Tuesday, October 27, 2009

KM Chalet, Kuala Linggi, Melaka

Post ini adalah iklan tidak berbayar yg di taja sepenuhnya oleh saya.


Al-kisahnyer, last weekend, our dept buat Family Day kat sini.


30+ family yang hadir.. and for me, I had a very fun time. Sekali sekali ber-weekend getaway ngan kengkawan, best kan?



Tak yah ckp byk, presenting.. KM Chalet!!!


Tak tahu lah mana dia dpt status MSC tu.. takde free wifi pon.. :P



Contact number..



Ni bilik berkipas kot. Room rate dia start at Rm60(kipas,1double bed),
Rm90(ac with 1double bed),Rm100(ac, 1double+1single bed),
Rm120(ac, 2double bed), Rm250(homestay)




Dewan, this is where kitaorg bersukaneka.. alkisahnyer,
pagi tu hujan, cancel plan beach volley ball bagai.


Yang nampak bumbung di belah kiri itu adalah dewan makan,
manakala tiang2 pink belah kanan tu, was our stay. Full view,
gambar di bawah.


Sempoi jek kan? Hahahah! Chalet die berbagai jenis,rupa dan bentuk.
Ikut mood dia la masa nak bina rumah tu ikut design apa. heheh!
But overall, selesa dan tidur lena bersama deruan ombak yang nyaman..
Alhamdulillah..

Tuesday, October 20, 2009

"It's not my fault..

... if i'm better than you! Get a life!"

These sentence really caught my eyes. Written by a friend of mine in her YM! status.




Now, sekarang nak bebel..



Mmg ada je org yg tak boleh tgk orang lain lebih. Jealousy, hasad dengki, busuk hati, memang dah lama bergelumang ngan kite.. especially dlm kaum yang di panggil Melayu. Asal ada org lebih je, dia mesti nak lebih lagi.. sampai ke tahap berbomoh2 tu, mmg ramai yg still praktis. As for me, kalau yg lebih tu kawan kita.. apa lah salah kite tumpang gembira.. and kalau yang lebih tu, ntah sapa2.. jadikan je lah dia role model. Boleh kan, set a bench mark unt kita capai.


I have a few experience in facing this type of people. Asal kita lebih je, mula la bagi ayat2 sinis.. macam: "Yelah.. ko kan ada degree, aku ni apa la ada, takat diploma ja.." (eleh, aku pon takat degree je pon!) "Ko lain lah.. ko kaya.. "(for which i am truly not! penah tgk ke account statement aku? byk mana masuk, byk tu la kuar) "ko takpelah.. bos sayang ko.." (sape suh sengal, mmg la bos benci! :p)
Kenapa eh mcm tu? Which relates to the point: "It's not my fault i'm better than you!"


Yang jenis cakap2 sinis ni satu hal... yang jenis boikot trus pon ada gak.. :p Tetiba jek mcm dingin je ngan kita. Tak mesra, and kalau boleh mcm nak ngelak jek bila jumpa kita. Saya pernah alami benda ni becoz of boys. Mana la sy tau yg minah ni dok berkenan mamat ni. Sy kawan jek mcm biasa.. tup tup, minah ni jeles lebih2, smp trus boikot sy. Haiyo.. relax lah... kalau dah jodoh ko, tak kemana.. and.. "It's not my fault if he chose me, instead of you!"


Bercakap pasal boys, honestly.. back @skool, sy mmg prefer berkawan ngan boys,bukan sebab sy ni bohsia, bukan sebab sy nak pow, tapi sebab mulut mak laser noks! :P
Ngan girls, adalah perlu berhati2, kuat sentap, and kuat merajuk. Oh yer, kuat bergosip pon juge.. :P Tp takde la sampai kuar makan n hang out sama.. just geng borak2 ngan ngarut dlm kelas jek. More over, dlm klas sy masa tu.. ada 9jek girls. Tak byk choice kan. :P Oleh sebab itu, sy dan Betty(my best fren in klas) telah di beri satu nama samaran for which we only know masa nak SPM. "Socialisme", that's our nickname. Nampak sgt la derang2 tu sumer selalu mengumpat kitaorg, smp ada nickname. Kecik hati jugak la, sebab we both ok jek berkawan ngan sumer.. tup tup, depa ada pakatan unt memboikot kitaorg. Huhuu! Bad girls! :P
(part ni is long forgiven, don't worry.. :P)



Back to the main point.. ape yang sy rasa sy nak ckp ialah:
Tak kisah la la kalau org lain lebih pon.. perlu di ingat yg ada org yang laaagi lebih..
Contohnya kekayaan lah.. kalau ko rasa sy kaya, businessman Hi-O tu lagi kaya, janda lim goh tong laagi kaya, bill gates laaaaggiii kaya, sultan brunei pon laagi laaagi kayaa and above all that, Allah tu MAHA super duper kaya..
and nobody can competes that! Kalau berani, jeles la ngan Allah..

