Saturday, January 30, 2010

What Do You Want From Me??

by Adam Lambert...




Dok layan je lagu ni, even meaning lagu ni takde kaitan dgn hidup.. Syiok!!! Tapi bila jerit part 'What do u want from me??' rasa mcm meluahkan isi hati.. :P



Kadang2 ada je benda yang org tak puas hati tgk hidup org lain senang.. dengki tak pasal2.. Haisshh.. 'What do u want from me lah'????

Friday, January 29, 2010

*Serammm**

Sy ni mmg suka dgr cerita2 seram ni.. lepas tu, penakut sendiri2.. tp sekarang dah berani sikit la..cuma kalau dah 11pm ke atas tu, otak mmg trus tune in cerita hantu la kalau tinggal sorang2. :P


Pagi2 ni, akak opis cerita, sekolah anak dia dah 40org kena histeria since Tuesday. Dgr cerita, ada budak main 'spirit', then benda tu tamo balik. So malam tadi, sekolah ada buat baca2 Yassin.

Me memang tak pernah main spirit ni. Korang pernah? Kalau pernah, share la sikit..
Sebab curiosity nak tau detail, trus google : "Spirit of the coin" :P
Macam2 la cerita kuar, letak darah dlm mangkuk la, ada yg pakai haid la, then hantu tu mintak darah..

Selalunya, budak2 suka main ni.. me dulu dok asrama.. tak payah panggil2, mcm2 hantu ada. Nak cerita history yg paling famous sekali kat sekolah dulu.

Ada satu couple, berchenta.. then terlanjur. Dah terlanjur mencintai mu tu, si girl pon pregnant. Setelah bayi dilahirkan, kabarnya anak itu ditanam di bawah pokok saga belakang dewan makan. Dek kerana ketakutan/kesal, si girl bunuh diri, terjun bangunan dari tingkat 4. Ceritanya kepala nya putus lalu tergolek ke kawasan kolah dan tanah tempat dia jatuh tu, rumput pon tak tumbuh2.

Yang si boy pulak, mengantung diri kat kipas dorm. Yg bestnya, dorm tu lah yg sy duduk masa form1. Kunonnyer, dorm tu la satu2 nya dorm yg takde kipas syiling sebab setiap kali annivesary bunuh diri, kipas syiling tu akan mengeluarkan darah. Sebab tu, depa install kipas dinding jek.

Jadinya, kat sekolah sy tu, hantu yg paling femes ialah hantu 3 beranak ni la. Kadang2, orang nampak perempuan rambut pjg jalan sorang. My fren pernah terserempak. Dia nak pi toilet malam2, sebab rabun, dia relaks je meneruskan perjalanan walaupun dia dah nampak dari jauh. Bila dah dekat, baru dia perasan yg perempuan tu tak bermuka.. meaning takde mata, hidung, mulut.. muka dia kosong. Trus dia lari masuk bilik n nangis2.. and esok pagi, kena lah jemur tilam.. :P

Yang si budak kecik ni pulak, selalu ajak org main.. Org yg dorm tepi tangga, selalu la dgr budak ni gelak2 main lari2 turun naik tangga. Kadang2 dia sebut: "Jom main.. jom main.. "
Oh yer, budak ni nama dia Nadia kalau tak salah.

Yg hantu lelaki, tak igt plak apa yg dia selalu buat. :P



Tuhla ringkasannya cerita hantu kat sekolah sy. Tu blom masuk hantu pad lagi.. Tiap kali ada benda tu, mcm2 la cerita keluar kan. heheh! Sebelum masuk sekolah hantu 3 beranak ni, sy ada masuk asrama yg lain selama lebih kurang 2bulan kot. Asrama yg tu, femes hantu jepun n lady green. :P Lepas tu kat uitm manjung pulak.. lagi la byk cerita, setiap blok hantu lain2.. hantu india menari la, secretary menaip la, pocong la.. mcm2 la.. :P Yang tu malas la cerita, kang entry ni jadi berjela2.. Tu la blom masuk cerita pengalaman sy dikacau hantu lagi. ehhehe~ Macam2 kan?


Sekolah korang ada hantu apa? Korang penah kena kacau tak? :P

Share la sikit..


