Tuesday, December 29, 2009

Gambar Bukit Tinggi

First sekali, kita lawat Rabbit Park.
Entrance fee Adult: RM3













Then kitaorg ke Japanese TeaPark(tu ke nama dia) :P
Letih panjat bukit dia.. kesian my mom, kitaorg paksa jugak dia naik.. kitaorg cakap: "Boleh mak, boleh mak.. sikit je lagi... "
Sikit la sgt, mengah jugak la nak sampai ke atas tu.. tapi yg paling steady was of course our little hero, Adam Rifqie. He ran all the way up. Hebat kan anak mak? Secara otomatik, mak dia pon hebat, sebab nak taknak, kena lari gak kejar dia. Pergh! Berpeluh ketiak den.



Kat situ, feeling2 jadi orang Jepun, tapi versi Jepun kacukan Afrika kot. Muahahah!

Welcome to our house!



Samurai burger!! muahahah!






Kat atas bukit tu, ada Botanical Park juga, tapi kami tak pergi.. sebab kena menurun pulak..
Tak lalu dah nak mendaki dgn nak kejar si kesik tu berlari..
So, kita trus head to..





Colmar Tropicale...
Nothing much there.. really.. kalau bg sy pilihan.. sy rela turun naik genting 70kali dari dtg sini lagi. hahahhah!



2 org samseng sedang mempertahankan kubu mereka.. muahahah!



Kesimpulannya.. kami semua telah sebulat suara.. tidak akan kembali ke sini.
In these pictures, sumer gambar mcm happy je kan? Tapi sebenarnya, happy sebab nampak kamera.. Kalau takde kamera to pose to.. memang takde benda lain nak buat. hahahha!

Oh yer, kalau nak g golf course and berehat menenangkan fikiran.. memang sesuai la..
And juga untuk org ber-honeymoon-ing. Confirm cepat dpt hasil.. Ooopss. :P

But if u'r looking for a place to have fun, atau erti kata lain tempat yg happening, this is really not the place. Teringat hubby kata, dia nampak hasil vandalisme for which, sy rasa i agree with:


"To Berjaya, this place is pathetic!"


Ngeh ngeh!! OOpss.. sorry.. Bukan sy cakap.. org tu yg cakap... lalallala! :P




(Thank god.. i almost booked a room that cost RM4++ for a night. Luckily, hubby tak dpt confirm his work schedule, so we end up balik hari jek.. :P)

Monday, December 28, 2009

Burppp!

Ini adalah menu lunch seorang perempuan gemuk yg konon2nya nak menurunkan berat badan.


(coke siap refill refill lagi.. diet la tuh ek? hahah! :p)





Burrppp!!! Alhamdulillah kenyang.. Muahahah!! Sejak akhir2 ni, gila pulak dgn cheese cake.. rasa mcm nak makannn jekk.. :P Oh, i prefer this one 5times more than Oreo cheesecake. Mmg enak! :p


Kembali ke tajuk "I was on diet..", nampaknya.. past is past.. few weeks ago,memang bersungguh2 sy nak turunkan berat. Sampaikan birthday present pon mintak benda nak kuruskan badan. Agak2, sapa bleh teka apa sy request unt birthday present haritu?

Yelah, takyah teka2, harini tgh berbesar hati nak cerita sendiri.. :P




Sy mintak ini..






Muahahah!! Sila jgn ketawakan saya. :P
Mula2.. mmg rajin sy on benda ni.. masa buaikan Adam, masa gosok baju, masa lipat baju.. :P Until suddenly, i noticed that Hari Jepun sy dah delay. Mula lah counting days, and stop usaha2 menggoncangkan perut itu(dan beberapa usaha lain :P). Memula tu, mmg rasa mcm xmungkin kot.. but then, kalau dah kitaran tu cecah ke 50++ hari lambatnya, what else to expect kan? :P


Rupanya jangkaan meleset.. Belum ada rezeki... A big PPHEWWWW though. Hahaha.. dup dap dup dap la sekejap..




Maknanya, lepas ni, boleh la start gegar gegar balik.. keh keh keh!
Semoga dpt la loose a few kilos lepas ni.. Oh yer, about the lunch, mak kalau time2 Hari Jepun ni, selera mmg terbuka luas, layankan je la dulu.. jgn marah... :P

Saturday, December 26, 2009

Esok Ahad,yeay!!!

