Monday, August 23, 2010

Baru nak fikir...

Pagi ni adalah agak free...

Baru berkesempatan nak pk pasal raya..

Baru sibuk kira budget duit raya, pk pasal kuih raya and baju raya.

Kuih raya, tahun ni takda order lagi.. baru kejap tadi mintak mak order kuih all time favourite biskut 'S' aka biskut ulat bulu. Pastu teringin tat nenas gulung, tp takda sumber. Jadinya, lagi 2-3jenis kuih pencukup syarat hari raya, akan dibeli off the shelves aja. Thinking oh Shazz delight cookies je kot. :P

Baju raya pulak, takde pk sebab January haritu, dah beli baju melayu adam n papa for my kazen's wedding. Shirts adam pulak, dah ada 3-4pasang yg dah dibeli few months back, masa mood i tgh gila shopping. Lagipon, baju raya tahun lepas pon, dia masih muat lagi. Mebe nak cari a few pants or jeans n socks for him. Untuk papa, papa pk sendiri la yer. Lagi 2helai shirts cantik aka baru pon cukup dah.Papa pon ada byk baju baru dah.. :P
As for myself, mmg xda baju raya lagi. Haritu jalan2 kat Tesco, jumpa baju kurung pahang, cotton for rm39. Sebab sgt murah, i bought one. L size. Main tangkap muat ja.. Turn out my mom cakap, mcm baju pinjam.. sebab bahunya agak jatuh sikit la.
So, important mission, adalah mencari baju raya siap unt ibu mengandung, plus kena matching dgn baju melayu the 2 heroes. Mcm payah nak jumpa tu. hehehe! Nasib lah..

Rumah pulak, baru terpikir nak basuh karpet. Semalam suruh husband cari kedai basuh karpet. Org tu cakap, lepas raya baru boleh siap. Hehhehe.. padan muke, semua nak last minute. Jadinya, xpayah basuh lagi la.. Lepas raya baru hantar. :P
Langsir pon tak ganti, this is going to be the 3rd year langsir itu berkhidmat. Hanya turun unt dibasuh, dah kering gantung balik. Lagipon, bajet raya unt rumah thn ni adalah besar. Despite off installing a wardrobe in our room, semalam jugaklah sibuk confirm dgn contractor yg sama suh cat luar rumah. Masa we moved in 2years back, interior ja cat, yg exterior tu dah kelihatan usang. Mebe its about time la nak touchup sikit. Xdpt rumah baru, cat baru pon adalah memadai.. Alhamdulillah. :)

Bila duduk rumah sendiri, mcm2 nak kena pikir bila raya. Even time raya itself, kita takde kat rumah, tapi rumah pon kalau boleh nak raya jugak. Mmg dah trend sejak kecik kot. Bila nak raya semua benda kena raya. Mcm my mom dulu, dia ada carpet/langsir/cadar/lapik meja/sarung cushion yg mmg khas unt raya. Even tak tukar tiap2 tahun, tapi those things tetap nampak cantik on raya, sebab lepas ja raya haji, mak terus basuh and simpan for the next ocassion pulak. My mom adalah sgt gagah, sebab karpet pon dia basuh sendiri(and buli us all :P). Boleh pengsann bila time basuh karpet. Berat gila!


Oh talking about cat-cat tadi, sy disini ingin meluahkan rasa terkilan sy terhadap cara org kita berniaga. Sebenarnya, kitaorg ada contact 1 contractor melayu yg kite kenal from the internet. Few weeks before ramadhan, adalah dia dtg rumah n take measurement semua. And he promised us to email the design and quotation for the wardrobe n painting. Nak dekat seminggu, my husband follow up dgn dia, via sms. No reply smp ke harini. I wonder why? Adakah kerana beliau merasakan kami ni tak mampu or budget kami terlalu kecil? Jgn lah mcm tu bang, even kalau terlalu bz pon, or tak sihat ke, boleh at least infrom kami tak, like sebaris ayat:"Maaf dik, xdpt nak proceed project kita sebab schedule/kesihatan tak mengizinkan." Ada a few other contractors pulak(bangsa kita), bila tanya, mcm endah tak endah, as if apa yg kita request tu mcm membuang masa dia ja. Ok fine, kalau bangsa kita terlalu memilih job, tak apa, byk lagi org lain yg betul2 nak bisnes. Like the one yg kita hire ni, kite masuk kedai dia 10min, ajak balik rumah terus. Ukur2, zas.. confirm. The next day, design siap, trus bayar deposit. Mcm nak cat pon, kite baru confirm semalam. Kol pukul3, pukul 4 dia sampai rumah. Byr deposit, nah, jumaat ni dah boleh start keje. Senang.


