Nih nak share...
Subuh Yang Terakhir
Album : Epik
Munsyid : Rabbani
Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat
Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Hm.. andai tadi adalah Subuh Yang Terakhir.. sy nak mintak maaf dr suami sy.. pagi td saya keluar rumah dgn ciuman dan pelukan yg TIDAK IKHLAS kerana suami sy sekarang sudah tidak mempedulikan aka tamo beralah kalau sy merajuk..(ego seorang suamikah? atau sudah tidak kisah kerana sudah terikat dgn ikatan perkahwinan?) Dia hanya bergantung pada masa unt menyejukkan hati sy.. sgt UPSET!!!
Oklah,kali ni saya beralah.. Abang, I'm sorry sebab kata abg lap hidung baby kasar2 sampai luka. --> laki sy manja tau, ckp mcmtu pon SENTAP..
Lepas tu sy pulak SENTAP sebab dia baling tuala lap hingus baby tu kat muka sy.. Tak sakit pon.. tapi SENTAP.. hari ni baling tuala, esok paling remote, lusa paling pinggan, last2 sekali bini dia pon kena baling.. camno tu? Oh yes, otak saya sgt aktif(aktifkah mcmtu? hahah!)..sebesar kuman punya benda pon sy boleh berfikir sampai sebesar gajah! :p
Walaupon SENTAP.. sy tetap masakkan dinner..tetap sendukkan nasik.. tapi boleh tak, abg sanggup tak ckp ngan ayg sepanjang mlm?? Huhu..
Oh yes, for those who are still single, this is what is so called Life After Marriage.
Andai tadi adalah Subuh Yang Terakhir;
AKU TATAP CINTAKAN KAMU WAHAI SUAMIKU, AMPUN MAAP DIPINTA, DAN TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.. :)
pssst.... sesapa yg tak tahan dgn ayat jiwang sy nih, sila ke toilet unt muntah.. :P



