Seronot sungguh setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke opis. :P Cey!

Takde la lama mana pon.. tapi, heaven betul rasanya.. hahaha! Dasar pekerja malas gitu! heheh~

Been enjoying my cuti since Wednesday.

Rabu tu, pegi hntr Adam ke nursery while i'm treating myself with-

Ini..
dan ini...


Hahahha! Scary kan? Tapi nasib baik this year takde gigi yg perlu digerudi.. Phewww!!
So just suruh doctor gosokkan gigi jek.. heheh..


Khamis pulak, pegi sini..
and petang membawa ke mlm berada di AU2, pegi menyemak kat rumah bakal pengantin tahun depan.. hahah! It's actually my kazen, Gedaha, she's getting engage on Friday.

Makanya, agenda hari Jumaat,tak payah cerita la kan.. Of course seharian kat AU2 la. The event started at 10am dan sebelum semayang Jumaat, Alhamdulillah.. semuanya selesai dgn jayanya.. Selamat lah Gedaha menjadi tunangan Hafizi. Tahniah to both! Darah masing2 tgh manis gitu, ape lagi, buat la sirap! hahaha!

Sabtu, kitaorg bgn awal lagi.. Kali ni menuju Bukit Tinggi, Pahang. Yelah, haritu kan ke kitaorg call-off our Kelantan vacation, tapi gedik2 nak bejalan gak..Carik lah tempat2 yg dekat sikit.. Pegi jauh2 kang, buat stress je meredah jam esok. :P
My review is: Bukit Tinggi is boring... Hahaha! Sj tanya en suami, nanti nak dtg lagi tak? Dia kata, taknak. Saja suntik lagi, "Lagi 5tahun?" and jawapannyer.. "Pon taknak jugak.. "
Dah la makan pon susah.. kitaorg cari food kat Colmare, kat entrance dia tulis: "Please wait to be seated" Tp kitaorg berdiri sikit punya lama kat situ pon,takde sapa layan. Ok, we understand that the restaurant is full, tapi ape la salahnya greet us and ckp, "Sekejap yer, that table is almost done" Nasib la kami tgh kebulur, nak taknak, mmg tunggu jugak la. Service lak mcm kura2.. Ayam seekor dah nak hbs kena telan, air tak sampai2. Bila kita request,trus muke cam stress.


Oklah, nanti sambung.. anak mak dah melalak.. haishh! Terbantut idea nak kutuk-kutuk lagi.. :P

Tuesday, December 22, 2009

Cancelled!

Kite hanya merancang, tuhan yang menentukan..

We are cancelling our trip to Kelantan tomorrow.. for reasons:
-the weather might not be good
-mak+abah might not be joining us

and the biggest of all,
hubby needs to handle a conference/or whatsoever u call them.. but i tell u, it's work!

Darn!

We were thinking of another short vacation for us,since we were tin-tong(ing) about Kelantan.. BUT.... suddenly.. erghh!! Frustration!
(to hubby, i blame u not for the unplanned thing.. i know u don't want it too.. :P )

What-to-do, what-to-do..
Still considering of canceling my approved annual leave, or just let it be.


Hmmm.. Think! Think! Think!

Monday, December 21, 2009

Belated~

Sabtu hari tu, yakni 19hb adalah besday i!


Hari ni umur saya ialah 2x tahun dan 3hari.. hehehe! untung kan lahir Disember, lmbt tua.. :P




Besday thn ni sambut di Seremban. Mr Hubs belanja Johny's per requested. Paling suka steamboat dia with Tomyam soup. Tp rasanya, quality tomyam dia dah menurun, lebih air unt menurunkan kos kah? ataupon it just happens to be at that particular outlet saje? Any opinion?

