Monday, December 21, 2009

Belated~

Sabtu hari tu, yakni 19hb adalah besday i!


Hari ni umur saya ialah 2x tahun dan 3hari.. hehehe! untung kan lahir Disember, lmbt tua.. :P




Besday thn ni sambut di Seremban. Mr Hubs belanja Johny's per requested. Paling suka steamboat dia with Tomyam soup. Tp rasanya, quality tomyam dia dah menurun, lebih air unt menurunkan kos kah? ataupon it just happens to be at that particular outlet saje? Any opinion?

Then, cake harus ada, SR Oreo CheeseCake.. But my in-laws doesn't seem to enjoy them.. mana taknya, tapau bawak balik, lupa masuk fridge. By the time nak makan, dah benyek semacam jek cheese tu.. To a not cheese cake lovers, harus la kembang2 tekak nak telan.. ye dak? :P

Hadiah besday, sy dah heret Mr Hubs ke kedai yg dikehendaki 2minggu sebelum birthday lagi.. Ya, sy memang agak komunis.. i asked for my birthday presents... hahaha! Ini semua adalah kerana pengajaran yg sy terima masa tahun pertama sambut birthday masa berchenta dulu. Si dia tanya, nak hadiah apa? Then sebagai awek yg malu2 kucing, yg sedang menyorokkan sifat ke'materialistik'kannyer, sy jawab: "Ape-apelah.. tak kisah... " (sila bygkan sy gedik2 jawab soalan tu sambil gigit2 hujung jari telunjuk.. ahahh!)

And i was expecting a surprise at that time.. tp jangkaan meleset.... memang sy tak dpt ape2 hadiah pon.. bila sy ungkit, dia jawab: "Kan abg tanya nak apa, sapa suruh tak ckp.. abg pon taktau apa nak beli" Haissshh.. boleh camtu? Memang merajuk muncung sedepa laa saya msa tu.. Dpt la bunga sejambak the day after, beli kat pasar cina kat Bercham tu kot? :p


Moral of the stroy: Masuk je tahun baru, sy dah trus fikir hadiah apa sy nak hujung tahun nanti. hahahah! Kejam ke camtu? Tak kejam kot... sebab, sy sempat bg die setahun unt buat product survey, simpan duit, bajet2 sumer bagai.. ahahahha! Giler keji!

Birthday dia pulak on the other hand, i'd prefer to make it a surprise. Cause i heart surprises. Lagipon, kalau bagi chance si dia demand, botak kepala pon tak tentu dpt tunaikan.. mcm last year, mengarut2 dimintaknya, lense yg regenya about 10K, flash yg regenya about 5K.. haisshhh.. sapa sanggup dek non?? kot gaji sy ni 20K sebulan, takpela jugak kan..


Oh, and yes.. we might not be the most romantic couple, but loves(ssssss) are around.. Ok lah tu kan.. :) Alhamdulillah...

To Go OR Not to GO?

Agaknya, ok ke kalau ke Kelantan at this time?
U know, the rain, flood sumer..



Ada gak tanya pada Kelantanese in the office. Dia cakap ok, air mungkin tak naik lagi.. Lagipon, we'll be staying at the town.. should be no problem.




Ntah la ek? Ok ke??

Tuesday, December 15, 2009

Cerita Basi~ :P

Asyik contest sajork, mak sendiri pon bosan tgk blog mak, inikan pulak org lain.. hehhehe!

Story sikit last Friday.. Oh, terlupa pulak..
Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday Sultan Selangor... happy birthday to you!!! (oopss, belated actually.. :P)


Ok, alkisahnyer.. Seawal 10am, me and Yun telah menerjah The Mines-Splash Park untuk ini:




Ui mak aiii.. punya la ramai.. and the space, adalah sgt sempit! Nak que unt masuk pon, it took us 45mins, nak tgk longgokan kasut tu pon, jenuh mak mencelah, dicelah, menolak, ditolak, meraba, dan diraba.. huhuuhhu! Dek kerana kesusahan yg ditempuhi itu, dan juga kerana telah menyeret Yun sekali, adalah rasa bersalah kalau tak beli apa2..
Tapi kalau beli pulak, takat sepasang, tak berbaloi juga unt beratur pjg2..
Last2.. rembat la 1 unt suami terchenta, and 2 unt anak tersayang.. :p



More stories and pics here.