Jangan biarkan hidup anda diselubungi... Misteriii.....

Thursday, January 28, 2010

Ini betul-betul tau, bukan main-main....

Si kecik ni memang pantang tgk lappy terbukak.. mesti dia nak conquer sorang2...
Kitaorg just bagi je dia main, eventhough dia selalu korek 'nipple' tu sampai terkeluar..

Ye kawan2.. lappy pon ada nipple..
(had yg merah tu la... :P)



Ok, back to the topic.. There are reasons why we allow him to play with lappies.

1- kalau tak bagi, tadah je telinga dengar dia menjerit nak nak nak jugak.. :P
2- early exposure i guess.. almaklum, mak bapak pon in IT field.
3- he learns while playing.. sambil taip2 tu, dia practice with alphabets, and numbers too..



Nak tangkap gambo candid, tp selalu dia perasan.. tu yg terus2 nak posing tu..







Tapi yg paling best sekali semalam ialahh...




Dia taip ni..














Cute kan?? Memang kebetulan, it's his bedtime.. mmg time susu lar tu.. tup tup, jari dia bleh tekan SUSUsuuuuusu....





Hahahha, eventho its a coincidence, tapi.. a big round of applause for u bebeh!


U finally type a meaningful word!!! :P

Tuesday, January 26, 2010

Beware of what u write~

Dan pastinya,
Hits ke blog ini mencanak2 naiknya...



Being a blogger, exposing urself to the world, mmg kena berhati2 dgn apa yg ditulis..




Silap tulis, ke jail lah duduknya..





Dan oleh sebab itu la.. sy pon dah tak banyak menulis..


Hahahahah! Alasan sebab kering idea..

Monday, January 25, 2010

Somebody has made my Monday a good day..

..by just buying me breakfast!







hahahhaha!!









(di saat gaji masuk esok, mmg best kena belanja kan? :P)

Saturday, January 23, 2010

Sabtu

Adam ke nursery...





Papa ada course...






Mama lepak rumah main fesbuk... oooooopsss... jadi cleaner jap. Gosok lantai porch, cuci all the beddings n lapik kaki. Kemas dapur n discover mcm2 benda tersembunyi.. ;p



Now nak smbg vacuum n mop.




I wish for a maid... Kapuffffffff! -mode berangan-

Friday, January 22, 2010

Tag: Tulisan Kidal

Yun telah mentag sesiapa saja membaca post beliau.



Makanya, sy tak dpt menipu kata yg sy tak baca, sebab sy meninggalkan komen kat post tu: "Aku tak baca post ni!"


So, ni lah tulisan kidal..


Manakala, ni tulisan tgn kanan..



Bila sy tunjuk tulisan ni kat dia(Yun).. dia telah membantai gelak, sebab dia kata.. Apsal tangan kiri ngan tangan kanan sama je???


Miahahha!! Ya, tulisan sy memang burukk... Sign(signature) saya lagi buruk.. Memang saya mengaku.. Tp, sign tu tercipta masa zaman kanak2 lagi.. Bila dah bukak buku bank guna sign tu, memang agak 'risky' la tuko2 sign kan, maklumla.. time tu, semua urusan bank kena pegi bank n turunkan sign.. jadinya, kekal lah sign yg immature tu sampai ke hari ni.. Ke boleh je suke2 tuko2 signature? Masih tak terlambat ke? hahahha!


Oh, sape2 yg teringin nak buat ni, silalah yer.. Easy peasy sajork!

1year 9months old boy!

Lama tak cerita pasal si kecik saya...



Alhamdulillah, walaupon sokmo selsema, dia membesar dgn baik. Getting clever each day, making me a proud mama.

He can distinguish numbers and alphabet very well.

Kalau dia nampak numbers, dia sebut: "Four, Faif, Six, Enam, Eight, Nine, Ten "
(He hates seven! kalau ajar 'Seven..' dia mesti jerit 'Six!!')

Kalau nampak alphabets, dia sebut: "Ess, Ooo"


However, he's counting always starts at Two.
(Two, Tee, Four, Faif, Six, Enam, Eight, Nine, Ten)
Sy perasan, dia memang suka numbers, mungkin kerana mama gila main soduku masa pregnant kan dia. :P
He even reads the calendar. hehe, funny bila dia amik calendar, and meniarap sambil read the numbers. Meniarap mmg his favorite position, membaca, menulis, main car sumernya meniarap.