Then, cake harus ada, SR Oreo CheeseCake.. But my in-laws doesn't seem to enjoy them.. mana taknya, tapau bawak balik, lupa masuk fridge. By the time nak makan, dah benyek semacam jek cheese tu.. To a not cheese cake lovers, harus la kembang2 tekak nak telan.. ye dak? :P

Hadiah besday, sy dah heret Mr Hubs ke kedai yg dikehendaki 2minggu sebelum birthday lagi.. Ya, sy memang agak komunis.. i asked for my birthday presents... hahaha! Ini semua adalah kerana pengajaran yg sy terima masa tahun pertama sambut birthday masa berchenta dulu. Si dia tanya, nak hadiah apa? Then sebagai awek yg malu2 kucing, yg sedang menyorokkan sifat ke'materialistik'kannyer, sy jawab: "Ape-apelah.. tak kisah... " (sila bygkan sy gedik2 jawab soalan tu sambil gigit2 hujung jari telunjuk.. ahahh!)

And i was expecting a surprise at that time.. tp jangkaan meleset.... memang sy tak dpt ape2 hadiah pon.. bila sy ungkit, dia jawab: "Kan abg tanya nak apa, sapa suruh tak ckp.. abg pon taktau apa nak beli" Haissshh.. boleh camtu? Memang merajuk muncung sedepa laa saya msa tu.. Dpt la bunga sejambak the day after, beli kat pasar cina kat Bercham tu kot? :p


Moral of the stroy: Masuk je tahun baru, sy dah trus fikir hadiah apa sy nak hujung tahun nanti. hahahah! Kejam ke camtu? Tak kejam kot... sebab, sy sempat bg die setahun unt buat product survey, simpan duit, bajet2 sumer bagai.. ahahahha! Giler keji!

Birthday dia pulak on the other hand, i'd prefer to make it a surprise. Cause i heart surprises. Lagipon, kalau bagi chance si dia demand, botak kepala pon tak tentu dpt tunaikan.. mcm last year, mengarut2 dimintaknya, lense yg regenya about 10K, flash yg regenya about 5K.. haisshhh.. sapa sanggup dek non?? kot gaji sy ni 20K sebulan, takpela jugak kan..


Oh, and yes.. we might not be the most romantic couple, but loves(ssssss) are around.. Ok lah tu kan.. :) Alhamdulillah...

To Go OR Not to GO?

Agaknya, ok ke kalau ke Kelantan at this time?
U know, the rain, flood sumer..



Ada gak tanya pada Kelantanese in the office. Dia cakap ok, air mungkin tak naik lagi.. Lagipon, we'll be staying at the town.. should be no problem.




Ntah la ek? Ok ke??

Tuesday, December 15, 2009

Cerita Basi~ :P

Asyik contest sajork, mak sendiri pon bosan tgk blog mak, inikan pulak org lain.. hehhehe!

Story sikit last Friday.. Oh, terlupa pulak..
Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday Sultan Selangor... happy birthday to you!!! (oopss, belated actually.. :P)


Ok, alkisahnyer.. Seawal 10am, me and Yun telah menerjah The Mines-Splash Park untuk ini:




Ui mak aiii.. punya la ramai.. and the space, adalah sgt sempit! Nak que unt masuk pon, it took us 45mins, nak tgk longgokan kasut tu pon, jenuh mak mencelah, dicelah, menolak, ditolak, meraba, dan diraba.. huhuuhhu! Dek kerana kesusahan yg ditempuhi itu, dan juga kerana telah menyeret Yun sekali, adalah rasa bersalah kalau tak beli apa2..
Tapi kalau beli pulak, takat sepasang, tak berbaloi juga unt beratur pjg2..
Last2.. rembat la 1 unt suami terchenta, and 2 unt anak tersayang.. :p



More stories and pics here.

Kasut Adam itu adalah besar, super besar actually.. mungkin year end tahun depan baru boleh pakai.. hahaha,sungguh kedekut mama mu ini Adam. Actually,bukan niat begitu, tapi nak cari size yg bersesuaian adalah leceh. Jadinya, rembat je la mana yg ada. Tak sangka pulak la besar sgt for him, for now. Think for the future i guess? hahaha!

Selepas ber-Kenny Rogers for lunch, kami telah melalui satu kawasan yg sudah lama tak singgah.. Panggung Wayang! Memang dah tak igt what was the last movie we watched? Lantas trus membeli New Moon for 3. En Akram sampai 15minutes after the movie started,tapi, he still gives a good review on the movie. Me and Yun on the other hand, rasa sgt lah sengal sebab ending dia "Will you marry me?" Gosh!! Geramji sungguh..