Kasut Adam itu adalah besar, super besar actually.. mungkin year end tahun depan baru boleh pakai.. hahaha,sungguh kedekut mama mu ini Adam. Actually,bukan niat begitu, tapi nak cari size yg bersesuaian adalah leceh. Jadinya, rembat je la mana yg ada. Tak sangka pulak la besar sgt for him, for now. Think for the future i guess? hahaha!

Selepas ber-Kenny Rogers for lunch, kami telah melalui satu kawasan yg sudah lama tak singgah.. Panggung Wayang! Memang dah tak igt what was the last movie we watched? Lantas trus membeli New Moon for 3. En Akram sampai 15minutes after the movie started,tapi, he still gives a good review on the movie. Me and Yun on the other hand, rasa sgt lah sengal sebab ending dia "Will you marry me?" Gosh!! Geramji sungguh..


My review is: Cerita tu agak slow, and sy tak puas hati kerana Edward adalah tidak macho. Kalau nak, ckp la nak, yg pi tinggalkan buat apa? Lepas tu buat2 sedih sebab dia igt awek dia mati, lantas nak mati jugak.. alahai.. lembik tau.. :p I'd prefer the Wolf.. nampak effort dia btul2 nak kat minah tu, camtu baru la macho :P Oh, oh, Edward juga adalah too fair for me.. hahahha!! (matila nak cari hero hitam nak match ngan kulit i :P)

After the movie, teman En Akram ber-Prosperity, dan kemudian trus balik amik Adam kat skool.. Kesian dia, the whole day menangis sebab kena tinggal kat skool di hari cuti. Mama is so sorry, tapi.. setahun sekali jaaaa mama dapat cuti time nursery tak cuti. Bagi chance la mama berjimba-jimba feeling feeling bujang gitu. :P

Sebab Adam sedih sgt, mama promised nak bawak dia jalan2 on Saturday/Sunday.. but i broke them. Saturday, my brother from Ipoh and his kids singgah rumah, angkut mak bwk balik Ipoh. Sunday, super duper busy with chores, lantas tak berdaya nak keluar lagi. We end up bwk dia pi kedai runcit and pi basuuh kereta jek. And i know, dia still menuntut hutang berjalan itu, sebab.. setiap hari dia menangis kat pintu and mintak 'chuss' (shoes). Kesian kan?

I'allah petang ni kalau tak hujan, mama bring u for an afternoon walk, ok dear? I'allah.... :)

Jua, sila pilih kami!!



Jua, sila pilih keluarga kami kerana takde orang lain yg sanggup snap gambar kami secara percuma... sy ulangi... PERCUMA! :P Kasihanilah kami kerana, being a family of 3, memang amat susah nak bergambar bersama. Selalunya papa si pemegang kamera mesti tak masuk gamba.. dulu masa berdua, boleh lagi la nak snap2 sendiri, itu pon kadang2 dpt sebelah muka jek. Ni bila dah bertiga nak snap sendiri, memang dpt lobang idung aje lah jawabnyer..



(Adam hentak2 kaki ni Jua.. :P)

Contest: BLACK & WHITE PHOTO

Simple contest by Ezzan Yusop.

Gambar dipilih sebab, Mata itu Bulat!! hahahaha.. apa kaitan? :P

Monday, December 14, 2009

Tips: Upload Gamba

Menjawab komen ini..




Sebagai tanda mintak maaf sebab sy lmbt menjawab soalan tersebut(maklumla..weekend, blog pon cuti.. :P), sy up 1-2-3 guide unt ibuiklil.