Adam juga dah pandai menulis. :P Hebat sungguh dah pandai menulis? Bukan la menulis in sense of 'menulis' sebenar kan, tapi bila dia conteng sikit, dia sebut "Mama.." Conteng lagi sikit, dia sebut "Papa.." Lagi sikit, dia sebut "Adam.." then, "Alip.." then, "Oman.." Tu lah yg dia paling suka sebut kalau menulis. Oh yer, Alip and Oman are his frens @ skool. :)


Disamping development memberangsangkan, yang mem'berang'kan pon boleh tahan sama naiknya.. Ada benda tak kena sikit, mula la tunjuk tantrum dia. Pastu pointing fingers at others.. hehe! bila tanya, "Kenapa, kenapa?" Dia jawab "Papa.." sambil ponting kat papa, kunon papa yg buat dia nangis.

Kalau bwk pegi mall, boleh shoot darah tinggi sampai otak! Stroller? Tak payah bawak dah, dia nak berlari ja. Even pakai safety harness tu pon, meronta2 nak bukak sebab dia takleh nak lari pecut with the strings attached. Nak pegang? Jgn harap.. Freedom please mama! :P Kesimpulannya, takkan dpt lagilah 'quality shopping' kalau ada dia.

Kalau pegi kenduri pon sama lah.. Nak mkn pon tak boleh.. Secara sinopsis, budak ni memang takboleh duduk diam. Pijak tanah je, otomatik je kaki dia lari. Nak jadi sprinter kah??
Takpayah la, seluar tu ketat! hahahah!


Anyhow, despite of the stressful days growing up this child, he's actually a darl.
My colleague kata, unt anak 1st, mmg parent selalunya akan kuat melenting aka naik berang. Alasannya, 1st timer, and darah muda tu masih panas lagi. Bila dah tua2 sikit, baru la boleh sabar.. budak buat apa pon, rilekss ja..
Tp tu lah, sementara nak tunggu tua tu?? (hahaha! Macam la muda sgt! :P)

Semoga akal waras sy masih boleh control the temper. Takmo la jadi mak-mak weng yg dera anak tak pasal2.. Nauzubillah, lelah beranakkan budak tu, tiba2 senang2 je ko pi cucuh dgn iron panas! isk isk, mintak simpang..


Adam behave ok nak.. Nanti mama bagi adik.. OOOOpppppsss!!! :P



Tuesday, January 19, 2010

Gado-gado..

Lately, sy byk gak bloghop.. agaknya pasal blog2 yg sy rajin terjah, dah makin kurang updates. :P


Melalui pemerhatian, sy tgk, byk juga mommies yg tere cari gaduh. :P no offense ya..


Kadang2 for simple things, like contests, or komen2 yang 'kureng'..


Sy faham, blogging is one the way for u to express yourself.. tapi kalau asyik nak maki bloggers lain jek, apeke halnyer lah?




Hmm...

Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat (16/1 - 24/1)

Dengan ini, saya/I/aku (potong mana yg tak berkenan) nak join Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat yang CY4.0 buat kat blog dia.

Tak payah create slogan. Tak payah perah otak nak buat karangan. Tak payah jadi follower pun.

Simple & easy mcm alif ba ta kaedahnya..




More about this lucky draw:

* Lucky draw ini bermula dari 16/01/2010 sampai 12 midnite 24/01/2010.

* Terbuka kpd blogger yg beralamat di Malaysia sahaja

* Pemenang akan ditentukan oleh random.org. Kalau rajin, mungkin anak2 teruna saya akan buat cabutan.

* Pastikan sebarang link yang terkandung dalam kandungan entry adalah betul.

* First 3 lucky bloggers akan dapat 2 keping Detox Slimming Patch manakala 4 org lagi akan dapat 1 keping Detox Slimming Patch.

* Keputusan adalah muktamad kaedahnya.





p/s: CY, dpt 2keping mana boleh kurus, bagi la stok unt setahun ka.. muahahah!!

Monday, January 18, 2010

Me + Cats..

