Monday, May 17, 2010

Macam2..

Sebenarnya macam2 yang berlaku dlm life sepanjang blog ni bertapa...

Tapi tak kuasa nak cerita kat sini, sebab malas nak mengarang..

Yang pasti, my current dept akan dioutsource dlm masa terdekat ni. Reason being is that nak bg bisnes kat kampeni adik beradik. That's for sure, selain dari alasan: "IT is not our core business".

Dalam beberapa bulan menangani kemelut whether nak apply dept lain, sy masih bersyukur sebab the company yg akan dijadikan main vendor itu sudi meng'absorb' kami semua ke kampeni mereka. Eventhough helah utama mereka ialah untuk menjadikan kami key worker unt projek2 dgn my current company.

I have to admit, this few months, memang serabut jugak lah nak memikirkan, which steps to take. Tapi i'allah, keputusan telah dibuat. Dan sy harap ianya satu langkah yang terbaik for my career enhancement. Sy perlu keluar dr comfort zone sekarang, dan menyahut cabaran yang baru. Walaupun ada sedikit downgrade dr segi benefits, almaklum, dr kampeni Berhad ke Sdn Bhd, tp rezeki tu ada dimana2. Semoga Allah permudahkan perjalanan sy mencari rezeki unt kami sekeluarga. Dan semoga Allah mencurah-curahkan rezeki unt sikecil nanti. :)


Buat masa sekarang, motivasi untk bekerja adalah TIADA. Nak bgn tido pagi2 pon malas. Kena termenung 10-15min(kadang2 smp 30min :P) tgk muka anak yg sedang tidur baru dpt semangat nak bgn. (ckp je la malas kan :P) Di sebalik keredhaan sy menghadapi situasi ni dgn berpegang pada konsep "Pasti ada hikmah di sebalik kejadian" , jauh di sudut hati saya, ada juga terselit perasaan amarah unt mereka2 yg membuatkan kami berasa teraniaya. Apa yg pasti, dunia ni bulat, kamu tak selalu di atas, satu hari, pasti ada balasan utk kamu. Allah itu Maha Adil bukan?


Janji2 manis saya untuk update/upload mcm2 cerita, nampaknya dah terkubur bersama kenangan. Hahahh! Ayat adalah super skema rasanya.. blogging groove tu dah hilang.. :P
Harap maaf la pada yg ternanti2 for my updates. (kot ada lagi yg sudi jengah2 sini.. :))

Monday, May 10, 2010

:)

Kemalasan untuk mengupdate blog adalah tahap gaban..

Kunon nak upload gambar singapore.. tak muncul2 pon lagi nampak nyer eh??
hhahaha! memang pemalas tahap tak ingat.. apa yg sy rajin sekarang ialah: "pusing kerusi ke blakang and tumpang main Bejeweled Blitz kat laptop yun"

Ngeh ngeh ngeh!

Oh yer, sebelum wishes menjadi lebih basi: "Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di muka bumi ini.."


Last weekend, kitaorg adalah mode bercuti2 lagi.. kali ni pergi jauh............

Jauh sgt sampaikan pukul 3 patut check in, pukul 3 la kitaorg bertolak dari rumah. hahhaha!
Actually just bercuti dlm KL je.. dan sy rasakan, percutian yg dekat2 ni adalah lebih bermakna dari bercuti jauh2.. :P

1- packing barang adalah fun, 10min siap. hanya beg kecik diperlukan.
2- xperlu risau kalau ada barang tertinggal, boleh pi balik ambik. :P
3- xdalah kisah sgt nak keluar berjalan, sebab tmpt biasa pegi, jadi masa melepak adalah banyak..
4- xpayah buat kerja rumahh.. tulah yg paling heaven! tu baru btol bercuti.. heheh

Kesimpulannya: Istilah bercutian bg saya adalah masa untuk berehat2 dan merelaxkan diri. Kalau bercuti kat tmpt orang, especially oversea, time adalah pack, sebab kita akn cuba nak slotkan setiap masa yg ada unt melawat sana sini, hasilnya, badan adalah sgt letih, dan duit adalah habis. oopss! :P


Makanya haritu, agenda kitaorg ialah:

Sabtu, 3.30pm- checkin.
Lepak sampai lapar.. keluar cari mkn kt Berjaya Time Square. Byk btol Arabs sana ek? masing2 sibuk dok shopping handbag n kasut.
Penat jalan2 kejar Adam, kitaorg pon balik. Layan movie sampai tertido.

