Friday, July 24, 2009

Tarikh Lahir Islam Hijrah..

Siapa tahu tarikh lahir die dalam tahun hijrah?? :P

Saya penah tahu.. tapi selalu terlupa.. kali ni nak pacak kat blog bagi senang refer.. heheheh!!



The mommy..



The papa.. :P


and.. the baby..



Notice that,actually.. papa is one year older than mama.. and eventhough both papa and baby were born in April, but baby shares the same hijri month as mama=Rabiulawal.. :)

Well, fair and square huh? :P

Tuesday, July 21, 2009

I'll never do it again!

Perempuan separa lupa diri ini telah cuba unt membuat cobaan berani secara bersendirian...


Masa in que.. hati dia berdetik sorang2: "sekejapnyer per ride,letih aku beratur!"

Padahal, naik roller coaster pon tak penah.. tibe2 pegi terjah benatang ini..


Dan sesungguhnya dia bersumpah takkan naik lagi! Uwaaaa!!! takut mcm nak mati!!! Padan muke kau! :O


Dan jgn harap la dia akan cuba benda ini..



Kerana sesungguhnya.. dia HANYA sesuai layan ini sahaja...





Akhir kata, ukur baju di badan sendiri.. kalau agak2 penakut tu.. tak payah la bazir duit beli all pass outdoor theme park! Deng! :P

Monday, July 20, 2009

Mode: Jiwang...

Apakah maksud menjiwang di pagi senin di opis?? Haisshh.. angin sentimental itu sudah mari!

Adalah kerana ketika sy sibuk mengkorek2 folder mencari file, sy terjumpa our wedding clips.. instrumental song of My Endless Love.. Grrrrr... hate it when my heart melts! :P





My love, there's only you in my life,
The only thing that's right.
My first third love, you're every breath that I take,
You're every step I make.
And I, I want to share, all my love with you,
No one else will do.
And your eyes, they tell me how much you care.
Oh yes, you will always be, my endless love.

Two hearts, two hearts that beat as one.
Our lives have just begun.
Forever, I'll hold you close in my arms,
I can't resist your charm.
My love, I'll be a fool, for you I'm sure,
You know I don't mind.
Cause you, you mean the world to me.
Oh, I know I've found in you, my endless love.

And love, I'll be that fool, for you, I'm sure.
You know I don't mind.
And yes, you'll be the only one.
Cause no one can deny,
This love I have its fine.
I'll give it all to you,
My love, my love, my endless love.



Hubby dearie, i may have changed, more towards a babbling mommy for sure.. (please bare with me):P
but my love for u has never change..
haishh.. kang tetibe masuk lagu Nothing's Gonna Change My LOve for You lak..


FULLSTOP!!


**Updated
Endless Love versi Adam Sandler... funny! :P



When Adam meets a girl..

...he looks like one! :P



Introducing Adam's girl friend, Maryam...
She is now a big sister to...


..... little Ali..




Congratulations to mummy & daddy of these 2 adorable kiddos! :)

Friday, July 17, 2009

Selamat Jumaat!

Ngee... nampak beno takde apa nak hupdate..

Selamat Jumaat pon oklah kan? :P

Tuesday, July 14, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

I am so eager to join a contest from MomBloggersPlanet....



...and praying for my luck to win cool prizes from AliceWonders and Photobook Malaysia




For more info and updates on the contest, please refer here



Ok, here it goes...

*************************************************************************************

Cutest Adam Rifqie in CAR SEAT


Name:Adam Rifqie b Akram
DOB: 7th April 2008

About the car seat: For infants from mothercare. This car seat is inherited from my cousin.. though it's a second hand item.. but it has done a lot for us!
We bought this one at the first place;



It is claimed that this carseat is meant for newborn-18kg(if i am not mistaken..) but the truth is; i don't even dare to put the newbies in.. why? because newborn can't even sit! so not suitable for newborn.. so this mothercare has come to duty!

Today, even though Adam is already 1year+++, this carseat is still in used, reason: We need 2 car seats, one for mama's car and one for papa's car. (papa will sent Adam to nursery in the morning and mama will pickup Adam in the afternoon). I couldn't even imagine what to do if we don't have car seats!



