Tuesday, August 18, 2009

Looking for a PA aka Secretary..

...but not for myself obviously.. :P



Anyone interested???

1.Asap
2.Good in writing
3.Location: Menara PGRM,Cheras ->near to Jusco Maluri
4.Pay base on qualification



email me at murni_mustapha[@]gmail.com

Monday, August 17, 2009

Projek Raya!

Tahun ni boleh dikatakan tahun baju raya terbanyak.. ngeh ngeh!

Next week nak amik 3pasang from tailor 1st time try di Sg Besii.. baru last week pegi hantar.. best kan, dia boleh siapkan in 2weeks? :p harap2 puas hati la dgn jahitannyer..

Sebaik dpt jek baju tu minggu depan, sy plan nak start projek menjahit beads!
Sebab, baju raya yang 'main' which is kainnyer sekayu dgn Adam n papanyer, adalah too plain..
perlulah highligth2 sikit kan.. Tgh pening nak pikir design apa,sebab sy bukannyer biasa sgt jahit beads.. ntah kenapa bersemangat pulak nak jahit sendirik..
Harap2 sempat lah siap sebelum raya.. :P


In the mean time, petang ni boleh amik jahit tepi from kedai.. which is another 2pasang.. yang ni saya nak jahit sendirik pulak.. hahaha~! yang tempah, tempah jugak.. yang jahit,jahit jugak... ngeee... tamak kan? taktahulah sempat siap or projek bertukar status menjadi 'Terbengkalai'.. sy ni selalunyer hangat2 taik ayam sajork.. (sedar diri pon kan? :P) yg jahit sendrik tak penting, sebab i'allah tailor boleh siapkan sumer sebelum raya.. so tak risau sgt lah kan.. :P


Ape2 pon.. chaiyokk for me!! Starting today, schedule lain sikit.. sebab sekarang carpool dgn husband.. Ofis dia harini first day beroperasi di bangunan baru kat Bangsar South aka Bukit Kerinchi.. Alang2 we are on the same route, best jugak dpt keluar pegi keje sama2... tp kena reschedule sikit time tu.. :P keluar kena awal sikit.. balik kena lambat sikit.... sebab saya masuk pukul 8, kena drop husband dulu kat ofis dia, then balik kul 5.. kena pickup dia dulu 5.30.. selalunya 5.30 sy dah selamat memangku Adam.. :P Nampaknyer Adam pon kena balik lambat jugak lah yer... sian bucuk mama..

Thursday, August 13, 2009

Kementerian Kesihatan:H1N1

Lately, semakin ramai yg pergi mendapatkan vaksin influenza. Ada yang sampai ke seremban sebab byk klinik yg sudah habis stok. Sy ada try call SDMC unt dapatkan kepastian.. tapi call asyik tak berjawab jek.. mungkin everyone is so busy handling H1N1 cases. But tru Mr Google, i found out that the vaccines in the market is not meant to protect us from H1N1, since H1N1 is one kind of a new generated virus.

Tp hati ni tak puas hati lagi, lantas mengemail Kementerian Kesihatan melalui laman web khas H1N1: http://h1n1.moh.gov.my

A few minutes after that, i got a reply:

Pn Murni,

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.

Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).


Dinasihatkan puan sekeluarga sentiasa memantau kesihatan diri dan segera dapatkan rawatan jika demam, batuk, selesema dll. Untuk makluman lanjut, sila layari http:h1n1.moh.gov.my.

sekian, terima kasih.

CPRC. MOH



Ha, effisyen kan Kementerian Kesihatan? Quick response and updated info. Tabik sekali!
Sekarang persoalan dah terjawab.. tapi kebimbangan meruncing, sebab jawapan itu memberi maksud: Nothing can protect us from H1N1..
The H1N1 punya vaccine will only reach Malaysia at the end of the year.
Sigh!!

Tadi dpt email berantai:



Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1

Ogos 1, 09 8:03pm


Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).




