Monday, October 18, 2010

To Adik~

To Adik,

Mama tau adik dah tak sabar nak keluar. Bila abg terkinja2, adik pon turut berombak dalam perut mama.
Kalau ikutkan, mmmg mama nak adik keluar. Terasa sungguh kesaratannya sekarang.
Tak sabar btol nak be away from the office. I hate the office! :P

Tapi kan dik, ada a few things yg blom setle. Baju2 adik(dan juga yg mana dulunya abg punya :P) semua dah basuh.. tapi mama lupa beli persalinan baju cantik unt adik pakai keluar hospital nanti. Mama igt khamis ni nak ajak papa pi shopping. So adik kena sabar kejap.. nanti mama beli mcm2 unt adik ok?

Oh yer, another big reason unt adik bersabar ialah, mama dan papa blom ada nama unt adik. :P Punya la payah nak pikir nama for another boy... tp kalau adik girl sekali pon, nama2 unt adik semua dah ada someone close amik.

Kalau boleh, adik tunggu lagi 6minggu ek? Biar sama mcm abg, lahir ngam2 on the 38weeks. Tp ntah kenapa, instinct mama rasa adik nak keluar awal dari tu? :P Mungkin juga sebab mama yg tak sabar2 nak bercuti? :P

Apa2 pon, mama harap adik sihat2 saja.. Developed well sayang.. Mama, papa and abang setia menanti.. :)

Monday, October 11, 2010

Muszaphar sah milik Harlina?

Berita Kosmo

Ke Harlina sah milik Muszhaphar?


Ayat kena propa.. tapi tak logik, sebab Muszhaphar tu boleh je jadi hak org lain lagi.. bujang 3 lagi tu.. heheheh! Lagipon, ownership belongs to the husband la ye dak?


Anyway, Selamat Pengantin Baru to both, semoga bahgia ke anak cucu.. boleh la honeymoon ke bulan.. hiihih!

Wednesday, October 6, 2010

Addicted~

I am now addicted to nescafe.

Pagi tadi dah dpt time meeting.. Now meronta2 nak pekena lagi.. heheheh! Mungkin dgn berblog dpt mengurangkan keinginan itu.. hahahah!


Oh yer, currently i'm in a fast track of doubling my size. Makan non stop kau! Bila tak mengunyah je, rasa lapar... atas meja,bwh meja, penuh stok makanan. Atas meja ada bun and biskut. Bwh meja ada coklat. hahahah! yg tu harus sorok nok.. Kui kui kui!

Tak padan ngan stok, bila kuar lunch.. ada jek buah tangan bawak balik.. cokodok ka, goreng pisang ka.. paling healthy pon a slice of buah-buahan. No wonder perut 'ketat' sokmo..

Rasanya kena cari some solution to stop habit makan tanpa henti ni... Mungkin gigit cungkil gigi can help? muahahahah!




Dah la.. chiow!

Thursday, September 30, 2010

Contest: Gaya Si Comel Berhari Raya



Contest by BabyIbu and Azzamoro.

Sponsored by:




Adam Rifqie b Akram
2thn 5bulan

Monday, September 27, 2010

Tahun ni tak buat open house..

Tahun ni adalah tahun ke-4 kami beraya sebagai suami isteri.

The 1st year, takde open house apa pon. Masa tu kitaorg dok kat Bukit Jalil. Yg dtg masa tu adalah beberapa couples ja. Duduk pon bersila atas tikar.. Rumah pon blom ada sofa lagi. :P

The 2nd year, kitaorg baru ja pindah ke BTS. Open house adalah catered. Itu pon ad-hoc planning.

3rd year, i masak sendiri, no help except for Haji Samuri bakarkan sate. Penat nya time ni mmg tak terperi lah. :P Tak sempat duduk kau! :P

This year, mmg tak bercadang nak buat open house, kerana sy tak fikir sy mampu nak entertain crowds with this stage of pregnancy. :P
Tapi nampaknya, tahun la rumah kami menerima tetamu paling ramai.. :)
Alhamdulillah... tetamu dtg bawak rezeki..