Besides of that, lets hear what Adam says about his carseat on behalf of mama:

1. Safety first! When suddenly papa breaks on emergency, mama might not hold me tight enough. I may fall or get injured..



2. When papa is not around, we can still go out together.. i don't need anyone to hold me.. i can sit on my own.. u see?


3. Comfy.. i can sleep soundly in my car seat.. lying down on mama's arm are not comfortable enough.. (psst psttt.. i hate the feelings of lying on mama's bony arms.. :P)


4. Freedom.. i can freely play with my favourite toys without being disturbed by mama!



and the most important thing is....






i am so happy with it!!! Walllaaaa!!!!


Monday, July 13, 2009

Saya telah menyaksikan kematian...

..... Adam's pet.. "FISH".




Masa ni dia tgh tercungap2.. ni baru betul nyawa2 ikan.. kesian, nak bg CPR pon tak boleh, kecik sgt mulutnyer.. makanya.. apa yg boleh dilakukan hanyalah melihat!

Bila dia dah berhenti bernafas.. perlahan lahan jasad nya jatuh ke dasar aquarium.. kaku dan tak bernyawa..

...dan membuatkan saya menginsafi kematian... makhluk tuhan yg kecik tak berdosa tu pon, merasa seksa kematian..tercungap2 tak cukup nafas.. mcmmana pulak la keadaannyer kite nanti kan?


"Ya Allah ya tuhan ku, kau peliharalah diriku, dan keluargaku dari kematian yg mengaibkan... dan kau matikanlah kami dalam iman.." Amin!

Sunday, July 12, 2009

Presenting..



Inilah dia Mak Bee seperti yg digembar gemburkan dlm previous previous entry..

Sila dptkan di pasar berdekatan.. Hehe.. -->iklan xberbyr lagi. :p

Friday, July 10, 2009

Mission Accomplished~

Yeah!! Mission unt mendapatkan ketam goreng bercili terlaksana!



We went to Restoran Cerana,Cheras.

Tempat nya cantek.. kalau nak tgk, pi bukak link atas tu.. gambar dia mmg seindah tmpt dia..takde penipuan disitu.. :P kitaorg takdpt nak snap2 sgt sebab gambar tak cun with camera fon..

Terasa mcm kat Bali gitu.. suasana pon romantik juga.. sampai ada couple yg mkn sambil berpelukan.. ahhahah! xtahan.. kira couples yg duduk kat tepi2 tasik, dgn pemandangan indah bersama deruan air terjun buatan,mmg hanyut kat alam sendiri la.. tak nampak dah mak yg dok mengejar anak ni.. keh keh! Kalau tak percaya environment tempat tu best, meh dgr statement hubs sebelum the dishes sampai: "Best tempat ni yang, lainkali boleh datang lagi..." keh keh, see... we judge a restaurant by it looks, not the taste! Waiter tu kata.. everynite,except for last nite, ada live band. smlm nan ado sebab menghormati mlm jumaat.. :)

Kitaorg punya menu pon simple jek.. Ketam goreng cili + Butter Prawn + Sup Sayur(to suite the little ones). Masa order tuh, nafsu ckp, itu jek?? Sib baik tak tambah lain, sebab yg ade tu pon sengkak makan. :P

Food review, overall, oklah.. xtaulah sebab perut dah masuk angin ke.. or selera terbantut sebab kena layan si kecik makan dulu ke.. or sebab takde siakap-3-rasa or kerabu mangga.. heheh! :P
Me makan nasik sikit jek.. quarter bg hubs, another quarter unt si kecik, quarter sy mkn and another quater xhabis.. :P

Tapi.. KETAM GORENG cili itu Alhamdulillah.. sangat memuaskan!! Kiranya boleh tidor lena la semalam.. which is true.. balik2 je kami terbungkang depan tv,11.30 baru tersedar sbb si kecik dah cranky,mengantuk.. keh keh! tak patut sungguh mama+papa nyer.. :P

Total cost yg ditanggung ialah RM76.++.. En suami kata, murah jugak la, compared tu Bali.. hahahah! tu dia nak ungkit la tu sebab masa kat Bali dulu, our candle lite dinner by the beach costs about rm4++. ni sumer sebab isterimu terpedaya dgn desakan org itu yg mengatakan:"Klau honeymoon, kena makan lobster.. baru special" hahahah!
Maafkan daku hubs!




Jom Bali!!! -->> keh keh, tetibe! :P

Thursday, July 9, 2009

Teringin pulak dah!

Saya puasa lagi harini..
Tetiba teringin nak makan ni:



Trus sms hubs: "Ayg rasa mcm nak mkn ketam goreng cili la.."

Hubs replied: "Hahahha, kat mana ada kedai seafood best ek kl ni? Kita pi nak mlm ni? Try google or tanya org la"

Me replied: "Restoran nelayan?"

Hubs: "Cet. tak best langsung!"


Uwaa.. sapa tau kat mana ada ketam goreng cili best?? OR.. sapa leh tolong masakkan?? nanti saya pegi.. :P

Despite of ketam.. rasa macam nak makan udang jugak! either butter prawn.. or sambal udang petai.. kehkeh!

Craving for seafoodd!!! Nak tau sebab apa?? sebab sy telah berpantang seafood selama 1thn 2bulan(ada la curik2 gak, taktahan.. :P) Adam Rifqie is allergic to it.. and also dairy products :P

Since skrg dia dah tak heran nak nenen(for which somehow i missed it a lot) makanya mama sekarang boleh mkn apa saja yang sy mau!! yaaa tuan tuan dan puan puan!! APA SAJA!! muahahhahahahahahahah!!! gelak evil!

Ok, back to questions: Mana mau cari???

High~

Pagi tadi sebelum pegi keje, saya cium anak saya yg sedang tidur.. sengaja cium leher dia yang masamm...

Pergh!! hiigh ok?

mau masam yg sgt sedap!

keh keh keh!!





Tapi pooo pooo dia mmg tak boleh blah!

Monday, July 6, 2009

oh Nafsu~

Saya sedang baca online tutorial ni tadi:

ASP.NET - Server Controls

ASP.NET has solved the "spaghetti-code" problem described above with server controls.

Server controls are tags that are understood by the server.

There are three kinds of server controls:

* HTML Server Controls - Traditional HTML tags
* Web Server Controls - New ASP.NET tags
* Validation Server Controls - For input validation



Tau tak apa dlm otak saya??

SPAGHETTI!!!!!

huwaaa.. padahal baru jap td ckp kat kak nor.. bukak puasa ni nak mkn "Nasik Lemak Power" + "Laksa".

Tiba2 ada menu lain menerjah...



Oh apakah???!!!

Di mana Sharlinie?

Terpanggil nak buat post ni sebab haritu terpandang poster ni dkt notice board surau. Poster yang dah buruk dan lusuh melambangkan betapa lamanya dia dah terpampang kat situ..


Sedar tak sedar.. dah setahun setengah cerita sharilinie ni kan? tak silap sy dia hilang since januari2008.. Masa tu, adam rifqie pon blom lahir..
Masyarakat pon dah semakin lupa ttg kisah ni.. malah ada yg buat lawak dgn poster ni..


Dulu, saya rasa sgt hillarious poster ni.. tapi setelah meletakkan diri sy di tmpt ibu sharlinie,sy rasa tak patut sangat.. muka tuh mmg la muka khir.. tapi susuk tubuh tu, bukan ke budak tu? tak patut ok?

Sedihnya mak pak dia kan? Hari2 sebelum tidor mesti terfikir, sihat ke anak aku, dah makan ke, dah tidor ke, kat mana dia, apa dia buat?

Warghh.. kalau aku ibunya.. hampir gila dibuatnya... Kesian...

Seorang anak yg jauh dari ibu bapanya.. ntah dijaga,disayang atau diseksa?
"Ya Allah, kau tabahkan lah hati ibu+bapa sharlinie..dan sekiranya dia masih hidup, kau lepaskan dia dari segala kesukaran dan pulangkan dia pada keluarganya.. Amin.."