Tak tahu lah sejauh mana ramalan itu.. but yes, that really FREAKS ME OUT!! Our group yg pegi Kelantan last weekend pulak, berpakat2 kena demam and batuk.. Mak(alhamdulillah dah sihat), anak2 along and now Adam Rifqie pulak selsema+batuk..
Moga Allah melindungi kami sekeluarga..




pssst pssttt... nampaknyer sy begitu obses dgn H1N1 kebelakangan ni.. jangan bosan yer.. :)

Monday, August 10, 2009

Mintak dilindungi..

Post saya 6 hari lepas: Kronologi kematian H1N1: Sudah 8!

Tiba-tiba,hari ini sudah 27!!!!!

Najib juga sudah semakin risau.. "Apa kerajaan boleh buat untuk menangani masalah ini?"

Pada pendapat saya, selain kempen "Membasuh tangan dengan kerap dan membuang tisu setiap kali selepas bersin",
kerajaan juga patut menjalankan kempen:"Keluar rumah bila betul2 perlu..." dan juga "Amalkan pemakanan sihat/supplements unt meningkatkan tahap antibodi badan"


Mak Lang sy(suami sy), seorang doktor, is a strong believer of khasiat madu. She also suggested us to have daily intake of madu cos madu can increase one's antibody.


Semoga kite semua dilindungi dr wabak ini..


Disamping itu, boleh la amalkan Selawat Syifa'+ Al-Fatihah untuk merawat pelbagai jenis penyakit (petua from darussyifa).


Selawat Syifa':




Version Hijjaz
‘Allahumma salli ala muhammad..tibbil kullu biwadawa iihaa..waafiyatil absariwasyifa iihaa,wa nuril absori wa jila
iihaa wa a’ala aalihi wa sahbihi wa barik wasalim’

Version copy from darussyifa


Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


psst... selawat syifa' ini juga adalah sgt sedap dinyanyikan dan rasa sejukk jaa bila dengar..



Updated!
Tips found proven to help H1N1 patient.. InsyaAllah...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone…

Sunday, August 9, 2009

Letìh..

Kitaorg br blk dr kelantan,ada wedding cousin en suami.. Pegi n blk naik air asia..

Apa yg dpt disimpulkan, adalah sgt sgt sgt memenatkan bwk Adam Rifqie for the trip. Dia boleh berlari tanpa sempadan! Dah tu taknak org pegang tangan lak tu.. Lepas ni harus beli hand strap itu..

Masa langkawi trip 4mnths back, Adam behave sgt. Masa tu dia blm dpt 'kaki' n kitaorg bwk stroller.. Lgpon time tu,dia xdelah seberat ni. ;p Masa bejalan nak ke plane td, sy terpaksa pangku dia dlm posisi baring sbb dia nak tido n minum susu. Masa tu en suami bisik, "lepas ni tak kira la dekat ke,sempit ke, kita mesti bwk jugak stroller."

Hasil dari kepenatan melampau itu,sesampai rumah kul2.30,sy trus terlentang n tetido smp kul4.30 bila en suami dah berkali2 bising suruh zohor.. :p

Moral of the story, bwk la stroller kalau nak kemana2.. Xleceh pn bwk naik flight,sebab kita tgglkan je kt bwh tu,crew yg akan angkat bwk naik. But this time kitaorg tak bwk sebab takut tak muat masuk alphard paklang,maklum la, group kami ada 7dewasa, 2kids, 2toddlers n 1baby.. :p

Thursday, August 6, 2009

MC 2 Hari Lagi?

Last 2 weeks sy dah MC 2hari. Sebab upper eyelid belah kanan tetibe jek bengkak sampai tak leh bukak. Doc kata bukan ketumbit, bukan sakit mata. Mungkin sebab liang roma tersumbat n kena infection. Dia warning siap2 dah.. "lagi 3hari kalau tak ok, dtg balik n i refer u to the specialist. Maybe u have to go tru a procedure to remove the thing." Dengar procedure jek.. kecut dah perut sy... Lepas mkn antibiotics n ubat unt bengkak.. Bengkak tu pon surut la jugak..