Oklah, story dah melalut, dari nak cerita pasal preparation, termasuk bab membebel pulak. Dah la, end. :)

Friday, August 20, 2010

Rekod tanpa kalah

Tajuk mcm apa ja.. :P

Sebenarnya, itu adalah rekod dapur berasap sepanjang minggu ni. Gigih masak hari2 walopon hakikatnya nak berdiri pon dah xlarat. :P Thanx to mom yg sudi diimport sebagai asisstant chef aka instructor, this week. hehehe! Al-kisah, this week my sister outstation, so menjadi tanggungjawab sy la nak menjenguk si ibu yg tinggal sorang2 tu. Rutin bg minggu ni, balik keje @5, pickup mom, pickup adam.. about 6 baru smp rumah, terus sinsing lengan baju bersilat kat dapur. Lepas berbuka, maghrib, then mak ikut hubby pi terawikh, langsung dia balik rumah dia terus. Eksyen tamo tido rumah i, alasan, xmo skip tadarus lepas terawikh.

The first 3days, mmg siap semua just about time nak berbuka. Tp semalam dah pecah rekod, by 7 dah settle semua. Siap menu nasi daging-daging kicap istimewa(cey!)-acar timun or what i called jelatah. :P Oh, kuih cara manis mak dah buat siap2 kat rumah dia. hehehhe..

Tapi nasik adalah terlembik sikit.. Sebagai chef, of kos la i komplen(one thing i'm very good at): "Lembiknyaaa nasik... "
On the other hand, that sweet little angel, he is such a darling. Every suap yg masuk mulut dia, dia akan cakap: "Uuuu, sedapnya.." "Best(dgn thumbs up)" ""So good.." "Aumm.. sedap!"
Mmg suka betul dia, mkn bertambah-tambah.. Hati mana la xrasa seronok kan.. (dasar suka kena puji,xdapat dari bapak, dari anak pon jadi la.. :P)


Talking bout Adam, lama rasanya xupdate pasal dia. He's a big boy now. Cakap dah byk.. Pembersih sgt.. :P semalam masa pickup dia kat nursery, i tanya dia,Oman(his best buddy) ada? Dia jawab, "Kat atas, main liur, dirty!" Kunon la dia tak biasa main liur kan? Tp yg paling tak boleh tahan semalam, masa dia masuk dapur, ikut i buat air 'sedap'. Tgh dia lari2 ikut i, dia berenti. Then tunjuk lantai: "Eiii,dirtynya.. ni dirty, tu dirty, iiiiyek!" Hadoihhh laaa.. sabo je la.. tercabar kewibawaan.. :P

Lagi.. his favourite toys adalah cars. Keta kecik2 yg cikai2 tu tak layan, collection Ferrari papa dia jugak yg di rembat. Naik atas turun bawah pi mana2 la, mesti angkut 3bijik: Car yellow, car grey, car black. Xcukup satu, melalak cari. Bila jemu main cars, dia mintak ABC or Ki muff which refers to a notebook/computer. His computer skills are merging fast. Dia tau camna nak bukak pc, then login page, dia nak masukkan pw sendiri, tp kite kena sebut la which word to key-in. Kalau ABC, dia tau camna nak bukak Microsoft words. Dia tau how to change the font colors, font size, and kalau ada simbol P(for pragraphing tu) dia akan unclick benda tu and cakap, "Ni tak payah". Bila terbukak application yg dia tamo, he knows to click 'x' to close them back.
Kalau dia mintak Ki muff, dia akan bukak Mozilla. Url, kita la kena masukkan. Just direct to playhouse disney, then biar je la dia main berjam2. Games situ pon dia tau main. Mmg sungguh IT literate itu budak. . Cuma satu ja, bila dia dah penat, dia mula nak ngamuk2 bila tersalah tekan. Masa tu, kena selamatkan notebook cepat2. :P



Oklah, got work to do.. daaa...........

Friday, August 13, 2010

Pasal makan

Semalam kan sy tak masak,
Pi la singgah bazar kat downtown cheras tu. Stall masih tak byk yg buka. Awal-awal and hujung2 Ramadhan, mmg mcm tu, belom nak berapa meriah.

4kali jugak la round bazar tu sebab sungguh takde menu yg membuka selera. Ada ayam panggang sekor2 tu, tapi pukul 4.30 baru nak hidupkan api.. nak tunggu siap panggang, mmg kenyang asap la sy kan.

Finally semalam beli ikan keli sambal, lemak cili api udang, rendang kerang. Balik masak nasik dgn sayur bayam. Ikan keli tu, bila dah smp rumah, rasa mcm takde nafsu lak tgk. Jadi hanya makan udang n kerang. Hasilnya hidung gatal mcm nak tercabut. :P Trus selsema sampai ke saat ini.
Aduih, sy ngan selsema mmg tak dpt dipisahkan.