Dan rasanya lebih seronok dari buat open house. :P Sy lebih suka konsep org dtg beraya dgn ikhlas instead of kita yg sibuk calling sana sini jemput org dtg.. Husband pon kata, lenkali takyah buat open house lah. Seronok gak people keep on coming tak kira masa. Cumanya satu je la, bersilat mak kat dapur! :P

Tp bg sy, syarat paling utama yg penting sebelum kunjung mengunjung adalah early notice. 2-3jam before pon takpe, at least, i can prepare something. Tak syok rasanya kalau tetamu dtg just hidang air n kuih raya. Lagi satu, buatnya time orang 'Semekom' depan pagar, sy blom mandi ke, tak ke haru... Hahahha! (yer, hari2 cuti sy mmg malas mandi awal2.. :P)

Setakat ni, my home made menu raya adalah spagethi, nasi tomato, ketiauw goreng, makaroni goreng, laksa, makaroni with tomato soup dan pisang goreng. hahahaha! Busuk! Pisang goreng pon masuk list. Lepas ni kalau ada yg nak dtg beraya lagi, boleh la request menu, sebab agak buntu nak pikir nak masak apa. Mebe next, bihun sup je la kot. :P


And this year jugak sy rasa, mcm paling byk pi beraya rumah orang. Days of keluar beraya from tghr sampai malam. Jalan sakan sampai lunyai badan dan smp Adam Rifqie mengigau2 malam. Kesian budak tu, kena heret smp lembik. :P Tu pon nasib la tahun ni tak balik Ipoh..


Sinopsis yang nak diceritakan ialah, sy rasa raya tahun ni adalah lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya. Bosan weh kalau hari raya dok rumah je layan moviesssss kat tv.


Anyway, hari ni dah 18syawal. Ada lagi 2weekends unt celebrate raya. So sapa2 nak buat open house tu, invite la kitaorg. hahahahhahahah!


K lah, habis.. :P

Friday, September 24, 2010

Basi~

Dari sehari ke sehari nak upload gambo raya..

Tapi asyik terlupa jek, sebab tak copy2 lagi from hubby's memory card.

Ni la few pieces grabbed from FB angah. :P

The whole family..


SELAMAT HARI RAYA!!! (yg depan sekali tu over,
nasib tak cover orang belakang) heheheh!


Suami ku yang ayu.. :P


VERY BADDDD angle. Me kelihatan seperti raksaksa gorgon,
tuh la bahana main sambar je baju raya size XL. Hehehhe!


Abang Adam




Kalau pic ngan mama, Adam mesti tak bg kerjasama..
Upset! :p

Wednesday, September 22, 2010

Padat!

Sejak hbs bulan puasa ni, perut sy adalah PADAT dan SENDAT!

Terasa urat2 perut, pinggang dan tulang belakang dah mula stress menampung kepadatan.. ni semua sebab sy dah start makan anytime yg rasa nak makan.. lapo sokmo!

Pagi tadi adalah hari ketiga berturut2 sy breakfast makan nasik lemak. Ni semua sebab makcik nasik lemak tu berniaga bulan puasa haritu.. Everytime lalu, mesti terliur.. La ni bila dah tak puasa, everytime lalu, trus singgah beli.

Bila dah masuk 7 bulan, ramai gak komen kata perut kecik... Tp i kept on denying kata sebab faktor baju membuatkan nampak kecik. Last checkup, doc cakap semua adalah ok, cuma kalau nak baby pipi tembam, makan la byk sikit. So perhaps, mmg kecik sikit kot baby ni. :P Lets see apa komen dia esok, sebab sekarang perut sy dah sendat.

Oh yer, takpe ke kalau kite bongkok2 mcm nak mececah kaki sendiri? Adakah baby dlm tu akan terliuk2 jugak badannya? Soalan bodoh eh? Bukan apa, kadang2 bila pi buat client installation, sy kena masuk bwh meja sebab nak cucuk usb dekat cpu client yg berada di bwh meja.. Tu blom part kutip mainan bersepah, pakai stoking, kena hempap ngan adam lagi.. hehehhe.. cabaran btul unt org dalam tu eh? :P

Monday, September 20, 2010

7months~

Sudah masuk phasa terakhir..

Tidak sabar rasanya unt bersalin.. (tapi tidaklah mengharapkan a premature birth, nauzubillah.. )

To be exact, tak sabar rasanya to be out of the office....

Walaupun bersalin itu sakit, tp sakit itu adalah something that is worth dying for..

10ribu kali lebih baik dr menanggung sakit hati duduk kat opis nih!



Oh Tuhan, cekalkan hatiku.... amin!

Tuesday, September 7, 2010

Super Duper..

... SLEEEEEPY!!!!!



arghhh, pening pale tahan mengantuk! :p



One day to go peeps~

Kepada yg sudah start bercuti, i envy u! :) Selamat bercuti, have fun, and take care!