But then tetiba weekend lepas, dia bengkak balik.. mcm ada sebijik bulat camtu.. Sy pon takut lah unt kembali ke klinik pertama.. trus pegi ke klinik panel dkt opis.. Masuk2 jek bilik doctor, trus doc tanya: "U nak mintak referal letter ye?" Ait? Mcm tau2 jek doc tu kan.. Sy kata,tak doc.. sy nak try ubat doc dulu.. :P Doc kata kalau benda tu jadi balik.. u mmg kena go tru the procedure jugak.. but i insisted nak ubat jugak! Dasar penakut!!! :P

Malangnyer ptg smlm.. sebijik tu menjadi besar dan merah mcam dah nak meletop.. adalah kerana, lunch hour semalam sy ke gym.. the sweat must have worsen it! Aiseh!!

Makanyer, pg tadi at 10am,sy pon pegi la mengadap specialist. Igtkan nak set tarikh jek for the procedure, tup tup, kena buat dan dan tu jugak.. Udah la si penakut ni dtg sorang2... rasa macam nak lari! :P

Sakit tau!!! Ibarat org keguguran... i mean the process,bukan the pain ye? Lepas dia keluarkan benda yg berketul itu(which is minyak berkumpul katanya), dia korek2 nak kasi bersih.. part tu yg taktahan tu! Tapi sekejap je la, tak lama pon..ape sgt la nak dikorek bwh eyelid tu kan? :P Then dia tutup mata mcam lanun and wait for about 20mins. Dia bukak n cek, walla!! Settle!!!

Alhamdulillah, i did it! All by myself! :P Sebagai reward unt keberanian sy itu.. sy telah menghadiahkan diri sy lawatan sambil belajar ke OU! :) (padahal sakit mata tu dok berdenyut2 lagi :P)
Puas hati kau,dpt jalan and shopping sorang2.. sampai kaki tak larat jln la.. Dpt la rembat sehelai bj sy,sehelai bj en suami, 3pasang baju si kecik,sandal and kasut si kecik... Kata reward unt diri,tgk2 brang si kecik jugak yg banyak.. hehehe! 2pasang baju Adam itu adalah unt belasahan..kesian tgknya, dah buruk2 sgt dah.. mau tak,dia pakai sejak lahir kot.. (ya tuan tuan dan puan puan, anak sy masih muat a few of baju newborn dia) Kurus kan anak sy? :P

Then perut lapar,pegi la mkn bolognaise pizza hut sorang2... konon2 nak sambung perjuangan la lepas tu...tetiba baru tersedar diri, esok nak pegi Kelantan and doc tadi dah ketuk sy RM597.41(sy kena byr ye, sebab medical budget for this year dah habis!) unt procedure yg tak sampai 10min itu. Adoihhhhhh!!!!!!

Wednesday, August 5, 2009

Malam ni ye kawan2.. :)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah &
surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat
kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam
iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya


Things I've Learnt Living in a Jetplane KL


1. Perlu bijak mencari side-income/opportunity grabber

Dekat KL ni, peluang sentiasa terbuka unt apa2 jenis perniagaan. Klau exec cabuk mcm sy ni, pemalas nak kerja lebih.. duit gaji mmg adalah ngam2(or lebih sikit) unt perbelanjaan harian. Jadi perception org kg macam.. "Ui... dia exec kat KL, banyak duittt...." ; that does not implies to me. Harap maklum. :P



2. Perlu bijak mengurus masa.
Time planning adalah sgt penting. Contohnya masa nak keluar rumah. Part ni saya masih fail! Saya tau sy perlu keluar rumah the latest at 7am unt smp before 8.. tp sy selalu gagal. Ntah apa la yg di tok tek tok tek kan kt rumah tu, bgn awal pon, keluar lmbt jugak. Kadang2 keluar awal pon, sampai lmbt jugak.. which relates to point #3.