Ahad, terbungkang ja sampai time checkout.
Lepas tu pi makan kat Wong Solo. Pastu pi Aquaria. Takdelah best sangat kot Aquaria tu, cam kecik ja.. rasa mcm Underwater World kat Langkawi lagi besar.. rasanya la, kalau tak silap. Lepas tu pi Tesco jap, beli Big Apple and TV buat present mother's day kat mak. Oh, tv kecik je yer, bukan LCD or flat screen. heheh!
Then pi lepak rumah mak sampai lebih 7ish, kitaorg pon cabut balik.

Tu je la weekend kitaorg. :P

Tuesday, May 4, 2010

Capek~

Kecapekkan amat nih!

Dari pagi dok melipat kotak and tolong2 apa yg boleh unt simpan barang2 opis yg nak di'archieve'kan.. Yun and Kak Nor masih gigih mem'packing'.. tp sy dah surrender awal2 lepas lunch tadi.... xlarat paksa badan, sebab yg sakit nanti, diri sendiri jugakk.. :P

Yg sebenarnya, last week sehingga ke smlm, sy adalah bercuti. Membawa diri dan keluarga ke Singapore.
Depart on Thursday, dan balik hari Ahad mlm. Kerana capek bangat, semalam adalah EL.
The trip was ok.. nak bagi rate bagus2 pon tak dapek, sebab penat sgt menapak.. Keletihan adalah mengatasi keseronokan. Boleh gitu? hahahha!

Bukannya apa, kitaorg ke sana naik flight, we travel within the city dgn mrt ja, tau tau lah.. bila naik walk-wagon dgn sikecik yang tak reti berjalantaunakberlarija tu, adalah super duper penat. Hairan sungguh dengan supply of energy yg dia ada.. nak kata pakai energizer pon tak jugak, mkn pon takde la byk sgt, tp kederat dia, perghh.. 5kali ganda org dewasa! :p

But overall, Singapore is a nice city. Bersih.. tp warganya tak berapa friendly sgt.. unlike org kita, yg potpetpotpet tak berenti. hahha! Bila2 rajin, sy upload la gambar yg ada. I'allah... :P

Thursday, April 22, 2010

Ki Muff~!

My 2year old boy suka sgt ngan ki muff ni..





Kalau ikut ranking cerita2 kat 613 tu, ki muff adalah no1! Melalak kena tinggal pon boleh dipujuk dgn ki muff. Then dia suka, Einstein, Pocoyo, Handy Many, Animal Mechanical, Word World and Pooh. Cuma pooh ja dia tatau sebut, yg lain semua dia tau tajuk cerita(ikut pelat dia la kan :P).


Speaking about pelat, sy paling suka bila dia sebut grim and selapan.

Yg ni siapa boleh teka??? (auntie yun excluded yer.. :P)

Tuesday, April 20, 2010

Kursus Pengurusan Kualiti-Perintah Beras 2008

Kursus ni la yg menyebabkan i'm away from the office for 4 days.

Isnin tu kan ke sy demam, tak sempat baik, dah terus kena buli kira beras. :P

First day of the training, sesi petang kitaorg ke gudang,Teluk Gong Klang. Naik bas rombongan cik Kiah dari Quality Hotel. Objective: Buat proses unt dapatkan sample beras.
Sampling istilah nyer.

2nd day, teori and analisa beras berkumpulan.

3rd day, teori and analisa beras secara individu. Me balik dlm kul 6lebih, sebab ada trainer ckp boleh sambung siapkan esok, rupa2nya ada a few yg stay back siapkan analisis sampai pukul 10pm. Uish, tak sanggup mak.. :P Turn up, esoknya, dah takboleh sambung.. depa dah collect dah hasil kerja kitaorg. Cet!

4th day, exam objective and exam sampling steps. Hari last ni, kira half day jelah. Lepas lunch, sempat la meronda2 ke SACC mall,then terus balik pengsan. :P


Briefly nak cerita kat sini, camna proses analisis beras dijalankan.

-Sample 1kg beras akan diberi.

-From 1kg, kena dptkan bacaan moisture content, milling quality, cari padi or kutu beras.

-Then pilih 50biji kepala beras(beras yg tak patah) timbang.