Sy sgt chentakan kucing.. Masa kecik2.. sy ada berpuluh-puluh ekor kucing..To name a few: Comel, Putih, Oren, Kuning, Hitam, Manja, Tompok, Gebu, Blackie, Bubu, Jaja, Jiji, Jojo.. Most of them adalah kucing pungut. Kutip dari sekolah la, kutip dr pasar la, kutip kat tepi jalan la.. Kalau bawak balik dr sekolah, sy selalunya akn sorokkan dulu dlm beg.. Bila dah masuk kereta, and kereta dah bergerak, baru sy buat pengakuan terbuka sambil bukak zip beg: "Bapak, bapak, murni bawak balik kucing.. "
Bapak yg dah meneruskan perjalanan, terpaksa redha je la dgn sifat penyayang anak dia. Kalau sy tak sorok dlm beg, confirm at the 1st place lagi dah dia tak bg bwk masuk kereta. Bijak kan strategy? :P

Dulu kalau kena marah, dgn kucing2 la sy mengadu domba.. pegi lari belakang rumah, peluk sekor, then nangis.. "Mak marah kakak.. " Nampak tak kata ganti diri di situ, 'Kakak' ok? hahaha! I even sleeps with my cats. Kucing pon ada mcm2 peel tau..
Yang paling manja,Bubu. Dia akan tido dlm selimut dgn saya. sedap je melingkau dlm selimut sekali. Mak selalu terkejut, sebab bila dia peluk sy, dia selalu terpeluk Bubu sekali.
Yang paling setia, Blackie. Everyday at 6.30am dia akan kejut sy tido. Dia jilat n gigit gigit manja kat telinga.. sampai sy bangun. Then dia ikut sy pegi bilik amik tuala..(sy tido dlm bilik mak) hehe! Lepas tu dia tunggu sy mandi.. duduk ja kat depan pintu bilik air tu.. kadang2, ada la tangan dia dok seluk2 bawah pintu tu.. Lepas tu dia teman sy bersiap ke sekolah. Macam tu la hari2.. Untill one day, Blackie mati tergelek kereta.

Sedihnya kalau kucing mati.. menangis teresak2..makan 2-3 hari juga lak nangisnyer..
Oh yer, setiap kucing sy yg mati, dia akan ada kubur dia sendiri.. kadang2, sy akan pergi lawat kubur dia sambil sedekah kan al-fatihah! hahaha! gila kan??
Take note, semua cerita mengarut ni adalah zaman blm akil baligh yer.. haha! masa tu masih sekolah rendah lagi.. my brothers n sis sumernya away from home. Boarding schools. Jadinya, sy cuma ada kucing2 je jadi peneman. hahha!

Masa form1, sy pulak masuk asrama. Time tu la jumlah kucing2 tu makin berkurang. Mak xlarat nak jaga 'adik2' sy yang ramai tu.. Ada la sekor kot time tu. Kecik nama dia. Sebab takde org manjakan dia, kejap dia balik, kejap hilang, kejap balik, kejap hilang.





Masa degree, tabiat mengutip sy dtg balik.(atas sokongan en suami yg mana boipren sy ketika itu :P) Yimee sy bela since final sem kat shah alam. Masa tu, me and my fren duduk berdua je kt rumah sewa. Luckily dia pon suka kucing.. Yimee la hiburan kitaorg.. menggila main kejar2 dgn dia, peneman masa sunyi, peneman masa takut, penghibur kala stress.. chewahh. :P

Kadang2, bila kitaorg 2-2 balik kg, terpkasa tinggal dia kat rumah 'sorang2'. Time tu, mmg tunggang terbalik la rumah dia kerjakan.. Saiko dia kena tinggal. Kesian lak bila dikenangkan. :P


Then bila dah hbs sem, sy angkut dia balik Ipoh. Masa kat Ipoh, mmg suka hbs la dia.. Kejap2 tangkap burung bawak masuk rumah.. Tapi sekejap je dia kat Ipoh, when tak lama lepas tu, sy dpt keje kat KL. Mom pon berhijrah ke KL bersama2. Jadinya, angkut dia ke KL pulak. Rumah kat KL pulak apartment. One time tu, dia nak mating la pulak.. huru hara rupa dia tak dpt kucing jantan.. trus contact my housemate aka mak angkat si Yimee tu. Kitaorg pon pegi la kawenkan dia kat Bndr Tun Razak(rumah makcik my fren). 2-3 hari lepas tu, amik balik. And walla.. ini la hasil perkahwinan itu. hahahha!