Hasil yg kita dikehendaki:



1-2-3 Steps:

1. Identify gambar yg dikehendaki. Anda boleh right click and save gambar tersebut,atau cara yg lebih mudah, hanya dptkan link kepada gambar tersebut.(right click->View Image)

2. Upload gambar tersebut.Kalau anda memilih unt save gambar tersebut,Add image from your computer, otherwise, Add image from the web dgn memasukkan url gambar tadi.



3. Klik pada gambar yg telah diupload,dan kemudian masukkan link yang berkaitan.




Siap!


Harap2 dapat membantu... :)

Thursday, December 10, 2009

Contest: Cutest Baby SMILING

Contest by:





Assignment:Write why you love to see your baby smiling?

Answer:


3 Alasan Terunggul (wah! :P)


1. Senyuman nyer membuat kan sy berfikir.. "Syukur.. kamu membesar dgn sgt baik wahai anak. Mama harap, kamu akan terus tersenyum dan menjadi seorang yang berjaya(didunia dan diakhirat) dan bahagia bila dewasa kelak"



2. Senyuman nyer membuat kan sy berfikir.. " Senyuman kamu sangat manis wahai anak.
Pasti kamu dpt membahagiakan ramai org dimuka bumi ini, hanya dgn senyuman mu.
Paling tidak pon, Mama lah yang paling amat sgt bahagia dgn senyuman itu"



3. Senyuman nyer membuat kan sy berfikir.. "Indahnya ciptaan Tuhan.. suci dan amat sempurna.. Kenapakah masih ada yang tidak mahu pada anak(buang anak)? Ini lah satu anugerah yang paling tidak terhingga nilainya.. Dgn hanya memandang wajahnya, sakit beranak pon boleh dilupakan, inikan pula bila pandang wajahnya yg tersenyum riang.. Memang berbaloi baloi baloi baloi...."



Secara sinopsis, senyumannya mempunyai aura yang mampu membuat sy berperang dgn emosi. Bahagia, bangga, gembira, sedih, terharu, sebak, bertuah, semua nya bercampur aduk.. Bila kena time emosi terganggu, senyumannya mampu membuat hati merasa sayu, lantas airmata berlinangan dengan tak semena-mena(tak pasal2. :P)




Mama adores your smile a lot my dear! Thank you Allah for making him smile!


Adam Rifqie Akram DOB:7th April 2008

Wednesday, December 9, 2009

Anak bapak..

Adam, he just adores his papa alot!




Here's a song for u papa.. luv u much! :)
Larut



1. Bila mana sy memimpin tangan dia semasa berjalan, dia pasti akan mencari satu tgn lagi, dan takmo melepaskan kedua2nya. Haritu masa kat ikea, papa nak pegi toilet.. so i asked him to letgo of his hands and pergi dulu.. tapi sebaliknya, Adam terus lepaskan tangan saya dan berlari kejar papa dia.. (geram sgt, dia nak lari masuk toilet lelaki tu juga.. penat sy kepung!)

2. Bila mana sy berdamping(berpeluk) dgn papa dia, dia pasti akan berlari ke kami dan menjerit 'Nak nak' mintak papa dukung dia. But the sweetest part, dia akan memeluk both of us serentak.

3. Semalam, lepas keje, sy pegi rumah mak.. and later hubby pon dtg juga. So masa nak balik, we drove a seperate car, and Adam was with me. Boleh dia menangis sepanjang jalan sebab dia igt papa dia tertinggal. Menangis yg tak boleh ditenteramkan.. Dok sebut sebut.. "Papa... papa... papaa..."

4. Pernah satu ketika, dia sgt suka tido kat ketiak papa dia and selagi papa tak tido, dia akan bersengkang mata tunggu papa naik katil sama2.. Tp ni satu ketika la, sekarang dia dah tido cepat. Alhamdulillahh... turn mama pulak cari ketiak papa.. hehehhe! :P

5. And finally, he's a car and computer freak, just like his papa.


Posting ini tidak ada langsung berbau jelousy kerana,dia adalah so manja to both of us actually.. As a mother, hati sy sgt suka melihat suami sy menyayangi anak sy (anak dia juga) dan juga anak sy menyayangi suami sy.. Takda yg lebih bahagia dari disayangi, menyayangi, dan dikelilingi kasih sayang.. kan kan kan?