Monday, October 19, 2009

Botak Updated~

Dah tak botak lagi!! :P


Tadi konon nak pi Kedai Tayar Lim.. tapi.. dah namanyer kedai kat TTDI, masuk2 jek perkarangan kedai, yg keta dok ada situ Ferrari, Merc, ape ntah lagi.. tapi sumer keta besaar2 lah.. masuk rim showroom dia, 15', 16' ada la 4-5 kerat.. yang lain sumer rim bapak besar.. siap ada lambang Merc n BMW.. tak dapek la masuk keta sy kan.. :P


Then kitaorg trus ke ENEOS One Utama. Ok la, service bagus.. tukar tayar pon 30min jak, siap balancing ngan alignment. Yang lama nyer, proses mak nenek ni memilih.. haha! pendirian tak tetap.. yelah, mana la mata perempuan sy ni reti nak evaluate kecantikan rim tu. En Akram lak serahkan keputusan ke tgn sy, sebab: dia malas nak decide, kang sy tak suke, confirm setahun sy blame dia rim tu tak cantik. hahaha!
Last2 bila dah decide pon masih bleh cancel lagi.. "Tak jadi, tak jadi.. nak yang tadi" :P Nasib la customer is always right> :)

Gambar sebelum, ketika, dan selepas:







Oh yer, post tadi.. ada org komen:"Tayar botak, apsal cari rim?"

Jawapan dia: Time nak tukar tayar la peluang baik unt tukar rim. :P
Tayar original 14', kunon nak upgrade ke 16', tp sales person tu tadi cakap: "16' boleh masuk,tapi kalau 1-2 org naik ok la.. kalau lebih nanti sangkut."
Jadinyer, upgrade ke 15' jek.. tak sanggup mak nak menyakiti si kecil itu. Chey!

Kesimpulannya, rim baru itu adalah rasuah yang telah diberikan oleh En Akram.
Ayat dia mcm ni: "Ok yang, abg dah tukar tayar ngan rim ayg.. lepas ni abg nak tukar ekzos ngan (hmm.. tak igt plak. nak tukar apa lagi bang?) boleh ek?" Tgk la tu.. kuat mancing laki sy ni.. huhuh!
Tapi.. ade gak la ayat mancing dia buat sy cair: "Fuhh, lega dah tukar tayar.. takde risau dah lepas ni ayg pi keje.. " --> sayang gak rupanya... vavava!
Abang jgn risau yer, tayar dah baru.. lepas balancing tadi.. rasa sedap sgt bawak, tekan2 sampai 120 pon cam smooth jek dia pegi.. muahahahah!



Then trus lunch sekali. Sebenarnyer teringin Yong Tau Fu.. maklumlah..mulut tgh ulser teruk, cari mknn yg sup sup je la kunon.. sekali kedai tu sudah takdak. Ganti ngan kedai Grill ape ntah.. sebab malas nak fikir.. sy mkn ini:



Portugese something something nama menu dia.. layan.. sedap! Kunyah 2kali, telan.. kunyah 2kali telan.. nasib la perut.. kena kerja keras hari ni..
Sebab kan menu tu agak pedas, dessert plak kekdahnya...




Nyam nyam.. I love u 'BYMS'!!!! miahahahha! (sila jgn tanya 'BYMS' itu apa ek, rahsia kerajaan :P)







Oh yer, tips penjagaan tayar unt orang2 yang tak penah tau pasal tayar mcm saya. :P

-> Every 10k KM, perlu la pegi tuko tayar depan pi belakang, tayar belakang pi depan and.. buat balancing and alignment sekali.

Set reminder for myself too... 10k to go! :)

Botak!

Tayar kereta saya sudah botak..



Sebelum ni sy tak perasan, bwk keta main belasah jek.. :P



Bila org dah tegur, mula la cuak.. nak2 pulak my daily route lalu Kerinchi Link. Itu jln merbahaya tau, especially on wet day.



Jap lagi nak mengular.. en suami ajak pi kedai tayar lim, cari rim..



Mebe tinggalkan kereta jap, lunch hour nanti amik balik.

Wednesday, October 14, 2009

Adam@1year and 6months old


Wahai anak.. mama terlupa unt bawak Adam pegi 1year and a half punya jab. I'allah before next week kita pegi eh.. this time around, kite pi cari klinik berhampiran je la ek? :P


@1year and 6months old, u started to sounds more like us. :P
Here's an expanded list of his words:

mama- mama
papa- papa
kakak- kakak
kar- car
cucu - susu
chus- shoes
choks- socks
kat-cat
bird-bird
fish-fish
cicak- cicak
nak- nak
no no no- a BIG no
tanak- tak nak
kokok- keropok/pokok
nak kit- nak sikit
air- air
amin- (lepas baca doa)


and sounds he can make:
meow- cat
mmmmm- cow
ung ung- dog
wek wek wek- duck
uk uk uk- monkey
auwm- lion



and part of the bodies that he knows:

hair
eyes
nose
teeth
ears
hands



and..


dia juga dah pandai report kalau org marah/pukul dia..
hari tu masa on the way balik dr ipoh, dia sgt la melesek and nak ke depan dekat papa dia..mama geram, mama lepuk belakang bahu dia sekali.(erkk.. loose temper? :P) alaa.. pelan je pon, then dia tepuk tepuk bahu dia sambil mulut pot pet and pointing his little finger towards me.. merepot ok?? bahaya dah ni.. hahah




dia juga sudah pandai menerima arahan.

mcm bila kita suruh letak atas meja ke, buang sampah ke, or simpan barang kat mana2..
tpi yg pelik nya.. sampai sekarang dia tak tau remote tu apa.padahal dr kecik lg dah bergelumang dgn remote. :P kalau ckp tolong mama amik remote.. ntah ape2 benda yg berdekatan dgn remote tu yg di baginyer..



dia juga dah tahu apa yg dia nak..