Dah tu pulak harini sejuk mcm duduk dlm server room. Langsung rasa mcm nak demam.. Kepala pon dah berat ni. Harap2 demam tak jadi dtg. Sy nak puasa penuh tahun ni. :)


Korang masak apa harini? Hntar la rumah sy sikit.. Selera sekarang ni, mmg takboleh blah btul dgn lauk beli. :P

Thursday, August 12, 2010

Lagi2 me.. :P

Agaknya sejak2 kehilangan teman mengomel ni, byk sesi luahan perasan jek kat blog ni. :P

Its just me being me.. I cannot keep things to myself. Kalau ada je benda tak puas hati, i really need to share it with someone. Just nak luahkan je pon, supaya sedih/benci/marah/tension tu tak terbuku dlm hati dan menjadi sel-sel kanser yg memakan diri. Wah! Tetiba! :P


First of all, i need to apologize to my husband. I ego, nak mintak maaf.. malu nak cakap depan2..
Not my intention nak buruk2kan husband i kat sini. Its just that, sy nak dia tau why i am acting like what i did. Bg dia, dia tak buat apa2.. tetiba ja i melalak mcm org gila. One thing he needs to know: His wife is SUPER SENSITIVE. I guess sumer pompuan pon camtu, boleh interpret 1 single word in multiple ways. Bila i merajuk2, dia malas pujuk, i start pikir dia dah tak sayang. Bila i nangis2, dia buat dek jek.. memang lagi kuat la nangisnya.. sebab i akan start pikir yang dia dah tak kuasa nak layan i lagi. Bila dia letih balik keje and cakap mcm nak marah2 jek, lagi la mcm2 benda boleh pikir. U get what i mean kan? :P

But deep inside, i know he loves me. Maybe sometime i am expecting too much. Ni lah bahananya kalau dok tengok romantik movies. Mula la expect laki kite pon behave mcm laki dlm movie tu. Bila laki start imagine kite pon mcm girl from 'movie', mampuih la kite mengamuk kan? heheh! Anyhow, my conclusion about my misbehavior aka emosi terganggu sokmo ni adalah kerana i need more of his attention. :P La ni, Adam Rifqie la tmpt where those attention goes, either from me, or from him.

Tadi, i pegi checkup. Bila dah tgk baby dalam, hati trus rasa senang. Agaknya lah... there was some percentage of worries in my head that keeps bugging me. Ye lah, dah la lama tak checkup, supplement pon tak makan, stressing out with work, dok mengangkut notebook ke hulur ke hilir setiap hari lagi. Honestly, i sgt risau mengangkat benda berat. Even 1notebook ni pon, adalah sgt berat for me. Sebab dlm beg notebook ni la pon everything i sumbat, note-book, purse, and pelbagai keperluan lah. Hmm.. oklah, rasa mcm nak rhyming pulak :P

Harini saya mc,
pegi cek baby,
Alhamdulillah, semua healthy,
InsyaAllah,bulan 12 dapat anak lagi,
Syukur tuhan bagi rezeki,
dapat adik adam rifqie,
adik dia lelaki,
buat geng lari-lari.. :P

Pastu pi order lemari,
buat lemari tinggi-tinggi,
pasti duit terbang lari,
ptg perabih duit lagi,
pegi jj dgn makcik siti,
beli kasut 2sekali,
buat pakai raya nanti..

Berbuka makan lauk beli,
sebab letih bejalan satu hari,
tp lauknya tak memuaskan hati,
ntah esok sahur lalu ke nak makan lagi? :P



Dah la, craps kan? hheheheh! Jgn lupa niat puasa.. :)





Salam Ramadhan..

Wednesday, August 11, 2010

Urghhhhh Day~

Yesterday was.



I was at the training center in Shah Alam. Was a trainee and also a coordinator. Apa yg best pi training is, dpt balik awal. But yesterday wasn't. I have to wait for my colleague to come, which cost me half an hour waiting restlessly. :P
Since my fren tu angkut server, i have to bring all the notebooks with me. Imagine, mak mengangkut 4biji notebook sekali. Masa tu tawakal sgt2.. harap i dont harm my little one.

I was like, jahat nye this guy made me angkat all the notebooks. Al-kisah, he didn't notice that 'm pregnant. Itu pon lepas dia suruh i try test how heavy the server was. Sy ckp: "Taknak aku, terberanak aku kat sini." Only then dia kata, "Ko pregnant ke?" Kejadahnya. Igt buncit i for nothing ke?