Thank you Allah for the Love(sss)!

Tuesday, December 8, 2009

Rasa hati..

.. tergedik2 nak keluar jalan2 kat shopping mall, cari birthday present.. heheh!


Walaupun last weekend, sepetang kami bersiar2 di ikea/ikano, tapi satisfaction rate adalah sgt rendah. Sebab, eventho kami ke shopping mall, tp aktiviti yg dilakukan tak lain dan tak bukan macam pergi gym. Kalau tak kena angkat berat, kena lari.. Dpt la beli meja n kerusi for Adam, which is our main objective, tp.. boring la kan kalau keluar tak dpt barang unt diri sendiri. :P


Makanya tadi, sy texted hubby..
"Kalau abg free, lunch kang kite pi jalan2 nak? Rasa mcm nak jalan2 la.. haritu jln dgn Adam tak best. :P"


And he replied: "Hahahah, tgk la kalau abg tak bz jap g.."




It's almost lunch hour.. and i am so hoping to receive a let's go call...








pssstt... currently in gedik mode.. :P

Thursday, December 3, 2009

Umar & Sufiya

Last weekend was their birthday party.
Theme: I'm a Transformers & I'm a Princess..

Happy Birthday Kiddos!! Enjoy the pics by Paksu's Production.. :P












Wednesday, December 2, 2009

Mission Failed!

Merujuk kepada post terdahulu yakni yang ini,





Dengan sedihnya sy mengumumkan, PROJECT FAILURE!



The worst part is, usahkan turun 500gram, naik lagi 2kilo ada lahhhhhhh!!!



Kebabusshhh!!! Ke longkang lah impian itu.. manakan bisa turun 6kg 8kg, diulang,LAPAN KG.. dlm masa errr.. less than 1month? Ngak.. ngak bisa...





Adoihla!!!! Perempuan gemuk sy ini!



Senang cerita, baik mengandung ajelah..
Sekurang-kurangnyer, org pregnant kalau gemuk, takde org komplen.... haihhH!




Amacam pa?





Hehehehhe!

Saya ini lembik orangnyer ...

Kalau kena 'robeh' sikit.. pasti demam akan datang..

Semalam masa amik Adam dr nursery, hujan adalah renyai2.. Sebagai ibu mithali.. harus la bersungguh cover kepala anak.. tp, kepala sendiri berhujan..

End up mlm td, rasa tekak bengkak.. kat opis, suhu ekon yg membuatkan semua org menggigil(ulang alik pegi toilet), bertambah teruk la rasanyer.


Lunch td pi klinik, doc kata tak demam. Tapi ubat dia bg punya la byk: clarinase/piriton, ponstant(unt bengkak tekak), bisolvon, prednisolone and difflam. Tu dia punya byk.. sakit betol tuh ek? hhahaha!

But Alhamdulillah, lepas mkn ubat2 tu, rasa lega sikit perit tekak, lega sikit bernafas.. tp.. kepala sedikit berat sebab tak dpt tido.. :P nak mintak mc tak smp hati, sebab: SAYA SUDAH FULLY UTILIZED BUDGET MC FOR THIS YEAR!!

Aiyok.. punya la kuat sakit mak budak sorang ni! :P tp tu la, salah sy juga la yang jd sgt excited bila doc selalu bagi MC for 2days. 2hari, 2hari, 2hari, 7kali sakit, dah hbs la MC tu. :P
Oh FYI, 4hari MC adalah unt 2kali treatment pi buang amenda ntah yg kat bwh kelopak mata tu. :P Yang tu, bukan sebab demam. :P

Supplement, buat masa ni, sy amik EPO, VitC, and Calcium. Tp on and off juga.. Dtg mood rajin, makan, tak rajin, skip... but i guess, my body needs more. :P Adoihla.. dah tua2 ni, mcm2 kena telan nak kasi kuat...