- Pastu pilih lagi 50biji kepala beras dan ukur panjang n lebar each of them. Then cari purata panjang n lebar pulak.

-Lepas tu, amik 50g beras, asing kan pulak kepala beras, hancur kasar, hancur halus and temukut. Kepala beras tu pon kena divide 2 kategori pulak, yg >6.2mm or less than that.
Unit ukuran adalah dlm mm okeh, memang berpinar biji mata cek sebijik2 beras tu..

From this proses la kita boleh dptkan % unt beras hancur yg ada dlm beras yg kita beli tu. Contoh, 5%, 10% or 15%. Kalau korang tak perasan lagi, sy bagi contoh: Beras Super Premium Tempatan 5%.

-Then, amik 50g beras lagi untuk cari defect pada beras tu. Belek la seketul2 tgk beras tu berkapur ka, berbintik ka, line hitam ka, line merah ka, undermilled ka and mcm2 mak nenek lagi lah.


Memang tabik la kat depa yg kerja kat Quality Department ni. Me memang serender awal2 lah.. analisis each sample rice tu mengambil masa more than 6jam tau. Bayangkan la mcmmana stressnya mata, neck and bahu dok terbongkok2 mengerjakan sebiji-biji beras. Phew! Mmg memerlukan kesabaran.. :P


Oklah, random pic from AJK kursus.. Oh lupa, walaupon penat+tak sihat,tapi byk knowledge yang diperolehi dari kursus ni. Trainer pon sumer best2.. Chaiyok chaiyok! :)





Holla~

Lama sungguh tak update sini..


Hubby pon dah byk kali tanya, "Nape mama dah tak update blog?"


Sebenarnya mcm2 menda nak cerita, tapi malas betul nak start fikir the right words to start. heheh!


Minggu lepas, the whole week memang tak masuk opis. Isnin mc, then 4days training kat Quality Hotel S.Alam. Friday the week before, ada company dinner. The 1st grand dinner semenjak 10thn dulu kot. Then Sabtu, birthday party Adam. Celebrate wif families jek.. mama buat last minute plan. Mula2 igt tak jadi party, al-maklum, agak sengkek bulan ni, tp tetiba ja excited anak dah masuk 2thn. :P


OKlah, later i'll upload gambo2 unt event2 yg dah basi itu.

Stay tune!!! :P

Wednesday, April 7, 2010

Adam turns 2!

Happy Birthday son!

Mama loves u with all the loves in the world...








Thank you Allah for the most beautiful gift!
Alhamdulillah....

Sunday, April 4, 2010

Frust menonggeng!

Wednesday, March 31, 2010

12pm

menunggu detik 12pm di mcd..

Unt lunch promo n half price sundae.. Huhu,lapo..

Pst.. mak cuti hrni dek non..

Thursday, March 25, 2010

Up and Running~

First n foremost, thanx to those yang concern n memberi kata-kata semangat dlm previous post.

Harini, sy dikejutkan oleh this comment:

Blogger ibuVouge said...

murni
one door close, another door open up to you

come on babe!..

March 25, 2010 12:09:00 PM GMT+08:00




Hadir nya comment IV membuatkan sy tersedar.. ui, lamanya i'm down... heheh!


Actually, tak juga, i'm already up n running.. eventhough nothing change, keje still sama, environment still sama, status ding dong ding dong aka 'hanging' pon still sama. Yang berbeza is me. I learn to accept the news,and take things positively. Although masih ada sedikit gusar di dada, tapi sy yakin, setiap kejadian pasti ada hikmah nya..
Lantas mengingatkan diri on one motivational story for which the key point is: "We need a 'shark' to keep us moving!"

Betul! and i consider this news as a big shark yg membuatkan sy keluar dari my comfort zone. Percaya atau tak, dah hampir 5thn sy bekerja di company yg sama, dgn positon yg sama, dengan anjakan gaji yg tidak berapa memberangsangkan. Mungkin 'shark' yg dtg ni, dpt membuka mata dan memanjangkan langkah kaki dan secara otomatik, i'm moving one step futher from my stagnant position.


Bak kata IV: "one door close, another door open up to you"


Semoga Allah permudahkan sy dalam mencari 'pintu' itu. Amin... :)

Thursday, March 18, 2010

...

Takde mood betul nak buat kerja..



Takde mood betul nak study coding..