3. Perlu bijak mengatur strategi perjalanan and alternatives.
Part ni paling penting. Sebelum ni sy hanya tau satu jalan saja unt ke opis (from BTS to PJ); that is melalui East-West Link Expressway(tol 50sen). Nama adalah tidak seindah rupa. Konon express, tp kalau kuar 7.15, sy akan stuck betol2 selepas tol sampai la ke Midvalley. Damn kan? Itu blom masuk part ada keta rosak la, accident la.. Adoih, sakit jiwa!
Sekarang sy dah bijak sikit..sy sudah ada alternatives.. :P
a.If Keluar<7am
MRR2-EastWest Link-Federal Highway-Jln University

b.If Keluar Between 7am and 7.15am
MRR2-MEX-EastWest Link-Federal Highway-Kerinchi Link

c. Else
Sg.Besi-Besraya-Kuchai Lama-Klang Lama-Kerinchi Link

There are so many routes lagi.. yet to discover.. buat masa ni yg tu baru sy sempat teroka. :p



4. Perlu bijak memilih dan menilai.
We as consumer mmg kena bijak memilih and menilai yg mana intan yg mana kaca. Cewaahh!!
Contoh la, byk ibu2 yg pesan: "masak la.. beli bukan sedap.." Ha.. yang tu yg kena pilih tu.. dlm byk2 kedai mkn, mesti ada yg boleh masak sedap n menepati selera kite. Btul tak? :p
Sekali sekala tu mmg la masak jugak.. but everyday is a big NO NO NO.. cukup la sekadar masak bubur anak.. :p and.. cukup la kot air tangan isteri 2-3kali seminggu sekadar pengerat kasih sayang.. :P
Pada suamii2 yg mintak isteri masak hari2 tu.. please consider yer? kita sama2 kerja; a wife is no robot.. :)



5. Perlu mengukur baju di badan sendiri.
I have to admit, standard of living in KL is very high. Manusia berlumba2 mengejar kemewahan dan cuba unt menjadi lebih kaya dari org lain. Cukuplah dgn contoh handbag. 3-4years back, saya tatau pon apa itu COACH? But today, i wish i would have one! Luxury handbags is actually none of my interest, but seeing everyone talking/dreaming/having and wearing one makes me feel like: "I Have to Have one!" But then, sy sudah mengukur baju dibadan sendiri.. dan sy sedar bahawa sy masih belum mampu unt unt menyandang sebulan duit gaji sy di bahu. :P



6. Perlu pandang kebawah.
Sebab sy malas at point #1, sy have no xtra(too little) budget to spend on luxuries.. kadang2 bila time pegi vacation/travel/unexpected things, budget adalah sgt tight. Mmg rasa takbest, and start counting how many days left for the next pay. Sy selalu diinsafkan semasa driving home. Masa tu sy boleh nampak mcm2 jenis org; yg menunggu bas, yg berbasikal, yg membawa motor dgn baby kecik dikepit ditengah2, yg berjalan kaki sambil mengkilik anak,tangan sebelah memimpin sorang lagi,pergi menjemput anaknyer disekolah, pakcik tua mengutip botol dan sbgnya.. Kadang2 bergenang airmata tengok kepayahan org lain, n more touching, part pakcik tua itu. Sgt terkenang my late father..sedih sebab dia tak sempat tgk sy: "Where am I now, married,working,and.. i have a son now bapak.. i wonder if u can still see us? :("



7. RESPECT others.
Respect are becoming more fragile here. The only way u want people to respect u is by being rich and famous!! Faktor umur atau tetamu dah tak diambil kira. Bila takde duit(or look like takada duit), jangan harap la nak dpt layanan baik. Kalau org mcm sy ni masuk exclusive boutique, xda mananyer si SA tu nak layan. Kalau nak lagi di respect, silalah dptkan title Dato'/Tan Sri/Tun or what so ever. Tp kadang2 sikap depa ni pon, tak boleh blah jugak.. Having these title does puts u up one level from org kebanyakan.. but, u are not god; tak perlu lah expect xtra vaganza special treatment or disembah2 pulak. Si pemegang title tu is acceptable lagi lah kan.. tp yg tompang title tu lagi tak tahan.. Contoh suami Tan Sri; yg si Puan Sri ni bukannyer buat apa sgt pon, dok perabih duit laki jek.. tapi yang ko belagak sgt tu apahal? yang paling best tu.. sebab nak dpt title Puan Sri, ko sanggup kucar-kacirkan rumahtangga org smp cerai berai.. tup tup, ko pulak yg lebih2 kan?
Orait, maybe i've crossed the line; i know, not every Dato'/Tan Sri/Tun /Datin/Puan Sri etc are like that..there are ones yang humble,nice and down to earth.. but what i highlighted is about the one who are close to me; for which i could not tolerate to such behaviour anymore. Harap maklum. :)