Then balik rumah, perut adalah lapar tahap menggigil. Tp gigih masak jugak, mengenangkan esoknya dah 1st day nak sahur. By 8pm pon tak dpt mkn lagi. Ye lah, si kecik tu nak pusing2 la, berak la, nak car la, ape la. Badan letih dah mcm tahap cipan. Husband balik mandi2, trus pegi terawikh. I leave the 2most common job for him. Sidai baju n 'cebuk' Adam before sleep. Sekali dia boleh mengomel: "Yelah, semua papa.." That time, mmg hati sentap Tuhan ja yg tau. Punya la i ni paksa diri buat all the chores, suddenly dia boleh ckp mcmtu.


Agaknya, semua org igt sy ni Superwoman ke? Sy tak pakai spenda kat luar pon. I wear normal clothing,and indeed pregnant. And i guess, time2 mcm ni la i need extra care and extra love.
Maybe, i was too manja and i missed dimanjakan. Kat opis lama, i ada kakak-kakak n friends yg sgt caring. Even bukak pintu pon org bukakkan.. (pintu berat nak pi surau: yun... mai la manjakan aku. :p) Maybe that's why sy sgt stress lately. Dulu, kalau sy stress kat rumah, bila kat opis sy lupa semua. Sebab i have another family there. But now, budak baru ni mcm a sort of kena buli. :p and i still haven't find one yg i boleh kongsi2 cerita, nak nak pulak soal hati.

I trust no one here. I think people here is better in acting than action. Which makes me meluat.



Huhh... keep on surviving murni.... semoga ramadhan dpt menenangkan hati2 gusar dan gundah gulana..


Oh yeah, Selamat menyambut Ramadhan folks!

Friday, August 6, 2010

Cravings, Pregnancy

Masa pregnantkan Adam dulu, sy adalah menggilai mcFlurry oreo n coklat nips. Orang kate, kalau suka makan manis2, anak lelaki...kalau masam2 pulak, anak perempuan. Korang penah dgr ke mitos tu? :P And yeah,telah ditakdirkan, mmg yg keluar tu anak lelaki.

Jap tadi sy mkn coklat, zip stroberi.. langsung teringat:"I have no cravings this time around?" Takde pulak mengidam/suke makan certain2 thing.. except for suka makan home made food, or kalau beli nasik lauk tu, lebih suka kuah kari. :P But still, takde pulak menjurus ke rasa masam or manis. :P


5th month checkup adalah postpone to 12/8. Patutnya apptmnt klinik 20/7, tp sebab dpt date ngan specialist on the 12th, jadinya skip je la checkup kat klinik. Jimat kos.. :P
Masa tu pon dok sibuk ngan adam tak sihat n masuk hospital semua. Mcm tak sabar pulak nak scan the little kid inside. From the shape, i guess its another boy.(merujuk ke mitos: kembang=girl, tajam=boy) :P

Bila kasi tau suami i think its a boy, laju ja dia jawab.. "girl kot..." Nampak beno suami menyimpan cita2 unt dpt girl pulak. As for me, kalau ditanya nak bb apa, masih 50-50 taktau jawab. I just wish that the baby will turn out just fine, sempurna cukup sifat, sihat, and as beautiful as Adam Rifqie masa mula2 lahir dulu :P


Time really flies kan? Tak sedar pon that i've gone tru half of the pregnancy period. Rasa bersalah sgt kat si kecik dlm ni.. Sy betul2 lalai dlm menjaga dia.. sy selalu skip supplement, sy jarang mendendangkan ayat2 Quran unt dia, dan mcm2 lagi lah yg sy tak dpt/tak sempat/ tak larat buat unt dia. Papa pon 2x5 jugak... kalau dgn Adam dulu, hari2 mesti sembang ngan dia. Walaupon ayat yg sama tru out the 9mths: "Assalamulaikum, baby... papa ni.. buat apa tu?" :P

I guess we are too busy with life. Duniawi duniawi.. :P

Ape2pon, we do love u baby.. looking forward to see u, keep on growing strong! Amin!

Downgrade expectations :P

I need to downgrade my expectations on application systems brought up by my current company. .


Yelah, dulu kerja dgn kampeni besar, pakai system juta2... now bila tgk interface system that looks like my college assignment, trus rasa like:

"Ek eleh, mcm ni je?"


Hahahahah!

Tuesday, August 3, 2010

I wish~

I wish to be a superwomen...
------>>supaya sy boleh buat semuanya(work,home) tanpa rasa penat dan masih
bertenaga unt melayan suami dan anak terchenta..




I wish I had more time...
------->>supaya sy mempunyai ample n quality time unt perkara2 di atas td..




I wish I had more money...
------->>supaya sy dpt hire a maid, makanya, sy tak perlu jd superwomen dan tak perlu
extra hours unt mencapai perkara2 di atas.. and perhaps, suami pon dpt bg xtra
attention unt kami.