Take mood betul nak bloghopping..



and.. takde mood betul nak update blog...




taktau la apa sebenarnya yg sy nak buat!






I AM TEMPORARILY DOWN~

please try again later.. :P

Monday, March 15, 2010

Buta KL~

Itu lah kami, Buta KL.

Lunch hour tadi, teman hubby pegi KLSentral, nak pi collect tiket F1. Padahal, KLSentral ngan PJ ni, ikutkan 10min pon dah boleh sampai.. tapi tau tak berapa lama masa yg diambil unt kami pergi dan balik from PJ - KLSentral?

12.45 sampai 3pm. Nah kau! 2jam 15min ye kawan2...


Alkisahnya, nak masuk parking pon kami boleh pusing 2round, then dah masuk parking.. kuar2 lif, tgk kiri tak familiar, kanan pon tak familiar.. rupanya2 pi park dekat Plaza Sentral (kot).. dah kena menapak bapak jauh. Setelah berpeluh2 berjalan, sesat pulak kat tmpt parking.. me as the navigator, kondifen je tunjuk jalan.. rupanya silap.. bertambah berpeluh la nak mencari kereta.

Then nak balik, pi masuk pulak exit je Jln Tun Sambathan. Ha kau.. melarat sampai ke Pudu... tau2 lah Pudu mcmmana.. Tgh hubs dok tension jalan tak gerak2.. brrRRRRrrrr, selebat lebatnya hujan turun. Dah la sesat larat, sign board pon samar2 nak tgk. Jln ke PJ dekat area tupai2 tu pulak, tutup.. de tour pulak entah ke mana arah. Kalau Garmin tu boleh bercakap, mesti dia dah mengamuk dah: "Oi! Aku ckp Turn Right, turn right la weeii!!"

So me cakap la kat hubs: "Banyak btol halangan F1 ni kan? Nak pi collect ticket pon, punya la susah" :P

FYI, sy tidak terjebak dgn acara berpanas di lereng bukit sambil tunggu kereta lalu. Byk kali juga hubs membuat cubaan ajak teman dia.. tapi tak sanggup rasanya nak menghitamkan lagi kulit yg sedia hitam ni. Lagipon, si kecik tu camno? Dia bukannya boleh kena tinggal dgn tok.. meratap kat pintu panggil mama. Haish, manja!

Ada juga sy cadangkan suh ajak abah, dia jawab: "Panas, lagipon kat hillstand je"
Lepas tu sy ckp, ajak la Idi ke, sapa ke..

Jawabnya:"Abg lebih suka pegi mana2 sorang2, tak pon dgn ayang je... "


Hmm... dlm kepala otak dok fikir, ni ayat romantik 5thn sekali ke... ayat ulat bulu dah naik daun oii!!


Think positive, think positive! :P





p/s: to abg, do enjoy your F1 weekend.. jgn lupa convertkan budget unt ticket ayg dgn cash money yer.. muahahah
! lap u!

Wednesday, March 10, 2010

100 Weeks and 2 Days..

adalah umur Adam today..

kalau in days, its 702 days..




Umur sy pulak ialah: 9,943 hari..
lagi 2bulan(kalau umur pjg), dpt la mencecah 10K hari sy hidup di dunia yg fana ini.. cey! :P




Sekian fakta mengarut dari saya..

Sumber rujukan : here

Tuesday, March 9, 2010

In search..

....of a purple outfit for my kazen's wedding..



Tadi lunch hour, telah melilau kat ampcorp mall.. setiap level mak lalu u! :P
tapi hampa.. bila tak cari, semua cantik.. bila cari, takde pulak yg berkenan..


To cotton lovers(tp cotton biasa2 je la), byk sgt cotton kat sana. Ready made or kain ela.. tapi syang, sy dah tak minat cotton.. malas nak gosok! heheh!

Oh, talking about cotton.. last week sy telah menyinggahkan diri ke Casa Moda cawangan Seremban. At the same exact place last year, i bought swiss cotton for the price of Rm1** , tak igt exact figure, tp rasanya close to 2hundreds, but last week.. harganya adalah rm48.
Swiss cotton adalah best ya, sejuk n senang gosok.. kalau boleh, sila elakkan viscose cotton, kedutnya, macam 'Nenek Kebaya' :P

Pesanan penaja: beramai2lah terjah kedai kain yer.. ramai yg dah sibuk prepare baju raya ni, takut susah nak tailoring nanti.