Yang penting, setiap point itu telah mendewasakan sy(tak sedar ke dah dewasa?? dah beranak oii!!!! :P), dan sy harap sy dpt pegang prinsip hidup sy dan terus berusaha unt memperbaiki diri. God, please show me the way..
-END-


Tuesday, August 4, 2009

Kronologi kematian H1N1: Sudah 8!

8org dah meninggal sebab Influenza H1N1.


23 Julai 2009,Kuala Lumpur: warga Indonesia berusia 30 tahun

27 Julai 2009,Subang Jaya: seorang lelaki berusia 46 tahun

28 Julai 2009,Kuala Lumpur: lelaki tempatan berusia 42 tahun

29 Julai 2009,Melaka:
wanita berusia 20 tahun

1 Ogos,Perak: kanak kanak berumur 10 tahun

2 Ogos 2009,Johor: budak lelaki berumur 11 tahun

3 Ogos 2009,Sarawak: wanita berusia 23 tahun(baru 2minggu bersalin)
Negeri Sembilan: guru wanita berusia 51 tahun


Kematian ke-7 adalah menyentuh hati saya, sekejap je dia dpt tgk anak dia... n kesian baby dia tak sempat kenal mama.... sedihnya... sob sob sob! :(

*
**
**

Jahat sungguh wabak dr babi ni!
Allah nak tunjuk pada semua: "KENAPA BABI ITU HARAM?"
Binatang kotor,pembawa penyakit.. dulu SARS pon dari babi juga..




"Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami dari wabak H1N1.. Amin!"

Monday, August 3, 2009

Mode:Mengantuk!

Mode adalah sgt mengantuk.. pening kepala tahan ngantuk.. :P Maka dengan ini, nak recap our weekend.. :P

Friday lewat ptg, bergegas balik semban.. ada kenduri doa selamat..

Saturday morning, telah dikejutkan seawal 6am unt get ready. By 8am.. rombongan pengantin ke Shah Alam bergerak. 10am acara tunang.. 12pm acara nikah..
Letih sungguh menunggu acara akad itu, kerana si Adam Rifqie adalah ibarat lipas kudung.. tak reti dok diam.. Petang mengangkut laundry busuk ke rumah mak; adalah sebab washing manchine kami rosak... setelah membasuh 2 full loads(baju dewasa sahaja), 9pm baru balik rumah balik.

Sunday morning, bgn at8.30am. Buat berakfast,kemas2 rumah sikit,and bersiap unt ke Shah Alam lagi for reception pulak.. 12pm kena berkumpul kat tol. Makan makan, tangkap gambo.. 2.30gerak balik. Singgah sg. besi cari org repair washing machine. Sampai rumah, suap Adam nestum, maklang n family singgah rumah.. Makan makan, sembang sembang.. slideshow gambo kenduri.. at about 5 mereka bergerak ke Seremban balik. Then masak bubur si kecik and buat Peach Pudding.. Lepas maghrib mak n kakak dtg bwk dinner.. Nasik lemak air tangan ibu.. :P (dah la paksa mak dtg, siap mak bwkkan makanan sekali) hehheh! 11pm baru depa balik...
Hbs la weekend saya.. penuh dgn acara kekeluargaan.. :P tapi takpe.. saya suka org dtg rumah...(time rumah dah kemas la kan, kalau tak malu.. :P) Sebab mak selalu pesan.. orang dtg rumah bawak rezeki,tak baik mengeluh bila org dtg :)
and yes.. mmg best bila org dtg.. terasa mcm ada yang masih sayang.. chewaahh!!! :P