Call me mata duitan or what..but yes, money does can buy ANYTHING..













psst... perempuan mengandung ini merasa sungguh lelah lately... emotionally disturbed..


oh psstt psstt lagi, kesian baby dlm ni, everyone pon busy here n there, sampai checkup pon tak sempat nak pegi. :(

Monday, August 2, 2010

Sleepy head!

Mengantuk sgt pulak. Dah kul 2baru nak stat ngantuk, time lunch hour aka time main fesbk, segar jek bijik mata. :P


Last week sy suma berada di opis pada hr isnin, jam 9-12.30 sahaja. Ptg ada event.

Then selasa, my tonet yg sekarang dah byk mulut tu, kena semput. 2attacks in 2weeks.
Rupanya sudah kena broncho infection. At first p ER HUKM, then after mcm2 procedurs, blood test, x-ray, @1pm doc decided to keep him warded. So kitaorg melarikan diri ke SDMC. Sesungguhnya sy agak serik unt stay di wad HUKM. Politely i asked the doc, "Sorry la sy ckp doc, tp sy tak tahan wad sini sebab every 2hours(exegerate) akan ada group of students dtg... xlarat nak repeat the answers and kena recall zaman sebelum bersalin semua. Boleh tak nak mintak transfer pegi private? "

So off we go p SDMC punya ER pulak. Another x-ray since HUKM tak provide the x-ray film. And also buat H1N1 test. Gedebak gedebik gedebuk, 7.30pm baru warded. Punya la letih, tuhan saja yg tau. Sy ni pulak jenis bebal, asal letih, mula la marah2 tak tentu pasal. (deeply sorry to mr husband sebab asyik cari pasal aje, lap u! :))

Rabu n Khamis pulak, ada training kat Shah Alam. Memandangkan belum ckup sebulan dekat company ni, jadi adalah tidak berani lagi unt menunjukkan belang dan ponteng2 sesuka hati.
Suami lah mengambil alih shift siang di hospital. Jumaat my turn, and lucky me, ptg dah discharge.

Balik rumah, adalah sesi masak. Sebab perut dah terlalu laparkan masakan rumah. Sabtu adalah sesi basuh membasuh. Dgn bantal2 semua masuk washing machine. Al-maklum, the nite before 2kali tukar cadar sebab si kecik batuk sampai muntah2. Ahad pagi bgn, tgk tangan si kecik ada byk bintik2... I tot diserang nyamuk. Mungkin nyamuk2 kat rumah terlalu dahagakan darah. :P
Then masa mandikan dia, i noticed byk bintik2 tu dkt tangan, siku, belakang lutut n also bebird.
Gosh, kena HFMD pulak.. Another session ke SDMC ER. Tp tak kena warded, just this week kena quarantine kat rumah je la.

Lucky me mak sanggup nak jagakan si kecik tu.. kalau tak, another week lg kena cuti? No no no.. :P Harap2 dia well behave and tak buli2 tok. Kalau mak surrender angkat kaki, kena la cuti2 lagi kot...


Ada sapa2 ada tips menjaga anak HFMD?

Thursday, July 22, 2010

Saya budak baru belajar~

Still in the learning phase..

Adapting to the new environment well...
Ok with the culture buat masa ni..
Coping with assignments yg memerlukan lots and lots of reading..

Living my new life, and still working to love them.

Badan adalah letih mengangkut notebook kesana kemari.. Sebenarnya adalah lebih letih memerah otak yg lama berehat. :P kantoi disitu!

Hari ni dpt notebook baru.. Jadi balik ptg nanti kena angkut dua notebooks.. satu kat belakang, satu kat tepi, dan perut boyot kat depan... sampai parking mesti dah tercungap2.. hehehe!


Sampai rumah, benda pertama yg akan buat adalah terlentang. Sakit pinggang kat opis ni, nak bawak bantal, tp still didn't have a permanent workstation. Still moving and mobiling around PJ-KL-Shah Alam.
Oleh kerana capek, dapur adalah tidak berasap. Kesian anak, makan pon dah tak terurus. Asik2 nasik kukus/nasik lemak beli sajork. :P
Tapi kalau masak kat dia pon, stress jugak bila angin tamo makan dia dtg.. rasa mcm nak sumbat2 ja suruh dia makan jugak. oops~

Suami tak tahu camna rasa penat mengandung ni... kalau lah dia boleh rasa. :p
Hint! (boleh tak tolong urut2 kaki and belakang hari2... )


Nah, tu aje. Update cukup syarat namanya.. :)


Peace~!

Friday, July 16, 2010

Mandi~

Just for sharing:

"Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan."

Tuesday, July 13, 2010

Eclipse~

Sana sini review pasal eclipse. Rata2 bloggers ni, fanatik siri twilight eh?