Berbalik ke misi pencarian baju purple ku, any suggestion where to find a good one?? except for Jln Tar please...


Oh yer, ada lagi misi pencarian... siapa tahu any tailor yang boleh menyulam dgn santek?
Tadi i found 1, kat amcorp mall, level2.. sulam dia mmg superb!! tapi sampai 1K++ ko harga sulam.. mengucap pjg sy, nasib tanya dulu, kalau main hantar ja, confirm kena gadai cincin kawen. (eh, cincin kawen adalah white gold, gadai pon tak laku kot? :P)


Itu je la mngarut petang2 ni..


Sy sudahi dgn

wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Monday, March 8, 2010

Ber-hella hella lemon~

Dulu masa kecik , figure 1juta tu kiranya dah paling besar lah tu...


Tapi tahukan anda bahawa ada unit yang jauh lebih besar dari juta ie: yotta. ?



Agak2nya, ada tak org yg harta nya mencecah 1 yotta? heheh~ :p



Even yotta tu dah bessaaarrr gila, tp dah namanya manusia, nak laggiii besar..

It is said that scientist has started a petition to name the prefix for 27 zeroes digit with the word 'Hella'.


FACTOR
...or in full ...
or in
words
SI
PREFIX
SI
SYMBOL
1,0E+24
1,0E+21
1,0E+18
1,0E+15
1,0E+12
1,0E+9
1,0E+6
1,0E+3
1,0E+2
1,0E+1
1,0E-1
1,0E-2
1,0E-3
1,0E-6
1,0E-9
1,0E-12
1,0E-15
1,0E-18
1,0E-21
1,0E-24
1 000 000 000 000 000 000 000 000
1 000 000 000 000 000 000 000
1 000 000 000 000 000 000
1 000 000 000 000 000
1 000 000 000 000
1 000 000 000
1 000 000
1 000
100
10
0,1
0,01
0,001
0,000 001
0,000 000 001
0,000 000 000 001
0,000 000 000 000 001
0,000 000 000 000 000 001
0,000 000 000 000 000 000 001
0,000 000 000 000 000 000 000 001
septillion
sextillion
quintillion
quadrillion
trillion
billion
million
thousand
hundred
ten
tenth
hundredth
thousandth
millionth
billionth
trillionth
quadrillionth
quintillionth
sextillionth
septillionth
yotta-
zetta-
exa-
peta-
tera-
giga-
mega-
kilo-
hecto-
deca-
deci-
centi-
milli-
micro-
nano-
pico-
femto-
atto-
zepto-
yocto-
Y
Z
E
P
T
G
M
k
h
da
d
c
m
µ
n
p
f
a
z
y




Lepas ni kalau ada org tanya: "u sayang i byk mana?"



Boleh la jawab: "ber-hella hella byknya... muah!(hella kali) "

Wednesday, March 3, 2010

Poor me~

I am not poor actually.. yang sedang2 saja. Alhamdulillah, cukup mkn, cukup pakai semua. (read: terlebih mkn, terlebih pakai pon ye jugak. :P)

Cuma nya in this case, sy masuk dlm kategori poor women lah.. sebab, tak brapa nak vouge gitu.



Pendek kata, straight to point, sy mengarut petang2 ni adalah sebab email ni.





There are No Ugly Women Just Only Poor Women


Ladies, next time our man complains about how ugly we are, tell him to fork out the cash & we'll be as beautiful as he wants us to be!
If he can't afford it, don't blame us!


There are no ugly women........only poor ones....... don't believe everything you see

This photo below was taken at a competition in June 2008. The competition was between 9 women for best makeover.
They had every possible beauty treatment available to them over a period of 12 hours before the contest.

Look at the before and after photos. Conclusion - there are no ugly women only poor women .

The woman 2nd from the left won the contest.







Nota kaki: Pa, bleh 'hulur' sikit nak pi buat treatment? hehehhe!

Lady Gaga makes me mooooveee~

Hahahha..

Kalau anda ada ternampak seorg perempuan gila yg berjoget sambil drive,

tu adalah sy tgh layan Lady Gaga.. ngeh ngeh!


Tapinya, sy tak suggest kamu tgk clip dia, lagho kekdahnya.. hahahahha!


Tapi kalau nak tgk gak.. pi sini.