My review is: Cerita tu agak slow, and sy tak puas hati kerana Edward adalah tidak macho. Kalau nak, ckp la nak, yg pi tinggalkan buat apa? Lepas tu buat2 sedih sebab dia igt awek dia mati, lantas nak mati jugak.. alahai.. lembik tau.. :p I'd prefer the Wolf.. nampak effort dia btul2 nak kat minah tu, camtu baru la macho :P Oh, oh, Edward juga adalah too fair for me.. hahahha!! (matila nak cari hero hitam nak match ngan kulit i :P)

After the movie, teman En Akram ber-Prosperity, dan kemudian trus balik amik Adam kat skool.. Kesian dia, the whole day menangis sebab kena tinggal kat skool di hari cuti. Mama is so sorry, tapi.. setahun sekali jaaaa mama dapat cuti time nursery tak cuti. Bagi chance la mama berjimba-jimba feeling feeling bujang gitu. :P

Sebab Adam sedih sgt, mama promised nak bawak dia jalan2 on Saturday/Sunday.. but i broke them. Saturday, my brother from Ipoh and his kids singgah rumah, angkut mak bwk balik Ipoh. Sunday, super duper busy with chores, lantas tak berdaya nak keluar lagi. We end up bwk dia pi kedai runcit and pi basuuh kereta jek. And i know, dia still menuntut hutang berjalan itu, sebab.. setiap hari dia menangis kat pintu and mintak 'chuss' (shoes). Kesian kan?

I'allah petang ni kalau tak hujan, mama bring u for an afternoon walk, ok dear? I'allah.... :)

Jua, sila pilih kami!!



Jua, sila pilih keluarga kami kerana takde orang lain yg sanggup snap gambar kami secara percuma... sy ulangi... PERCUMA! :P Kasihanilah kami kerana, being a family of 3, memang amat susah nak bergambar bersama. Selalunya papa si pemegang kamera mesti tak masuk gamba.. dulu masa berdua, boleh lagi la nak snap2 sendiri, itu pon kadang2 dpt sebelah muka jek. Ni bila dah bertiga nak snap sendiri, memang dpt lobang idung aje lah jawabnyer..



(Adam hentak2 kaki ni Jua.. :P)

Contest: BLACK & WHITE PHOTO

Simple contest by Ezzan Yusop.

Gambar dipilih sebab, Mata itu Bulat!! hahahaha.. apa kaitan? :P

Monday, December 14, 2009

Tips: Upload Gamba

Menjawab komen ini..




Sebagai tanda mintak maaf sebab sy lmbt menjawab soalan tersebut(maklumla..weekend, blog pon cuti.. :P), sy up 1-2-3 guide unt ibuiklil.


Hasil yg kita dikehendaki:



1-2-3 Steps:

1. Identify gambar yg dikehendaki. Anda boleh right click and save gambar tersebut,atau cara yg lebih mudah, hanya dptkan link kepada gambar tersebut.(right click->View Image)

2. Upload gambar tersebut.Kalau anda memilih unt save gambar tersebut,Add image from your computer, otherwise, Add image from the web dgn memasukkan url gambar tadi.



3. Klik pada gambar yg telah diupload,dan kemudian masukkan link yang berkaitan.




Siap!


Harap2 dapat membantu... :)

Thursday, December 10, 2009

Contest: Cutest Baby SMILING

Contest by:





Assignment:Write why you love to see your baby smiling?

Answer:


3 Alasan Terunggul (wah! :P)


1. Senyuman nyer membuat kan sy berfikir.. "Syukur.. kamu membesar dgn sgt baik wahai anak. Mama harap, kamu akan terus tersenyum dan menjadi seorang yang berjaya(didunia dan diakhirat) dan bahagia bila dewasa kelak"



2. Senyuman nyer membuat kan sy berfikir.. " Senyuman kamu sangat manis wahai anak.
Pasti kamu dpt membahagiakan ramai org dimuka bumi ini, hanya dgn senyuman mu.
Paling tidak pon, Mama lah yang paling amat sgt bahagia dgn senyuman itu"



3. Senyuman nyer membuat kan sy berfikir.. "Indahnya ciptaan Tuhan.. suci dan amat sempurna.. Kenapakah masih ada yang tidak mahu pada anak(buang anak)? Ini lah satu anugerah yang paling tidak terhingga nilainya.. Dgn hanya memandang wajahnya, sakit beranak pon boleh dilupakan, inikan pula bila pandang wajahnya yg tersenyum riang.. Memang berbaloi baloi baloi baloi...."