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Thursday, September 2, 2010

Time Flies~

Ramadhan kali ni berlalu sekelip mata... terkejut tgk kalendar, bahawasanya, saat ini detik ini minggu depan most probably sy tgh sibuk aka menyibuk preparing for raya.

Ish ish... mak xda baju raya lagi! Kelmarin ke pkns.. Adoihla, manusia sepadat-padat..
and as expected, mmg tak jumpa baju yg bersesuaian dgn mak buyong. The industry is not fair ok? kesian la kat perempuan2 buncit mcm i, kitaorg pon nak raya jugak. :P

Hasilnya, kepenatan tahap maksimum. @about 3.30pm hari adalah hujan lebat. Baru kelam kabut pi masjid Shah Alam unt 'Jamak Takdan' Zohor n Asar. Xtahu la pulak dari tmpt wuduk ke ruang solat adalah sgt jauh. Plus jalan adalah licin dek tempias. Imagine, i dah amik wuduk, meanwhile, mom n kakak pi toilet dulu. So igt nak gerak ke ruang solat dulu. So i tolong bwk my sister's handbag, my handbag, beg susu adam dan juga adam sekali. Naik the slippery tangga pon satu cobaan. Along the way, mmg beberapa kali la si tenit tu nak tergelincir. Sampai sekali tu dia terjatuh.. langsung nangis nak dukung. Mmg tawakal je la dukung dia and the bags, with the slippery conditions. Dah tu tak jumpa pintu masuk pulak, ada sign push, but berkunci. Ke hulu kehilir mencari pintu. Agak cabaran jugak lak time tu. Mungkin itu hukuman Allah sebab lewatkan semayang unt shopping.

Then nak pi terjah buffet ramadhan sekitar Shah Alam. Sumer fully booked. Last2 pi bazaar kat stadium and tapau makanan dgn tamak. :P Sempat jugak la sampai rumah sebelum maghrib.

Catch of the day, hanyalah 2jenis kuih raya dan juadah berbuka. Baju raya nan ado. Ntah mana pulak nak terjah ni. Nak ke jalan tar tu, mcm horror ja kot. Last year, sebab ke jalan tar, adalah terponteng puasa pada hari itu. Tak igt sebab apa, tp rasanya sebab i was demam kot, tapi gagahkan diri jugak nak shopping2.


Hmmm... itu je lah kot.. -end-

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53.

Sana sini topik 'Kurangnya semangat kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia', which is measured by bilangan bendera yg dikibarkan. Rumah korang gantung bendera tak? hehehe! Rumah sy ada, tp tu kerja en suami lah kan.. tp part sangkut bendera kat kereta, sy mmg tak minat. OOps.. :P

Anak kecil sy, nampak nya dah ada semangat patriotisme dlm dirinya. Cey! Suka sgt dia kalau nampak bendera, becok ja mulutnya, 'One Malaysia, one Malaysia!' Pernah sekali, dia tunjuk kat my mom, 'One Malaysia' dgn pelat dia lah kan.. So my mom mcm tak dpt tangkap apa dia kata, dok mintak dia repeat la.. Last2 dia fed up, dia cakap: "Satu Malaysia... " Heheheheh, gelak besar we all, as if Tok tu tak faham English.

The other night, my sis bagi dia bendera kecik tu, punya la dia suke, dok melompat2 'One Malaysia' at 12am. Semalam, dia kibar2kan bendera tu, dia mintak i nyanyi. Tak tahu nyanyi lagu apa, lantas nyanyi lagu Negaraku. Pergh, punya lamaa laa tak nyanyikan Negaraku. Rasanya semangat patriotisme yg disemai masa sekolah tu, makin lama, makin menipis. Generasi yg ada sekarang, mmg tak pernah rasa susah hidup sebelum Merdeka.. mmg susah kite nak appreciate the value of Merdeka. Tapi bila compare dgn other countries, Alhamdulillah, mmg terasa la bersyukur lahir kat bumi Malaysia.

Tapi kan, Malaysia sekarang ni pon dah semakin menakutkan kan? Bunuh sana sini, mcm dah jadi trend. Kejadian bunuh2 yg mcm cerita samseng Hong Kong pon dah kerap berlaku. Yang bunuh anak bini, mak pak pon makin menjadi2. Takut eh?

Ok lah, just for refreshment..

Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaaan kepada Raja dan negara,
Keluhuran perlembagaan,
Kedaulatan undang-undang,
Kesopanan dan kesusilaan.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ya all!

Merdeka!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Monday, August 23, 2010

Baru nak fikir...

Pagi ni adalah agak free...

Baru berkesempatan nak pk pasal raya..

Baru sibuk kira budget duit raya, pk pasal kuih raya and baju raya.

Kuih raya, tahun ni takda order lagi.. baru kejap tadi mintak mak order kuih all time favourite biskut 'S' aka biskut ulat bulu. Pastu teringin tat nenas gulung, tp takda sumber. Jadinya, lagi 2-3jenis kuih pencukup syarat hari raya, akan dibeli off the shelves aja. Thinking oh Shazz delight cookies je kot. :P

Baju raya pulak, takde pk sebab January haritu, dah beli baju melayu adam n papa for my kazen's wedding. Shirts adam pulak, dah ada 3-4pasang yg dah dibeli few months back, masa mood i tgh gila shopping. Lagipon, baju raya tahun lepas pon, dia masih muat lagi. Mebe nak cari a few pants or jeans n socks for him. Untuk papa, papa pk sendiri la yer. Lagi 2helai shirts cantik aka baru pon cukup dah.Papa pon ada byk baju baru dah.. :P
As for myself, mmg xda baju raya lagi. Haritu jalan2 kat Tesco, jumpa baju kurung pahang, cotton for rm39. Sebab sgt murah, i bought one. L size. Main tangkap muat ja.. Turn out my mom cakap, mcm baju pinjam.. sebab bahunya agak jatuh sikit la.
So, important mission, adalah mencari baju raya siap unt ibu mengandung, plus kena matching dgn baju melayu the 2 heroes. Mcm payah nak jumpa tu. hehehe! Nasib lah..

Rumah pulak, baru terpikir nak basuh karpet. Semalam suruh husband cari kedai basuh karpet. Org tu cakap, lepas raya baru boleh siap. Hehhehe.. padan muke, semua nak last minute. Jadinya, xpayah basuh lagi la.. Lepas raya baru hantar. :P
Langsir pon tak ganti, this is going to be the 3rd year langsir itu berkhidmat. Hanya turun unt dibasuh, dah kering gantung balik. Lagipon, bajet raya unt rumah thn ni adalah besar. Despite off installing a wardrobe in our room, semalam jugaklah sibuk confirm dgn contractor yg sama suh cat luar rumah. Masa we moved in 2years back, interior ja cat, yg exterior tu dah kelihatan usang. Mebe its about time la nak touchup sikit. Xdpt rumah baru, cat baru pon adalah memadai.. Alhamdulillah. :)

Bila duduk rumah sendiri, mcm2 nak kena pikir bila raya. Even time raya itself, kita takde kat rumah, tapi rumah pon kalau boleh nak raya jugak. Mmg dah trend sejak kecik kot. Bila nak raya semua benda kena raya. Mcm my mom dulu, dia ada carpet/langsir/cadar/lapik meja/sarung cushion yg mmg khas unt raya. Even tak tukar tiap2 tahun, tapi those things tetap nampak cantik on raya, sebab lepas ja raya haji, mak terus basuh and simpan for the next ocassion pulak. My mom adalah sgt gagah, sebab karpet pon dia basuh sendiri(and buli us all :P). Boleh pengsann bila time basuh karpet. Berat gila!


Oh talking about cat-cat tadi, sy disini ingin meluahkan rasa terkilan sy terhadap cara org kita berniaga. Sebenarnya, kitaorg ada contact 1 contractor melayu yg kite kenal from the internet. Few weeks before ramadhan, adalah dia dtg rumah n take measurement semua. And he promised us to email the design and quotation for the wardrobe n painting. Nak dekat seminggu, my husband follow up dgn dia, via sms. No reply smp ke harini. I wonder why? Adakah kerana beliau merasakan kami ni tak mampu or budget kami terlalu kecil? Jgn lah mcm tu bang, even kalau terlalu bz pon, or tak sihat ke, boleh at least infrom kami tak, like sebaris ayat:"Maaf dik, xdpt nak proceed project kita sebab schedule/kesihatan tak mengizinkan." Ada a few other contractors pulak(bangsa kita), bila tanya, mcm endah tak endah, as if apa yg kita request tu mcm membuang masa dia ja. Ok fine, kalau bangsa kita terlalu memilih job, tak apa, byk lagi org lain yg betul2 nak bisnes. Like the one yg kita hire ni, kite masuk kedai dia 10min, ajak balik rumah terus. Ukur2, zas.. confirm. The next day, design siap, trus bayar deposit. Mcm nak cat pon, kite baru confirm semalam. Kol pukul3, pukul 4 dia sampai rumah. Byr deposit, nah, jumaat ni dah boleh start keje. Senang.