Haih!!! Post sentimental di pagi isnin yang sgt sangap!! Geng2 pulak sumer takde..
Oh yer, mungkin jugak sebab hati tgh bersih sebab hari ni puasa.. hahahah!~

Bila Mak Bee tak berguna lagi!

Eceh.. tajuk tak tahan.. :P

Lanjutan daripada entri ini, sy akhirnya dpat sebiji yg tergugur masa en suami sedang membalut buah-buahan itu..

Semangat nak mencicah nih.. kecur liur masa kupas kulit dia..




Rupa2nya.. mak bee dah tak berguna lagi!!

Hijau diluar, masak didalam... oh kecewa! (padahal boleh jek petik bila2 mau kan..dasar mengada2.. :P)



psstt.. mak bee adalah jenama kuah rojak tersohor.. hahah! jenama ke istilah nyer?

Sunday, July 5, 2009

Kontrak cinta*

Siapa tgk kontrak cinta tv3 semalam?

Sy tgk.. Memula sy rasa spoil sbb heroin fasha sandha.. Hehe,ntah nape mcm xminat dia sejak cite yg nasib malang xsudah2 tu.. Apa ntah tajuk,lupa.. Tapi,bila lama2 tgk,cun juga dia ni,plus semakin putih,thanx to garnier.. :p

Anyway,sy bukan nak ckp sgt psl fasha.. Tp sebenarnya nak buat pengakuan terbuka: 'saya rasa zaidi omar sgt romantik dlm cerita tu' haha! Mcm geli kan? Dah la jwb soalan bini ikut b*ntot.. Hampeh lawak!

The main part yg sy suka is when dia ckp lebih kurang mcm ni; 'papa bukan kalah dgn mama,tapi papa beralah.. Kalau dua2 nak menang,jawabnya perang dunia ke-3.papa buat mcmtu sbb papa betul2 cintakan mama.'

Sweet kan? Dah tua2 ckp mcmtu. :p

Sy rasa msg cerita ni ialah: perempuan ni mmg susah nak paham,yg penting suami kena beralah kerana cinta! Haha! Bestnya! :p
And,part yg xbestnya.. Org pompuan jgn bossy sgt,smp org laki takut nak kawen.. Haha,terasa mak..

Friday, July 3, 2009

Mama's big boy is up n walking~



Alhamdulillah.. umur 1tahun 2bulan.. Adam dah bole berjalan.. ada yg kata lmbt.. n suggest macam2. but for me, i don't really worry about that.. perkembangan budak ni sumer tak sama... ada yg jln dulu, ada yg cakap dulu, ada yang tumbuh gigi dulu.. ikut lah kan.. when he's ready, he'll walk.. Syukur, dia dah bejalan sebelum cecah 1tahun setengah.. kalau tak mesti mama panas telinga dgr org bising adam tak jln2.. :P

Walaupum skang ni dah a few weeks adam pegang lesen 'L'.. tapi still bejalan mcm zombie.. heheh! still perlu angkat 2 2 tangan nak balance kan badan.. cute! tot tet tot tet jalannyer.. non stop pulak tu..

ni gambar ni rambut dia jadi mcm einstein sebab peluh.. gigih ok praktis.. lenjun kepala..


keep it up my dear.. lepas ni dah belari, jenuh la mama nak bwk g shopping complex.. hehehe!

teringat masa mula2 tgk dia jln.. sebak ok?! mama is so proud of u baby! itu rasanye tgk achivement anak kan? tu baru tgk dia jalan.. now i know why parents cried on ones graduation day! ohh.. saya akan jadi ibu yang sgt emotional... hahah!!



oh yer.. even tho he's 1year plus n sudah mempunyai 10batang gigi yg kelihatan seperti ini:


dia masih mahu mkn nasik blender.. Actually, when he turned 1, sy dah tak blend bubur dia.. lepas tu dia asyik refused to eat.. penah bagi nasik keras n masak lomak,byk dia mkn.. nasik kfc pon, dia suka makan..tapi sekali dua je la yg dia btol2 mkn..lepas tu payah btol nak bg dia mkn.. semua pon dia tanak.. until last monday, i tried to blend his porridge again.. haaa.. there u go! baru dia makan.. sigh! mcm baby la big boy mama nih! my hypotesis are: 1. dia malas nak kunyah or 2. gusi dia tgh sakit sebab 3batang geraham dia tgh berlumba2 nak keluar.. naluri keibuan sy kuat mengatakan dia sakit gigi sebab he always drowling n gigit jari..