Sy nak embed kat blog, segan pulak. hahahah!

Tuesday, March 2, 2010

Ratu~

Hari ni baru terperasan gambar anak Que and Linda. Sy mmg minat ngan Que ni, nak2 pulak lepas layan Cinta Untuk Ain. hahahah!


source: Utusan Online

Petik sikit statement Que:
"Apatah lagi Linda melahirkan bayi kami secara pembedahan dan proses penyembuhan itu benar-benar menguji keimanan serta kesabaran saya."


Komen: Adoi bang... proses penyembuhan tu kejap je tau, tu pon bukan abg yang rasa sakit pon.. I admit, seorang suami mmg perlu byk bersabar la melayan karenah isteri lepas bersalin. Mmg mcm2 peel.:P Manjakan la sikit isteri mu itu ya? :)


Teringat masa lepas bersalin dulu.. Ada org tanya kat sy: "Sakit tak?"
Sebelum sempat sy jawab, hubby dah tolong cakapkan dulu: "Ui sakit..... sampai nak tercabut besi katil tu.."

Pada hakikatnya, bukan saje besi katil, nyawa pon mmg nak tercabut dah.. :p
But it's miracle kan, once the baby poped out, mmg hilang semua sakit.. if not, semua manusia kat dunia ni, anaknya 1 je lah.. heheh!

How i am glad he could see the pain.. harap2 dia igt la pengorbanan bini yang sorang ni melahirkan anak dia. (and hope more to come.. :P)



By the way, lagi gambar Ratu kat blog Abg Nara.


I just simply love the name: Tengku Ratu Haidar

Monday, March 1, 2010

Blogger's Famili Day 2010

Ini adalah cubaan pertama sy unt join bloggers gathering.


Berikut adalah detailnya..



Ibu dan anak..



Mamatisya, she's my ofismate. Yang berani nak join gath kali ni, sebab ada dia la.. For me, kalau tak dpt nak mingle around, at least, ada la jugak org yg sy kenal kat situ.. heheheh!
Mamatisya ni glamer among all the mom bloggers, sibuk dia chit chat sana sini.. last2, i'm on my own jugak.. hheheh!



Anak sapa ni mengantuk lagi ni?? Heehe!




Geram je tgk orang posing sakan.. nak join malu.. :P



Yang penting, kita serbu makannn... Lapor! Nasib baik me serbu awal2, dpt la mkn bihun goreng Afidah.. Hot selling item tuh fidah, lepas ni boleh jual bihun pulak. ehehhe! Masa tu, the person yg bwk heavy food blm sampai, mmg kejap je licin bihun ko. :P



Minuman adalah heaven. Sebab: ada ice cube. Heheheh! Di saat panas membahang, dpt ice cold coke adalah mmg BBBBrrrrRRRR... :)



Baby yang tajam merenung Kids pack. Takpe baby, soon u can eat all those sweets. :P
Off topic sekejap, one thing sy perasan la, no matter how hard kita cuba unt tidak mengajar anak mkn junk food, benda2 tu jugak lah yg menjadi kegilaan. Kan kan?



Adam tak sabar tunggu Clown bikin baloon. Bak kata papa, kalau jumpa clown je, mesti dia dpt pedang. heheh!




Masing2 tunggu turn..



Group photo. Sy telah berada di wing yg salah. Sepatutnya sy yg 'kelam' (read:gelap) ni duduk dkt the other wing, where natural spot light sedang menyuluh terang. :P


Di saat semua org tgh buat aksi bebas, sy teguh berposing unt hubby's shot. ahahahha!



Adam (read:mama) mintak dog pulak. :P




Mama yang over eksaited! (tuh dia lengan, punya la besar!!! :P)





Sesi pertukaran hadiah. Sy telah mencabut nama Haiza aka Mama Damia. Haiza ni pon is not new to me. Masa Dip dulu, she was my junior. Lepas tu ada la howdi howdi kat Friendster, tup tup sekarang, jumpa kat blogworld pulak. Oh, by the way, sorry la kalau hadiah tu tak seberapa.. maaf dipinta. (me tak reti budget nak beli hadiah cenggana :P )



Sy pulak dpt hadiah from MummyAyu. From the wrapping, dah suka dah! Tapi sayang tak dpt bergambar, sebab masa tu sy tgh susukan (from the bottle) Adam.