I bet, mesti ada org promote USANA kat sy lepas ni.. :P (sebab sana sini tgk org talking about USANA). I guess, not now kot, blm terdetik hati ni nak try. Jgn promote lagi ek, mak takde budget! hahahah!


Last,

Semoga Allah mengurniakan kita semua kesihatan yg kuat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk trus beribadah kepada-Nya, dan yg paling sy mahu sekali, semoga sy dpt melihat anak sy membesar dan menjadi org yg berjaya, dunia dan akhirat.. Amin...






psstt.. time sakit2, baru la nak kuar post2 menginsafkan.. astaghfirullahulazim....

Tuesday, December 1, 2009

Semalam..

... sy lunch date dgn en suami. Kitaorg pi mkn prosperity burger. This year punya price,is still toleratable, compare to last year's price yg 'too much'.

Mebe sebab ramai yg boikot McD itu hari kot. Sy pon dah buka puasa boikot, tapi selalunya hanya drive tru membeli bubur Adam jek. (selalunyer time2 away from home :p)

Semalam, kitaorg pon drive tru jugak. Lepas tu pi lepak mkan dlm kereta kat belakang petronas.
Lebih senang mcmtu, tak yah cari parking, sesak2 sumer, jimat masa... and lebih romantic gitu.. lalalalalal! :)

Sambil mkn tu, ada la snap2 gambar sikit..

Tetiba en suami kata: "Ayang dah takde idea nak update blog eh?"


Erkss??!! hahahhaha.. terkena satu point di situ..


Hakikatnya, lately, sy memang takde idea unt blog. Blog hopping pon takde nak berkomen2 sgt..
Just tgk2 gambar, baca2 sikit, klik klik sana sini.. then continue main game..

Huhuh.. i just love my fishes so much!! :P





psstt psstt.. perasan tak sy takde mention pasal kerja disini? huhuhuu! bad bad.. :P

Sunday, November 29, 2009

erks!`

esok sudah kena kerja!








m.a.l.a.s.n.y.a... ;p

Wednesday, November 25, 2009

Eid Adha!

Selamat menyambut raya qurban!!













Maaf Zahir & Batin....
Take care peepss!!

Tuesday, November 24, 2009

Resepi Puding Caramel :P

to caramelized:
5sudu gula, 2sudu air

Cairkan gula dgn api yg perlahan, then letak air and kacau sehingga warna caramel mencapai tahap piawaian anda. Not too dark, kerana rasanya akan bertukar pahit. Golden brown is just perfect! :)

Then trus tuang ke dalam bekas.
In my case, sy buat dlm bekas dadih yg gemuk pendek tu, boleh dpt dlm 6-7tub.

(pic googled)


the pudding:
4biji telur
5sudu gula perang
2sudu teh esen vanila
400ml susu penuh krim (lemak berkrim disukai ramai.. :P terima kasih kepada botol susu Adam kerana bertindak sebagai penyukat unt bacaan ml itu. heheheh!)


Mix telur, gula, esen vanilla. Xpayah kuat2, kita tamo dia berbuih. Panaskan sikit susu. X perlu sampai didih. Then tuang campuran telur tadi kedalam susu. Tuang tu kena melalui penapis yer.. baru texture dia jadi smooth and silky gitu.
Then masukkan adunan ke dalam bekas. Lantas stim selama lebih kurang 30min dgn nyalaan api sederhana. Suggested unt cover dgn aluminium foil supaya wap air tidak menitis kedalam pudding kita.

Sesudah masak n sejuk, simpan dlm peti ais. Pudding adalah best served chilled!



Anggaran masa: 10min unt preparation.
30min unt masak.
5min unt basuh utensils.
<1min href="http://mrsharis.blogspot.com/">MrsHaris, Mamatisya.. :P

Takde update pon nak update~

Hari ni takde update.


Itu ja update unt hari ni....




Muahahahhahaha!!!!





Jgn marah!!!

Monday, November 23, 2009

Weekend yg best!

Nak tau apa yg best?


Duduk terperuk kat rumah..