Secara sinopsis, senyumannya mempunyai aura yang mampu membuat sy berperang dgn emosi. Bahagia, bangga, gembira, sedih, terharu, sebak, bertuah, semua nya bercampur aduk.. Bila kena time emosi terganggu, senyumannya mampu membuat hati merasa sayu, lantas airmata berlinangan dengan tak semena-mena(tak pasal2. :P)




Mama adores your smile a lot my dear! Thank you Allah for making him smile!


Adam Rifqie Akram DOB:7th April 2008

Wednesday, December 9, 2009

Anak bapak..

Adam, he just adores his papa alot!




Here's a song for u papa.. luv u much! :)
Larut



1. Bila mana sy memimpin tangan dia semasa berjalan, dia pasti akan mencari satu tgn lagi, dan takmo melepaskan kedua2nya. Haritu masa kat ikea, papa nak pegi toilet.. so i asked him to letgo of his hands and pergi dulu.. tapi sebaliknya, Adam terus lepaskan tangan saya dan berlari kejar papa dia.. (geram sgt, dia nak lari masuk toilet lelaki tu juga.. penat sy kepung!)

2. Bila mana sy berdamping(berpeluk) dgn papa dia, dia pasti akan berlari ke kami dan menjerit 'Nak nak' mintak papa dukung dia. But the sweetest part, dia akan memeluk both of us serentak.

3. Semalam, lepas keje, sy pegi rumah mak.. and later hubby pon dtg juga. So masa nak balik, we drove a seperate car, and Adam was with me. Boleh dia menangis sepanjang jalan sebab dia igt papa dia tertinggal. Menangis yg tak boleh ditenteramkan.. Dok sebut sebut.. "Papa... papa... papaa..."

4. Pernah satu ketika, dia sgt suka tido kat ketiak papa dia and selagi papa tak tido, dia akan bersengkang mata tunggu papa naik katil sama2.. Tp ni satu ketika la, sekarang dia dah tido cepat. Alhamdulillahh... turn mama pulak cari ketiak papa.. hehehhe! :P

5. And finally, he's a car and computer freak, just like his papa.


Posting ini tidak ada langsung berbau jelousy kerana,dia adalah so manja to both of us actually.. As a mother, hati sy sgt suka melihat suami sy menyayangi anak sy (anak dia juga) dan juga anak sy menyayangi suami sy.. Takda yg lebih bahagia dari disayangi, menyayangi, dan dikelilingi kasih sayang.. kan kan kan?


Thank you Allah for the Love(sss)!

Tuesday, December 8, 2009

Rasa hati..

.. tergedik2 nak keluar jalan2 kat shopping mall, cari birthday present.. heheh!


Walaupun last weekend, sepetang kami bersiar2 di ikea/ikano, tapi satisfaction rate adalah sgt rendah. Sebab, eventho kami ke shopping mall, tp aktiviti yg dilakukan tak lain dan tak bukan macam pergi gym. Kalau tak kena angkat berat, kena lari.. Dpt la beli meja n kerusi for Adam, which is our main objective, tp.. boring la kan kalau keluar tak dpt barang unt diri sendiri. :P


Makanya tadi, sy texted hubby..
"Kalau abg free, lunch kang kite pi jalan2 nak? Rasa mcm nak jalan2 la.. haritu jln dgn Adam tak best. :P"


And he replied: "Hahahah, tgk la kalau abg tak bz jap g.."




It's almost lunch hour.. and i am so hoping to receive a let's go call...








pssstt... currently in gedik mode.. :P

Thursday, December 3, 2009

Umar & Sufiya

Last weekend was their birthday party.
Theme: I'm a Transformers & I'm a Princess..

Happy Birthday Kiddos!! Enjoy the pics by Paksu's Production.. :P












Wednesday, December 2, 2009

Mission Failed!

Merujuk kepada post terdahulu yakni yang ini,





Dengan sedihnya sy mengumumkan, PROJECT FAILURE!



The worst part is, usahkan turun 500gram, naik lagi 2kilo ada lahhhhhhh!!!