contoh bila dia terasa nak mkn. dia akan mintak 'kokok'. sama jugak bila nak minum. dia cakap 'air'

bila kita tanya nak susu? kalau die geleng or cakap tanak/no no no, tak payah la buat susu,confirm dia tak minum.tapi bila dia nak, dia akan tunjuk tempat susu tu and buat senyum gatal+gelak manja bila kita tanya nak susu?

same goes tu buai.. ya tuan-tuan, dia masih perlu dibuai selain dr tidur malam. Kalau kita ckp,buai nak.. kalau die geleng or cakap tanak/no no no,jawabnyer,darah tinggi la ko kalau masukkan jugak dlm buai tu. dia akan meronta2 dan terkinja2 smp nak tergolek, tp kalau dia dah ready unt buai.. dia akan angguk2 bila ckp buai nak,then bila buai, kejap je dah lelap.



dia juga sgt suka menari n berjoget bila dgr lagu/iklan
sekarang ni his favorite is iklan master card yg org tu menari merata2 dunia n post kat youtube tu.



dia juga sudah mahu makan dgn sendiri..
tapi.. kadang2 tamo makan juga. :P adalah sgt memenatkan unt kutip hasil 'kemana nak tumpahnyer nasi,kalau tak ke bawah and satu rumah' :P



dia juga sudah semakin noti.
apa dia nak mesti dpt, or else akan melalak sambil bergolek2 di atas lantai.. aduyaiii!! don't be a spoiled brat my dear.. please don't.. :P



oh oh.. die juga dah pandai berebut and kedekut..
especially toys dia la kan.. and dgr cerita juga dah pandai buli org kat nursery.. kuang kuang.. patut la selalu lengan adam lebam2 ada kesan gigit.. haih! anak mama.. :P



and he loves to have his baby chat with atuk on the phone.
pot pet pot pet pot pet.. bila hung up the fon, tahan je la dgr dia melalak.. :P



Can't wait to hear him ask: "Burung apa tu??"
Confirm mama tak larat layan nanti.. lallalala!




Mama hope u grow very well intan payung.. :)

Tuesday, October 13, 2009

Shoot!

System ni..

bila dia ok.. takde org nak pakai..


bila ada org nak pakai... dia tak ok...


jadi... bila nyer orang boleh guna ko hah??



I just hate u BO! Darn!!~

Monday, October 12, 2009

Huargh!

Pagi2 yg sejuk dan mendung ni membuatkan sy rasa letih....

Tu alasan yg kukuh unt mencari bantal lunch break nanti.. hahahah!



Last friday kitaorg balik ipoh. Bertolak 10.30pm, sampai 12.30am.

Saturday, wedding one of my loyal friend. Among the best i could say. :P That's the main reason why we were in Ipoh. Then ke 4 destinasi yg berbeza,tp 1 tujuan:Menziarah+Beraya.. Balik rumah at 10pm.


Sunday, 12pm, ke Kuala Kangsar,juga dgn tujuan seperti di atas :P
3.30pm trus gerak dr Kuala ke KL. Smp KL around 6pm..tp tak jejak rumah lagi..trus ke Midvalley. Mission:Clarks-Crocs-Toy'r'us. Accomplished! Papa+baby pulang dgn senyuman, mama pulang dgn penat. hahah! 8pm baru smp rumah..

Patutnya takde la letih sgt kot..tp mebe sebab puasa kot.. Sejak masuk opis 7.30am tadi, takde langsung bercakap ngan sape2.. sangap.. ahhahaha!! kalau dah kaki kepochi kat opis tak bercakap, harus la tak senang duduk kan..


1 and a half hours to lunch break... can't wait! :p

Friday, October 9, 2009

Muke Yun tensen~








Hahaha!! Padan kan muke ko yun, layankan sgt budak kecik tu.. :P

Thursday, October 8, 2009

Cuak~~

Asben sy tgh dok GTalk ngan sy..expressing rasa cuak dia, sebab in a few minutes will be his 1st time to ber-conference call dgn bos SOC di aussie...



what i said to calm him down is:




"Best apa conference call.. boleh kentot time miting, org tu tak bau pon.. "






Hehehhe.. best kan?

Contest: By BabyIbu







Berikut adalah pandangan depan dan sisi Adam Rifqie menggayakan baju raya nya..



Ada gaya model kan?? eheheheh!



Gambar berikut pula adalah gambar yang akan dipertaruhkan for the contest... :)


Name: Adam Rifqie bin Akram
Umur: 1tahun 6bulan


Sorry la pihak juri, Adam duduk kurang bersopan, nampak pampers terbonjot2.. nasib baik pakai pampers! hahahah! (ooopsss... sorry.. :p)



Contest ini best, sebab byk sponsors.. mana la tau, ada tuah mengiringi di saat sy post entry ni.. :)

The sponsors are:
Gin & Jacqie,
eoe Online,
leanalittleshop,
Sherry,
TH,
Mia dan Niko.



Tu dia, punya byk sponsors kan?? Best best!! I just hope there's one for me! Amin.. :)


oh yer.. interested in joining, feel free to visit BabyIbu's contest page for terms n conditions:
Si Comel Berbaju Raya


All the best!!

Open house?

Ramai dok tanya:

"Tak buat open house ke tahun ni munek??"