Oklah, story dah melalut, dari nak cerita pasal preparation, termasuk bab membebel pulak. Dah la, end. :)

Friday, August 20, 2010

Rekod tanpa kalah

Tajuk mcm apa ja.. :P

Sebenarnya, itu adalah rekod dapur berasap sepanjang minggu ni. Gigih masak hari2 walopon hakikatnya nak berdiri pon dah xlarat. :P Thanx to mom yg sudi diimport sebagai asisstant chef aka instructor, this week. hehehe! Al-kisah, this week my sister outstation, so menjadi tanggungjawab sy la nak menjenguk si ibu yg tinggal sorang2 tu. Rutin bg minggu ni, balik keje @5, pickup mom, pickup adam.. about 6 baru smp rumah, terus sinsing lengan baju bersilat kat dapur. Lepas berbuka, maghrib, then mak ikut hubby pi terawikh, langsung dia balik rumah dia terus. Eksyen tamo tido rumah i, alasan, xmo skip tadarus lepas terawikh.

The first 3days, mmg siap semua just about time nak berbuka. Tp semalam dah pecah rekod, by 7 dah settle semua. Siap menu nasi daging-daging kicap istimewa(cey!)-acar timun or what i called jelatah. :P Oh, kuih cara manis mak dah buat siap2 kat rumah dia. hehehhe..

Tapi nasik adalah terlembik sikit.. Sebagai chef, of kos la i komplen(one thing i'm very good at): "Lembiknyaaa nasik... "
On the other hand, that sweet little angel, he is such a darling. Every suap yg masuk mulut dia, dia akan cakap: "Uuuu, sedapnya.." "Best(dgn thumbs up)" ""So good.." "Aumm.. sedap!"
Mmg suka betul dia, mkn bertambah-tambah.. Hati mana la xrasa seronok kan.. (dasar suka kena puji,xdapat dari bapak, dari anak pon jadi la.. :P)


Talking bout Adam, lama rasanya xupdate pasal dia. He's a big boy now. Cakap dah byk.. Pembersih sgt.. :P semalam masa pickup dia kat nursery, i tanya dia,Oman(his best buddy) ada? Dia jawab, "Kat atas, main liur, dirty!" Kunon la dia tak biasa main liur kan? Tp yg paling tak boleh tahan semalam, masa dia masuk dapur, ikut i buat air 'sedap'. Tgh dia lari2 ikut i, dia berenti. Then tunjuk lantai: "Eiii,dirtynya.. ni dirty, tu dirty, iiiiyek!" Hadoihhh laaa.. sabo je la.. tercabar kewibawaan.. :P

Lagi.. his favourite toys adalah cars. Keta kecik2 yg cikai2 tu tak layan, collection Ferrari papa dia jugak yg di rembat. Naik atas turun bawah pi mana2 la, mesti angkut 3bijik: Car yellow, car grey, car black. Xcukup satu, melalak cari. Bila jemu main cars, dia mintak ABC or Ki muff which refers to a notebook/computer. His computer skills are merging fast. Dia tau camna nak bukak pc, then login page, dia nak masukkan pw sendiri, tp kite kena sebut la which word to key-in. Kalau ABC, dia tau camna nak bukak Microsoft words. Dia tau how to change the font colors, font size, and kalau ada simbol P(for pragraphing tu) dia akan unclick benda tu and cakap, "Ni tak payah". Bila terbukak application yg dia tamo, he knows to click 'x' to close them back.
Kalau dia mintak Ki muff, dia akan bukak Mozilla. Url, kita la kena masukkan. Just direct to playhouse disney, then biar je la dia main berjam2. Games situ pon dia tau main. Mmg sungguh IT literate itu budak. . Cuma satu ja, bila dia dah penat, dia mula nak ngamuk2 bila tersalah tekan. Masa tu, kena selamatkan notebook cepat2. :P



Oklah, got work to do.. daaa...........

