



(mama n frens wif pengantin)



(Auntie Yun left out in most picture coz she's the photographer :p)