Korang ni memang.. bila buat, tamo datang.. bila tak buat tanya pulak.. apekejadahnyer sedara? :P


Jawapannyer, tak buat! Tapi, kalau nak dtg beraya, Deepavali i'allah kami ada kat rumah.. sape2 nak dtg.. jemput la dtg on Deepavali.. kita sambut double raya gitu.. i'allah i'll be wearing sari!(mmg sesuwai sgt lah tu :P)



Ok, sesapa nak dtg rumah, sila book attendance dulu yer..
kalau ramai sgt, sy cabut balik kampung! ahhahaha!! keji tak??

tak la, kidding, just inform la kalau nak mai.. boleh la sy budget2 nak masak ape kan? :P


Jadinyer, to lisa, noi, reza, hainey, nad, yun, cyana, kak nor, and.. anyone interested seing me in sari(kejadahnyer,hahah!) u're so welcome! lalalalal!!

Wednesday, October 7, 2009

Kenyang tahap gaban..

..sebab td lunch date ngan encik asben, sejurus selepas sy membaham cebisan2 jamuan raya department org(bersama2 cik yun :P)

Even perut kenyang, tp dah namanyer kuar lunch, mesti la makan gak kan.. :P
Menu hari ni, Ikea meatballs+ Daim cake. Hahah! siap desert lagi..

Semalam masa training pon, encik asben dtg time lunch, sebab sy nak pinjam external hard disk dia, nak copy virtual machine, xmuat masuk pendrive.
Hasilnya, semalam, sy makan besar jugak.. Steak gituu... Kalau dah namanyer dating, mesti makan best2 kan? hahaha!

Kalau esok,lusa, tulat,tonggeng, en asben ajak lunch lagi, harus berat naik 5kilo by the end of this month! oh yer... sekarang kami boleh dating selalu2, sebab en asben baru masuk opis baru 2seksyens away.. yebedabeduuuuu!!! jangan jeles... :P

Tuesday, October 6, 2009

Hope today will not be as bad as yesterday!

Training smlm teruk!

Trainer masuk lmbt..

not well prepared on topic..

Duduk setempat...

Follow jek module..

Balik awal(which is ada baiknyer :P).. tapi sebab dia not well prepared the virtual machine..

Haihh!!! Hope today he'll change!

2minutes to 9am, blom nampak bayang.. lmbt lagi kah????

Monday, October 5, 2009

@Centerpoint,Bandar Utama

On training,today & tomorrow.

Sepatutnya training start @ 9am.. tapi tak nampak batang hidung trainer pon lagi..

Sib baik ada peneman setia anda--> "THE INTERNET"


psstt psst.. sempat lagi menuai hasil ladang fesbuk.. lalallalalal!

Friday, October 2, 2009

Kurang ajar~

Td masa blog hopping, ternampak perkataan 'kurang ajar' somewhere.

That reminds me of this one ustazah back at school.

Masa kitaorg form3, Bahasa Arab is optional. Sapa nak amik for PMR,dipersilakan, sapa xmo amik, xpaksa. :P

Dah nama pon orang tak paksa, xde la sy nak amik pon kan subjek tu. Time class Arab, sesiapa yg tak amik, duduk di bahagian belakang kelas n buat revision sendiri.

Kitaorg ada satu pe'el suke makan dlm klas, sweets ke, coklat ke, kacang keras ke.. normal kot rasanyer, ubat mengantuk kan. Al-kisahnyer, ustazah tu nampak saya tgh munching2.. tapi dia tak tegur pon.. Tetiba dia nampak satu pembungkus gula2 kat laluan tepi sy, which was I SWEAR that's not mine. Tetibe je dia melenting marah2 sebab that small piece of wrappers.
Me being protective, mesti la tak mengaku.. "Bukan saya punya ustazah.." tapi sy jawab dengan baik sambil pick that thing up.

Tetiba dia keluar statement yang sampai sekarang dendam kesumat dlm hati. Yes, there a things that is not easy to forgive and forget. Her statement is one of it..
"Tak payah tipu la, saya nampak awak makan tadi. Tu la, kalau MAK BAPAK tak ajar, tu la namanyer KURANG AJAR!!"

Shoot!! Menyirap darah sy, even tgh taip ni pon sy masih menyirap. WTH mak bapak aku plak kena kan? Dah la kitaorg skolah asrama, sekali sekala ja jumpa mak pak, harus laaa sssggttt sensitive isu mak pak ni.


Anyway, if u read this Ustazah Nawal Syifaa' (tak igt eja), sy masih blom boleh melupakan apa yg ustazah ckp 12years ago. Sorry to say.


Oh yer, kalau Ustazah tak sure if that is u i'm talking about, Ustazah mengajar di SKMRPB, Ipoh.
Subjek: B.Arab, Tahun:1997, your favourite student: Shabir.

Thursday, October 1, 2009

Na na na na Ganu kite!

Last weekend yg kitaorg pi Terengganu tu, adalah dgn tujuan utama unt menjadi sebahagian drpd rombongan pengantin. Turn pengapit kitaorg dulu pulak unt dikapit! Lalalala..

Sebelum..

(psst.. pengapit perempuan tu next in line, dgr cerita dah ada rombongan beraya rumah haritu.. :P)



Selepas..





Sikit gambar sekitar majlis akad nikah...




(gamba ini adalah the best of me sepanjang kat ganu! hahaha! nampak slim n tinggi gitu!! i loikeee.. :P yg sebelah tu, bibik baru.. hahahahhaha!!! mati la kena pukul! ok ok, itu angah saya! :))



Ada la insiden sikit that morning.. pengantin terhilangkan wallet n fon dia.. tgh gemuruh la katakan..dia terlupa pickup balik wallet tu lepas amik air semayang.. sabar je la.. lepas tu sebelum akad, melilau cari wallet.. sib baik la dpt nikah jugak,walaupon dlm kepala tu dok tgh recall mana laa dia tinggal wallet.. :P hehehe!