Pon begitu.. sy rasa mcm saya perlu 1hari lagi unt weekend.. sebab
1.sy blm lagi mendapat tido yg cukup
2.sy blm sempat membeli barangan keperluan rumah
3.sy blm sempat beli drypers unt kegunaan Adam di nursery
4.sy blm sempat lipat baju
5.sy blm sempat mengangkut baju Adam unt dibasuh di rumah mak
6.sy blm sempat mop lantai rumah
7.sy blm sempat amik baju dari tailor

oleh itu wahai kerajaan yg sgt mendengar suara rakyat.. boleh tak jadikan weekend itu 3hari?? hihiihihhi!!!! jom kite piket mintak weekend jadi 3hari pulak nak??? hahahahha!! mampus den kena tahan I$A.. :P

Friday, July 31, 2009

Weekly Recap..

Last weekend, we went to Cameron Highlands on a friends get together mission.

Monday and Tuesday, busy editing/uploading the piccas..
Have a peek here.

Wednesday and Thursday, attended "Supervisory Skill" course. Training adalah best, and yang paling best is the food....
Perut mengembang dengan pesatnyer.. Mana taknyer, menu best2.. laksa johor, sambal udang, rendang kambing,ayam masak merah, butter prawn, ketiau goreng kerang,kuih muih n byk lagi lah. (menu for 2times of morning break/lunch/tea).

And today.. baru sempat nak jengah blog2 yg biasa di jengah..
Lately, i noticed myself adalah sudah malas blog hopping..tapi tipu la kalau tak hop langsung kan.. cuma sy tidak meninggalkan jejaks... Itu sebab visits or comments here juga sudah merudum. Honestly, i'm getting bored of reading the same thing everywhere..(contests,giveaways,etc.. :P). Sorry ek kalau terasa.. :p and i'm getting bored of my blog too... hehehe! Idea adalah kering dan jari adalah malas..


Haip!!! baru balik training pon malas lagi ke???? :P

Monday, July 27, 2009

Colors of Cameron



Friday, July 24, 2009

Tarikh Lahir Islam Hijrah..

Siapa tahu tarikh lahir die dalam tahun hijrah?? :P

Saya penah tahu.. tapi selalu terlupa.. kali ni nak pacak kat blog bagi senang refer.. heheheh!!



The mommy..



The papa.. :P


and.. the baby..



Notice that,actually.. papa is one year older than mama.. and eventhough both papa and baby were born in April, but baby shares the same hijri month as mama=Rabiulawal.. :)

Well, fair and square huh? :P

Tuesday, July 21, 2009

I'll never do it again!

Perempuan separa lupa diri ini telah cuba unt membuat cobaan berani secara bersendirian...


Masa in que.. hati dia berdetik sorang2: "sekejapnyer per ride,letih aku beratur!"

Padahal, naik roller coaster pon tak penah.. tibe2 pegi terjah benatang ini..


Dan sesungguhnya dia bersumpah takkan naik lagi! Uwaaaa!!! takut mcm nak mati!!! Padan muke kau! :O


Dan jgn harap la dia akan cuba benda ini..



Kerana sesungguhnya.. dia HANYA sesuai layan ini sahaja...





Akhir kata, ukur baju di badan sendiri.. kalau agak2 penakut tu.. tak payah la bazir duit beli all pass outdoor theme park! Deng! :P

Monday, July 20, 2009

Mode: Jiwang...

Apakah maksud menjiwang di pagi senin di opis?? Haisshh.. angin sentimental itu sudah mari!

Adalah kerana ketika sy sibuk mengkorek2 folder mencari file, sy terjumpa our wedding clips.. instrumental song of My Endless Love.. Grrrrr... hate it when my heart melts! :P





My love, there's only you in my life,
The only thing that's right.
My first third love, you're every breath that I take,
You're every step I make.
And I, I want to share, all my love with you,
No one else will do.
And your eyes, they tell me how much you care.
Oh yes, you will always be, my endless love.