Friday, August 13, 2010

Pasal makan

Semalam kan sy tak masak,
Pi la singgah bazar kat downtown cheras tu. Stall masih tak byk yg buka. Awal-awal and hujung2 Ramadhan, mmg mcm tu, belom nak berapa meriah.

4kali jugak la round bazar tu sebab sungguh takde menu yg membuka selera. Ada ayam panggang sekor2 tu, tapi pukul 4.30 baru nak hidupkan api.. nak tunggu siap panggang, mmg kenyang asap la sy kan.

Finally semalam beli ikan keli sambal, lemak cili api udang, rendang kerang. Balik masak nasik dgn sayur bayam. Ikan keli tu, bila dah smp rumah, rasa mcm takde nafsu lak tgk. Jadi hanya makan udang n kerang. Hasilnya hidung gatal mcm nak tercabut. :P Trus selsema sampai ke saat ini.
Aduih, sy ngan selsema mmg tak dpt dipisahkan.


Dah tu pulak harini sejuk mcm duduk dlm server room. Langsung rasa mcm nak demam.. Kepala pon dah berat ni. Harap2 demam tak jadi dtg. Sy nak puasa penuh tahun ni. :)


Korang masak apa harini? Hntar la rumah sy sikit.. Selera sekarang ni, mmg takboleh blah btul dgn lauk beli. :P

Thursday, August 12, 2010

Lagi2 me.. :P

Agaknya sejak2 kehilangan teman mengomel ni, byk sesi luahan perasan jek kat blog ni. :P

Its just me being me.. I cannot keep things to myself. Kalau ada je benda tak puas hati, i really need to share it with someone. Just nak luahkan je pon, supaya sedih/benci/marah/tension tu tak terbuku dlm hati dan menjadi sel-sel kanser yg memakan diri. Wah! Tetiba! :P


First of all, i need to apologize to my husband. I ego, nak mintak maaf.. malu nak cakap depan2..
Not my intention nak buruk2kan husband i kat sini. Its just that, sy nak dia tau why i am acting like what i did. Bg dia, dia tak buat apa2.. tetiba ja i melalak mcm org gila. One thing he needs to know: His wife is SUPER SENSITIVE. I guess sumer pompuan pon camtu, boleh interpret 1 single word in multiple ways. Bila i merajuk2, dia malas pujuk, i start pikir dia dah tak sayang. Bila i nangis2, dia buat dek jek.. memang lagi kuat la nangisnya.. sebab i akan start pikir yang dia dah tak kuasa nak layan i lagi. Bila dia letih balik keje and cakap mcm nak marah2 jek, lagi la mcm2 benda boleh pikir. U get what i mean kan? :P

But deep inside, i know he loves me. Maybe sometime i am expecting too much. Ni lah bahananya kalau dok tengok romantik movies. Mula la expect laki kite pon behave mcm laki dlm movie tu. Bila laki start imagine kite pon mcm girl from 'movie', mampuih la kite mengamuk kan? heheh! Anyhow, my conclusion about my misbehavior aka emosi terganggu sokmo ni adalah kerana i need more of his attention. :P La ni, Adam Rifqie la tmpt where those attention goes, either from me, or from him.

Tadi, i pegi checkup. Bila dah tgk baby dalam, hati trus rasa senang. Agaknya lah... there was some percentage of worries in my head that keeps bugging me. Ye lah, dah la lama tak checkup, supplement pon tak makan, stressing out with work, dok mengangkut notebook ke hulur ke hilir setiap hari lagi. Honestly, i sgt risau mengangkat benda berat. Even 1notebook ni pon, adalah sgt berat for me. Sebab dlm beg notebook ni la pon everything i sumbat, note-book, purse, and pelbagai keperluan lah. Hmm.. oklah, rasa mcm nak rhyming pulak :P

Harini saya mc,
pegi cek baby,
Alhamdulillah, semua healthy,
InsyaAllah,bulan 12 dapat anak lagi,
Syukur tuhan bagi rezeki,
dapat adik adam rifqie,
adik dia lelaki,
buat geng lari-lari.. :P

Pastu pi order lemari,
buat lemari tinggi-tinggi,
pasti duit terbang lari,
ptg perabih duit lagi,
pegi jj dgn makcik siti,
beli kasut 2sekali,
buat pakai raya nanti..

Berbuka makan lauk beli,
sebab letih bejalan satu hari,
tp lauknya tak memuaskan hati,
ntah esok sahur lalu ke nak makan lagi? :P



Dah la, craps kan? hheheheh! Jgn lupa niat puasa.. :)





Salam Ramadhan..