Anyway.. here's where u left them abg ashrap!



SELAMAT PENGANTIN BARU DARI KAMI SEKELUARGA!!! :)





Lepas the reception, kitaorg jalan2 kejap..













I loike.... Na na na na.. Ganu kite!!!

Wednesday, September 30, 2009

Sharing is caring?

Adam sekarang dah pandai kedek.. :P Actually bukan kedek la.. dia just nak apa yg orang tgh main.. dah la rebut dari org, dia lak over nangis2 kalau tak dpt..

Yg kelakar tu, masa Alia(his cousin) dok main moto dia.. tetibe die menyelit dok kat depan.. then, kiteorg pon kelam kabut la amik kamera.. konon-konon how sweet they are sharing their toys..




Rupa-rupanye... lepas dia duduk je... dia trus jerit: "Kakakkk!!!" sambil tolak2 Alia kat belakang dia..

Yang si kakak tu.. dgn muka kesiannyer.. terpaksa beralah...
Sebab tak puas main, mama dia ckp.. Alia sampai tamo tido, asyik nak main je... sampai nangis2: "Nak mainnn.. nak mainn!!".. Patut la bgn pagi tgk moto tu ada kat dapur.. rupanya sampai kena sorok.. hahaha!


Kids!! So tiny, but yet so adorable!

Pics di pagi raya..

Agak kelewatan unt upload gambar di pagi raya,tp ni baru berkesempatan.. :P

Raya tahun ni, sy adalah super happy!
1.sebab dpt syawal pertama kat KL :P
2.sebab dpt menjadi organizer unt hari raya, kami merendang dan beraya di rumah sendiri tahun ni,jadinyer.. excited unt berkemas dan menjadikan everything looks perfect adalah tahap extra vaganza.
3.sebab dapat berkumpul sumer adik beradik, for which the last time was in January.

In pic, abg yg sulong not included, sebab dia sampai KL pada raya kedua.. and part yg paling tak patut, tak da langsung gambar dia yg disnap. hahah! standard la, raya pertama je excited ngan kamera.. lepas tu tak teringat dah nak snap2.. :p

Oklah, layan kan sikit gambar raya kami.. takde la meriah mana, cos kami 4beradik je pon.. anak2 pon sumer kecik2 lagi.. Sy benci tudung itu,upset.. gigih cari kat ariani. :( Tudung itu adalah sgt lembik dan membulat.. sy suke yg muncung2.. plus.. tudung itu telah menjadikan kulit gelap ku kelihatan melengut! Upset! :p

Ape2 pon.. raya tetap raya.. and.. Adam Rifqie TETAP MENJADI POJAAN HATIKU!

Zasss~~~!












Sunday, September 27, 2009

Beraya sakan :P

Kalau dah beraya sakan, harus la blog tak berupdate.. :p

The first few days of Syawal, kitaorg beraya kat KL dulu.

Then Seremban. Then Segamat,Johor.

Now dekat Kuala Terengganu, been here since friday. The journey, perghh!! Almost 10hours to get here from Seremban, because of the unexpected. Kitaorg konvoi 5kereta menghantar pengantin, one of the car broke down. Nasib la each car ada dlm 3org jek, boleh la sumbat2 n meneruskan perjalanan.Tp sementara nak tunggu arrangement tu, mkn 2-3jam gak la.. sempat la kitaorg piknik kat tepi jalan nak ke Gambang. Ada sapa2 nampak kitaorg tak? 2sorento-2perdanav6-1accord. :P


Oklah, nak mandi.. lepas ni nak singgah ke Pasar Payang jap.. then trus gerak KL. But depends on the traffic gak la... kalau sesak sgt, nak de tour ke mana2 dulu lah kot. Mr. husband dah byk kali ckp nak ke Kuantan, but, we'll see how lah nanti. :P

Ok then, pray for our safe journey.

Thursday, September 17, 2009

Mission Completed~

Tadi g shopping, terima kasih kepada kengkawan peneman yg setia dan bersabar menunggu.. :P

1. Compact powder-checked
2. Kasut raya-checked
3. Jeans-checked

Ok, wishlist telah dipenuhi.. tp dah namanyer pompuan kuar shopping, benda tak masuk dlm list pon terrrrr beli jugak. :P shirts 2helai,lipstit ngan shadow shadow buat main kaler2.. keh keh!

Sekarang sy boleh beraya dgn gembira! hahahhaha.. poyo jek..


Pada kengkawan yg dah nak gerak balik kg mlm ni, have a safe journey, Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf virtual dipohon. Take care!

I think he's hot!

Sila jgn kata sy gatei.. tp mmg dr dulu, sgt suke suara dia.. lalalallala!

Kokok!

Adam is a huge fan of keropok. And mama pon, bila anak dah suke, maintain jek availability keropok dlm tupperware. Bila dia teringat nak makan, dia akan lari ke meja dapur, sambil jengket2, tunjuk tupperware tu. "Nak nak! Kokok!"

Pe'el budak kecik sorang ni, dia mmg susah nak tido. Semlmm husband membuai dia,dlm kul 11.30 camtu(i was upstairs, kutip hasil kebun fesbuk :P) at 12am sy turun, mr husband still membuai,tp bb nampak cam dah lelap. sy pon ke dapur la, minum air.. pastu teringin lak keropok. amik la 2-3keping. Tgh sedap krup krap krup krap kunyah keropok, tetiba, Adam trus duduk dlm buai dia n jerit "Nak nak nak!"