Two hearts, two hearts that beat as one.
Our lives have just begun.
Forever, I'll hold you close in my arms,
I can't resist your charm.
My love, I'll be a fool, for you I'm sure,
You know I don't mind.
Cause you, you mean the world to me.
Oh, I know I've found in you, my endless love.

And love, I'll be that fool, for you, I'm sure.
You know I don't mind.
And yes, you'll be the only one.
Cause no one can deny,
This love I have its fine.
I'll give it all to you,
My love, my love, my endless love.



Hubby dearie, i may have changed, more towards a babbling mommy for sure.. (please bare with me):P
but my love for u has never change..
haishh.. kang tetibe masuk lagu Nothing's Gonna Change My LOve for You lak..


FULLSTOP!!


**Updated
Endless Love versi Adam Sandler... funny! :P



When Adam meets a girl..

...he looks like one! :P



Introducing Adam's girl friend, Maryam...
She is now a big sister to...


..... little Ali..




Congratulations to mummy & daddy of these 2 adorable kiddos! :)

Friday, July 17, 2009

Selamat Jumaat!

Ngee... nampak beno takde apa nak hupdate..

Selamat Jumaat pon oklah kan? :P

Tuesday, July 14, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

I am so eager to join a contest from MomBloggersPlanet....



...and praying for my luck to win cool prizes from AliceWonders and Photobook Malaysia




For more info and updates on the contest, please refer here



Ok, here it goes...

*************************************************************************************

Cutest Adam Rifqie in CAR SEAT


Name:Adam Rifqie b Akram
DOB: 7th April 2008

About the car seat: For infants from mothercare. This car seat is inherited from my cousin.. though it's a second hand item.. but it has done a lot for us!
We bought this one at the first place;



It is claimed that this carseat is meant for newborn-18kg(if i am not mistaken..) but the truth is; i don't even dare to put the newbies in.. why? because newborn can't even sit! so not suitable for newborn.. so this mothercare has come to duty!

Today, even though Adam is already 1year+++, this carseat is still in used, reason: We need 2 car seats, one for mama's car and one for papa's car. (papa will sent Adam to nursery in the morning and mama will pickup Adam in the afternoon). I couldn't even imagine what to do if we don't have car seats!



Besides of that, lets hear what Adam says about his carseat on behalf of mama:

1. Safety first! When suddenly papa breaks on emergency, mama might not hold me tight enough. I may fall or get injured..



2. When papa is not around, we can still go out together.. i don't need anyone to hold me.. i can sit on my own.. u see?


3. Comfy.. i can sleep soundly in my car seat.. lying down on mama's arm are not comfortable enough.. (psst psttt.. i hate the feelings of lying on mama's bony arms.. :P)


4. Freedom.. i can freely play with my favourite toys without being disturbed by mama!



and the most important thing is....






i am so happy with it!!! Walllaaaa!!!!


Monday, July 13, 2009

Saya telah menyaksikan kematian...

..... Adam's pet.. "FISH".




Masa ni dia tgh tercungap2.. ni baru betul nyawa2 ikan.. kesian, nak bg CPR pon tak boleh, kecik sgt mulutnyer.. makanya.. apa yg boleh dilakukan hanyalah melihat!

Bila dia dah berhenti bernafas.. perlahan lahan jasad nya jatuh ke dasar aquarium.. kaku dan tak bernyawa..

...dan membuatkan saya menginsafi kematian... makhluk tuhan yg kecik tak berdosa tu pon, merasa seksa kematian..tercungap2 tak cukup nafas.. mcmmana pulak la keadaannyer kite nanti kan?


"Ya Allah ya tuhan ku, kau peliharalah diriku, dan keluargaku dari kematian yg mengaibkan... dan kau matikanlah kami dalam iman.." Amin!

Sunday, July 12, 2009

Presenting..



Inilah dia Mak Bee seperti yg digembar gemburkan dlm previous previous entry..

Sila dptkan di pasar berdekatan.. Hehe.. -->iklan xberbyr lagi. :p