Wednesday, August 11, 2010

Urghhhhh Day~

Yesterday was.



I was at the training center in Shah Alam. Was a trainee and also a coordinator. Apa yg best pi training is, dpt balik awal. But yesterday wasn't. I have to wait for my colleague to come, which cost me half an hour waiting restlessly. :P
Since my fren tu angkut server, i have to bring all the notebooks with me. Imagine, mak mengangkut 4biji notebook sekali. Masa tu tawakal sgt2.. harap i dont harm my little one.

I was like, jahat nye this guy made me angkat all the notebooks. Al-kisah, he didn't notice that 'm pregnant. Itu pon lepas dia suruh i try test how heavy the server was. Sy ckp: "Taknak aku, terberanak aku kat sini." Only then dia kata, "Ko pregnant ke?" Kejadahnya. Igt buncit i for nothing ke?


Then balik rumah, perut adalah lapar tahap menggigil. Tp gigih masak jugak, mengenangkan esoknya dah 1st day nak sahur. By 8pm pon tak dpt mkn lagi. Ye lah, si kecik tu nak pusing2 la, berak la, nak car la, ape la. Badan letih dah mcm tahap cipan. Husband balik mandi2, trus pegi terawikh. I leave the 2most common job for him. Sidai baju n 'cebuk' Adam before sleep. Sekali dia boleh mengomel: "Yelah, semua papa.." That time, mmg hati sentap Tuhan ja yg tau. Punya la i ni paksa diri buat all the chores, suddenly dia boleh ckp mcmtu.


Agaknya, semua org igt sy ni Superwoman ke? Sy tak pakai spenda kat luar pon. I wear normal clothing,and indeed pregnant. And i guess, time2 mcm ni la i need extra care and extra love.
Maybe, i was too manja and i missed dimanjakan. Kat opis lama, i ada kakak-kakak n friends yg sgt caring. Even bukak pintu pon org bukakkan.. (pintu berat nak pi surau: yun... mai la manjakan aku. :p) Maybe that's why sy sgt stress lately. Dulu, kalau sy stress kat rumah, bila kat opis sy lupa semua. Sebab i have another family there. But now, budak baru ni mcm a sort of kena buli. :p and i still haven't find one yg i boleh kongsi2 cerita, nak nak pulak soal hati.

I trust no one here. I think people here is better in acting than action. Which makes me meluat.



Huhh... keep on surviving murni.... semoga ramadhan dpt menenangkan hati2 gusar dan gundah gulana..


Oh yeah, Selamat menyambut Ramadhan folks!

Friday, August 6, 2010

Cravings, Pregnancy

Masa pregnantkan Adam dulu, sy adalah menggilai mcFlurry oreo n coklat nips. Orang kate, kalau suka makan manis2, anak lelaki...kalau masam2 pulak, anak perempuan. Korang penah dgr ke mitos tu? :P And yeah,telah ditakdirkan, mmg yg keluar tu anak lelaki.

Jap tadi sy mkn coklat, zip stroberi.. langsung teringat:"I have no cravings this time around?" Takde pulak mengidam/suke makan certain2 thing.. except for suka makan home made food, or kalau beli nasik lauk tu, lebih suka kuah kari. :P But still, takde pulak menjurus ke rasa masam or manis. :P


5th month checkup adalah postpone to 12/8. Patutnya apptmnt klinik 20/7, tp sebab dpt date ngan specialist on the 12th, jadinya skip je la checkup kat klinik. Jimat kos.. :P
Masa tu pon dok sibuk ngan adam tak sihat n masuk hospital semua. Mcm tak sabar pulak nak scan the little kid inside. From the shape, i guess its another boy.(merujuk ke mitos: kembang=girl, tajam=boy) :P

Bila kasi tau suami i think its a boy, laju ja dia jawab.. "girl kot..." Nampak beno suami menyimpan cita2 unt dpt girl pulak. As for me, kalau ditanya nak bb apa, masih 50-50 taktau jawab. I just wish that the baby will turn out just fine, sempurna cukup sifat, sihat, and as beautiful as Adam Rifqie masa mula2 lahir dulu :P


Time really flies kan? Tak sedar pon that i've gone tru half of the pregnancy period. Rasa bersalah sgt kat si kecik dlm ni.. Sy betul2 lalai dlm menjaga dia.. sy selalu skip supplement, sy jarang mendendangkan ayat2 Quran unt dia, dan mcm2 lagi lah yg sy tak dpt/tak sempat/ tak larat buat unt dia. Papa pon 2x5 jugak... kalau dgn Adam dulu, hari2 mesti sembang ngan dia. Walaupon ayat yg sama tru out the 9mths: "Assalamulaikum, baby... papa ni.. buat apa tu?" :P

I guess we are too busy with life. Duniawi duniawi.. :P

Ape2pon, we do love u baby.. looking forward to see u, keep on growing strong! Amin!