My personal opinion, eclipse bosan. I mean, tak semantop the 1st n 2nd siries.
Kalau ikut my ranking, no 1 goes to Twilight, 2nd to New Moon and Eclipse would be the last lah. Performance makin menurun nampak?

Tapi pendapat masing2 lah kan. Edward adalah tidak macho. Org lain berperang bagai, ko pi lepak atas gunung. Lawan pon ngan pompuan jek. Dah la peluk kasik panas pon tak boleh. Tak macho ok. :P Jacob plak, mcm pushy n bersaing sgt. Lagi best kalau dia buat sesuatu yg touching2 and sweet. Baru lah aku bleh cair(sebab from the look, sy vote for Edward, hikss). And both pon adalah baran. Typical lelaki. :P Kesian kat bella, kena pilih either hantu, or binatang jadian. hahahah! Statement kasi bakar the Twiligthers :P

Monday, July 12, 2010

Mengarut..

Baru2 ni, i received a bad news about my ex-collegue. Baru 10 hari meninggalkan Bernas, langsung ada berita tak baik.

Mula ceritanya, dia admitted sebab tetiba perut kembung. Mcm busung gitu. Then doc ckp, perut dia byk air. Mula2, kitaorg suspek mebe la kidney failure ke, or sebab kencing manis dia ke.. Few years back pon dia dah operate buang hempedu. When worse comes to worse, dia di diagnos menghidapi kanser level3. Nauzubiullah. Memang tersentak dgr berita tu. Esok i'allah dia di operate unt membuang rahim, ovari and parts of her usus.

The saddest part is, she's a single mother. Anak sorang, nak spm this year.
Semoga Allah permudah kan semuanya, dan semoga beliau selamat menjalani operation esok. Semoga kembali sihat dan ceria2 selalu. Amin.



Bercakap tentang sakit kronik, selalu kita igt pada mati. Padahal sebenarnya, mati itu adalah unexpected. Bila2 pon kita boleh mati. Wah, this is when bila otak sy start pikir benda yg mcm2..

Contohnya, mcm last weekend, me n hubby pi tgk eclipse, midnight movie. So, mintak my sis tolong jagakan si kecik tu. Memandangkan movie akan habis pukul 2ish am, jadinya we decided esok paginya la baru amik dia balik. 1st time ever semenjak dia lahir, he spend the nite without mama. Melalaknya tak igt la, sampai my sis kata, pukul 2 baru dia terlelap. Memula mmg tak sampai hati nak tinggal, tp igt, nak ajar ditinggal2kan la. Nanti mama lahirkan adik, mama terpaksa gak tinggal adam.
Berbalik ke cerita mati dan mengarut tadi, kisahnya begini: everytime kalau sy dan suami keluar berdua dan tinggalkan dia, sy mesti rasa takut. Sy takut kalau kami tak balik lagi. Nampak tak mengarutnya disitu? Yelah, kalau sy pergi dulu, sy tau, dia masih ada papa. Walaupun sy tak akan pernah izinkan suami cari mak lain, sy tau, suami sy sgt sayangkan dia. Dan begitu juga sebaliknya. But if.. katakan la if both of us takda? Kesiannya my baby...

Oklah, nanti suami bising.. dia tak suka bila sy cakap pasal mati. Nak nak pulak bila fikir benda yang bukan2.. Tapi, mati itu pasti. Nak tak nak, kita mmg kena ckp jugak pasal ni. Kan janet kan?



Semoga Allah permudahkan saat kematian kita nanti. Amin.

Friday, July 9, 2010

Random update~

Hari ni hari ke-5 kat wisma DRB-Hicom. 1st day dtg sini, rasa mcm jauh gila.. jln balik rasa mcm nak balik ipoh. hari-2 dah selesa.. suka pulak lepak sini. :P

Nxt week, balik home office.. situ bosan, orang2 dia mcm manequin duduk depan pc. tp dekat sikit dgn rumah. tp apelah maknanya dekat kalau hati meronta2 mintak balik. hahaha!


