Wednesday, December 31, 2008

Selamat Pengantin Baru!

Towards the end of the year.. plus cuti sekolah ni, berpusu2 org buat kendurik kawin kan? This post is dedicated for my frens yg baru saja melabuhkan bahtera alam rumahtangga.. cheyy!!! Selamat Pengantin Baru n semoga perkahwinan anda semua diberkati dan dilimpahi kasih sayang dan dikurnikan rezeki yg mencurah-curah.. amin!!

Dedication for;

1.Azmah Abdul Hadi + Mr. Azmah
2.Adik Upe + Mrs. Adik Upe
3.Siti Zubaidah + Mr. Siti
4.Remy Rizal + Stephanie
5.Epain + Wani
6.Raja + Anne
7.Nor Hasnida + Azhar
8.Faslinda + Zabidi
9.Aina + Siput
10.Adik abg Arip + Mrs. Adik abg Arip
.....ni setakat yg invited(ada yg xdpt pegi,ampun maaf dipinta ya?) dan yg ketahuan,any left out, sorry ek..

Here are some picks untuk ingatan kita bersama:

Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.”

Dalam sebuah hadith, Baginda Rasulallah pernah bersabda yang bermaksud:
“Bahawa dua rekaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada tujuh puluh rekaat solat orang bujang”.

Dalam sebuah hadith lain Baginda Rasulallah bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta menutup aurat dan taat kepada suami, maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu syurga yang disukainya.”

Dalam surah An-Nur ayat 26, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan baik; perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Sebaliknya, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat: perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat pula.”

Firman Allah SWT,An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:
" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..."

No comments: