Sunday, July 4, 2010

KeTUAan~

These few days, i am not feeling very well..

Asal nya dari selsema ja.. then rasa mcm demam.. and badan rasa lembik gile..

Agaknya kurang makanan berkhasiat.. asid folic pon jarang2 makan.. xtahulah, pemalas btol nak amik ubat tu n sumbat dlm tekak.. eventhough hari2 dok usung dlm handbag.

Last friday, went to the clinic. Mengadu la kat doc, selsema, hidung tersumbat, demam and rasa lesu sgt. Doc check temp, dia kata tak demam... but selsema yes la, mmg tgh sengau gila time tu.

Then sy ckp la, tapi doc, sy btol2 tak larat.. penat sangat, selalu xmcm ni pon..

And the indian guy doc jawab: "Itu sy mmg tak boleh buat apa, mungkin juga kerana faktor 'ketuaan'.. "

Adoih la! sentap mak! Camno? baru anak ke-2 dah lembik.. ke-3, ke-4, lagi la tuo! hahahahah!

Sy selalu fikir sy kuat.. pregnancy kali ni, tak banyak beza dgn the 1st time. Syukur sy xda alahan.. sy boleh bau semua benda, boleh mkn semua benda, dan juga takde muntah2... Cumanya selera mkn tu, lebih kepada selera melayu. :P Sama mcm dulu, my sickness adalah when it comes nite, otomatik lesu letih sumer dtg.. mmg kena shut down awal. Tapi tulah, bila dah ada anak kecik unt diuruskan, mmg rest adalah kurang.. mungkin sebab tu kali ni letih dia lain mcm sikit.. and pluss, suami pon takde la nak tatang and memanjakan diri ini seperti kandungan pertama. :P


Oh yer, 1hb haritu, sy dah start bekerja dgn kampeni baru. Masih blom dpt assignment kerja lagi, dan harap2 sy cukup kuat unt struggle myself to fit in. Amin. :)

Wednesday, June 30, 2010

3rd Wedding Annivesary

Happy Anniversary to us lalink!

May our L.O.V.E stays forever and getting stronger each and single day..





Wahai suami,
Love u lots!




:)

Monday, June 21, 2010

Blogging from Menara HLA :P

Last Friday adalah hari terakhir di CP Tower. Sebab--> contract dah hbs, and dept nak kena runtuh before Julai. Memandangkan effective date dgn kampeni baru adalah 1st July, kami terpaksa menumpang training center Bernas di HLA sampai cukup bulan.

This morning semangat bgn awal nak pi opis. Sebab--> nak rebut parking, and avoid the traffic. Maklumla, mak jakun tak pernah drive to the heart of KL. Cuak pon ada. Dah la tak pandai nak cilok2 jln KL ni. Mengharapkan Garmin jek. Sempat la berpusing2 sampai pening.

Semalam pagi kunon nak ajak Mister Papa pi survey jalan, tp tak kesampaian sebab bgn lambat. :P Pagi2 subuh kami 3beranak 'memerut' . Kesian si kecik. Terjaga tido, trus mengcangkung sambil nangis2.

Hmm.. tu jelah kot yg rajin di taip setakat ni.

Di kesempatan yg ada ni, i would like to wish Mister Papa, a HAPPY FATHER'S DAY! :)
We love u so much papa.. Thank u for always being there for us, thank u for being such a supportive , understanding and loving papa! mmmuah!! :)

Tuesday, June 15, 2010

Maaf, saya menolak~

That's my simple note on the offer letter addressed to me this morning.

Kan haritu ada isu outsourcing, nampaknya, masanya dah tiba. This is my final week with Bernas, the 1st and only company i've been with since graduation. Pagi tadi i've been offered a position in Bernas, non-It related, dan keputusan on the spot adalah perlu diberikan. Dan nampaknya, sy dgn berat hati terpaksa menolak tawaran tersebut. I'allah, pasti ada sinar on the other side of the world. Sy yang berperut buncit ni telah mencabar diri sendiri untuk mengorak langkah baru dan keluar dari comfort zone that i've been with for the past 5years.
Di akui, sedih itu muncul.. sgt sedih sebenarnya.. nasib takde geng nak berendam air mata, kalau tak, harus mencurah2 keluarnya. :P

Please pray for me. Doakan keputusan sy adalah yg terbaik. Eventhough sy adalah seorang ibu yg bakal beranak dua, sy juga perlu memikirkan tentang my career enhancement. Sy juga perlu cargas mengejar kejayaan, sy juga perlu mara kehadapan unt mencari sesuatu yg betul2 menepati minat dan kepuasan diri. And i hope, i can achieve all that without neglecting my family. Semoga Allah permudahkan semuanya.. Amin..

Wednesday, June 9, 2010

Hidup segan mati tak mau~

Itu lah status blog ni sekarang.. "Hidup segan mati tak mau" heheheh!

Owner blog adalah super duper pemalas nak update. Last weekend adalah trip to Utara.
Sabtu wedding kat Tjg Bungah, Ahad wedding kat Kulim. Kepenatan traveling kali ni adalah tahap maksimum. Nak nak pulak kereta buat hal, ekon xda.. mcm naik oven bergerak. hhehe! :P
Trip kali ni adalah tidak bergambar.. Tangkap gambar pon no point, lepas tu terkubur dlm hard drive juga akhirnya. :P

Kazens and aunts semua bertanya whether i'm pregnant. Tapi ntah mengapa, berat btol mulut nak mengaku. Hanya mampu tersipu2 malu. Gila! Anak no2 pon malu nak mengaku. hahaha!

Agaknya mmg habit begitu. Dulu masa 1st pregnancy pon, sy lebih suka org taktahu. At least biarlah tak tahu sampai perut btol2 terjojol. :P Ntah kenapa.. but i guess sebab sy malas nak entertain questions yg pelbagai. dan juga malas nak menunjuk or kecoh2 tentang rezeki yg dianugerahkan, sebab kadang2, kebahagiaan kita adalah kesedihan to others. U get the point? Dan satu sebab lagi, sy tak suka kecoh2 in early stage of pregnancy sebab time tu, masih blom masuk zon selamat lagi. Tu kot sebab yg paling utama.

Tapi sekarang, Alhamdillah, baby dah melompat2... How i was amazed seing the baby is fully shaped and developed masa the first scan. Masa 1st time dulu, punya la tergedik2 nak tgk who's inside. Dapat tgk satu dot berkelip2 pon mcm happy gila. Bukan la bermaksud yang this time around i tak excited, cumanya.. kali ni boleh bersabar sikit la.. tunggu btol2 time check-up, baru take a peek on the little one. :P



Walaupon tummy blom bulging lagi, tapi sy dah start ajar Adam to kiss adik. :P Everyday lepas balik keje, sebelum tido, dia mesti kiss adik. Kadang2 tgh main pon dia dtg nak kiss adik. Kadang2, bukan adik yg kena kiss, tapi t*t*k. Hhahahah! Bila suh kiss mama pulak, dia cakap: "Tak payah!" Sabar je lah.. How time flies, to me, he is still a baby. :P

Sunday, May 30, 2010

Cuteness!

Si kenit ni dah mula pot pet pot pet..

Dah stat nak bercerita eventhough sentence dia paling kuat pon dlm 3 perkataan.


Yang paling cute bila dia pronounce Adam Rifqie as Adam Fiqie.. :P

Baru jap ni, dia boring tgk mama ngadap laptop and plays with papa's camera fon.

Tetiba dia dtg n ckp: "Adam fiqie smile, mama pulak.. "


hahahha, geram ngan mulut kecik itu! Oklah, member dah ngamuk nak perhatian.. :P

Wednesday, May 26, 2010

Termimpi2..

Haip, mmg payah btol nak dpt feel nak hupdate blog sekarang ni.

Sampai last few days sy termimpi2 akan 2 blogger ini: GreenApple and AfidahArif. :P

Ya, sila berbangga kamu berdua, anda terpilih masuk dlm mimpi saya. Hehehe!


Ceritanya begini, i bumped with these 2 girls dekat shopping mall. Watak akak GreenApple adalah memang sebagai kenalan blogger, manakala Afidah was my opismate, mcm Mamatisya. :P



GreenApple: Eh, you pregnant yer?

Me: Eh, mcm mana akak tahu, my opismate pon sumer taktau lagi.. (sambil berbisik2 takut Afidah dengar.. heheh!)