Erks! Mr husband bengkek jek.. Penat buai, hahaha! Last2, mama n anak, duduk kat sofa mkn keropok @ 12.30am. Sungguh unhealthy kan? Tp budak2 pon nak tit bits jugak kan, so, sy rasa keropok is OK, compared to those cikidis in the market.

Mr husband sgt suke makan jajan, tp sebelum baby keluar lagi sy dah warn siap2.. "Jgn ajar anak ayg mkn jajan" :P Hasilnya, mr husband secara otomotik dah kurang mkn jajan, sebab.. everytime dia mkn, bb mesti nak.. dan bila bb nak, mama dah jeling lain mcm.. terpaksa la dia tutup balik plastik jajan tu.. Sian papa.. tapi takpe, iits for you own good jugak tau! :)



Selingan on Adam's development, dia sekarang dah pandai beza sakit n gatal.

Kalau sakit, dia cakap "Kit.. kitt.. Ni, kit.."

Kalau gatai, "Gatei.. Ni.. gatei.. " Bila dia dah sebut 'Ni.." tu, maknenyer dia nak suh kita garukan la.. mcm semalam,sebelum tido,habis satu badan dia suh garu, leher la, perut la, tangan la.. dada laa.. sabo jek lah.. Confirm dapat habit mama,suke kena garuk.. :P
yg best tu, sekarang dia dah boleh tolong garu sy.. kadang2, tak suruh pon, dia pegang siku sy, then dia kata.. "Gatei.." sambil garukan siku sy.. Cute!


Oklah, enuf of my Adam.

Wednesday, September 16, 2009

Abby + Kids

Cute, kecik2 dah pakai wig, pink lak tu.. heheheh!





Looking at this pic makes me wonder..


How strong u must be to raise these bundle of joy?!



As far as i know.. i am not strong enuff to do it all by myself..
Abg, don't u dare leave us alone!

Boh-san!

Mood adalah sangap.

Nak tido salah,

nak kuar salah,

nak troubleshoot salah,

nak makan, laaaagii la salah... haih fenin!


Kengkawan seperjuangan telah membuat godaan ke munawwarah. Alhamdulillah, berjaya di tepis.. Lagipon, rasa malas btol nak menapak ke parking hari ni. :P

Ada 3 lagi benda yg sy nak beli sebelum raya.. esok mebe.

1. Compact power-pg td, mmg sy dah kikis hbs2 dah bedak sy.. tak cukup pon nak bg nampak putih sikit. hahahhaha!

2. Jeans-sy telah menggemuk dgn pesat, maka jeans sumer dah tak best!

3. Kasut raya

yg mcm ni ok lah, simple n tak tinggi sgt.. masalahnyer, last minute baru sibuk nak beli, merata2 Vincci, sumer hbs size. Padan muke. :P


Bila dah beli ini 3benda, maka dgn rasminyer.,sy akan berhenti membeli persiapan raya.

Lalalalalla! :)

Monday, September 14, 2009

It's almost Raya....

....when suddenly my poor baby jatuh sakit.. Last week dia sore throat.Last 2days,dia kena batuk n selsema. Malam semalam,dia mcm takleh tido..jap2 terjaga,n nafas die dah mula berbunyi..
Sigh! Semput anak den. Decided to bring him for neb before pegi kerja tadi, tapi semua klinik berhampiran belum bukak lagi. Trus ke ER HUKM.

Memula smp, ada lah insiden yg menyakitkan hati.We we referred to this one Doc yg sgt sombong nak mampus! Asking for info mcm pengetua yg garang giler. He rejected our case, n claim that my son was ok. The MA pon tak puas hati ngan doc tu. KURANG AJAR GILE ok? And i was like tersgt marah dlm hati sampai bergenang air mata tahan nangis. Yes,i'm not the type yg senang nak marah2 org..walaupon i have the right to say:"Doc, if anything happened to my son, u'll be responsible for it! *ssh*le!!!!"

Nasib MA tadi sgt baik. Dia referkan to doc lain,n trus start the neb. Doc Arab yg treat Adam tadi.He said that tonsil Adam adalah sgtt bengkak,that's why his breathing started to make sounds. Dia ckp kalau bengkak lagi, Adam nak bernafas pon dah tak leh. Nauzubillah.. Then dia suruh buat blood test n take another neb. The blood test result shows that, Adam is infected by both bacterial n viral infection. But since Adam is still strong n standing ie boleh mkn n masih aktif, we were not warded. Cuma dibekalkan dgn antibiotics and tamiflu. We just need to be alert on other symptoms of what we wish it is not it is.

Tomorrow, need to get back to work, since td dh EL. Hope my baby will have a speedy recovery. Amin!

Saturday, September 12, 2009

Rebonded!

Rebonding sudah.. tp that 2-piece tk beli pon.. keh keh! and i cut my hair short!
Balik dr saloon, en suami kata.. "Kenapa potong pendek?"
Alasan sy bg: "Murah sikit charge rebonding dia.."