Masa dia beranak ni pon ada story gak. Boleh dia beranak dlm my comforter? 4am sy terjaga, sebab rasa panas je kat belakang.. Rupa2nya, baju kelawar sy dah basah kena darah tumpah beranak dia tu. Pergh, kucing yg beranak, sy yg hbs berdarah2.

Sempat la dia beranak 2kali, then pi neuter. Anak2 dia yg 1st badge, my brother bwk balik ipoh. Sy simpan seko je, yg hitam putih tu, Baby nama dia.


Anak2 yg 2nd badge, ada yg mati , ada yg hilang dan 1 sy hntr ke SPCA. To be honest, itu la benda paling kejam yg sy pernah buat, dan sy menyesal sampai ke hari ini.
Please don't mention. :(


Yimee finally mati sebab terjatuh bangunan kot(dia mmg suka lari2 atas benteng koridor tu). And Baby pulak, hilang tatau kemana. Agaknya Baby merajuk kot sebab sy dah tak manjakan dia lagi.. Selalu halau2 dia suh pegi jauh2.. Reason being is: Adam Rifqie. Ngeh ngeh, manakan bisa bg kucing dekat2 ngan newborn kan? And i assume, that's the end of my kitty life. (masih berharap dpt bela kucing lagi, in 20 years maybe :P)

Thursday, January 14, 2010

Nak buat apa ntah???

Rasa2 mcm semalam..

Sy ada plan unt: update blog, do research on something and work on work..



end up today, klik sana, klik sini, sana sini, klik klik klik...






Langsung lupa plan semalam.. hahahha!! Nyanyuk!!!

Tuesday, January 12, 2010

ERks!

Sangat tak suke..


Bila call callcenter/help line..


Dah la lama nak tunggu depa pick up the phone, sampai bernanah telinga dgr iklan dia dok repeat.. worst, bila kena go tru: Press 1 for english, 2 for BM, pastu press lagi, press lagi.. pastu.. takde org angkat like forever!


Then.. bila dah go tru the line.. "Wait aa cik Siti.."

(waiting sambil dengar dia bernafas hu hmmmmffff haaaa hmmmfff haaa hmmffff haaaaa)

Geli telinga ok???

Adoilah..

:P

Monday, January 11, 2010

I need a Job!

Here's the scenario..

There are rumors that your department(IT) is shutting down. (due to outsourcing )

There's an internal opening for an exec in Procurement and Tender unit which is the due date is in 2days.

You still cannot foresee, whats going to happen in the future-2months ahead, (since the board meeting will only be held at the end of the month)..

If the board decide to proceed with the outsourcing, you may be absorbed to other departments, or may be absorbed to the outsourced company, or you may loose your job, with minimal pay since the company cannot be offering VSS for the time being.


Now you tell me.. what should i be doing? Apply for the internal opening or not?
Pros:
-i have a job for sure
-new environment/new experience

Cons:
-change of field, so not related to IT, kind of a waste actually. :P
-if the board decided not to proceed on the outsourcing, i'm going to regret the career change. ngee...


Or, should i just wait for the results and start to plan what's next after the confirmation?
(yes, i know, i should be actively in search for new job right now. :))



Oh please.. i'm in dilemma..


Thursday, January 7, 2010

Let's translate~

Pitbull : Hotel Room Service Lyrics

I want everybody to stop what they're doing.
Now if you know you're with somebody
You're gonna take the hotel room tonight, make some noise...
Meet me at the hotel room [x4]

Forget about your boyfriend and meet me at the hotel room,
You can bring your girlfriends and meet me at the hotel room. [x2]
We at the hotel, motel, holiday inn. [x4]

She like that freaky stuff
2 and the O, 1 in the eye,
That kinkee stuff, you nasty,
But I like your type
And like T.I. it's whatever you like.
Bring your girls,
It's whatever tonight,
Your man just left,
I'm the plumber tonight,
Let me check your pipes,
Oh, you're the healthy type.
Well, here goes some egg whites.
Now gimme that sweet, that nasty gooshy stuff,
Let me tell you what we gon' do.
2 + 2, I'm gonna undress you.
Then we're gonna go 3 and 3 you gon' undress me.
Then we're gon' go 4 and 4,
We gon' freak some more, but first!