Tak kisahlah nasik blender ke tak blender ke.. as long as dia makan.. tu dah cukup senangkan hati mama.. walaupon org akan komen, gigi dah byk pon, nasik blender lagi ke? :P kita abaikan jek lah ek baby..
i know my son better than u ok?!


What ever it is.. please do no compare your babies development with others.. sebagai ibu yang telah mengandungkan dan bertarung nyawa melahirkan dan bersusah payah membesarkan.. sedikit sebanyak akan terasa juga bila org seolah2 memperlekehkan anak kita.. lambat jalan ke, lmbt ckp ke, kurus kering ke, yang penting sihat.. all the milestones does not reflex what your child is going to be in the future..
Kan janet kan???

Tak sabar nak tuai hasil!

Ni pokok mempelam depan rumah.. tak sabar nak petik...

oh, papa.. tolong la balutkan.. nanti kena pow!!!

Thursday, July 2, 2009

Power Cut in Malaysia

Dapat info nih.. tatau la betol ke tak, malas nak call tnb tanya.. :P
incase la btol.. mother's. be prepared for you EBM!!! kalau tak menangis nanti.. heheheh!


There will be power cut (2 - 14 hours) for tenaga to do some maintenance work, from today till 8th Aug 09. Whole M'sia affected except Putra jaya.

pls check this website for the time & your area : http://www.tnb.com.my/tnb/power_alert.php

Wednesday, July 1, 2009

Just for Sharing: Zakat

Just nak share ngan sumer pasal zakat.. Sebelum saya ada duit sendirik, meaning that, sebelum sy kerja.. the only zakat yg saya tau wajib dibayar adalah zakat fitrah.. that is zakat yg perlu dibayar sebelum hari raya tu kan.. itupon, bukan kite yang bayar sendirik.. :P

Bila dah masuk kerja, thanx to Kak Nor yg bg pendedahan pasal zakat ni..
Pendapatan which is gaji yg kite terima bulan2 tu pon perlu dizakatkan.. (kalau cukup haul lah kan..) Dulu sebelum kawin, sy kira.. sy perlu bayar dalam +-RM15 dr pendapatan sy.. sy amik jln mudah, bayar double dr figure tu and buat potongan gaji.. sebab double: tiap2 tahun ada bonus kan? jadi budget2 unt cover bonus tu la.. Kalau terlebih pon.. saya kira sedekah jek lah duit tu.. Banyak kita yg berat nak kuarkan zakat, sebab.. bila dihimpun pendapatan tahunan.. memang la besar figure yg kena dikeluarkan tu.. tapi,kalau bulanan.. takkan terasa.. percayalah.. Rm30, sekali pegi layah kenny rogers or kedai asam pedas linda on, dah habis dah... kadang2 tak cukup pon.. Tp bila nak kuarkan unt zakat, jadi bebal.. kenapa???

Lagi satu pendedahan baru yang saya tau masa tu.. ialah zakat simpanan.. duit simpanan kita yg ada, kalau dah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut. Kalau simpan kat Tabung Haji, selamat.. sebab tiap kali bonus.. dia akan potong siap2 nilai yg perlu dizakatkan.. maknanya, kita tak perlu susah2 kira lagik.. kat bank2 conventional yg lain.. sendiri kena ingat..