Downgrade expectations :P

I need to downgrade my expectations on application systems brought up by my current company. .


Yelah, dulu kerja dgn kampeni besar, pakai system juta2... now bila tgk interface system that looks like my college assignment, trus rasa like:

"Ek eleh, mcm ni je?"


Hahahahah!

Tuesday, August 3, 2010

I wish~

I wish to be a superwomen...
------>>supaya sy boleh buat semuanya(work,home) tanpa rasa penat dan masih
bertenaga unt melayan suami dan anak terchenta..




I wish I had more time...
------->>supaya sy mempunyai ample n quality time unt perkara2 di atas td..




I wish I had more money...
------->>supaya sy dpt hire a maid, makanya, sy tak perlu jd superwomen dan tak perlu
extra hours unt mencapai perkara2 di atas.. and perhaps, suami pon dpt bg xtra
attention unt kami.









Call me mata duitan or what..but yes, money does can buy ANYTHING..













psst... perempuan mengandung ini merasa sungguh lelah lately... emotionally disturbed..


oh psstt psstt lagi, kesian baby dlm ni, everyone pon busy here n there, sampai checkup pon tak sempat nak pegi. :(

Monday, August 2, 2010

Sleepy head!

Mengantuk sgt pulak. Dah kul 2baru nak stat ngantuk, time lunch hour aka time main fesbk, segar jek bijik mata. :P


Last week sy suma berada di opis pada hr isnin, jam 9-12.30 sahaja. Ptg ada event.

Then selasa, my tonet yg sekarang dah byk mulut tu, kena semput. 2attacks in 2weeks.
Rupanya sudah kena broncho infection. At first p ER HUKM, then after mcm2 procedurs, blood test, x-ray, @1pm doc decided to keep him warded. So kitaorg melarikan diri ke SDMC. Sesungguhnya sy agak serik unt stay di wad HUKM. Politely i asked the doc, "Sorry la sy ckp doc, tp sy tak tahan wad sini sebab every 2hours(exegerate) akan ada group of students dtg... xlarat nak repeat the answers and kena recall zaman sebelum bersalin semua. Boleh tak nak mintak transfer pegi private? "

So off we go p SDMC punya ER pulak. Another x-ray since HUKM tak provide the x-ray film. And also buat H1N1 test. Gedebak gedebik gedebuk, 7.30pm baru warded. Punya la letih, tuhan saja yg tau. Sy ni pulak jenis bebal, asal letih, mula la marah2 tak tentu pasal. (deeply sorry to mr husband sebab asyik cari pasal aje, lap u! :))

Rabu n Khamis pulak, ada training kat Shah Alam. Memandangkan belum ckup sebulan dekat company ni, jadi adalah tidak berani lagi unt menunjukkan belang dan ponteng2 sesuka hati.
Suami lah mengambil alih shift siang di hospital. Jumaat my turn, and lucky me, ptg dah discharge.

Balik rumah, adalah sesi masak. Sebab perut dah terlalu laparkan masakan rumah. Sabtu adalah sesi basuh membasuh. Dgn bantal2 semua masuk washing machine. Al-maklum, the nite before 2kali tukar cadar sebab si kecik batuk sampai muntah2. Ahad pagi bgn, tgk tangan si kecik ada byk bintik2... I tot diserang nyamuk. Mungkin nyamuk2 kat rumah terlalu dahagakan darah. :P
Then masa mandikan dia, i noticed byk bintik2 tu dkt tangan, siku, belakang lutut n also bebird.
Gosh, kena HFMD pulak.. Another session ke SDMC ER. Tp tak kena warded, just this week kena quarantine kat rumah je la.

Lucky me mak sanggup nak jagakan si kecik tu.. kalau tak, another week lg kena cuti? No no no.. :P Harap2 dia well behave and tak buli2 tok. Kalau mak surrender angkat kaki, kena la cuti2 lagi kot...


Ada sapa2 ada tips menjaga anak HFMD?