Kebabusshhh!!! Ke longkang lah impian itu.. manakan bisa turun 6kg 8kg, diulang,LAPAN KG.. dlm masa errr.. less than 1month? Ngak.. ngak bisa...





Adoihla!!!! Perempuan gemuk sy ini!



Senang cerita, baik mengandung ajelah..
Sekurang-kurangnyer, org pregnant kalau gemuk, takde org komplen.... haihhH!




Amacam pa?





Hehehehhe!

Saya ini lembik orangnyer ...

Kalau kena 'robeh' sikit.. pasti demam akan datang..

Semalam masa amik Adam dr nursery, hujan adalah renyai2.. Sebagai ibu mithali.. harus la bersungguh cover kepala anak.. tp, kepala sendiri berhujan..

End up mlm td, rasa tekak bengkak.. kat opis, suhu ekon yg membuatkan semua org menggigil(ulang alik pegi toilet), bertambah teruk la rasanyer.


Lunch td pi klinik, doc kata tak demam. Tapi ubat dia bg punya la byk: clarinase/piriton, ponstant(unt bengkak tekak), bisolvon, prednisolone and difflam. Tu dia punya byk.. sakit betol tuh ek? hhahaha!

But Alhamdulillah, lepas mkn ubat2 tu, rasa lega sikit perit tekak, lega sikit bernafas.. tp.. kepala sedikit berat sebab tak dpt tido.. :P nak mintak mc tak smp hati, sebab: SAYA SUDAH FULLY UTILIZED BUDGET MC FOR THIS YEAR!!

Aiyok.. punya la kuat sakit mak budak sorang ni! :P tp tu la, salah sy juga la yang jd sgt excited bila doc selalu bagi MC for 2days. 2hari, 2hari, 2hari, 7kali sakit, dah hbs la MC tu. :P
Oh FYI, 4hari MC adalah unt 2kali treatment pi buang amenda ntah yg kat bwh kelopak mata tu. :P Yang tu, bukan sebab demam. :P

Supplement, buat masa ni, sy amik EPO, VitC, and Calcium. Tp on and off juga.. Dtg mood rajin, makan, tak rajin, skip... but i guess, my body needs more. :P Adoihla.. dah tua2 ni, mcm2 kena telan nak kasi kuat...

I bet, mesti ada org promote USANA kat sy lepas ni.. :P (sebab sana sini tgk org talking about USANA). I guess, not now kot, blm terdetik hati ni nak try. Jgn promote lagi ek, mak takde budget! hahahah!


Last,

Semoga Allah mengurniakan kita semua kesihatan yg kuat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur untuk trus beribadah kepada-Nya, dan yg paling sy mahu sekali, semoga sy dpt melihat anak sy membesar dan menjadi org yg berjaya, dunia dan akhirat.. Amin...






psstt.. time sakit2, baru la nak kuar post2 menginsafkan.. astaghfirullahulazim....

Tuesday, December 1, 2009

Semalam..

... sy lunch date dgn en suami. Kitaorg pi mkn prosperity burger. This year punya price,is still toleratable, compare to last year's price yg 'too much'.

Mebe sebab ramai yg boikot McD itu hari kot. Sy pon dah buka puasa boikot, tapi selalunya hanya drive tru membeli bubur Adam jek. (selalunyer time2 away from home :p)

Semalam, kitaorg pon drive tru jugak. Lepas tu pi lepak mkan dlm kereta kat belakang petronas.
Lebih senang mcmtu, tak yah cari parking, sesak2 sumer, jimat masa... and lebih romantic gitu.. lalalalalal! :)

Sambil mkn tu, ada la snap2 gambar sikit..

Tetiba en suami kata: "Ayang dah takde idea nak update blog eh?"


Erkss??!! hahahhaha.. terkena satu point di situ..


Hakikatnya, lately, sy memang takde idea unt blog. Blog hopping pon takde nak berkomen2 sgt..
Just tgk2 gambar, baca2 sikit, klik klik sana sini.. then continue main game..

Huhuh.. i just love my fishes so much!! :P





psstt psstt.. perasan tak sy takde mention pasal kerja disini? huhuhuu! bad bad.. :P

Sunday, November 29, 2009

erks!`

esok sudah kena kerja!








m.a.l.a.s.n.y.a... ;p