Oh yer, buat masa ni, sedang adapting to new environment. Dah tau, bos adalah strict. Time kena jaga. Waktu opis, jgn bg dia nampak screen FB. Ada staff penah kena sound, eventhough dia layan FB pada pukul 5.27pm.(lg 3min nak balik) Jd kena berhati2 sikit. Tatau la blog kena sound jugak ke tidak. :P

Bos janji minggu depan dapat notebook baru.. Harap2 btol la.. laptop sekarang buruk, rasa tak bergaya nak buat kerja. hahaahah! ok, itu over! :P


oh yer, masa mula2 masuk keje, igt nak ubah imej. I mean mcm makeup2 sikit.. ala, takat pakai eyeliner n lipstik je pon. :P rupanya, hari ke-4, sy dah comot balik.. hahhahha! mmg tak dapat nak kelihatan bergaya. mungkin sebab kat sini, semua pon comot2 jugak. hehehe! :P


Sy xpasti bos tau ke tidak yg sy mengandung. Sebab kadang2 mcm mengandung, kadang2 tidak. Kelmarin ada staff tegur:"Eh, bukan semalam u mengandung ke?" Blom sempat sy jawab, dia ckp dulu: '"Eh, bukan2, baju kot. Sory". Tp staff perempuan semua tau la. Of kos la kan? :p
Tp harap2 bos tak beranggapan yg perempuan mengandung ni menyusahkan.. Mcm bos sy dulu, dia rasa p'puan dah kawen ni leceh.. balik keje awal, masuk keje pon letih je, pastu cuti bersalin la, cuti anak sakit la, cuti anak sekolah la, lari2 nak pegi susukan anak la. :P I'allah, akan sy cuba elliminate semua perception tu. Cuma tang balik awal tu, no exception! Masa unt family kena ada. Jgn sampai anak tak kenal mak. Yg penting, keje siap! Harap2 kesihatan dan tubuh badan memberi kerjasama yg baik. :)


Sy pernah berangan, kalau keje ni perlukan sy unt struggle, sy nak amik maid. Suami pon setuju. Tapi nampak gayanya, kena lupakan dulu, sebab ada komitmen lain pulak lepas ni. Mungkin financially, blom mampu nak menggaji orang. I'allah, kalau dah lepas bebanan hutang piutang, boleh la difikirkan semula. :P


Moga2 suami dapat keje baru yg dia pegi interbiu tadi. Amin. :)

Sunday, July 4, 2010

KeTUAan~

These few days, i am not feeling very well..

Asal nya dari selsema ja.. then rasa mcm demam.. and badan rasa lembik gile..

Agaknya kurang makanan berkhasiat.. asid folic pon jarang2 makan.. xtahulah, pemalas btol nak amik ubat tu n sumbat dlm tekak.. eventhough hari2 dok usung dlm handbag.

Last friday, went to the clinic. Mengadu la kat doc, selsema, hidung tersumbat, demam and rasa lesu sgt. Doc check temp, dia kata tak demam... but selsema yes la, mmg tgh sengau gila time tu.

Then sy ckp la, tapi doc, sy btol2 tak larat.. penat sangat, selalu xmcm ni pon..

And the indian guy doc jawab: "Itu sy mmg tak boleh buat apa, mungkin juga kerana faktor 'ketuaan'.. "

Adoih la! sentap mak! Camno? baru anak ke-2 dah lembik.. ke-3, ke-4, lagi la tuo! hahahahah!

Sy selalu fikir sy kuat.. pregnancy kali ni, tak banyak beza dgn the 1st time. Syukur sy xda alahan.. sy boleh bau semua benda, boleh mkn semua benda, dan juga takde muntah2... Cumanya selera mkn tu, lebih kepada selera melayu. :P Sama mcm dulu, my sickness adalah when it comes nite, otomatik lesu letih sumer dtg.. mmg kena shut down awal. Tapi tulah, bila dah ada anak kecik unt diuruskan, mmg rest adalah kurang.. mungkin sebab tu kali ni letih dia lain mcm sikit.. and pluss, suami pon takde la nak tatang and memanjakan diri ini seperti kandungan pertama. :P


Oh yer, 1hb haritu, sy dah start bekerja dgn kampeni baru. Masih blom dpt assignment kerja lagi, dan harap2 sy cukup kuat unt struggle myself to fit in. Amin. :)

Wednesday, June 30, 2010

3rd Wedding Annivesary

Happy Anniversary to us lalink!

May our L.O.V.E stays forever and getting stronger each and single day..





Wahai suami,
Love u lots!




:)

Monday, June 21, 2010

Blogging from Menara HLA :P

Last Friday adalah hari terakhir di CP Tower. Sebab--> contract dah hbs, and dept nak kena runtuh before Julai. Memandangkan effective date dgn kampeni baru adalah 1st July, kami terpaksa menumpang training center Bernas di HLA sampai cukup bulan.

This morning semangat bgn awal nak pi opis. Sebab--> nak rebut parking, and avoid the traffic. Maklumla, mak jakun tak pernah drive to the heart of KL. Cuak pon ada. Dah la tak pandai nak cilok2 jln KL ni. Mengharapkan Garmin jek. Sempat la berpusing2 sampai pening.

Semalam pagi kunon nak ajak Mister Papa pi survey jalan, tp tak kesampaian sebab bgn lambat. :P Pagi2 subuh kami 3beranak 'memerut' . Kesian si kecik. Terjaga tido, trus mengcangkung sambil nangis2.