Hahah! :p

Pg td sy pegi jln Tar dgn Miss Yun. 10am dah sampai sana, itu pon org dh ramai. Sy beli ariani selai,then misi mencari sampin si kecik + si besar n songkok si kecik.. Main rembat ja, sebaborg dh semakin sesak.. tak kuasa nak stay situ lama2. Then singgah Sogo kejap. Konon nak cari kasut Vincci bling bling yg sy berkenan,sebab merata2 Vincci yg sy pegi,sumer hbs size..tp malangnyer Vincci kat sogo udah takde.:P Pastu nak try jeans,Padini.. Punya la lama tunggu org dlm fitting room tu nak keluar. Projek mkn ke apa ntah? Last2 xtry pon,sebab kalau berkenan pon, tak kuasa nak beratur membayarnyer. Oh by the way, mana nak dpt ladies jeans yg bukan low-waist or super low-waist? Masuk Levi's itu harnipon... jeans sumernya kecut2 n cuttingnyer cantik unt org kurus jek. Org gemuk/peha besor ni cmno? :p

By 12pm,jln tar tu dah sesak yg amat! Nak berjalan dlm Sogo pon payah gila. Sy pon bergerak balik. Nasib naik lrt,senang. Lepas amik Adam kat nursery, kitaorg ke Giant. Potong rambut Adam sekali. Sy pon survey2 la package rebonding kan. :p Then trus ja set appointment. Lepas membeli-belah dan balik zohor jap,sy pon pegi balik sendirian.
Naik lenguh b*nt*t tunggu. 3jam tu.. Amoi tu kata kat sy masa memula sampai, "U bukak tudung nampak muda woo".
Bila dah siap tu.. "Waa... mcm ni u nampak laaagi muda,cantik...nanti balik kg u takpayah pakai tudung la.. Ramai dtg sini aa,lepas rebonding, trus tak pakai tudung lagi.." erk??? Apa yg mampu sy cakap "Pakai tudung bukan sebab cantikk..." :p

Balik rumah, Adam mula2 mcm tercengang tgk mama dia.Lepas sy acan dia 2-3kali,baru dia gelak2.. hahah! Konpius jap die,tgk mama rambut pendek. En suami pon kata nampak lain. Tp sy paksa gak dia ckp cantik. Haha! Sebenarnyer,this is the 1st time sy buat rebonding, n pada saat ini, sy rasa,biarlah yg terakhir..:p pada mata sy..sama jer nampak lurus nyer, cuma kuncup sikit laa.. letih tunggu lamaaaaa giler! Kalau berbaring cam facial tu, takpe jugak lama2.. :P

Ok,that's my Saturday, xde masak2..Santapan berbuka td pon panggil Dominos jek.. lalalalla!

Friday, September 11, 2009

Sami Yusuf - Asma Allah

Jejak Rasul 2009 punya lagu.. Adam kalau tgh main pon, mesti berenti tengok.. :P
(kena dgr sampai hujung)


Mommy Lyna Giveway Details

Pada yang berminat dgn content previous post,

I'd like to share that Mommy Lyna, the founder of:


Where Supermoms Unite

is giving away Petronas vouchers for the lucky ones!

Anyone might win, if u are lucky enuff... :P


1st:

PETRONAS fuel voucher worth RM70

Special blog review by MySuperKids

2nd:

PETRONAS fuel voucher worth RM50

3rd:

PETRONAS fuel voucher worth RM30




What's more to wait!


Go ahead and visit Mommy Lyna's page now: http://mysuperkids.net/duit-raya/




All the best everyone!

Mommy Lyna Giveaway~

Saya nak duit raya(to be exact, voucher petronas) dari Mommy Lyna..

mysuperkids giveaway


Sertai sekarang untuk voucher minyak PERCUMA!


weblog popular 1Malaysia


Please please please Mommy Lyna, kitaorg sakan nak beraya ni.. KL, Negeri Sembilan, Terengganu, Ipoh.. merata pusing! :P

Rebonding~

Nak raya ni.. ramai yang pegi treatment rambut..

Sy pulak gatal.. bukan takat treatment. tp teringin nak rebonding sekali.. :P

Tanya la en suami,

me: ayg nak rebonding boleh?

suami: nak buat apa? rambut ayg kan dah lurus?

me: boleh lurus lagi..

suami: lurus camne lagi?

me: ala.. sekarang lurus, tapi kembang.. kalau rebonding,dia lurus.. tapi kuncup.. :P



pagi ni, en suami bagi link ni : http://www.irsyad22.com/agama/meluruskan-rambut-aka-rebondinghukum/


sy pon higlight satu point di situ: "Dalam soal ini JAIS dan Jabatan Mufti Selangor telah bersepakat bahawa hukumnya HARUS untuk kecantikan bagi suami.."


dgn relanyer en suami kata.. "Ok la, untuk abg... abg bagi la.. "


baru nak bergembira riang.. tetiba ada ayat tambahan.. "pastu beli bikini k?"



erksss????!! hampeh!

Tuesday, September 8, 2009

Project Coklat Chips Completed!