Tu jelah siri mimpi pendek saya haritu. Bgn2 tido je, mcm "Apakah???" Hhahahah!


Samaada sy terlalu teringat pasal blogworld, atau pon rindu nak baca kisah akak GreenApple yg bercuti ke GC, atau asyik terpk pasal org tatau yg sy pregnant. (u got it right noi! heheh)


And what a coincidence, akak GreenApple adalah pregnant juga.. Baru dia announce pagi ni. heheheh! Congrats to u kak.. :P


Rupanya, ada makna juga mimpi itu... dan.. adakah ini bermakna yang Afidah juga akan preggy tak lama lagi???



Ngeh ngeh ngeh!! :P

Monday, May 17, 2010

Macam2..

Sebenarnya macam2 yang berlaku dlm life sepanjang blog ni bertapa...

Tapi tak kuasa nak cerita kat sini, sebab malas nak mengarang..

Yang pasti, my current dept akan dioutsource dlm masa terdekat ni. Reason being is that nak bg bisnes kat kampeni adik beradik. That's for sure, selain dari alasan: "IT is not our core business".

Dalam beberapa bulan menangani kemelut whether nak apply dept lain, sy masih bersyukur sebab the company yg akan dijadikan main vendor itu sudi meng'absorb' kami semua ke kampeni mereka. Eventhough helah utama mereka ialah untuk menjadikan kami key worker unt projek2 dgn my current company.

I have to admit, this few months, memang serabut jugak lah nak memikirkan, which steps to take. Tapi i'allah, keputusan telah dibuat. Dan sy harap ianya satu langkah yang terbaik for my career enhancement. Sy perlu keluar dr comfort zone sekarang, dan menyahut cabaran yang baru. Walaupun ada sedikit downgrade dr segi benefits, almaklum, dr kampeni Berhad ke Sdn Bhd, tp rezeki tu ada dimana2. Semoga Allah permudahkan perjalanan sy mencari rezeki unt kami sekeluarga. Dan semoga Allah mencurah-curahkan rezeki unt sikecil nanti. :)


Buat masa sekarang, motivasi untk bekerja adalah TIADA. Nak bgn tido pagi2 pon malas. Kena termenung 10-15min(kadang2 smp 30min :P) tgk muka anak yg sedang tidur baru dpt semangat nak bgn. (ckp je la malas kan :P) Di sebalik keredhaan sy menghadapi situasi ni dgn berpegang pada konsep "Pasti ada hikmah di sebalik kejadian" , jauh di sudut hati saya, ada juga terselit perasaan amarah unt mereka2 yg membuatkan kami berasa teraniaya. Apa yg pasti, dunia ni bulat, kamu tak selalu di atas, satu hari, pasti ada balasan utk kamu. Allah itu Maha Adil bukan?


Janji2 manis saya untuk update/upload mcm2 cerita, nampaknya dah terkubur bersama kenangan. Hahahh! Ayat adalah super skema rasanya.. blogging groove tu dah hilang.. :P
Harap maaf la pada yg ternanti2 for my updates. (kot ada lagi yg sudi jengah2 sini.. :))

Monday, May 10, 2010

:)

Kemalasan untuk mengupdate blog adalah tahap gaban..

Kunon nak upload gambar singapore.. tak muncul2 pon lagi nampak nyer eh??
hhahaha! memang pemalas tahap tak ingat.. apa yg sy rajin sekarang ialah: "pusing kerusi ke blakang and tumpang main Bejeweled Blitz kat laptop yun"

Ngeh ngeh ngeh!

Oh yer, sebelum wishes menjadi lebih basi: "Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di muka bumi ini.."


Last weekend, kitaorg adalah mode bercuti2 lagi.. kali ni pergi jauh............

Jauh sgt sampaikan pukul 3 patut check in, pukul 3 la kitaorg bertolak dari rumah. hahhaha!
Actually just bercuti dlm KL je.. dan sy rasakan, percutian yg dekat2 ni adalah lebih bermakna dari bercuti jauh2.. :P

1- packing barang adalah fun, 10min siap. hanya beg kecik diperlukan.
2- xperlu risau kalau ada barang tertinggal, boleh pi balik ambik. :P
3- xdalah kisah sgt nak keluar berjalan, sebab tmpt biasa pegi, jadi masa melepak adalah banyak..
4- xpayah buat kerja rumahh.. tulah yg paling heaven! tu baru btol bercuti.. heheh

Kesimpulannya: Istilah bercutian bg saya adalah masa untuk berehat2 dan merelaxkan diri. Kalau bercuti kat tmpt orang, especially oversea, time adalah pack, sebab kita akn cuba nak slotkan setiap masa yg ada unt melawat sana sini, hasilnya, badan adalah sgt letih, dan duit adalah habis. oopss! :P


Makanya haritu, agenda kitaorg ialah:

Sabtu, 3.30pm- checkin.
Lepak sampai lapar.. keluar cari mkn kt Berjaya Time Square. Byk btol Arabs sana ek? masing2 sibuk dok shopping handbag n kasut.
Penat jalan2 kejar Adam, kitaorg pon balik. Layan movie sampai tertido.

Ahad, terbungkang ja sampai time checkout.
Lepas tu pi makan kat Wong Solo. Pastu pi Aquaria. Takdelah best sangat kot Aquaria tu, cam kecik ja.. rasa mcm Underwater World kat Langkawi lagi besar.. rasanya la, kalau tak silap. Lepas tu pi Tesco jap, beli Big Apple and TV buat present mother's day kat mak. Oh, tv kecik je yer, bukan LCD or flat screen. heheh!
Then pi lepak rumah mak sampai lebih 7ish, kitaorg pon cabut balik.

Tu je la weekend kitaorg. :P

Tuesday, May 4, 2010

Capek~

Kecapekkan amat nih!

Dari pagi dok melipat kotak and tolong2 apa yg boleh unt simpan barang2 opis yg nak di'archieve'kan.. Yun and Kak Nor masih gigih mem'packing'.. tp sy dah surrender awal2 lepas lunch tadi.... xlarat paksa badan, sebab yg sakit nanti, diri sendiri jugakk.. :P

Yg sebenarnya, last week sehingga ke smlm, sy adalah bercuti. Membawa diri dan keluarga ke Singapore.
Depart on Thursday, dan balik hari Ahad mlm. Kerana capek bangat, semalam adalah EL.
The trip was ok.. nak bagi rate bagus2 pon tak dapek, sebab penat sgt menapak.. Keletihan adalah mengatasi keseronokan. Boleh gitu? hahahha!

Bukannya apa, kitaorg ke sana naik flight, we travel within the city dgn mrt ja, tau tau lah.. bila naik walk-wagon dgn sikecik yang tak reti berjalantaunakberlarija tu, adalah super duper penat. Hairan sungguh dengan supply of energy yg dia ada.. nak kata pakai energizer pon tak jugak, mkn pon takde la byk sgt, tp kederat dia, perghh.. 5kali ganda org dewasa! :p

But overall, Singapore is a nice city. Bersih.. tp warganya tak berapa friendly sgt.. unlike org kita, yg potpetpotpet tak berenti. hahha! Bila2 rajin, sy upload la gambar yg ada. I'allah... :P

Thursday, April 22, 2010

Ki Muff~!

My 2year old boy suka sgt ngan ki muff ni..





Kalau ikut ranking cerita2 kat 613 tu, ki muff adalah no1! Melalak kena tinggal pon boleh dipujuk dgn ki muff. Then dia suka, Einstein, Pocoyo, Handy Many, Animal Mechanical, Word World and Pooh. Cuma pooh ja dia tatau sebut, yg lain semua dia tau tajuk cerita(ikut pelat dia la kan :P).


Speaking about pelat, sy paling suka bila dia sebut grim and selapan.

Yg ni siapa boleh teka??? (auntie yun excluded yer.. :P)

Tuesday, April 20, 2010

Kursus Pengurusan Kualiti-Perintah Beras 2008

Kursus ni la yg menyebabkan i'm away from the office for 4 days.

Isnin tu kan ke sy demam, tak sempat baik, dah terus kena buli kira beras. :P

First day of the training, sesi petang kitaorg ke gudang,Teluk Gong Klang. Naik bas rombongan cik Kiah dari Quality Hotel. Objective: Buat proses unt dapatkan sample beras.
Sampling istilah nyer.

2nd day, teori and analisa beras berkumpulan.

3rd day, teori and analisa beras secara individu. Me balik dlm kul 6lebih, sebab ada trainer ckp boleh sambung siapkan esok, rupa2nya ada a few yg stay back siapkan analisis sampai pukul 10pm. Uish, tak sanggup mak.. :P Turn up, esoknya, dah takboleh sambung.. depa dah collect dah hasil kerja kitaorg. Cet!

4th day, exam objective and exam sampling steps. Hari last ni, kira half day jelah. Lepas lunch, sempat la meronda2 ke SACC mall,then terus balik pengsan. :P


Briefly nak cerita kat sini, camna proses analisis beras dijalankan.

-Sample 1kg beras akan diberi.

-From 1kg, kena dptkan bacaan moisture content, milling quality, cari padi or kutu beras.

-Then pilih 50biji kepala beras(beras yg tak patah) timbang.

- Pastu pilih lagi 50biji kepala beras dan ukur panjang n lebar each of them. Then cari purata panjang n lebar pulak.

-Lepas tu, amik 50g beras, asing kan pulak kepala beras, hancur kasar, hancur halus and temukut. Kepala beras tu pon kena divide 2 kategori pulak, yg >6.2mm or less than that.
Unit ukuran adalah dlm mm okeh, memang berpinar biji mata cek sebijik2 beras tu..

From this proses la kita boleh dptkan % unt beras hancur yg ada dlm beras yg kita beli tu. Contoh, 5%, 10% or 15%. Kalau korang tak perasan lagi, sy bagi contoh: Beras Super Premium Tempatan 5%.

-Then, amik 50g beras lagi untuk cari defect pada beras tu. Belek la seketul2 tgk beras tu berkapur ka, berbintik ka, line hitam ka, line merah ka, undermilled ka and mcm2 mak nenek lagi lah.


Memang tabik la kat depa yg kerja kat Quality Department ni. Me memang serender awal2 lah.. analisis each sample rice tu mengambil masa more than 6jam tau. Bayangkan la mcmmana stressnya mata, neck and bahu dok terbongkok2 mengerjakan sebiji-biji beras. Phew! Mmg memerlukan kesabaran.. :P


Oklah, random pic from AJK kursus.. Oh lupa, walaupon penat+tak sihat,tapi byk knowledge yang diperolehi dari kursus ni. Trainer pon sumer best2.. Chaiyok chaiyok! :)





Holla~

Lama sungguh tak update sini..


Hubby pon dah byk kali tanya, "Nape mama dah tak update blog?"


Sebenarnya mcm2 menda nak cerita, tapi malas betul nak start fikir the right words to start. heheh!


Minggu lepas, the whole week memang tak masuk opis. Isnin mc, then 4days training kat Quality Hotel S.Alam. Friday the week before, ada company dinner. The 1st grand dinner semenjak 10thn dulu kot. Then Sabtu, birthday party Adam. Celebrate wif families jek.. mama buat last minute plan. Mula2 igt tak jadi party, al-maklum, agak sengkek bulan ni, tp tetiba ja excited anak dah masuk 2thn. :P


OKlah, later i'll upload gambo2 unt event2 yg dah basi itu.

Stay tune!!! :P

Wednesday, April 7, 2010

Adam turns 2!

Happy Birthday son!

Mama loves u with all the loves in the world...








Thank you Allah for the most beautiful gift!
Alhamdulillah....

Sunday, April 4, 2010

Frust menonggeng!

Wednesday, March 31, 2010

12pm

menunggu detik 12pm di mcd..

Unt lunch promo n half price sundae.. Huhu,lapo..

Pst.. mak cuti hrni dek non..

Thursday, March 25, 2010

Up and Running~

First n foremost, thanx to those yang concern n memberi kata-kata semangat dlm previous post.

Harini, sy dikejutkan oleh this comment:

Blogger ibuVouge said...

murni
one door close, another door open up to you

come on babe!..

March 25, 2010 12:09:00 PM GMT+08:00




Hadir nya comment IV membuatkan sy tersedar.. ui, lamanya i'm down... heheh!


Actually, tak juga, i'm already up n running.. eventhough nothing change, keje still sama, environment still sama, status ding dong ding dong aka 'hanging' pon still sama. Yang berbeza is me. I learn to accept the news,and take things positively. Although masih ada sedikit gusar di dada, tapi sy yakin, setiap kejadian pasti ada hikmah nya..
Lantas mengingatkan diri on one motivational story for which the key point is: "We need a 'shark' to keep us moving!"

Betul! and i consider this news as a big shark yg membuatkan sy keluar dari my comfort zone. Percaya atau tak, dah hampir 5thn sy bekerja di company yg sama, dgn positon yg sama, dengan anjakan gaji yg tidak berapa memberangsangkan. Mungkin 'shark' yg dtg ni, dpt membuka mata dan memanjangkan langkah kaki dan secara otomatik, i'm moving one step futher from my stagnant position.


Bak kata IV: "one door close, another door open up to you"


Semoga Allah permudahkan sy dalam mencari 'pintu' itu. Amin... :)

Thursday, March 18, 2010

...

Takde mood betul nak buat kerja..



Takde mood betul nak study coding..



Take mood betul nak bloghopping..



and.. takde mood betul nak update blog...




taktau la apa sebenarnya yg sy nak buat!






I AM TEMPORARILY DOWN~

please try again later.. :P

Monday, March 15, 2010

Buta KL~

Itu lah kami, Buta KL.

Lunch hour tadi, teman hubby pegi KLSentral, nak pi collect tiket F1. Padahal, KLSentral ngan PJ ni, ikutkan 10min pon dah boleh sampai.. tapi tau tak berapa lama masa yg diambil unt kami pergi dan balik from PJ - KLSentral?

12.45 sampai 3pm. Nah kau! 2jam 15min ye kawan2...


Alkisahnya, nak masuk parking pon kami boleh pusing 2round, then dah masuk parking.. kuar2 lif, tgk kiri tak familiar, kanan pon tak familiar.. rupanya2 pi park dekat Plaza Sentral (kot).. dah kena menapak bapak jauh. Setelah berpeluh2 berjalan, sesat pulak kat tmpt parking.. me as the navigator, kondifen je tunjuk jalan.. rupanya silap.. bertambah berpeluh la nak mencari kereta.

Then nak balik, pi masuk pulak exit je Jln Tun Sambathan. Ha kau.. melarat sampai ke Pudu... tau2 lah Pudu mcmmana.. Tgh hubs dok tension jalan tak gerak2.. brrRRRRrrrr, selebat lebatnya hujan turun. Dah la sesat larat, sign board pon samar2 nak tgk. Jln ke PJ dekat area tupai2 tu pulak, tutup.. de tour pulak entah ke mana arah. Kalau Garmin tu boleh bercakap, mesti dia dah mengamuk dah: "Oi! Aku ckp Turn Right, turn right la weeii!!"

So me cakap la kat hubs: "Banyak btol halangan F1 ni kan? Nak pi collect ticket pon, punya la susah" :P

FYI, sy tidak terjebak dgn acara berpanas di lereng bukit sambil tunggu kereta lalu. Byk kali juga hubs membuat cubaan ajak teman dia.. tapi tak sanggup rasanya nak menghitamkan lagi kulit yg sedia hitam ni. Lagipon, si kecik tu camno? Dia bukannya boleh kena tinggal dgn tok.. meratap kat pintu panggil mama. Haish, manja!

Ada juga sy cadangkan suh ajak abah, dia jawab: "Panas, lagipon kat hillstand je"
Lepas tu sy ckp, ajak la Idi ke, sapa ke..

Jawabnya:"Abg lebih suka pegi mana2 sorang2, tak pon dgn ayang je... "


Hmm... dlm kepala otak dok fikir, ni ayat romantik 5thn sekali ke... ayat ulat bulu dah naik daun oii!!


Think positive, think positive! :P





p/s: to abg, do enjoy your F1 weekend.. jgn lupa convertkan budget unt ticket ayg dgn cash money yer.. muahahah
! lap u!

Wednesday, March 10, 2010

100 Weeks and 2 Days..

adalah umur Adam today..

kalau in days, its 702 days..




Umur sy pulak ialah: 9,943 hari..
lagi 2bulan(kalau umur pjg), dpt la mencecah 10K hari sy hidup di dunia yg fana ini.. cey! :P




Sekian fakta mengarut dari saya..

Sumber rujukan : here