Taraaa.. dapat perfume! Bau mcm limau nipis sikit, sedap.. Suites my taste. Thank you MummyAyu!

Me tak dpt join apa2 game pon. Sebab nya Adam dah out of control. Dia dah mengantuk sgt, tapi punya la payah nak tidurkan. Baru nak terlelap, bird lah, ball lah, car lah.. macam2 lah! So we decided to leave early..lagipon petang tu ada party lagi to catch up.

Off topic lagi, Adam sekarang,punya la kuat berjalan. Selalu dia akan bgn tido dlm 9.30 or 10am. Pagi tu, 7.30 dah kejut dia. Keyword dia: "Adam, bgn.. jom jalan!"
Macam magik dia trus turun katil n tunjuk toilet, sambil ckp: "Mandi!". Mak aihh, patut la ada taik lalat kat kaki. :P


Back to topic..

Dikesempatan ini, sy ingin mengucapkan tahniah kepada Team Organizer, Suziey and the gang bas sekolah kerana telah berjaya meng-organize such event.

Sedikit komen membina, mungkin nxt time boleh diadakan sesi suai kenal. Sebab sy ni pemalu nak introduce diri. Nak2 pulak, among the attendees, sy mmg tak brapa follow blog depa, and vice versa. Jadinya, semua org tak kenal pon saya ni. Except for Mamatisya n Haiza of kos! Hehehe! Oh and, lagi satu, cabutan bertuah tu, boleh start cabut in between agendas. Just my 2 cents la. No hard feelings ya.

Ape2 pon, mmg salute the team sebab kesanggupan, komitment, tenaga dan peluh yg telah dicurahkan. Tahniah!


To those bloggers yg sy ada bertegur sapa, salam kenal... may this be a starting point for a good friendship. :)

Selamat Isnin~

Cuti 3hari lepas, kitaorg ada kat KL ja.. tapi berbagai event, sampai tak sedar, kejap je masa berlalu.


Jumaat

Sibuk mengemas rumah. Ada 2 ekor bangkai kat belakang rumah, tmpt kitaorg sidai kain. Hubby kata tikus, tapi sy suspek anak kucing. Dah tak kenal rupa, sebab berulat2. So kerja pembersihan diserahkan pada yg pakar. Bak kata hubby: "Kerja kotor-kotor je, semua kerja abg kan?" Heheh! u'r the guy man! oh yer, keesokan harinya, we figure out, sebenarnya ada lagi sekor kat bwh tempat sabun. Gosh.. 3ekor bangkai berulat2. Memang busuk.. Malam tu pegi Tesc*, kitaorg terbau2 je bau bangkai tu. Rasanya, mesti ada tikus mati dkt stack2 benbarang tu.. heheh! The same bau busuk mcm kat rumah. Nampaknya bau bangkai tu melekat dlm lobang hidung. :P



Sabtu
Majlis aqiqah kat Tmn Ibukota kot? From 11am to 4pm kat sana. Balik rumah, pengsan. Bukan sebab byk mkn kambing, tapi sebab pening kejar Adam. Masuk pintu sana, kuar pintu sini. Main heels orang la.. Nasib berjaya paksa dia tidur, kalau tak, mmg awal lagi dah cabut.



Ahad
Bgn awal goreng nuggets. 3kg terus! Tak pernah2 mak bgn pagi masak2.. rasa mcm nak meniaga nuggets pon ada. heheh! oh yer, nuggets tu unt potluck Blogger's Gathering.
Lepak Tasik Perdana from 8.30am to 12pm kot.. Lepas tu balik membungkang.. bgn mandi2, pi Bukit Permata, Gombak lak. Ada housewarming+birthday party.
Masa sesat2 kat Gombak, ternampak satu kedai perabot tepi jalan. Ada jari jemari memanggil2.. Lepas party, terus terjah kedai tu, and angkut menda ni...




Adam kata, "Uuuuu.. cantek.." "Cih papa... "(terima kasih papa)



Oh, Ahad blom berakhir, stop by kat rumah mak dlm half an hour. Just nak tunjuk muka.. kang kecik hati pulak lama tak pi rumah dia. :p Balik rumah dah malam. Kemas2 troli from the pot luck, bla bla bla bla bla.. Dah midnight. There goes my weekend.
Kejap je habis. heheh!


Ok, next entry, i'allah will be on the gathering. Stay tune...