Doing chores yg dah lama in waiting list. Lipat kain, hand wash baju2,tudung2 yg berlonggok, kemas2, masak2, golek2, movies, tido.. ohh yeaa, i loike!! :P


2hari dapat masak 'cuup' sedap unt Adam Rifqie n dia mkn sgt byk.. seronotnya hati..


2 kali buat puding caramel. 1st round, the pudding agak berketul, kerana sy malas tapis.
2nd round, the pudding was just nice, tapi caramel lak berketul.. dek kerana memakai periuk besar(periuk kecik ada sup Adam). Adoih la,spoil sungguh..
Next time, i'allah, will be perfecto!
Sebenarnya, 1st round sy buat puding tu ialah jumaat petang. Excited balik2 keje, singgah kedai beli telur, susu. Hajat hati nak cari periuk stim tu sekali, tp kedai tu takde jual lak. Terpaksa jadi kreatip terlebih, buat la camne pon janji leh stim. :P
Lepas amik Adam je, trus start projek.. tup tap tup tap, kul 7 siap! Oh, yg semangat sgt tu nak buat sebab tekak ni rasa mcm nak makan. Teringat Santai punya caramel. Satu bekas dadih kecik tu RM2 yer..tak puas pon makan. Buat sendiri, leh mkn sampai muntah. :P


Lagi, masak ayam sambal favourite en. akram, 2pot nasik habis sekali hadap. Hati suka sebab husband mkn dengan seleranya, tp ada jugak yg tak suka nyer.. sebab dia bertambah,bertambah, dan bertambah dan membuatkan sy rasa: "Adoih,gemuk lagi la laki aku... :P"


Semalam masak Laksa Penang.. suami keluar statement: "Kagum la abg ayg pandai masak laksa" -> "Ayg memang pandai masak" -> "Tu abg akui.."
Uiii!! kembang kuncup.. bukan senang laki mak nak puji yaa.. lalalalal!
FYI, sejak kami tinggal bersama (maknenya sejak kawen la kan :p) tu lah 1st time sy masak laksa. Sebab: dah tau2 la, laksa bukanlah dlm list makanan si dia. Tp sebab sy memang dah laaamaaa teringin nak mkn laksa buatan sendiri, sy buat jugak semalam. Lenguh kaki memasak sehingga teringat pada kaki gajah masa pregnant. :P


Movie pulak, layan DVD angah bawak. Papadom and SETEM. Both movies pon, barisan pelakon yang sama. Memang geng2 afdlin je la sumer.. and sedia maklum la, afdlin nyer cerita, mesti kelakar2 kan.. so, oklah.. relax je la tgk.. takyah fikir apa2.. layaann je.. :)


Sekian sahaja laporan. I just love a weekend like this! :P

Friday, November 20, 2009

Another 4 straight games~

Merujuk kepada post ini.


Hari ni sejarah berulang, tp prestasi sedikit menurun...
pon begitu, masih menjadi the top one! hahahha!! unsur riak disitu.. :P


oh, kaki sedikit sakit...


and.. malam ni konpem ke'capek'kan lagi..


kuang kuang kuang.... :P

Thursday, November 19, 2009

He needs a hair cut! :P

The last time Adam potong rambut is a week before raya dulu kot. That was about 3-4months back. :P And that was his first time having his hair cut by a pro. Sebelum tu, mama dia jek blasah rambut nyer.


Kalau ikutkan geram, mmg dah lama dah sy 'tarah' lagi rambut dia, tp mengenangkan ayat amoi, "Rambut dia sgt cantik, tapi aaa.. dpat kat u aaa, habis!" Hahaha. Lantas sy berperasaan, elok lah bw dia ke salun lagi. :P Tp tu la, entahkan bila..


Kalau ikut papa dia, dia lagi suka anaknye itu berambut sebegitu. Yes, kalau disisir rapi, mmg nampak comel lah.. tapi kalau baru bgn tido... jeng jeng jeng!!



tu dia, dah mcm apa dah.. hahah! (kesian Adam, dia rasa cam comel hbs dah posing gitu, tapi hakikatnya.. keh keh keh!)