Sempena cuti nuzul Quran semalam.. saya telah berjaya menyiapkan projek coklat chips itu.. plusss.... ada ad-hoc project yg tidak didalam perangkaan yakni Biskut Nestum. Itu adalah request mak terchenta. Mak kata, tak berbaloi bwk keluar perkakas bagai kalau buat kuih satu jenis jek.. :P Well, mmg tak berbaloi pon kalau buat satu jenis jek.. bahan2 byk lebih.. sy rasa lepas ni, tak payah beli chipsmore lagi, sebab dgn bahan yg tinggal tu.. sy boleh buat coklat chips unt sepanjang tahun.. hahahah!

yg bestnya..rumah kami takde penimbang, walhal copy resepi dgn unit sukatan gram. Camno tuh? Last2.. coklat chip tu jadiklah resepi baru yg diberi nama: Murni Coklat Chip Belasah Aje. :)


Alhamdulillah lulus! Bagi tester kat en suami biskut yg hangit buntutnyer.. :P
Itu pon dia kata sedap.. kalau tak hangit, lagi lah sedap kan?? hahaha!
Keji tak sy bila en suami tanya: "Mana yang tak hangit punya?"
Sy jawab:"Yang tak hangit simpan raya.." hahhahah!! Mithali kan? :P


Semalam juga sy adalah sgt produktif.. :P
Bgn pagi basuh baju.. sambil tu menjahit, sambung lengan kiri dan kanan ke badan.. then sidai baju.. kul10 pegi rumah mak stat projek kuih raya. Buat kuih from 11am-4pm.. Sambil2 tunggu kuih masak, jahit mata lalat kat leher.
Lepas asar, angkut mak balik rumah unt berbuka sesama. Projek memasak juadah pulak lah kan.. Sy masak nasik goreng, goreng ayam, sayur campur,cucur udang, makaroni sup adam.. mak pulak buat buih ketayap...


Prung prang prung prang.. Lepas berbuka.. suap Adam makan.. Then kemas bilik atas yang mcm tongkang pecah.. :P Itu pon gagahkan juga berkemas sebab kakak ipar ku nak dtg tido rumah.. Actually, bilik tu takde la sepah sgt..cuma katil dia sy jadikan sarang longgokan baju.. hahahah! menggunung baju nak lipat weh! :P Tapi bagus gak la kan, kalau takde org nak dtg... jawabnyer, sampai ke malam raya pon blm tentu berusik bilik tu.. hehehe!


11.30pm, supplier tempeyek yg saya jual di opis ni dtg hantar order.. Then kemas2 sikit, basuh2 apa yg patut.. kul 12am baru dapat mandi...


Punya la letih.. lenguh badan sampai susah nak lelap mata.. Alhamdulillah pagi ni dpt recover balik.. :P


Dengan itu, project yg tinggal sekarang:
1.Siapkan baju kurung jahit sendiri - 80%completed
2.Siapkan manik on main baju raya - 75%completed
3.Jahit manik on another baju raya -0%completed.

Actually, projek no.3 tu was never on the list. Tup tup bila dpt dr tailor last week.. sgt la takpuas hati dgn hujung tangan dia... boleh tak dia jahit mesin trus ja kat hujung lengan? Dah la basi sikitt sangat.. Tangan pon mcm dah nak senteng.. jadinyer,terpaksa la work-out another plan unt cover kecacatan itu. CIS!!
Macam tak sempat jek.. tapi tgklah nanti camne.. :P Silap2, kena cari sub-contractor sorang.. hahah!


Ok.. sekian dulu status report! :)



Sakan mak beraya tahun ni kann??? :p

Sunday, September 6, 2009

Weekend pon busy~

Mcm busy sgt lah kan? :P




Sekarang ni, we r still in seremban. Lepas berbuka nanti baru balik.. Mak mertuo den dah siapka n gulai ayam td.. Baunyer menusuk ke kalbu..lambatnyer lagi berbuko.. :P


Esok sy coti! yabedabduu!!! Project chocolate chips la nampaknyer... lalalalalla!

Thursday, September 3, 2009

Buka Puasa Free!

Yeay! Hrni buka puasa free at Muzium Kesenian Islam. Buffet dia worth Rm77,esok sy buat food review dia ye.. :p

Wednesday, September 2, 2009

First Attempt

Ini adalah cubaan pertama sy masak ketam goreng cili.

Bg sy,rupa dah pass,rasa xtahulah.. Kalau xsedap,dah nama pn berpuasa kan,boleh la cover line. Hehe!
Menu lain hari ni ialah tomyam ayam.. Amik bau tadi,mcm tak jd je.. :p lg sekali cover line sebab puasa. Haha!

Selamat berbuka semua!

pst psst.. harini sy blk awal,tu yg smpt main masak2 tu.. :p

Trailer:The Twilight Saga!

Saya tak rajin membaca novel seperti the other bloggers that i know.
But i definitely is going to watch this!

Lainkali bila rakan blogger bercerita, at least i can say: "Oh, that Edward Cullen!"
Hahahha! Kasihan saya kan? :P

Tuesday, September 1, 2009

Long weekend, long silence!

Ngee.. tajuk tak semenggah!!

Nampak sgt update blog kat opis, tak masuk opis.. maka blog pon stagnant gitu.. :P

Long weekend haritu, telah diisi dengan penuh bermanafaat sekali.. :p

Sabtu -spring cleaning kow-kow punya.. bahagian bwh rumah dah boleh raya dah, tapi bahagian atas, tak terusik lagi la.. heheh

Ahad -kami menjalankan misi mencari baju raya si kecik dan papa si kecik.. tawakal byk2 la keluar ke public bwk si kecik tu.



Langkah berjaga2.. sempat la tahan 15-20minutes kot dia pakai menatang tu, sebelum meronta2 nak bukak.. Time snap gamba ni, sy ckp:"Adam.. smile!!!" tu yg mata dia menyepet tu.. heheeh!

Isnin -aktiviti keluarga. We went to Keramat, berbuka puasa with my auntie and family. Lama tak get-together gitu.



Lumrah manusia, bila dah bagi, tak penah puas.. So do dgn kes cuti ni.. tak cukup 3hari tu.. kalau boleh, nak lama2 lagi.. hahhaha!