Forget about your boyfriend and meet me at the hotel room,
You can bring your girlfriends and meet me at the hotel room. [x2]
We at the hotel, motel, holiday inn. [x4]

After party in hotel lobby,
Then we off to the room like voom,
With them fingers in yo mouth or open up yo blouse,
And pull that g-sting down south (ouhh)
OK shawty, 1's company, 2's a crowd, and 3's a party.
If your girl ain't with it, I got somebody,
And by nature she's naughty.
Now gimme that sweet, that nasty gooshy stuff.
Ima tell you what we gon' do,
2 + 2, I'm gon' undress you.
Then we gon' go 3 and 3, you gon' undress me.
Then we gonna go 4 and 4, we gon' freak some more! But first...


Forget about your boyfriend and meet me at the hotel room,
You can bring your girlfriends and meet me at the hotel room. [x2]

We at the hotel, motel, holiday inn. [x4]


Sy rasa, takyah la sy susah2 translate (sebenarnya mmg susah)... tapi sebenarnya, susah nak cari ayat yg berlapik unt lagu ni, hehehe! Tapi sy berani jamin semua pon boleh paham lirik dia..
When i heard this song on air, i was like: "WTH??"

Lagu2 mcm ni ke yg kita nak anak2 kite dgr? Teruk ok? And I don't understand, why is it apa yg dtg dr Barat tu semuanya ok? Cuba kalau Faizal Tahir yg nyanyi lagu ni.. confirm kena banned lagi. :P


updated: pada yg tak familiar dgn lirik ni, sila dgr kat sini.. dgr je tau, kalau tgk klip dia, yaitss!! hahahah!

Wednesday, January 6, 2010

Kenapa Bekas?

To Liya and Elis...


Kenapa panggil hubby ex/bekas kekasih?



Eventho dah jadi husband.. but masih lagi kekasih kan? Muahahah!!



Saja keji buat post ni, padahal boleh je tinggal kat komen box kan?
(Nampak sgt takde idea nak update blog. :P)

Monday, January 4, 2010

About the same price..

Harga hampir sama..


Tp kuantiti, besaarrrr bezanya...








Sekarang ni tgh proses nak tukar susu Adam, from the left, to the right..





Setakat ni, takde nampak side effect yg ketara.. tak mcm dulu.. minum2 ja, trus naik bintat2 penuh satu muka..
Tapi apa yg obvious, Adam prefers Isomil lagi.. ye lah, dah sekian lama dok minum susu tu je kan. Kalau bg Isomil, laju je minum..bukan main berselera lagi.. :)


Sebelum try Anmum ni, ada gak mintak sample kat klinik, Dutch Lady with Honey.. buta2 jek dia tolak.. Memilih tau anak mak ni... :P (nasib baik dpt free.. hehe)


Buat masa ni, stok Isomil still ada lagi 2 tin, and bila hbs stok tu, cadangnya nak tukar trus to Anmum. harap2 he's okay with the milk transition..

Sunday, January 3, 2010

The ending..

.. of long weekends..



and.. the fun and FAST ride to the office..



Harap2 esok boleh bgn super awal untuk memulakan hari kerja 2010 yang baik.. :P

Friday, January 1, 2010

Penangan Aliff Firdaus...

....bukan angau kat Beego tuh yer..

Cerita dia tak se-best Nur Kasih la kan..
Sorry to Rashbir, mmg payah nak beat Nur Kasih nih.. :P


Tapi dek kerana Aliff Firdaus, pantas mak online nak cari lagu nih.. :)


Yeszaa.. sy mmg sentimental gitu.. hehehhe!



Aiman - Cinta Terakhir

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

C/o:

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Thursday, December 31, 2009

Dijamin Sampai Esok???

Ya rite??

Pos 22/12.. 31/12 baru sampai??

And that's what u called Pos Express??


Come on la..




Anyway,Yati, receieved the package.. thank you my dear.. :)