Hmm.. tu jelah kot yg rajin di taip setakat ni.

Di kesempatan yg ada ni, i would like to wish Mister Papa, a HAPPY FATHER'S DAY! :)
We love u so much papa.. Thank u for always being there for us, thank u for being such a supportive , understanding and loving papa! mmmuah!! :)

Tuesday, June 15, 2010

Maaf, saya menolak~

That's my simple note on the offer letter addressed to me this morning.

Kan haritu ada isu outsourcing, nampaknya, masanya dah tiba. This is my final week with Bernas, the 1st and only company i've been with since graduation. Pagi tadi i've been offered a position in Bernas, non-It related, dan keputusan on the spot adalah perlu diberikan. Dan nampaknya, sy dgn berat hati terpaksa menolak tawaran tersebut. I'allah, pasti ada sinar on the other side of the world. Sy yang berperut buncit ni telah mencabar diri sendiri untuk mengorak langkah baru dan keluar dari comfort zone that i've been with for the past 5years.
Di akui, sedih itu muncul.. sgt sedih sebenarnya.. nasib takde geng nak berendam air mata, kalau tak, harus mencurah2 keluarnya. :P

Please pray for me. Doakan keputusan sy adalah yg terbaik. Eventhough sy adalah seorang ibu yg bakal beranak dua, sy juga perlu memikirkan tentang my career enhancement. Sy juga perlu cargas mengejar kejayaan, sy juga perlu mara kehadapan unt mencari sesuatu yg betul2 menepati minat dan kepuasan diri. And i hope, i can achieve all that without neglecting my family. Semoga Allah permudahkan semuanya.. Amin..

Wednesday, June 9, 2010

Hidup segan mati tak mau~

Itu lah status blog ni sekarang.. "Hidup segan mati tak mau" heheheh!

Owner blog adalah super duper pemalas nak update. Last weekend adalah trip to Utara.
Sabtu wedding kat Tjg Bungah, Ahad wedding kat Kulim. Kepenatan traveling kali ni adalah tahap maksimum. Nak nak pulak kereta buat hal, ekon xda.. mcm naik oven bergerak. hhehe! :P
Trip kali ni adalah tidak bergambar.. Tangkap gambar pon no point, lepas tu terkubur dlm hard drive juga akhirnya. :P

Kazens and aunts semua bertanya whether i'm pregnant. Tapi ntah mengapa, berat btol mulut nak mengaku. Hanya mampu tersipu2 malu. Gila! Anak no2 pon malu nak mengaku. hahaha!

Agaknya mmg habit begitu. Dulu masa 1st pregnancy pon, sy lebih suka org taktahu. At least biarlah tak tahu sampai perut btol2 terjojol. :P Ntah kenapa.. but i guess sebab sy malas nak entertain questions yg pelbagai. dan juga malas nak menunjuk or kecoh2 tentang rezeki yg dianugerahkan, sebab kadang2, kebahagiaan kita adalah kesedihan to others. U get the point? Dan satu sebab lagi, sy tak suka kecoh2 in early stage of pregnancy sebab time tu, masih blom masuk zon selamat lagi. Tu kot sebab yg paling utama.

Tapi sekarang, Alhamdillah, baby dah melompat2... How i was amazed seing the baby is fully shaped and developed masa the first scan. Masa 1st time dulu, punya la tergedik2 nak tgk who's inside. Dapat tgk satu dot berkelip2 pon mcm happy gila. Bukan la bermaksud yang this time around i tak excited, cumanya.. kali ni boleh bersabar sikit la.. tunggu btol2 time check-up, baru take a peek on the little one. :P



Walaupon tummy blom bulging lagi, tapi sy dah start ajar Adam to kiss adik. :P Everyday lepas balik keje, sebelum tido, dia mesti kiss adik. Kadang2 tgh main pon dia dtg nak kiss adik. Kadang2, bukan adik yg kena kiss, tapi t*t*k. Hhahahah! Bila suh kiss mama pulak, dia cakap: "Tak payah!" Sabar je lah.. How time flies, to me, he is still a baby. :P

Sunday, May 30, 2010

Cuteness!

Si kenit ni dah mula pot pet pot pet..

Dah stat nak bercerita eventhough sentence dia paling kuat pon dlm 3 perkataan.


Yang paling cute bila dia pronounce Adam Rifqie as Adam Fiqie.. :P

Baru jap ni, dia boring tgk mama ngadap laptop and plays with papa's camera fon.

Tetiba dia dtg n ckp: "Adam fiqie smile, mama pulak.. "


hahahha, geram ngan mulut kecik itu! Oklah, member dah ngamuk nak perhatian.. :P