Sama2 lah kita mensucikan harta yg kita ada untuk dapat keberkatan.. kita selalu complain.. asal ada duit lebih jekk.. mesti ada benda nak kena setle.. keta rosak lah, paip rumah pecah lah, tetibe jek bil tunggakan brapa bulan datang lah.. macam2 lah benda yg nak kena setle.. kadang2, apa jadi tu ada sebab.. mungkin sebab duit lebih tu sebenarnyer bukan hak kita.. itu hak yg perlu dizakatkan.. that's why allah tak redha duit tu dlm tangan kite..
and yg paling penting unt mendapat keberkatan dari harta yg kita ada is: "Jangan lupa bagi mak bapak!" Tak kisah la kalau bagi sikit pon, janji bagi.. tak kira lah mak/bapak punya gaji double or triple dari gaji kite.. yg penting kita hulur unt dapatkan keberkatan tu.. lagi kita kedekut dgn mak/bapak kite.. lagi kedekutlah Allah dgn kite.. percayalah.. rezeki tuhan bagi.. jgn risau.. :)

oklah, tetiba rasa mcm dah jadi ustazah pulak.. bukan apa, ilmu ni saya tau bila sy dah agak tua juga.. mana lah tau, ada yang tak tahu.. jadi saya share lah kat sini..
Sambil2 tu, boleh ingatkan diri sendirk juga...

oh ye, sedikit info from: http://www.e-zakat.com.my/


Ada 2 jenis zakat iaitu:

1.Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
syarat-syarat yang ditetapkan.

2.Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

-Zakat Pendapatan
-Zakat Perniagaan
-Zakat Binatang Ternakan
-Zakat Pertanian
-Zakat Wang Simpanan
-Zakat Emas dan Perak
-Zakat Saham
-Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *

***
Ma'adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)






Derma organ??

Siapa sini dah register jadik penderma organ??

Aku?? Takutt.... haha!

Padahal, apa nak takutnyer.. organ tu dia amik masa kita dah mati kan..
Tapi... aku still tak sanggup...

Kalau lah kita derma.. at least organ tu dapat membantu org lain meneruskan hidup dia..
kalau tak derma, sah sah lah benda tu berkecai jadik tanah jugak kan..

Paper hari ni kata, % melayu sign up jadi penderma dah meningkat...from 8% to >14%.. tp still yg terendah after chinese and indians.. bukan ke kat malaysia ni melayu paling ramai? tapi part menderma, paling sikit.. ni semua sebab semua berpikiran macam aku.. hehhe!


Haih! kena brainwash nih minah nih.. :P



http://saifulislam.com/?p=518
Teringat saya kepada kata al-Quran bahawa di Mahsyar, ada ibu yang sanggup korbankan anaknya sendiri, jika boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Memikirkan ayat itu sudah cukup pedih buat saya ketika ‘melihat’ betapa terdesaknya kita di Akhirat nanti. Jika menderma organ boleh menambah keselamatan saya di Akhirat, saya tidak teragak-agak untuk melakukannya. Selepas mati, apalah sangat nilai yang ada pada buah pinggang, jantung, hati dan tulang, berbanding kesanggupan ibu mengorbankan anak sendiri, demi keselamatan nafsi-nafsi di Akhirat nanti.Saya seru dari lubuk hati’ daftarkanlah diri sebagai penderma. Saya pun tidak tahu selepas mendaftar ni, adakah nanti fizikal saya sesuai dan boleh didermakan. Saya mungkin mati kemalangan, saya mungkin mengalami kerosakan jantung, hati, buah pinggang dan lain-lain. Tetapi dengan mendaftar sebagai penderma’ Insya ALlah dengan niat yang betul, ganjaran di Sana sudah tersedia.. Ayuh! Wahai insan yang kurang bekal, tambahkan amal banyakkan kebajikan


http://www.zaharuddin.net/content/view/183/90/
Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.


http://islamhadhari.net/?p=1236
Sebenarnya, niat untuk membantu orang lain demi meneruskan hidup sesungguhnya mereka ini akan diberi pahala yang cukup tinggi. Saidina Umar pernah menegaskan kepada sahabatnya: “Sesuatu yang dapat membantu atau memberi manfaat kepada saudaramu dan langsung tidak menyakitinya, kenapa seseorang itu ingin menegahnya.”



Amcam?? Ada berani?? Besar ganjarannyer.. I'allah...
Whenever u are ready, please sign up here:
ORGAN DONOR REGISTRATION FORM


Sekian